Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

April 5, 2011

Rahsia Seorang Suami Beristerikan Model


Mr Je Jai (bukan nama sebenar) , tinggal bersama Isteri,anak2, adik dan ibu kandungnya di rumah ibunya. Dia sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang sangat comel. Namun, semenjak kelahiran anaknya yang kedua, Je Jai selalu saja bermain komputer sampai pagi. Kadang-kadang sampai pukul 3-4 pagi dan selalu dimarahi Ibu dan adiknya. Yerla, bil elektrik naik dan apa pula kata Isteri? -

Inilah Sambungannya :

Isteri Je Jai (Fasha, bukan nama sebenar) seorang manager di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Di samping itu, dia juga seorang model sambilan, wajahnya selalu muncul di beberapa Majalah di Malaysia.Yang saya ingat, majalah An Nur.

Gambar Sekadar Hiasan (Kredit picture to Google)

Isteri Je Jai memang cantik .Saya pernah berjumpa dengannya Face to face, memang layakpun dia menjadi Model. Adik beradiknya yang lain pun tak kurang cantiknya, persis Hanis Zalikha or Fatin Liyana. Berjumpa mereka ketika birthday anaknya yang sulung. Namun, itu cerita lain.

Rupanya ada rahsia kenapa Je Jai selalu bermain komputer sampai lewat pagi. Rumah tangga Je jai keberantakan sejak Isterinya mengandungkan anak kedua. Isterinya rupanya sudah mula berubah. Isterinya tidak membenarkan Je jai tidur sekali dengannya dan sehinggalah anak keduanya dilahirkan , Fasha masih tidak berubah.

Sedikit demi sedikit rahsia terbongkar. Fasha menuduh dia terkena guna-guna ibu Je Jai ketika dia berkahwin dengan Je Jai. DIkutuknya Je Jai habis-habisan . Lelaki tak bekerja tetap,tidak sepadan dengannya,terkena guna-guna dan pelbagai lagi.

Sayangkan keluarga, selama ini , Je Jai la yang menjaga anak-anaknya ,sampaikan mandi,pakaikan lampin,suapkan anak makan, etc semua Je jai yang buat. Fasha langsung tidak ambil kisah mana pasal anak-anak. Sampaikan Je Jai sanggup tidak bekerja dan bekerja part time saja di hujung minggu/masa free dan anak dijaga ibunya. Part time membawa Limo.

Selepas melahirkan anak kedua dan lepas pantang, Fasha langsung tidak membenarkan Je jai menyentuhnya di bilik tidur.DImarahi,dihalau dan pelbagai lagi.  Laptop la yang menjadi temannya namun rahsia rumahtangganya itu disimpannya seorang. Ibu dan adiknya langsung tidak menyedari ketika itu. Pandai dia memainkan peranan dan menyorokkan permasalahan rumahtangganya dari ibu kandung/adik yang tinggal sekali dengannya.

Namun, akhirnya rahsia terbongkar juga. Fasha minta cerai. Hancur luluh hati Je Jai kerana selama ini dia menjaga Fasha dengan penuh kasih sayang walaupun dia sedar akan kekurangannya yang tiada pekerjaan tetap dan bergelar "Mr Mama". 

Alasan yang diberikan Fasha dia sudah tidak sayangkan Je jai dan dia sudah tahu dia terkena guna-guna ibu je jai. Bukan main sedih ibu je jai bila dituduh begitu. Lebih-lebih lagi jiwanya sebagai seorang ibu tunggal yang diceraikan suami ketika anak sedang membesar + dia ada sakit jantung dan pernah buat bypass. Sampai begitu teruk tohmahan yang diberikan.

Namun, mungkin Tuhan mahu berikan petunjuk. Sebagai mana dia cuba berlakon dan memberikan bukti di mahkamah semuanya berlaku adalah Salah Je Jai, kedua-dua anak perempuannya yang masih kecil tidak mahu pergi dengannya. Mereka tetap mahukan ayahnya, Je Jai. Mana taknya, dari kecil, Je Jai lah yang menjaga mereka persis seorang ibu.Susu, lampin, dan pelbagai lagi, dialah "Mr Mama". Terutamanya anak sulungnya yang terlalu akrab dengan Je Jai.

Di dalam diam, rahsia semakin terbongkar. Fasha rupanya bermain cinta/mempunyai hubungan dengan Bossnya. (Dayuss punya Jantan!!,Isteri orang pun nak kebas). Diselidiki rahsia dari rakan sepejabat/Facebook,hubungan mereka begitu akrab sehingga bossnya telah menjanjikan akan mengahwininya selepas saja "tamat edah" apabila Je jai menceraikannya.

Dipendekkan cerita, kes mereka masih lagi di mahkamah dan buat masa ini hak penjagaan anak masih diberikan kepada Je Jai kerana Fasha tidak sanggup untuk menjaga kedua-dua anaknya+Anaknya tetap mahu bersama Je Jai. Dia masih mahu menjadi model dan baginya anak itu menghalang cita-citanya. Umm, dunia oh dunia.. Ada juga Ibu sebegini ya?

Direnungi kembali, pandai betul lakonan Fasha sebelum ini. Dia pernah menghadiri kenduri kahwin kami dan pernah pergi pergi bercuti bersama sekeluarga di Port Dickson. Nampak mesra dan tiada masalah.Rupa-rupanya itu sekadar lakonan dan sandiwara. Umm, most model pandai berlakon, kan?

Yup, ini kisah benar yang berlaku ke atas somebody yang saya kenal. Je Jai itu sepupu Isteri saya. Betulla kata pepatah, don't judge book by it cover. Nampak cantik, baik dan berbudi bahasa tinggi, namun rupanya........Tuhan saja yang mengetahuinya... Tapi tidak semua yang begitu kan?

P/s : Isteri yang cantik belum tentu menjamin kebahagian rumah tangga. Berhati-hatilah dalam membuat pilihan. Kecantikan luaran hanyalah sementara.

March 2, 2011

Rahsia di Sebalik Bermain Komputer Sampai Pagi

Rahsia di Sebalik Bermain Komputer Sampai Pagi
Watak Utama : Je Jai bukan nama sebenar

Ini kisah benar, saya kasi sinopsisnya dulu . Kalau anda rasa, saya patut sambung kisah ini, nanti saya akan publishkan.Agak panjang juga storynya namun ianya mampu membuatkan airmata jatuh berjurai. Masih serba salah untuk berkongsi kisah ini. 

Sinopsis :

Mr Je Jai (bukan nama sebenar) , tinggal bersama Isteri,anak2, adik dan ibu kandungnya di rumah ibunya. Dia sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang sangat comel. Namun, semenjak kelahiran anaknya yang kedua, Je Jai selalu saja bermain komputer sampai pagi. Kadang-kadang sampai pukul 3-4 pagi dan selalu dimarahi Ibu dan adiknya. Yerla, bil elektrik naik dan apa pula kata Isteri?

Namun, ada rahsia di sebaliknya. Rahsia yang mungkin sukar dipercayai oleh ibu dan orang disekilingnya? Apakah rahsianya? Adakah dia ada skandal dengan Fasha Sandha? Adakah dia jadi bapa ayam di waktu malam? Adakah??

P/s : Seriously, ini kisah benar. Saya hampir menitikkan air mata bila mendengar cerita ini. Yup, "Don't judge book by it Cover". Macam Je Jai, nampak garang, "tapi Dalam Hati ada Taman". Umm,Asyik-asyik Je Jai kan?

P/s/s : Oh, kisah ini bukan kisah Je Jai. Adakah saya patut sambung/ceritakan kisah ini? 

Sambungan di Rahsia Seorang Suami Beristerikan Model

October 2, 2010

My AirAsia Story

48 hours Advertorial Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Beberapa hari yang lepas saya telah dijemput oleh AirAsia untuk diinterview di Petaling Street, KL sempena "100th million passenger milestone" dan ketika entry ini ditulis nombornya adalah 99,488,115 . Wow, sudah hampir 100 juta.


Sedang Diinterview oleh Krew AirAsia

Inilah antara pengalaman menarik yang saya kongsikan ketika Interview ini. Saya adalah salah seorang penggemar dan pengguna AirAsia :

1) Saya telah menggunakan perkhidmatan AirAsia dan telah terbang menggunakan AirAsia dari pelbagai destinasi seperti Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Johor Bharu, dan Pulau Langkawi .
2) Sukakan AirAsia kerana tiketnya yang murah dan berpatutan.
3) Mudah untuk Booking tiket, Loading pantas dan boleh membayar menggunakan kredit kad serta Maybank2u.com
4) Staff/Pramugari yang peramah. 
5)Mudah ke KLIA2 (dulu dikenali LCCT) dengan menggunakan public transport.
6) In- Flight makanan yang sedap. Saya suka Nasi Lemak, Nasi briyani dan Roti Canai. 
7) Offer yang menarik dari masa ke semasa. 

Real People, Real Stories, My Stories
PetalingStreet Lokasi Dipilih

Sempena bakal menyambut penumpang yang ke 100 Juta, AirAsia turut menganjurkan Contest yang diberi nama , 'Real People, Real Stories' di [ Klik Here] dengan hadiah yang begitu menarik iaitu tiket penerbangan Percuma dengan tema/tajuk " "How has AirAsia changed your life for the better? "

Mudah saja, hanya perlu kongsikan cerita anda di Twitter, Blog, Video di Youtube, ataupun gambar menarik di Online Gallery. Tarikh tutupnya adalah pada 4 Oktober 2010, masih sempat lagi kan dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. 

Inilah Story saya yang sempat saya rakamkan sendiri, lebih kurang macam apa yang saya kongsikan ketika di Interview oleh AirAsia :


Bergambar Kenangan Bersama AirAsia Crew | Thanks For Inviting Me To Share My Stories

AirAsia pengalaman mengujakan dan menarik sekali
Kami sekeluarga dapat terbang dengan lebih gembira dan poket pun masih berisi
AirAsia change Our Life sudah semesti
Pilihan kami dulu, kini dan di masa depan sudahlah pasti

My  AirAsia Stories telahpun dikongsi
Sharing Is Caring , sama-sama berkongsi pengalaman peribadi
Pengalaman menarik akan diingat dan mekar dalam memori
Terimakasih Airasia memudahkan perjalanan dan percutian kami

P/s : This is My Story, How About You ? Tentu ada pengalaman menarik untuk dikongsi-kongsi? Apa pula pandangan anda tentang AirAsia?

April 29, 2010

Bean Moreno Si Penjual WaterMelon

Idea ini menerjah fikiranku ketika kursus "Mind Mapping, Memory Training dan Speed Reading" yang ku hadiri beberapa hari yang lepas. Apabila diberikan 2 pairs of item , dan salah satu daripadanya adalah Marketing dan WaterMelon, apa yang terlintas di fikiranku ketika itu adalah :

Bean Moreno Menjual WaterMelon @ Tembikai

Dahla tengah demam time tu. Mental picture itu really make my day. Mungkin kerana nickname Bean @ aku terlintas Mr Bean @ kelakar. Jadi, jangan pandang rendah pasal kuasa dan aura nickname ni. Bolehle jengah entry Tips | Nickname oh Nickname .

Jadi, jom layang sambungan cerita khayalanku Bean Moreno Si Penjual Watermelon.

Di sebuah pekan terpencil di Rawang, ada seorang penjual WaterMelon yang sangat rajin bekerja. Namanya Bean Moreno. Walau hujan mahupun panas, dia tetap rajin menunggu dan menanti pelanggan. WaterMelon yang dijualnya semuanya besar-besar ,sedap dan menggiurkan.

Pengalaman menjadi penjual Water Melon banyak mengajar Bean Moreno dan mematangkan hidupnya. Antara pengalamannya yang kini telah diadaptasikan di dalam blognya yang bakal meletup di pasaran Malaysia suatu hari nanti adalah :

1) Suatu kejadian aneh berlaku apabila ulat sutera tiba-tiba muncul dari salah satu Watermelonnya. Namun, rasanya tersangatlah sedap sehingga dia tidak jadi untuk menjualnya. Dari situ munculnya idea SuteraBlogger

2) Pengalaman memerhatikan pelanggan yang pelbagai kerenah telah memberikan banyak idea dalam menulis dan idea yang tidak putus kunjung tiba bak Air Terjun Niagara. Jawapan di mana Idea Tulis Entry Terjawab

3) Ketika berniaga Watermelon ramai peniaga lain yang dengki dan jealous dengannya kerana gerainya begitu diminati ramai. Ramai yang menggunakan hikmah bomoh kerana dengkikannya. Begitu la juga dalam dunia blog ini, akan ada pihak yang dengki dan cemburu bila nama semakin naik. Disitulah timbulnya Idea Tagline " Blogging Itu Umpama Mencari dan Mengamalkan Ilmu Hitam'

4)Kerana Watermelon AienSepet tertarik hati

Pertemuan tidak disengajakan di gerai Watermelon telah membuahkan detik-detik Cinta. Hari-Hari AienSepet singgah di gerai Bean Moreno atas ketampanan Bean Moreno dan sikapnya yang jujur dan romantik. Bean Moreno melamar Aien Sepet dengan menghadiahkan sebiji Buah Tembikai ketika birthday AienSepet yang ke-X dengan didalamnya diletakkan sebentuk cincin dan sekeping kad kecil yang bertulis "Walaupun Matamu Sepet, I Really Love You and Want to be Part of Your Life. Will You Marry Me? All the Lovely WaterMelon will be Yours". Lamaran diterima dan akhirnya Bean Moreno bahagia sehingga ke anak cucu (hak3,cam cerita zaman dulu-duluje)

5) Dalam berniaga banyak peraturan yang perlu dipatuhi seperti jujur kepada pelanggan, tidak menaikkan harga sesuka hati, promosi yang betul-betul promosi dan menghargai pelanggan setia. Dari situ timbullah Idea : Undang-Undang Penulis

Namun, kini Bean Moreno tidak lagi menjual WaterMelon. Dia tengah mengorak langkah untuk menuju ke puncak (Ewah, cam AF pula). Langkahannya yang semakin laju selaju otaknya berfikir dan kini dia sudah mampu tersenyum :


Namanya Sudah Semakin Gah di Persada Blogging Tanah Air

Hik3, maaf ye saudara Bean Moreno. Buat cerita tanpa kebenaran. Saja untuk lari seketika dari entry serius dan menyantaikan minda sendiri. Hik3, anyway, U really make my day that day. Last but not least , serangkap pantun buatmu :

Bean Moreno Si Penjual Watermelon buatku tersenyum sahaja
Orangnya hensem segak bergaya
Personaliti santai dan mempesona
Rajin membantu tidak lokek ilmu dikongsikan bersama

P/s : Pekena Watermelon musim-musim panas camni best juga kan? Kat mana boleh beli WaterMelon terbaik ya?

March 4, 2010

Kisah Si Genius

Salam. Harini aku ingin berkongsi satu cerita. Kisah ini kisah benar, yang sampai kini aku ingatinya.Kisahnya di beri nama :

Kisah Si Genius (Gambar kredit kepada Pakcik Google )

Cerita Sufiah Yusof ke yang ingin kuceritakan? Ishh,kalau cerita ini, sudah ramai yang tahu dan lebih tahu pasal ini.Gambar ini pun aku ambil bila Search Si Genius di Google. Kadang-kadang sedih bila fikir kisah Sufiah Yusof,lain yang dicitakan lain yang jadinya.

Oklah, berbalik semula.Kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah kisah seorang rakan yang ku kenal semasa aku buat A-Level di Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (sekarang sudah ditukar nama Kolej Yayasan UEM). Di sana,memang semua budak pandai-pandai, almaklumlah semua bakal ke oversea.Betapa kerdilnya rasa diri ini bila berada di sana, rasa tidak layak untuk berada di sana dan bermacam-macam lagi pertanyaan timbul.Namun, itu lain kali aku bercerita.

Mengujakan dapat berjumpa Insan Genius

Nama rakan itu (Faizal/bukan nama sebenar) .Umurnya sama denganku namun dia mendapat tajaan Telekom untuk buat Course IT.Saya ambil A Level untuk dua tahun namun Faizal hanya buat A Level 1 tahun setengah. Dahla tu, ambil 4 subjek yang kebiasaannya orang akan ambil 3 subjek saja termasuklah aku.

Dipendekkan cerita, Si Faizal ini memang genius budaknya.Selalu Score A dan mendapat markah yang tinggi. Rahsianya?Hanya Tuhan yang tahu.  Inilah yang dapat ku kongsi pasalnya sepanjang aku mengenalinya dia dari jauh (pernah berbual-bual dengannya beberapa kali).

1)Faizal Alim orangnya. Dia selalu sembahyang berjemaah dan berada di surau. Pernah satu ketika, dia menangis agak lama .Bila ditanyakan rakan satu chalet dengannya, dia menangis kerana bas dari Midvalley ke Kolej lambat pulang dan dia tidak sempat sembahyang takbir pertama bersama Imam dan itulah kali pertama dia tidak sempat bertakbir bersama Imam selepas beberapa tahun.

2)Aku rasa dia ada Sixth Sense. Di kolejku ada Vypress, lebih kurang chatting sesama kolej sahaja. Selepas solat, dia boleh updatekan berapa orang sempat takbir bersama imam,berapa orang sempat rakaat pertama dan berapa orang rakaat ketiga dan seterusnya.Sampai sekarang aku tertanya-tanya,macam mana dia tahu sedangkan dia bersembahyang sama.Adakah dia ada mata di belakangnya?Entahla,susah untuk menjawabnya.

Agak-agak mudahke kehidupan Insan Genius ini?

3)Sesudah makan , pinggannya tidak akan ada satu butir nasi pun .Dia akan makan habis dan andainya ada orang yang makan bersamanya tidak habis makan, dia akan habiskan.Membazir dan amalan Syaitan katanya.

4)Selalu tersenyum dan begitu bersopan santun budi pekertinya.Pernah sekali aku datang awal ke surau.Disuruhnya aku azankan waktu itu.Fuhh,berpeluh-peluh aku dibuatnya.

5)Pernah satu ketika dia tidur di dalam kelas. Tutor Mat Salleh dan bukan main bengang lagi guru itu.Dipanggilnya Faizal dan disuruh Faizal menerangkan apa yang telah diajar dan menjawab soalan yang agak susah.Faizal bangun dan menerangkan kembali dengan terperinci dan menyelesaikan masalah dengan mudah.Tergamam dan kelu dibuatnya Tutor Mat Salleh itu.

6)Pernah ada satu exam Further Maths (kesusahannya berganda2 Add Maths).Dia mendapat markah 90+ dan markah kedua tertinggi 60+.Betapa jauhnya dia meninggalkan pelajar lain yang semuanya hebat-hebat belaka.

Banyak lagi perkara pasal dia sebenarnya .Dia mendapat 4A untuk A Levelnya dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Cambridge Universiti, antara universiti terhebat di UK. Apabila dia menamatkan pelajarannya, Cambridge menawarkannya untuk menyambung Master dan Phd.Dia menerima dan aku berbangga ada rakyat Malaysia sebegitu.Sekarang , aku tidak tahu dia di mana namun aku rasakan dia berjaya.Mungkin sudah jadi Profesor di Universiti luar negara.

Memang mengujakan dapat berjumpa orang seperti dia ini. Satu dalam berjuta.Anda pernah ditemukan dengan insan istimewa sepertinya?Apa pandangan anda?

P/s : Bersyukur dengan apa yang kita ada. Rezeki ada di mana-mana. Jangan mudah putus asa dan teruskan usaha.

P/s/s :Entry yang agak panjang dan serius.Hik3,sebenarnya just wanna take a break from blogging, tapi entry ini pula yang keluar.Kalau saya nak take a break, berapa hari agak-agaknya yang sesuai ya?Masih berfikir untuk berehat sebentar bersama Kit Kat.

February 17, 2010

Bestnya Diurut Gadis Cantik

Pengalaman Mengurut yang mengujakan

Psst,psst,cerita ini untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja.Sesiapa yang bawah 18 bolehla tutup dan diminta tidak meneruskan membaca.Nanti anda mengalami mimpi yang mengujakan/basah-basah katil saya tidak mahu tanggung.

Pengalaman ini berlaku suatu ketika dahulu.Masa, tempat, dan tarikh dirahsiakan. Pada malam itu, sampailah di sebuah rumah urut yang terkenal di ibu kota.Terus dipinta tukang urut gadis yang paling cantik ketika itu. Tidak lama ketika itu, sampailah gadis yang begitu cantik itu. Gadis Thai jati, sangatlah cantik dan menawan.

Pengalaman itu begitu mengujakan. Memang pandai dia mengurut dan itulah antara urutan paling best pernah dirasakan. Urutan Thai pula tu, memang mengasyikkan  dan hampir terlelap dibuatnya. Masa berlalu begitu kejap sahaja dirasakan. Habis je mengurut, gadis itu bertanya, "Abang taknak tambah masa ke? ''. Tambah masa?, takpelah, dah nak balik ni, tapi kalau nak ambil gambar boleh? ''. Gadis urut tu menambah, boleh, apa salahnya. Tapi jangan postkan di Internet ye?"

Inilah pertama kali nak revealkan gambar gadis tersebut. Nak tengok ke? Oklah,untuk korang semua, kali ni je tau :

Bukan yang ni . Lebih Cantik dari ini
Bukan yang ni juga.Lagi-lagi cantik

Ehh, cantik sangat ke? Memang cantik, kalau aku tunjuk mesti korang jatuh hati. Oklah, untuk tidak menghampakan korang, Marilah aku perkenalkan gadis tersebut, dahla pandai mengurut, cantiknya mengalahkan Ratu Cantik Thailand. Inilah dia , gadis tersebut :

Amcam, Cuntak?

Hahaha,mari kita tengok siapa yang kena?Adakah bro JAI , Bean Moreno ataupun Aus yang masih mencari? . Hik3, cerita di atas adalah nukilanku dan melalui pembacaan ku semata-mata. By the way, selipar urut ni ku baru beli di Melaka sempena pergi melancong di sana :

Offer yang mengujakan( Action is better than word )

Testimonialku : Fuhh, sakit  tapi best dan syiokk. Mengujakan dan I Like It. Hik3, murah dan berpatutan. Berbaloi-baloi. Berjalan-jalan di Melaka pun rasa kurang lenguh skit berbanding selalu, namun baru je guna 2 tiga hari, tak ble la nak komen lebih kan?Nak tahu lebih lanjut pasal mengurut ni, bolehla tanya saudara JAI, Aus, dan juga Bean Moreno. Mereka memang arif bak2 mengurut ni. Hik3, gurau je bro.

Dan inilah hasilnya selepas diurut gadis cun @ selipar urut tersebut :

Berlubang-lubang kakiku

P/s : Hehehe,dah lama tak pi buat reflexologi. Memang best dan mengujakan especially yang kat Sabah, memang terror orang Sabah ni mengurut. Anda pula bagaimana? Best tak bila diurut? Aus, JAI, dan Bean Moreno, taknak kongsi story ke?Hik3...

P/s/s : Sebelum terlupa, minggu ni seperti dijanjikan/kalau tiada halangan , aku bakal menerjah Sepet, Ariffshah dan juga Kak Ina KL. Next weeknya pula, mungkin lebih ramai yang bakal diterjah. Terjah tetap terjah.

February 11, 2010

Kerjaya Baru Sally

Sambungan daripada cerita Air Mata Sally yang sudah lama tidak disambung.Inilah sambungannya.Maafkan saya buat anda semua ternanti-nanti.(ternanti-nanti ke?Suka sangat syok sendirikan? ) Agak berat.juga untuk Sally membuat keputusan.Namun,selepas memikirkan panjang lebar,Sally membuat keputusan untuk menerima lamaran kerja tersebut dan di situ bermulalah kerjaya Sally sebagai seorang :
Fashion Designer

Sally begitu menyukai pekerjaan barunya itu.Pelbagai perkara baru yang dia pelajari.Daripada jahitan basic,jenis-jenis labucci, sehinggalah rekaan dan penghasilan baju.Ternyata,Sally mempunyai bakat semulajadi dan dia mula digemari oleh bossnya itu iaitu Puan Aishah .Puan Aishah memiliki butik yang diberi nama Gula-Gula Designer.

Kebanyakan tempahan yang dibuat di butik tempat Sally bekerja adalah untuk baju-baju Datin dan juga Artis.Sally semakin mula seronok dan dia juga semakin seronok terjebak dengan rakan-rakan pondannya yang lain.

Sally semakin hanyut dibuai keindahan dan keseronokan yang tidak terbatas baginya.Seks songsang sudah semakin sebati dengan dirinya.Dia hanyut di pelukan lelaki tampan/juga kurang tampan dan dia semakin bebas melayan perasaan dengan menonton video lucah, ke nightclub mencari teman dan sebagainya.Kadang-kadang gigolo pun dia layani untuk memuaskan nafsu dihati.

Di suatu hari, dia diperkenalkan dengan Farid oleh rakannya,sehensem Fahrin Ahmad rupanya. Dia sudah tertarik dan dia mula memasang niat untuk memiliki Farid.Farid seorang Akauntan, seorang duda dan peramah orangnya.Namun, adakah niat dan hasrat Sally akan berjaya?

Tepuk dada tanya selera,
Sally sudah mula alpa,
Keseronokan dunia yang dirasakan tiada batasnya
Apa yang akan terjadi agaknya?

P/s :Amcam,ok tak?Dah lama tak sambung, rasa cam lain pula cara bercerita.Agak-agak lepas ni perlu sambung lagi ke cerita ni?Kisah Mamat blom start lagi...Hik3....

January 9, 2010

Air Mata Sally

Sambungan dari kisah Kepulangan Sally,setiap hari Sally berdoa agar ayahnya sembuh.Namun,setelah beberapa minggu,masih belum menampakkan respons yang positif.Ayahnya masih belum sedarkan diri,namun Sally tetap memanjatkan doa ke hadrat Tuhan.

Hinggalah ke suatu hari, dia dikejutkan oleh doktor hospital itu.Ayah Sally sudah sedarkan diri.Syukur ke hadrat Illahi,doanya dimakbulkan.Hari ke hari, ayah Sally semakin pulih dan setelah beberapa minggu ,ayahnya dibenarkan pulang.

Sally menitiskan air mata kegembiraan.Dia bersyukur,ayahnya sudah kembali pulih.Perjuangan Sally perlu diteruskan dan selepas dia mencium kedua tangan ibu dan ayahnya,dia berangkat ke KL untuk memulakan pekerjaannya.

Sally dinaikkan pangkat menjadi Jurutera di syarikat tersebut dengan gajinya turut dinaikkan.Sally gembira bekerja di situ dan dia bekerja dengan penuh dedikasi dan syarikatnya begitu menyayanginya.Sehinggalah ke suatu hari,pertemuannya dengan Fifi (pondan juga ) mengubah segalanya.


Fifi Cantik Menawan

Fifi merupakan seorang fashion designer di sebuah butik yang terkenal dan juga seorang make up artist.Wajahnya cukup cantik,sekali pandang memang tak sangka dia seorang pondan.

Fifi mula mengajar Sally tentang selok belok kecantikan dan juga jahitan serta fashion.Sally begitu tekun belajar di waktu malam dengan Fifi dan jiwanya begitu tertarik dengan fashion tersebut.Lagipun,dia memang ada bakal semulajadi dan selepas beberapa bulan bakat Sally begitu terserlah sehingga majikan di tempat Fifi menawarkan jawatan baginya untuk menjadi salah seorang pereka fesyen @ penyelia di butik tersebut.




Fashion Designer, kerjaya idaman

Betapa gembiranya Sally,namun dia perlu membuat keputusan.Adakah dia akan melepaskan jawatannya di syarikatnya yang menawarkan gaji yang lebih lumayan ataupun bertukar kerja yang dia pun masih mentah namun semakin diminatinya?Apakah agaknya keputusan yang dibuat oleh Sally?Saksikanlah sambungannya selepas iklan Milo  dan Digi nanti....

January 4, 2010

Kisah Upin dan Ipin


Upin dan Ipin

Arfan dan Arman (Upin dan Ipinku)

Kalini just nak story kisah Upin dan Ipin ni yang kadang-kadang membuatkan aku tergelak sorang-sorang.Pemikiran diorang ni cukup kreatif walaupun masih kanak-kanak lagi :


Situasi 1 :



Isteri

Isteriku  :  Upin bila besar nanti nak kahwin berapa orang?

Upin      :  Upin nak kahwin empat.
Isteriku  : Camne Upin nak bahagikan masa dengan isteri-isteri Upin nanti?
Upin      : 2 hari untuk isteri pertama (paling sayang), sehari untuk isteri kedua,ketiga,dan keempat.
Isteriku   : Lagi 2 hari?
Upin        :Satu hari Upin akan gilir2kan setiap sejam.
Isteriku   : Satu hari lagi?
Upin       :Satu hari lagi Upin bawa isteri-isteri Upin ke pantai sama-sama.
Isteri      : (Gelak sakan dan terkedu)

Situasi 2



Rumah

Isteri     : Nanti bila besar Upin nak bina rumah berapa tingkat?
Upin       : Enam tingkat.4 tingkat utk setiap isteri Upin,satu tingkat untuk dapur,dan satu tingkat untuk letak kereta.
Isteri      : Ipin pula?
Ipin        : Ipin nak bina Hotel.
Isteri      :  (terkesima dan tergelak sorang-sorang)

Situasi 3


Panggilan

Isteri   : Nanti besar-besar, Upin nak anak-anak Upin panggil Upin apa?
Upin     : Papa.Cam Alisya panggil Ayah Ngah.
Isteri    : Panggilan untuk Umi ngan Baba?
Upin     : Opah dan Atok.
Isteri    : Ipin pula
Ipin      : Panggil Ipin Bapak..
Upin     : Haha,bapak...(gelak sakan)
Ipin      :Bukan-bukan,Bapok...Cam cerita P. Ramlee tu..
Isteri    : Bapok?kih2..tergelak lagi..

P/s :Kreatif juga pemikiran kanak-kanak ya?Upin dan Ipinku ini tahun ni Umur baru nak masuk 8 dan 7 tahun,tapi kadang-kadang pemikiran mereka mengalahkan orang dewasa.No wonder la, both Upin n Ipin ni selalu dapat no 1-5 di dalam kelas(kelas pertama).Kreatif-kreatif...

December 31, 2009

Kepulangan Sally

Sambungan dari kisah Keputusan Sally, Sally belum lagi dapat membuat keputusan yang sewajarnya.Ditelan mati mak,diluah mati ayah.Kalau dia menerima tawaran bekerja di USA,bermakna dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya di kampung.Kalau dia pulang ke Malaysia,bermakna dia melepaskan peluang yang terhidang di depan mata.Sally buntu dan tidak tidur lena memikirkan jawapan yang perlu diberikan.Dia diberi masa 2 minggu untuk memberi jawapannya.


Ke manakah arah yang harus dituju?

Akhirnya, selepas beberapa hari,Sally membuat keputusan untuk memilih bekerja di USA.Tawarannya agak lumayan dan rugi andainya dia lepaskan.Lagipun,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Sally tidak pasti samada pilihan yang dibuatnya itu adalah tepat,namun itulah pilihan terbaik yang difikirkannya.

Sehari sebelum Sally melaporkan diri dan menandatangani perjanjian dengan syarikat barunya, dia menerima panggilan telefon daripada ibunya.Ayahnya sedang sakit tenat dan ayahnya kini berada di Wad ICU.


Ayah Oh Ayah

Lantas, Sally menukar fikirannya kerana tidak mahu tidak menatap wajah ayahnya andai umur ayahnya tidak panjang dan  berjauhan dengan ayahnya yang sedang sakit tenat itu. Sally membeli tiket pulang malam itu juga untuk pulang ke tanah air.

Keesokan harinya, dia sampai di KLIA dan dia mengambil teksi untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka.Ayahnya kini berada di Hospital Melaka dan dia terus bergegas ke hospital. Sayu hati Sally bila melihat keadaan ayahnya di Wad ICU itu.Sudah kurus-kering badan ayahnya dan begitu tidak bermaya sekali keadaan ayahnya.Bekalan darah dan juga air dimasukkan melalui saluran tiub.Sebak hati Sally dan begitu mudah


Air Mata Sally jatuh bercucuran

Sally sudah memaklumkan keadaanya kepada majikannya dan majikannya begitu prihatin dan memberi sebulan cuti separuh gaji kepada Sally untuk menjaga ayahnya itu.Sally tidak begitu memikirkan sangat pasal kerjanya sekarang,dia terlalu risaukan keadaan ayahnya.

Hari ke hari, masih belum ada respons positif mengenai kesihatan ayah Sally.Dia masih di dalam ICU dan tidak sedarkan diri.Doktor mengatakan bahawa peluang untuk ayahnya sedarkan diri balik agak tipis .Namun,Sally yakin yang ayahnya akan kembali sedar dan kembali sihat seperti dulu.Namun,itu hanyalah harapan Sally.

Bila di saat camtu,Sally mengimbau kembali kenangan manisnya bersamanya ayahnya.U will never know what u have until u lose it...Sally merasakan seperti itu.Dia berdoa kepada Tuhan setiap hari supaya ayahnya akan sembuh, namun


Terjawabkan Doa Sally?

December 30, 2009

Keputusan Sally

Sambungan dari Kisah Silam Sally ,Sally serba salah dalam membuat keputusan.Keputusan yang perlu dibuatnya amat berat baginya kerana sekiranya dia menerima keputusan tersebut, dia terpaksa berpisah dengan keluarganya terutamanya kedua ibu bapanya yang sudah tua.Sally perlu menimbangkan sebaik-baiknya tentang :


Melanjutkan Pelajaran ke USA

Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga ,Sally membuat keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke USA demi masa depannya dan melupakan kenangan pahitnya bersama Sheila.


Konsep belajar yang diamalkan Sally

Masa berlalu begitu pantas, zaman di University Sally dilaluinya dengan penuh dedikasi.Berkat ketekunan dan dedikasi Sally,dia berjaya menamatkan ijazahnya dan latihan industrinya dalam masa 2 tahun sahaja.Tidak sia-sia dia belajar dan mengamalkan Study Smart.Banyak ranjau,kenangan manis dan pahit sepanjang Sally di Universiti.Dia sempat melawat beberapa tempat menarik di Amerika Syarikat,antaranya :


White House (tengok dari luar je)

Statue of Liberty

Niagara Waterfall

Copper Mountain

Sally begitu gembira kerana mendapat 1st Class Honour dan menjadi top 10 untuk ijazah yang diambilnya (Kejuruteraan Mekanikal).Sebelum dia bercadang untuk pulang ke Malaysia,dia ditawarkan bekerja di Amerika Syarikat oleh sebuah syarikat terkemuka di sana atas keputusannya yang begitu cemerlang dan syarikat tersebut sanggup membayar balik jumlah pembiayaan biasiswa yang ditaja oleh Syarikat Sally sebelum ini.

Sally menjadi serba salah.Tawaran yang ditawarkan begitu lumayan,hampir menyamai gaji seorang Pengarah syarikat di Malaysia.Apakah agaknya keputusan yang akan dibuat oleh Sally?Adakah Sally akan bekerja di USA dan tidak kembali buat sementara waktu bagi melupakan kesedihannya bersama Sheila ?

December 24, 2009

Kisah Silam Sally

Sambungan dari Kisah Permintaan Sally, Mamat yakin dengan keputusannya menerima permintaan Sally menjadi adik angkatnya.Dia tidak pernah berangkat-angkat sebelum ini,namun dia yakin yang Sally benar-benar ikhlas.Mamat teringat kembali apabila Sally bercerita "Kisah Silamnya"

Sally sebenarnya sama seperti lelaki yang lain sebelum ini walaupun jiwa lembutnya sudah mula terbit semenjak dia kecil lagi.Sally pernah bercinta dan kekasihnya begitu cantik, secantik :


Tizz Zaqyah

Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Cintanya dirampas oleh insan ketiga.Semakin merumitkan keadaan apabila insan ketiga tersebut adalah abang kandungnya sendiri.Kekasihnya (Sheila) memilih untuk menerima Abang Sally (Farid) kerana Farid berjawatan tinggi,bergaji besar, dan lebih hensem daripada Sally.Pertemuan mereka apabila dipertemukan oleh Sally telah membuahkan titik-titik cinta dalam diam dan akhirnya mereka meluahkan perasaan mereka kepada Sally dan keluarga untuk berkahwin.

Hancur luluh hati Sally apabila mendengar kata-kata abangnya dan insan yang paling disayanginya.Harapkan pagar,pagar makan padi.Selama ini Sally bekerja bertungkus-lumus dan tidak menyambung pelajarannya demi membiayai pelajaran abangnya dan kasih sayang yang dicurahkan ke atas Sheila tidak pernah putus namun tuba akhirnya yang dibalas.Barulah dia sedar betapa materialistiknya Sheila.Kepercayaannya direntap begitu saja di depan matanya sendiri.

Sejak detik itu, Sally sudah tidak percayakan wanita lagi (sebagai kekasih) ,dia mula berubah dan Sally :



Membawa diri Ke Kuala Lumpur

Semenjak detik itu juga,Sally mula berubah.Jiwa lembutnya semakin terbawa-bawa apabila mengenangkan kisah dia dan Sheila.Sally mula berkawan dengan lelaki-lelaki lembut dan juga pondan-pondan yang lain.Jiwanya begitu serasi dengan mereka dan Sally mula hanyut dibuai keseronokan lain yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Sally mendapat pekerjaan di sebuah kilang dan berkat kesungguhan dan kepandaiannya (keputusan SPM Sally sangat bagus sebelum ini namun dia tidak menyambung pelajarannya demi keluarga dan abangnya Farid),selepas beberapa tahun syarikatnya itu menawarkan dia untuk melanjutkan pelajaran/latihan industri di Amerika Syarikat.Namun,adakah Sally akan menerimanya dan apakah yang bakal terjadi selepas ini?



Dan Adakah Sally akan terbang ke USA?

December 23, 2009

Permintaan Sally

Ini adalah sambungan dari kisah Penantian Sally Berakhir. Mamat kaget dengan permintaan daripada Sally.Rasanya permintaan Sally itu sukar untuk dia menjawabnya ketika itu

Apakah agaknya Permintaan Sally?

Mamat terus meneguk Air Mangga yang tinggal lagi suku.Dalam keadaan yang masih tidak keruan,Mamat meneruskan kata-katanya :

Mamat : Sally,nantilah saya fikirkan pasal permintaan Sally tu.Bagila masa kat Mamat ya?

Sally : Takpe,Mamat fikirkanlah dulu.Sally tak memaksa.Cuma Sally harap,Mamat pertimbangkan la betul-betul permintaan Sally ya.
Mamat :Ok,nanti Mamat pertimbangkan.

Selepas itu mereka pun pulang.Malam itu tidak tidur lena dibuatnya Mamat.Pertama kali orang membuat permintaan begitu kepadanya.Serba salah dia dibuatnya.Apakah jawapan yang perlu diberikan kepada Sally?


Ya ataupun tidak?

Akhirnya,setelah beberapa hari berfikir ,Mamat membuat keputusan untuk menerima permintaan Sally iaitu :

Menjadi Adik Angkat Sally

Keputusannya diberitahu Sally dan Sally begitu gembira mendengarnya.Lega hatinya yang Mamat menerima dan sudi menjadi adik angkatnya.Niat sebenarnya adalah untuk menolong Mamat dan agar Mamat berjaya dalam pelajarannya.Dia akan cuba menolong Mamat seadanya.


Mamat pula menerima Sally kerana melihat keikhlasan dan kata-kata Sally yang begitu bersungguh-sungguh.Walaupun seorang pondan,Sally begitu lemah-lembut dan baik budi pekertinya  dan membuatkan Mamat tertarik untuk menerima permintaan Sally.Lagipun,Sally telahpun berterus-terang dan menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia boleh menjadi seperti itu.Apakah agaknya yang telah terjadi dan mengapa


Sally Memilih jalan itu?
Related Posts with Thumbnails