December 31, 2009

Kepulangan Sally

Sambungan dari kisah Keputusan Sally, Sally belum lagi dapat membuat keputusan yang sewajarnya.Ditelan mati mak,diluah mati ayah.Kalau dia menerima tawaran bekerja di USA,bermakna dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya di kampung.Kalau dia pulang ke Malaysia,bermakna dia melepaskan peluang yang terhidang di depan mata.Sally buntu dan tidak tidur lena memikirkan jawapan yang perlu diberikan.Dia diberi masa 2 minggu untuk memberi jawapannya.


Ke manakah arah yang harus dituju?

Akhirnya, selepas beberapa hari,Sally membuat keputusan untuk memilih bekerja di USA.Tawarannya agak lumayan dan rugi andainya dia lepaskan.Lagipun,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Sally tidak pasti samada pilihan yang dibuatnya itu adalah tepat,namun itulah pilihan terbaik yang difikirkannya.

Sehari sebelum Sally melaporkan diri dan menandatangani perjanjian dengan syarikat barunya, dia menerima panggilan telefon daripada ibunya.Ayahnya sedang sakit tenat dan ayahnya kini berada di Wad ICU.


Ayah Oh Ayah

Lantas, Sally menukar fikirannya kerana tidak mahu tidak menatap wajah ayahnya andai umur ayahnya tidak panjang dan  berjauhan dengan ayahnya yang sedang sakit tenat itu. Sally membeli tiket pulang malam itu juga untuk pulang ke tanah air.

Keesokan harinya, dia sampai di KLIA dan dia mengambil teksi untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka.Ayahnya kini berada di Hospital Melaka dan dia terus bergegas ke hospital. Sayu hati Sally bila melihat keadaan ayahnya di Wad ICU itu.Sudah kurus-kering badan ayahnya dan begitu tidak bermaya sekali keadaan ayahnya.Bekalan darah dan juga air dimasukkan melalui saluran tiub.Sebak hati Sally dan begitu mudah


Air Mata Sally jatuh bercucuran

Sally sudah memaklumkan keadaanya kepada majikannya dan majikannya begitu prihatin dan memberi sebulan cuti separuh gaji kepada Sally untuk menjaga ayahnya itu.Sally tidak begitu memikirkan sangat pasal kerjanya sekarang,dia terlalu risaukan keadaan ayahnya.

Hari ke hari, masih belum ada respons positif mengenai kesihatan ayah Sally.Dia masih di dalam ICU dan tidak sedarkan diri.Doktor mengatakan bahawa peluang untuk ayahnya sedarkan diri balik agak tipis .Namun,Sally yakin yang ayahnya akan kembali sedar dan kembali sihat seperti dulu.Namun,itu hanyalah harapan Sally.

Bila di saat camtu,Sally mengimbau kembali kenangan manisnya bersamanya ayahnya.U will never know what u have until u lose it...Sally merasakan seperti itu.Dia berdoa kepada Tuhan setiap hari supaya ayahnya akan sembuh, namun


Terjawabkan Doa Sally?

26 comments:

  1. kan zana dh bgtau, layak buat drama ni.. makin drama btl citer nie..

    doa yg ikhlas insyaAllah akn termakbul..

    ReplyDelete
  2. mungkin Allah lebih sygkan ayahnya.. so terima lah takdirnya sally.. hehehe

    ReplyDelete
  3. aku dah buang gambar CD cetak rompak...aku takut!~ wakakakak..thanks for ur advice..

    http://kancilbiru.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. LOLX..sambungan lagi..adui..hehehehehe..

    ReplyDelete
  5. Takdir melebihi mana-mana doa manusia..

    ReplyDelete
  6. Morning..kunjungan balas huhu i sllu confuse antara u ngn satu blogger tu..dh lupa lak nama org tu..pe2 pun me link ur blog ok..have ar nice day (^.^)

    ReplyDelete
  7. nie kena cari balik story dari mula....

    ReplyDelete
  8. alahai..sambung blk ke...sian ayh sally..huu

    ReplyDelete
  9. kita akan sedar bile org itu sudah tiada kan..!

    ReplyDelete
  10. cepat sambungan wehhh. teruja nk tahu kesudahannya....hehheehe

    ReplyDelete
  11. tlg sambung cepat2 skit erk...
    xsabor la nk tunggu....


    harap2 doa sally termakbul... =)

    ReplyDelete
  12. boleh sambung ???huhuhu. neway, dah klik milo :)

    ReplyDelete
  13. Selamat Tahun Baru 2010~! milo itu juga telah diklik ;-)

    ReplyDelete
  14. termakbul kot..cepat sambung saya mau tau kesudahannya...

    ReplyDelete
  15. Nikel Khor : I will visit urs...Sooner or later..

    Adieyza : thanks...ble buat drama ke?Hihihi,kembang hidung jap..

    smileitusenyum :Tiada siapa yg dpt melawan takdir kan?

    ReplyDelete
  16. Ghostone :Mati ?Umm..tunggu...

    Nizaa :Terimakasih...Sama2lah mengingati...

    MONICA :OKlah,kalau taknak sambung,saya tak continue la cerita ini...

    ReplyDelete
  17. Eldy : U r rite..Kalau dah ajal,naik bas atau duk dlm rumah pun ble mati...

    farra-eng :thanks for visiting mine.I will visit u back when I'm free...I'm using FIFO formula...

    rasp :Cari jgn tak cari

    ReplyDelete
  18. ezzati :Yup,kesian kat ayah dia...

    Si budak aboi :Yup,u will never know what u have until u lose it...

    Redbloodsnow :Lagi teruga redbloodsnow sudi singgah ke blog yg tak seberapa ini...

    ReplyDelete
  19. zella :akan disambung tahun depan..tunggu...

    Sharinginfoz :Cubaan...

    Cik Cookie :X menahan?lain macam je bunyi?

    tifa :Tekaan yang mungkin betul.

    lizz :akan bersambung selepas iklan milo...

    ReplyDelete
  20. phatgurl :Slamat tahun baru..Bila nak blanje makan?hehehe,just kidding..

    iva saionji :akan bersambung...kena sambung seminggu skali ok tak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails