April 5, 2011

Rahsia Seorang Suami Beristerikan Model


Mr Je Jai (bukan nama sebenar) , tinggal bersama Isteri,anak2, adik dan ibu kandungnya di rumah ibunya. Dia sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang sangat comel. Namun, semenjak kelahiran anaknya yang kedua, Je Jai selalu saja bermain komputer sampai pagi. Kadang-kadang sampai pukul 3-4 pagi dan selalu dimarahi Ibu dan adiknya. Yerla, bil elektrik naik dan apa pula kata Isteri? -

Inilah Sambungannya :

Isteri Je Jai (Fasha, bukan nama sebenar) seorang manager di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Di samping itu, dia juga seorang model sambilan, wajahnya selalu muncul di beberapa Majalah di Malaysia.Yang saya ingat, majalah An Nur.

Gambar Sekadar Hiasan (Kredit picture to Google)

Isteri Je Jai memang cantik .Saya pernah berjumpa dengannya Face to face, memang layakpun dia menjadi Model. Adik beradiknya yang lain pun tak kurang cantiknya, persis Hanis Zalikha or Fatin Liyana. Berjumpa mereka ketika birthday anaknya yang sulung. Namun, itu cerita lain.

Rupanya ada rahsia kenapa Je Jai selalu bermain komputer sampai lewat pagi. Rumah tangga Je jai keberantakan sejak Isterinya mengandungkan anak kedua. Isterinya rupanya sudah mula berubah. Isterinya tidak membenarkan Je jai tidur sekali dengannya dan sehinggalah anak keduanya dilahirkan , Fasha masih tidak berubah.

Sedikit demi sedikit rahsia terbongkar. Fasha menuduh dia terkena guna-guna ibu Je Jai ketika dia berkahwin dengan Je Jai. DIkutuknya Je Jai habis-habisan . Lelaki tak bekerja tetap,tidak sepadan dengannya,terkena guna-guna dan pelbagai lagi.

Sayangkan keluarga, selama ini , Je Jai la yang menjaga anak-anaknya ,sampaikan mandi,pakaikan lampin,suapkan anak makan, etc semua Je jai yang buat. Fasha langsung tidak ambil kisah mana pasal anak-anak. Sampaikan Je Jai sanggup tidak bekerja dan bekerja part time saja di hujung minggu/masa free dan anak dijaga ibunya. Part time membawa Limo.

Selepas melahirkan anak kedua dan lepas pantang, Fasha langsung tidak membenarkan Je jai menyentuhnya di bilik tidur.DImarahi,dihalau dan pelbagai lagi.  Laptop la yang menjadi temannya namun rahsia rumahtangganya itu disimpannya seorang. Ibu dan adiknya langsung tidak menyedari ketika itu. Pandai dia memainkan peranan dan menyorokkan permasalahan rumahtangganya dari ibu kandung/adik yang tinggal sekali dengannya.

Namun, akhirnya rahsia terbongkar juga. Fasha minta cerai. Hancur luluh hati Je Jai kerana selama ini dia menjaga Fasha dengan penuh kasih sayang walaupun dia sedar akan kekurangannya yang tiada pekerjaan tetap dan bergelar "Mr Mama". 

Alasan yang diberikan Fasha dia sudah tidak sayangkan Je jai dan dia sudah tahu dia terkena guna-guna ibu je jai. Bukan main sedih ibu je jai bila dituduh begitu. Lebih-lebih lagi jiwanya sebagai seorang ibu tunggal yang diceraikan suami ketika anak sedang membesar + dia ada sakit jantung dan pernah buat bypass. Sampai begitu teruk tohmahan yang diberikan.

Namun, mungkin Tuhan mahu berikan petunjuk. Sebagai mana dia cuba berlakon dan memberikan bukti di mahkamah semuanya berlaku adalah Salah Je Jai, kedua-dua anak perempuannya yang masih kecil tidak mahu pergi dengannya. Mereka tetap mahukan ayahnya, Je Jai. Mana taknya, dari kecil, Je Jai lah yang menjaga mereka persis seorang ibu.Susu, lampin, dan pelbagai lagi, dialah "Mr Mama". Terutamanya anak sulungnya yang terlalu akrab dengan Je Jai.

Di dalam diam, rahsia semakin terbongkar. Fasha rupanya bermain cinta/mempunyai hubungan dengan Bossnya. (Dayuss punya Jantan!!,Isteri orang pun nak kebas). Diselidiki rahsia dari rakan sepejabat/Facebook,hubungan mereka begitu akrab sehingga bossnya telah menjanjikan akan mengahwininya selepas saja "tamat edah" apabila Je jai menceraikannya.

Dipendekkan cerita, kes mereka masih lagi di mahkamah dan buat masa ini hak penjagaan anak masih diberikan kepada Je Jai kerana Fasha tidak sanggup untuk menjaga kedua-dua anaknya+Anaknya tetap mahu bersama Je Jai. Dia masih mahu menjadi model dan baginya anak itu menghalang cita-citanya. Umm, dunia oh dunia.. Ada juga Ibu sebegini ya?

Direnungi kembali, pandai betul lakonan Fasha sebelum ini. Dia pernah menghadiri kenduri kahwin kami dan pernah pergi pergi bercuti bersama sekeluarga di Port Dickson. Nampak mesra dan tiada masalah.Rupa-rupanya itu sekadar lakonan dan sandiwara. Umm, most model pandai berlakon, kan?

Yup, ini kisah benar yang berlaku ke atas somebody yang saya kenal. Je Jai itu sepupu Isteri saya. Betulla kata pepatah, don't judge book by it cover. Nampak cantik, baik dan berbudi bahasa tinggi, namun rupanya........Tuhan saja yang mengetahuinya... Tapi tidak semua yang begitu kan?

P/s : Isteri yang cantik belum tentu menjamin kebahagian rumah tangga. Berhati-hatilah dalam membuat pilihan. Kecantikan luaran hanyalah sementara.

16 comments:

  1. hurmmm... macam tu kisahnya.. memang tak disangka kan? ape nak buat bro.. sabor banyak2 aje lah..
    Selesaikan Masalah Streamyx anda Sendiri!

    ReplyDelete
  2. yup kecantikan tak menjamin kebahagiaan sepanjang hayat..

    memang setiap rumah tangga akan dijui masalah tapi jika berpasangan yang cantik dan lawa masalah itu akandabel berkali2 ganda..jika pasangan cantik itu tidak buat hal, orang lain yang akan kacau daun...

    lumrah dunia jika terlalu inginkan pasangan yang cantik rupa semata2 sahaja...pilihlah yang cantik budi bahasa insyaAllah kebahagiaan menanti..

    ReplyDelete
  3. btol2..suspen je cite..hehehe..kalo cantik pon lom tentu lg bahagia kan

    ReplyDelete
  4. byk btl masalah umahtangga skang ni...

    ReplyDelete
  5. suka part last sekali.
    kecantikan hanya sementara

    ReplyDelete
  6. kesian jejai. mungkin sesetengah model macam ni. paling sedih dekat anak-anak. sanggup dia buat macam tu.

    ReplyDelete
  7. setuju tu eyriqazz.. cantih luar.. belum tentuk cantik dalamnya..

    Sebab tu kalau boleh jgn cari calon isteri yg terlalu cantik bagai model...tapai kalau dah dapat tu.. simpan dalam peti besi ye.. heheehe

    ramai mata-mata memandang.. jantan2 dekat luar tu tak kira bini org ke semua dia bedal je..

    Moralnya berhati2 dalam memilih calon.. jgn kerana nafsu semata2 diri sendiri terperangkap nanti..

    ReplyDelete
  8. btl tue..kdg2 tue lebih teruk dri yg ini kan..harp die bersabar...

    ReplyDelete
  9. lagi kisah benar dibongkar dalam blog GTO. well, kasihan kt jejai. sepupu wife ngko pulak.

    part cantik takyah laa nak take priority. mmg selaku manusia akan tgk pada cantik tapi cantik aja x cukup utk jamin bahagia

    again aku nk tanya boleh kita minum2 petang dgn je jai blogger mahsyur

    ReplyDelete
  10. mmg pun..tp selalu lelaki mmg pandang rupe pun..

    ReplyDelete
  11. hmmm itulah kalau cantik yang menjadi taruhan.. janganlah memilih pada satu aspek sahaja..pilih lah yang ada ilmu agama dan keturunannya.. :)
    Jom baca ni: Cerita selepas ABPBH 2010..Datuk Siti Nurhaliza, Yuna??

    ReplyDelete
  12. huhu, wanita berkerjaya ni kdg2 x de masa

    Terkini : Aku VS Nuffnang

    ReplyDelete
  13. Perghhh..speechless..terkedu gua

    ReplyDelete
  14. betul..betul..kecantikan luaran hanyalah sementara..sebab tu lah kalau memilih pasangan kriteria pertama adalah agama..

    Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

    Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

    ReplyDelete
  15. Setuju sangat sangat......mereka lupa siapa yang membantu mereka utk sampai ke tahap yg mereka ada sekarang...kalau tak si suami yg mereka hina itu.... Bersabar..hidup kita seumpama roda.. Bukan nak mendoakan kejatuhan si dia tp percayalah Allah itu adil...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails