January 9, 2010

Air Mata Sally

Sambungan dari kisah Kepulangan Sally,setiap hari Sally berdoa agar ayahnya sembuh.Namun,setelah beberapa minggu,masih belum menampakkan respons yang positif.Ayahnya masih belum sedarkan diri,namun Sally tetap memanjatkan doa ke hadrat Tuhan.

Hinggalah ke suatu hari, dia dikejutkan oleh doktor hospital itu.Ayah Sally sudah sedarkan diri.Syukur ke hadrat Illahi,doanya dimakbulkan.Hari ke hari, ayah Sally semakin pulih dan setelah beberapa minggu ,ayahnya dibenarkan pulang.

Sally menitiskan air mata kegembiraan.Dia bersyukur,ayahnya sudah kembali pulih.Perjuangan Sally perlu diteruskan dan selepas dia mencium kedua tangan ibu dan ayahnya,dia berangkat ke KL untuk memulakan pekerjaannya.

Sally dinaikkan pangkat menjadi Jurutera di syarikat tersebut dengan gajinya turut dinaikkan.Sally gembira bekerja di situ dan dia bekerja dengan penuh dedikasi dan syarikatnya begitu menyayanginya.Sehinggalah ke suatu hari,pertemuannya dengan Fifi (pondan juga ) mengubah segalanya.


Fifi Cantik Menawan

Fifi merupakan seorang fashion designer di sebuah butik yang terkenal dan juga seorang make up artist.Wajahnya cukup cantik,sekali pandang memang tak sangka dia seorang pondan.

Fifi mula mengajar Sally tentang selok belok kecantikan dan juga jahitan serta fashion.Sally begitu tekun belajar di waktu malam dengan Fifi dan jiwanya begitu tertarik dengan fashion tersebut.Lagipun,dia memang ada bakal semulajadi dan selepas beberapa bulan bakat Sally begitu terserlah sehingga majikan di tempat Fifi menawarkan jawatan baginya untuk menjadi salah seorang pereka fesyen @ penyelia di butik tersebut.




Fashion Designer, kerjaya idaman

Betapa gembiranya Sally,namun dia perlu membuat keputusan.Adakah dia akan melepaskan jawatannya di syarikatnya yang menawarkan gaji yang lebih lumayan ataupun bertukar kerja yang dia pun masih mentah namun semakin diminatinya?Apakah agaknya keputusan yang dibuat oleh Sally?Saksikanlah sambungannya selepas iklan Milo  dan Digi nanti....

15 comments:

  1. amboi. pondan cantiknya mengalahkan perempuan tulen !
    kelas gtu..

    ReplyDelete
  2. muke nampak mcm pompuan
    skali pondan da

    ReplyDelete
  3. hye..ada sensei lorr..bole aja i japan balik..blaja 4thn sia2 je dulu..xingat apa..
    btw, thailand, i'd been there. kat pattaya sgt la ramai pondan!aishh..setiap sudut!!

    ReplyDelete
  4. Pon ...pondan ?
    Nasib baik tak ngorat

    ReplyDelete
  5. lagi dan lagi..
    x sabo nak bc nih

    ReplyDelete
  6. erm..bahaya tul.. mati2 ingat original..rupanya substitute..

    ReplyDelete
  7. memang kelas la pondan neh. pondan kena minum kacip fatimah ke tongkat ali? sapa tau?

    ReplyDelete
  8. selalu tengok event2 cik pon di thai ni.

    tapi kat TV jelah. ngee.

    ReplyDelete
  9. macam pernah ku kenal Fifi ni... tapi di mana kah?

    di Lorong Hj Taib kah? Di Chow Kit kah....????

    :P

    ReplyDelete
  10. buat pilihan betul2 sally, jangan tersalah langkah....... hmmmm alamak kawan ngan pond........ apa-apa pun jaga diri baik2 ya sally.....

    Pi Clinics Charge RM1 aja?

    Berbaloi ke Astro???

    ReplyDelete
  11. sya cdot yg awak dok ngata dlm blog hernee tuh...yg awak hengat nama sya mcm cekodok tuh...ha ni cekodok dtgmelawat...nak rasa x?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails