January 8, 2010

Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Nuffnang Malaysia dengan kerjasama Dutch Lady Milk Industries Berhad telah menganjurkan Nuffnang Friso Gold Family Day Out di Kizsports dan Gym, 1 Utama pada 2 Januari 2010 yang lepas.Sebagai Nuffnangers yang bertuah dengan entry saya ini dengan tema seperti di acara tersebut iaitu ''Curious Kids Need To Be Tough Inside''

Ini kali pertama kami ke One Utama,jadi selepas sesat skit akhirnya kami sampai di sana dalam pukul 1015pagi.Telah ramai bloggers telah beratur ketika itu.Panjang juga dan ramai juga yang datang ya,itulah ''first impression'' ku.Tak sia-sia aku datang,kataku dalam hati.Lepas dah register,sempatlah bergambar dulu :


Aku dan Alisya (Isteri ambil gambar)

Masuk-masuk je dah ada acara pertama dijalankan iaitu acara :


Menyusun Stroller terpanjang dan tercantik...Hehehe...

Sebelum acara dimulakan,sempatlah bergambar dengan


Ros dari Mombloggersplanet (tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia nampak di gambar ini,hehehe)

Tak lama lepas tu,acara pun dimulakan ,dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh :


Wakil daripada Nuffnang Malaysia dan Dutch Lady Milk Industries Berhad

Mengujakan ucapan mereka.Ini kali kedua acara seperti ini diadakan bersama.Sebelum ini diadakan pada tahun 2008 dan kehadiran kali ini lebih ramai dengan lebih ramai penulis blog baru yang menyertai acara kali ini termasuklah saya sekali.

Lepas je acara ni, ibubapa dan kanak-kanak dipecahkan dalam erti kata lain ibu bapa pergi mendengar ceramah dan kanak-kanak bermain di dalam Kizsports dan Gym itu.Memang besar dan luas,memang kalau bawa anak-anak ,memang puas hati.Banyak permainan yang digemari kanak-kanak boleh didapati di sini.

Saya pun meneruskan la perjalanan saya.Ceramah pertama adalah dari :


Wakil Friso Gold Dutch Lady

Tajuknya memang menarik iaitu Bagaimana meningkatkan Imunisasi anak-anak.Khusyuk saya mendengarnya,almaklumlah baru jadi bapa kurang daripada setahun.Antara informasi berguna adalah :


Info Berkenaan Prebiotik

Info Berkenaan Probiotik

Info berkenaan Susu Friso Gold

Sedikit info pasal Friso Gold .Friso Gold mengandungi :

i)Frisoshield ™ dengan P2 Dual System™ iaitu kombinasi nutrien utama bersama prebiotics dan bakteria hidup yang sihat.

ii)Prebiotics mengandungi kombinasi GOS dan FOS yang membantu meningkatkan perkembangan usus bifidobacterial dan membantu mengekalkan keseimbangan usus.Bifidobacteriumdan lactis boleh membantu mengurangkan masalah cirit-birit.

P/s :Kawan isteriku guna produk ini,katanya memang memuaskan.Saya belum guna lagi kerana anak saya masih 6 bulan.Isteri ada bertanya dekat penceramah itu,anakku boleh menggunakannya selepas berumur satu tahun.Aku ku cuba selepas ini kerana respons daripada rakan-rakan isteri semuanya memuaskan.

Selain itu,turut dimuatkan tentang :


Info lain berkenaan dan kelebihan FrisoShield, Probiotik dan kandungan Probiotik di dalam Friso Gold.

Fuhh,mengujakan ceramah ini .Banyak info baru yang aku dapat belajar.Aku rasa tentang anak-anak ini bukan ibu sahaja yang patut memainkan peranan,bapa juga perlu menambahkan ilmu berkenaan selok-belok bayi.

Selepas itu ada sesi soal jawab dan sesiapa yang menjawab dengan tepat mendapat hadiah bantal daripada Dutch Lady.Beberapa kali aku angkat tangan,namun bukan rezekiku,ada yang lebih awal menjawabnya.Ada yang siap dapat dua lagi.Tahniah,tahniah....

Selepas habis talk dari wakil Friso Gold ini, talk/ceramah seterusnya daripada Ruth Liew, penulis tentang kekeluargaan di The Star dan juga pakar nutrisi Friso Gold.Mari kita saksikan aksi Ruth Liew :

Bersungguh-sungguh ucapan Ruth Liew ni

Terima kasih buat Ruth Liew,baru balik dari luar negara,bergegas-gegas dia ke sini.Ruth Liew lebih membincangkan berkenaan soalan-soalan yang ditanyakan oleh penulis blog sebelum ini yang dihantar melalui e-mail kepada Nuffnang termasuklah soalan ku jua.Antara soalan ku yang dijawabnya adalah :

Soalan : Bagaimana hendak menanam minat anak-anak gemarkan sayur-sayuran?

Jawapan :Secara semulajadinya,ramai kanak-kanak tidak sukakan sayur-sayuran. Jangan paksa mereka makan sayur-sayuran namun tanya mereka sayur apa yg mereka suka.Banyakkan memasak makanan sayuran yang mereka suka.Lama kelamaan mereka mungkin berminat kepada sayur-sayuran yang lain.Namun jika dipaksa,semakin kurang minat mereka.

Fuhh,terima kasih Ruth Liew.Bukan aku sahaja yang mendengar,aku bawa anakku sekali masuk ke dalam dewan itu .Inilah respons anakku :


Alisya pun nak dengar juga

Namun, satu je yang aku rasakan kurang selesa iaitu :


Ke mana ibu dan bapa menghilang?

Taknak menuding jari,namun rasanya agak tidak manis bila Ruth Liew memberi ceramah tak sampai separuh yang menghadirinya hingga ke akhir.Rasanya boleh bilang dengan jari sedangkan yang datang lebih daripada 200 orang.Namun,kurasakan mereka ada alasan masing-masing seperti menjaga anak-anak.Bukan apa,bagi aku inilah peluang yang tidak patut dilepaskan.

Dah habis ceramah, makan tengah hari disediakan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa .


Berselera mereka makan

Makanannya sedap-sedap belaka

Perut dah kenyang ,saya pun berjalan-jalan la dulu sebelum acara seterusnya dijalankan.Jalan-jalan dan tengok kanak-kanak bermain dan bawa Alisya main-main :

Anak siapa ni?

Alisya bukan main seronok Lagi!!

Hai,Mama dia pun nak join sekali

Lepas jalan-jalan dan main-main acara seterusnya dimulakan iaitu Silap Mata.Sebelum Sementara menunggu silap mata tu ,ada diadakan acara menari untuk kanak-kanak.Meriah dan ramai yang turut serta termasuklah anak Redmummy yang comel itu :


Let's Dance !!

Mengancam tarian mereka.Anak redmummy menang juga.Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? .Acara seterusnya diteruskan :


Persembahan Mantap Silap Mata

Redmummy and the Gang Kusyuk dan teruja

Aku sedang kusyuk layan silap mata, isteri ku sempat beramah mesra :


Isteri bersama Elismie ( gambar kredit to ellismie )

Ramai penulis blog yang ku jumpa ,Ada yang ku kenal ,ada yang tak kukenal.Maafkan la kepada sesiapa yang saya tak tegur,kerana saya masih baru di dunia blog ini. Isteriku turut ditanya,awak ni blogger mana?Cam pernah nampak...Wanita bersama wanita lebih mudah memulakan perbualan kan?

Lepas dah habis acara,inilah masa yang di nanti-nanti.Sepuluh orang memenangi voucher Toys R Us bernilai RM100 (aku tak menang,huhuhuhu).Pemenang utamanya jatuh kepada tuah si dia yang bergambar dengan ku mula-mula tadi iaitu :



Bertuah Kak Ros @ Little Mama.Dapat pergi Honeymoon lagi ke Hong Kong Disneyland.Best dan memang diinginkan oleh ramai orang. Harap-harap tuahnya singgahla pula kat aku lepas ini.Selepas itu,penutup dan acara itu tamat dalam pukul 230 petang. Sebelum pulang, tak lengkap kalau tak bergambar dengan :


Redmummy ( Penulis blog kekeluargaan yang sangat popular!!)

Namun,sebelum pulang,semua tidak pulang dengan tangan kosong. Semua membawa ole-ole @ cenderamata daripada Friso Gold Dutch Lady :


Isteri bersama cenderamata daripada Friso Gold Dutch Lady

Keseluruhannya, acara ini memang best dan mengujakan.Aku harap aku dapat menyertainya lagi di lain masa apabila anak ku semakin membesar nanti.Mungkin makin seronok Alisya nanti.Tak lupa juga, ucapan terimakasih buat Nuffnang dan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Lepas ni jangan lupa jemput saya lagi ya?Acara-acara yang dianjurkan oleh Nuffnang semuanya menarik.Tak sia-sia ,walaupun baru menyertai Nuffnang tak sampai setengah tahun,bermacam-macam faedah diperolehi.

Oh ya, ini adalah cadanganku agar acara ini lebih meriah di masa hadapan :

1)Diadakan acara menarik untuk ibu dan bapa seperti musical chair (hey,ibu dan bapa pun nak berseronok juga)

2)Cabutan bertuah diadakan (siapa tak suka cabutan bertuahkan?)

3)Pertandingan melukis untuk kanak-kanak jadi ibubapa mudah untuk mendengar ceramah dan tidak risaukan anak-anak sangat.


Buat Nuffnang dan Friso Gold, dengarkan lah 3 rangkap pantun dari saya :

Nuffnang Friso Gold Family Day Out nama diberi
Acaranya meriah dan menarik sekali
Terimakasih dariku,Alisya dan Isteri
Lain kali jemputlah lagi.

Friso Gold nama disebut-sebut berkali-kali
Belum lagi dicuba kerana Alisya belum cukup umur lagi
Namun teruja dengan inisiatif/kelebihan yang diberi
Susah ditandingi dan dipuji-puji suami dan isteri

Seronok sungguh kali ini
Alisya tersenyum hingga ke pipi
Tak lupa juga si Isteri
Sibuk bertanya bila acara sebegini akan diadakan lagi?

39 comments:

  1. peh... bile la bro nk join sume bnde nie uhuhu.....

    mybe bile ade kelapangan kot...

    nie bro nk mintak tolong nie

    bro tgh nk siapkan paper n memerlukan respondent untuk menjawab survey… saoaln leh dijawab secara on9 di sinie http://www.broframestone.com/thesis-question/

    dh siap isi just klik button submit je

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  2. muka Alisya sebiji ikut muka papa dia :D

    ReplyDelete
  3. memang bagus acara macam ni, yalah tambah pengetahuan and at the same time boleh jumpa nuffnangers....

    Petrol Tanpa Subsidi????

    Nak Gelak Ke Tak????

    ReplyDelete
  4. wahh..all the best! tak pat pegi hongkong, Rm1K pun banyak tu...

    ReplyDelete
  5. iman, muka your dotter like yours la.. masa tgk ari tu tgh tido tak nampak sgt.. ;)

    er..tulis post event review ni dapat hadiah apa ye.. cash voucher ye? nak check nuffnang now cannot, office block lar...tunggu malam... hu..hu

    ReplyDelete
  6. x tau pon ader ceramah tue huhuhu rugi nyer :d

    ReplyDelete
  7. best nye..rugi plak tak pegi..tapi alisya kan kecik lagi, camana dia nak join main joget2 tu sume??

    ReplyDelete
  8. yes...yes...dh dpt tangkap Isteri Eyriq...
    Sempat berborak ngan Isteri U..sbb 2-3 kali asyik terserempak dgn dia..
    cuba tnya dia... kenal x sumijelly..yg asyik tegur dia..hahaha

    sumi ada tnya.. apa nam ablog.. dia jawab..husband punya..(bila sebut husband..tetiba cam..maybe x kenal la..) dia ada sebut nama Iman..

    hohohohoh...ghupanya isteri u yek..hahahaha....

    K... dh dpt dh..kirim slaam ngan isteri yek...

    ReplyDelete
  9. tu la.lain kali kena rajin bertegur sapa.nasib baik ada isteri you, bleh eliss bertegur saper.hihihi
    ni nak menang 1K tu kan?
    good luck!

    ReplyDelete
  10. event yang sangat bagus!
    kalau ajak satu family pergi ni pun best kan..

    ReplyDelete
  11. meriah nyer...

    muka baby u sebijik la mcm u... =)

    ReplyDelete
  12. Hey I try to spot you that day..tapi gagal...but I saw your lovely wife who helped me to take a picture with MommyLyna that day I think!

    Cheers!

    ReplyDelete
  13. owh, patutlah rase macam pernah nampak muka wife u rupa2nya masa silap mata, zaila dok depan mereka!!!

    ReplyDelete
  14. besh nyer...nk berazam next event mesti join..lgpon ms tu baby pon msti dh beso..

    ReplyDelete
  15. oooh..rupa nya yg berbaju hijau ini!!
    masa dah habis event saya lepak dgn family kat food kwsn jamuj selera. ada perasan ke??

    ada gak tegur 2,3 org wife yg menjawab dgn jawapn yg serupa. mgkn kita perlu bgi kuliah pada husbd or wife yg tidak berblog spy jadi wakil buat hb aor wife yg ada blog.

    patutnya jawapan diorfg ialah : sya takde blog, hb ada. blog dia aadalah....
    haaah, senang sket, terus masuk buku catatan, bole link.. selesai..

    nanti jumpa lagi mr eyriqazz and family.

    Kita plak as blogger, kena la plak hapal sekali sume muka blogger lain.. ekkeee.. kat blog peramah, sekali jumpe, tak bersuara..heheh

    p/s : daku lambat yg teramat. of course tak kan dgr mss Liew itu berceloteh..

    ReplyDelete
  16. wah..seronok bro...bab makan tuh yang gua suka tuh..hehehe..menarik banyak pengajaran..

    ReplyDelete
  17. bestnya event camni.. nanti ada baby, nak join jugaklah.. :)

    ReplyDelete
  18. alahai, jeles2! nape masa saya kecik2 tak ade bebola itu?wahahahaha

    ReplyDelete
  19. Framestone :bila berkesempatan joinla,menarik....Nanti bila free saya isikan survey tu ya?

    ween :heheh..awak org ke 101 yg ckp camtu...Like father,like daughter

    Sharinginfoz :yup,mmg bagus...

    Kancilbiru :Amin...

    Little Mama :Rasanya dapat RM1,000.Joinla..ble buat belanja di Hong Kong Disneyland nanti...

    ReplyDelete
  20. hoho redmummy dimana pun ada :) miahaha


    offtopic : baru ada 20 peserta nie .
    hehe ramai cakap susah :P

    ReplyDelete
  21. wah berselera btol gmbr i tgh makan ngn alya yer... sib baik blur... kalu x leh nmpk mommy pow alya punyer spegati... hehehehe... my hubby pun dok dgr talk tu... siap dok depan lg... hhehehe...

    ReplyDelete
  22. ezzati :yup,meriah..

    @nna :tuhla..rugi tak dgr..byk tips2 berguna diberikan...

    Suliana :tuhla,ajak taknak join.joget2 tuh tak wajib..sapa yg nak join sahaja...

    sumijelly :hehehe,dpt tangkap pun.isteri saya mmg mudah dan mesra ngan semua orang.nanti saya sampaikan salam sumijelly kat dia.

    elissmie :heheh,bukan taknak tegur tapi tak kenal.kan tersilap tegur?kih2..

    axim :haah,mmg bagus...tapi ble bawak maksimun 2 anak je...

    ReplyDelete
  23. Cik epal :thanks...itulah jantung hatiku...

    zella : u orang ke 102...

    Alohamolly :I saw u i think tapi tak sempat nak tegur.wajah u lagi cantik dari di dalam blog...

    Aidi safuan :thanks...

    zailamohamad :hehe..ramai yg isteri saya jumpa ..kalau dia jadi blogger,rasanya mesti lagi popular ni...

    ReplyDelete
  24. Kaseh Nazleza :jom memeriahkAN SUASANa..Mesti lagi gempak next time..

    yus :hehehe,thanks..tak sempat nak menghafal lagi..ramai sgt bloggers di malaysia ..namun tak kenal pun senyuman tetap diberi...tanda persahabatan ikhlas dari hati...

    JAI :haha,makan2 mestilah bestt...lebih2 lagi free...

    Lord Zara :hehe,jumpa juga dia..besok nak pi tembak team dia digi pimp challenge ...

    x-po :thanks bro...

    ReplyDelete
  25. Nini Fairus :mmg best..

    This is :join la..bestt..

    lizz :masa saya kekecik pun takde..bola sepak aderlaa...

    ReplyDelete
  26. bagus ke FM tu? harga camne plak? mahal tak? alif pon dah nak setahun dah ni..ingat nk campur FM dah..tak larat nak pam hari2..huu..(cam awkward plak cite pasal ni kat blog org laki..hehe..)

    ReplyDelete
  27. Beba :kami blom cuba lagi jenama ni.(alisya baru 6 bulan) tapi kawan wife ada guna ...bagus katanya..yang kami dpt percuma pun kami jual kat dia dulu kat dia..harganya rasanya RM40+...

    ReplyDelete
  28. wargh..

    besh2 dpt g kmpul ramai2..

    tapi x de anak lagieyh cz x kawen..

    huhu...

    ReplyDelete
  29. yg masa ceramah Ruth tu saya ada, tak lari, ada bukti dlm gambar tu..huhu..

    igt nak tegur masa hari tu, tapi takut tak kenal saya pulak..haru tu..

    ReplyDelete
  30. Bagus betol la..event macam nie...Tahniah kepada yang berjaya..

    Tapi kenapa aku tak dijemput? uwaaa..

    jwpannya: Ko mana ada family. Kawin pun blom..anak apa yang ko ada... wahh tolong skit..Anak tekak ada la..nyumm nyumm makanan...

    ReplyDelete
  31. salam..wah muker akak pun ado iyo..kau ni jang..nak nampak tu tegurlah..saper yang nak jadi calon menantu tu..anak dara kamu ke??boleh ajer..nanti jangan letak hantaran mahal-mahal tau..
    minggu jumpa kat astro beyond jangan tak tegur tau..kita posing sama-sama ek..ashik dengan red mummy yang bergetah ajer..sekali-sekali ambillah gambar dengan akak pulak..tu pulak kalau sudi..

    ReplyDelete
  32. minta2 la lg 10 tahun ada lagi event ni. baru la hbz boleh join bawa anak. mahaha

    ReplyDelete
  33. salam eyriqazz..

    thanx sbb singgah kat blog saya tempoh hari..u have a really good blog!!ur dotter cute, mcm muka u :)

    -hajar

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails