Showing posts with label komen. Show all posts
Showing posts with label komen. Show all posts

January 20, 2012

Komen dan Menang


Komen Entri INI
Pengomen terbaik akan memenangi Wang Kertas Baharu Set RM5 dan RM1
pengomen kedua dan ketiga terbaik akan memenangi RM10Cash/top up

P/s : Wuhuuu, besok balik kampung. Boleh pekena Keropok lekor ,Ikan Celup Tepung dan makanan tradisi Terengganu dan Kelantan.

February 2, 2011

Pemenang Komen Terbaik

First of All, terima kasih buat Semua yang mengomen di Eyriqazz.Com
Maaf dari Eyriqazz kerana selalu tak sempat membalas komen dan menerjah kembali

Entry Income Nuffnang RM0.00? dirujuk. Diumumkan 4 pemenang komen terbaik entry Adakah Pemikiran Si Manja Saling Berhubung(Connected Tots) ? yang akan memenangi 5 GTO Pointz each :


Tahniah buat pemenang. Latest GTO Pointz akan diupdatekan asap. Oh ya, penyertaan untuk Contest|Sponsored Post dari Eyriqazz masih dibuka. Bolehla refer entry ini, salah satu Sponsored Post yang ditaja oleh Eyriqazz : Tourism Selangor dan MySelangorStory 2010

November 10, 2010

Tips Blogging | Komen Oh Komen

Salam dari Eyriqazz,

Dah lama tak berkongsi tips blogging. Maaf, saya masih merasakan sayani blogger 'Cap Ikan Ayam Goreng' dan masih belum layak untuk berkongsi tips on blogging tapi saya akan cuba juga. Berkongsi tips ini dari pengalaman, pembacaan dan feedback dari rakan-rakan dan pembaca.

Tips yang saya ingin sentuh hari ini adalah :

Komen Oh Komen

Suka tak bila ada orang komen blog/entry kita? Tentu suka kan? Quote dari "KakInakL " Seronok bila ada orang komen blog, lebih2 lagi bila dah ada lebih dari 10 komen". Angkat tangan sesiapa yang tak suka orang komen di blog nya. Bila orang komen,maksudnya orang tu suka baca entry kita dan mengomen. Bukan mudah nak minta orang komen.

Namun, sedarkah anda dan saya juga sendiri, part satu lagi iaitu Part membalas komen. Penting ke membalas komen ni? Ohh, saya tujukan kat diri saya sendiri juga kerana banyak tak membalas komen pembaca atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Issh, boleh terima ke alasan ni?

Tipsnya Mudah saja, Balasla komen Pembaca. Mungkin bagi platform cam blogspot ni ada kekurangan sedikit kerana komen yang dibalas tidak di e-mailkan kembali kepada pengomen/ komen tu tidak berada di bawah komen itu tak seperti di Wordpress Platform. Namun, jangan jadikan ianya sebagai alasan, balasla komen pembaca sebagai tanda penghargaan mereka mengomen. Ramai pengomen akan singgah kembali untuk membaca balasan komennya. Dari situla berkembangnya loyal readers dan pengomen rasa lebih dihargai dan lebih teruja untuk komen di masa hadapan.

Ini feedback dari rakan-rakan saya/pembaca yang pernah saya jumpa pasal balas komen ni:

Cimon - Aku suka singgah blog minah yang popular dan Cun melecun tu. Tapi skang dah kurang skit, komen-komen aku langsung dia tak balas. Buang karen je, baik aku pi singgah blog lain. (ehh, merajuk Cimon?). Apapun ,tak ke dah rugi sorang loyal readers tu?

Rakan Isteri - Saya baca blog Eyriqazz@GTO. Suka,suka, pernah komen tapi dia tak balaspun. Huk3, kenapa ya?

Mr. X/Eyriqazz - Aku suka baca blog xyz, dia rajin balas komen dan komen2 yang dia balas aku suka. Baca komen-komen dia pun dah teruja buatnya.

Itulah, lain padang, lain belalang. Lain pembaca, lain ragamnya. Ada yang suka komen mereka dibalas, ada yang tak kisah. Lainla anda blogger popular cam Hanis Zalikha , tak balas komenpun orang masih suka menyinggah.

Cuba perhatikan bloggers popular ini yang rajin membalas komen, komen-komen di blog mereka pun banyak , antaranya MelromeoYanmieOnline, CikMin, CikguDahlia, Mat Gebu, dan Darkbatman . Returning visitors will increase your unique visitors kan? Ianya seperti Kill 2 birds with one stone, u happy terima lebih banyak komen dan pengunjung bertambah. Tak percaya, terjahla blog mereka, hits blog mereka pun bukan calang-calang, average 2K+ sehari.

So, rajin-rajinlah membalas komen pembaca. Bukan senang nak suruh orang mengomen dan hargailah mereka sebaiknya. InsyaAllah, sayapun akan cuba rajin-rajinkan diri untuk membalas komen, jika tidak, anda tegurla saya juga ya? Syok sendiri dalam menulis pun tak best juga kan?

Itula give and take namanya. Orang memberi, kita membalas. Mereka happy andapun gembira. Cuba-cuba praktikkan dan tengok kesannya in long term. Trust me, ur visitors will increase ..

P/s : Pentingke bagi anda penulis itu membalas komen dari anda? Kenapa ianya penting?

May 6, 2010

Anonymous Mengamuk dan Mengganas Lagi

Salam dari Eyriqazz,

Tak habis-habis lagi anonymous mengacau, sangkakan sudah berakhir. Kusangkakan panas sehingga ke petang, rupa-rupanya sang anonymous menyelit di tengah jalan. Bolehla refer entry Terimakasih Anonymous |
Most Malay Blogger Sucks??? untuk amukan Sang Anonymous sebelum ini. Apa pula yang :

Sang Anonymous Mengamuk LaGI Kali Ini?

Umm, kali ini Anonymous membuat onar di entry  Slot Akasia Adamaya | Saya Mahu Cerai . Adussh, di entry sebegini pun ada juga Anonymous menyelit. Apa pula yang dikomen kali ini? Inilah dia, saya copykan terus di sini :

Anonymous said...


thank sayang.....luv u too so muuuucccchhh!!
u're everything to me n Alisya...
tp mama terperasan sesuatu yg menarik perhatian mama lah sayang....
berkesempatan menonton selepas merempit dgn lajunya.....???????
oooo.....papa merempit yer????
hari2 setiap kali ada adam maya ker???

Tapi, amukan anonymous kali ini begitu kusukai dan kugemari. Itulah komen dari Anonymous @ Isteri tersayangku. Fuhh, terasa diri ini begitu dihargai dan disayangi. Dussh, kantoi aku merempit balik ofis nak layan ADAMAYA 

Apapun, terimakasih buat Anonymous @ Isteri yang telah menyokong dan menceriakan hidupku dalam berblog ini. Isteri ku suka skodeng blogku ini juga, jadi kena lebih berhati-hati lepas ini. Hik3...Last but not least , I wanna say :

I Love You Sooo Much Sayang And Alisya
You Are My World, You Are My Sweetheart
Without you, I won't be Here
Happy and Smile Always

P/s : Ada sesiapa yang terkena ke? Ini bukan entry hangit ye...Hik3....

P/s/s : Oh ya, dijemput semua untuk menyertai  Hadiah Birthday Untuk Alisya Contest

May 3, 2010

Komen Yang Tak Boleh Di Publishkan

Salam dari Eyriqazz,

Ingin bertanya pendapat dan pandangan dari semua tentang :

Komen Yang Tak Boleh Di Publish

Sejak dari semalam saya cuba nak publishkan komen-komen ini tapi dia masih melekat di komen saya. Puas sudah mencuba, select all, publish satu-satu namun tetap tidak berhasil.

Ada sebarang cadangan? Kongsi-kongsilah, sayang juga kat komen-komen itu, yerlah, bukan senang orang nak tinggalkan komen jadi saya hargainya dan mahu ianya dipublishkan untuk tatapan peribadi di masa depan.

February 18, 2010

Tips untuk Meningkatkan Komen di Blog Anda

Antara part yang paling mengujakan untuk seorang bloggers adalah visitors dan juga komen di entrynya. Kalini eyriqazz ingin berkongsi tips untuk meningkatkan komen di blog anda. Tips ini untuk beginner, from a beginner juga.  Jadi, andai tersalah silap minta maaf awal-awal ya?

Comment Tips

Pentingke orang mengomen di entry kita ni? Mana lagi penting, komen ker , hits ke blog kita? Alah, blog Redmummy takde la ramai giler orang komen tapi hits nya tinggi jer.Blog Hanis Zalikha dan Melromeo pula, tinggi mencanak je kedua-duanya.

Jadi, tepuk dada, tanya selera. Bagi saya yang masih baru ini, orang mengomen ini penting kerana ianya menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus menulis.Rasa cam penulisan kita dihargai dan orang benar-benar membaca walaupun entry kita itu kadang-kadang terlampau panjang dan meleret-leret mengalahkan keretapi laju Jepun.

Ishh,banyak pula membebel ni.Back to the question, Inilah tips yang eyriqazz amalkan melalui pembacaan dan juga bertanya bloggers-bloggers yang lebih berpengalaman especially Sifuku Melromeo .

1)Disablekan word verification

Dulu memang eyriqazz ada buat word verification, konon-kononnya taknak orang spam mesej kita. Bila terbaca di blog Melz, barulah sedar, tanpa word verification pun kita still boleh moderate entry kita tu.Jadi, kenapa perlu ada word verification?Ianya menyusahkan, memeningkan, dan membuatkan visitors kurang bersemangat nak mengomen.

2)Give and take

Sebelum kita menerima, perlulah kita memberikan? Kalau kita mahu orang hormatkan kita, kita kenalah hormatkan orang lain kan?Komen la di blog orang lain,namun berilah komen yang membina dan boleh diterima dan jangan hanya nice entry, good entry, cun la, nice again.Cam tak ikhlas je bunyinya kan?InsyaAllah, mereka menghargainya dan akan return the favour.Alah, kalau 10 kita komen yang membalas nya 6 pun dah kira success kan?

One more things, kalau kita mengomen di shoutbox mereka, janganlah expect mereka nak mengomen di entry kita pula.Shoutbox ni rasanya sesuai untuk blogwalking dan mencari short term visitors ke blog kita.Namun, untuk loyal reader, better leave a comment in their Comment Box.Anda mana lagi suka?Komen di shoutbox or di komen entry anda?Hik3..fikir-fikirkanlah...

3)Balas Komen

Maafkan saya sebelum tu.Skangni memang sibuk sikit, jadi saya hanya sempat membalas komen yang berbentuk persoalan tapi saya menghargai semua komen dan saya akan singgah kembali ke pengomen blog saya.Cuma bergantung pada masa.Honestly, skangni sempat membalas untuk entry setakat Jan 2010 tapi usaha masih diteruskan dari hari kehari.Sabar2 ye?.

Perhubungan perlulah dibina kan? Kadang-kadang pengomen akan datang kembali ke entry kita untuk melihat adakah komennya berbalas.Contoh yang bagus adalah blog Melz lagi, dia memang rajin membalas komen orang mengomen blog nya dan no wonder komen di blognya selalu mencecah 30+.

4)Kumpul dan Menang

Hahaha,ni saya la sendiri amalkan dan syok sendiri.Biasanya saya kumpulkan komen tu at least 5-10 komen baru saya publishkan.Ramai orang suka menjadi pengomen pertama kan? Jadi saya biarkan pembaca ternanti-nanti dan bila dah banyak publish sekaligus .Bila dah banyak komen , psikologinya, tentu lebih ramai berminat nak mengomen samakan?Hik3...

5)Persoalan di Entry

Yang ni pun penting terutamanya bila entry kita meleret-leret dan pembacatu rasa kurang berminat nak membaca entry kita tu.Bukan tak suka, kadang-kadang topik yang kita utarakan tak kena dengan citarasanya seperti cakap pasal bola, wanita suka ke? Jadi, selitkan persoalan di entry terutamanya di akhir entry seperti Anda bagaimana, minat tak bersukan ataupun apa-apa persoalan yang mudah dijawab.

Oklah, itu saja kali ini.Ada masa eyriqazz tambah lagi. Perkara yang elok-elokla dikongsi-kongsikan?Rezeki kita takkan lari/berkurang jika kita berkongsi.Akhir sekali, eyriqazz nak tambah kenapa eyriqazz rasa komen ini penting :

1)Selain Inspirasi, ianya dapat menarik lebih ramai pembaca. Logiknya la, mana anda prefer baca, entry yang ramai orang komen or entry yang orang langsung taknak komen?

2)Dapat memperbaiki mutu penulisan dan perbetulkan apa yang salah.Kadang-kadang apa yang kita tuliskan tersilap fakta contohnya kita nak cakap pasal bola sepak tapi tertulis sepak takraw.Dari sini kita boleh memperbaiki mutu penulisan kan?

3)Tepuk dada ,tanya selera. Bagi eyriqazz, bagi bloggers baru, komen dan visitors go hand in hand. The more people comment, the more visitors u will get. I.e. entry eyriqazz semalam pasal Tips Menambahkan Visitors ke blog anda, setakat pukul 10 malam semalam@ ketika entry ini ditulis, hits eyriqazz tertinggi minggu ini.

P/s :Anda pula bagaimana, pentingtak komen ni?Sukatak bila orang mengomen @ sukatak mengomen di blog yang ada word verification?

P/s/s : Ok ke tips ni?Hehehe,saya masih lagi baru , jadi salah silap harap maafi.Tak semua yang saya lontarkan ini betul, ini hanya pandangan dan berkongsi pengalaman peribadi.
Related Posts with Thumbnails