Sambungan dari Kisah Permintaan Sally, Mamat yakin dengan keputusannya menerima permintaan Sally menjadi adik angkatnya.Dia tidak pernah berangkat-angkat sebelum ini,namun dia yakin yang Sally benar-benar ikhlas.Mamat teringat kembali apabila Sally bercerita "Kisah Silamnya"
Sally sebenarnya sama seperti lelaki yang lain sebelum ini walaupun jiwa lembutnya sudah mula terbit semenjak dia kecil lagi.Sally pernah bercinta dan kekasihnya begitu cantik, secantik :
Tizz Zaqyah
Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Cintanya dirampas oleh insan ketiga.Semakin merumitkan keadaan apabila insan ketiga tersebut adalah abang kandungnya sendiri.Kekasihnya (Sheila) memilih untuk menerima Abang Sally (Farid) kerana Farid berjawatan tinggi,bergaji besar, dan lebih hensem daripada Sally.Pertemuan mereka apabila dipertemukan oleh Sally telah membuahkan titik-titik cinta dalam diam dan akhirnya mereka meluahkan perasaan mereka kepada Sally dan keluarga untuk berkahwin.
Hancur luluh hati Sally apabila mendengar kata-kata abangnya dan insan yang paling disayanginya.Harapkan pagar,pagar makan padi.Selama ini Sally bekerja bertungkus-lumus dan tidak menyambung pelajarannya demi membiayai pelajaran abangnya dan kasih sayang yang dicurahkan ke atas Sheila tidak pernah putus namun tuba akhirnya yang dibalas.Barulah dia sedar betapa materialistiknya Sheila.Kepercayaannya direntap begitu saja di depan matanya sendiri.
Sejak detik itu, Sally sudah tidak percayakan wanita lagi (sebagai kekasih) ,dia mula berubah dan Sally :
Membawa diri Ke Kuala Lumpur
Semenjak detik itu juga,Sally mula berubah.Jiwa lembutnya semakin terbawa-bawa apabila mengenangkan kisah dia dan Sheila.Sally mula berkawan dengan lelaki-lelaki lembut dan juga pondan-pondan yang lain.Jiwanya begitu serasi dengan mereka dan Sally mula hanyut dibuai keseronokan lain yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.
Sally mendapat pekerjaan di sebuah kilang dan berkat kesungguhan dan kepandaiannya (keputusan SPM Sally sangat bagus sebelum ini namun dia tidak menyambung pelajarannya demi keluarga dan abangnya Farid),selepas beberapa tahun syarikatnya itu menawarkan dia untuk melanjutkan pelajaran/latihan industri di Amerika Syarikat.Namun,adakah Sally akan menerimanya dan apakah yang bakal terjadi selepas ini?
Sally mendapat pekerjaan di sebuah kilang dan berkat kesungguhan dan kepandaiannya (keputusan SPM Sally sangat bagus sebelum ini namun dia tidak menyambung pelajarannya demi keluarga dan abangnya Farid),selepas beberapa tahun syarikatnya itu menawarkan dia untuk melanjutkan pelajaran/latihan industri di Amerika Syarikat.Namun,adakah Sally akan menerimanya dan apakah yang bakal terjadi selepas ini?
Dan Adakah Sally akan terbang ke USA?
erk? mengoda lah si tizz tue =)
ReplyDeleteseksi rupa nya tiz zaqyah tu yer...
ReplyDeletekenapa cerita sally ni pendek2?
sambung la cepat....plzzzzzzzzz.
da cm drama series lak.hihi.i'm waiting for the Sally's decision..USA maybe?
ReplyDeletesyok kalo bleh praktikal kat US tuh.hehehehe
ReplyDeletesalam... glamer
ReplyDeleteAdeyyy..buat drama pun ok tuh bro..hehehe..script kena buatlah..gua buleh bagi rosyam nor kalau lu nak sebab kita kenal rosyam nor sebab org umah dia dulu keje sama opis dgn kita..amacam...
ReplyDeletepanjang juga cerita sally.boleh buat novel lar
ReplyDeleteSi budak Aboi :menggoda?Apa lagi,tackle laa..
ReplyDeleteShafiera Shazlin :pendek2 la...panjang2 boring pula membaca..Nur Kasih pun 40+ episod...hehehe
ReplyDeleteIjan :hehe...decision?hihihi..sally oh sally...
ReplyDeleteellismie :mmg syok kot...tgk negara org...
ReplyDeletemiszsensei :glamour?siapa2?
ReplyDeleteJAI :hahaha,bagus idea tu...nanti aku buat skrip..xdelah..saje je nak kongsi cerita..
ReplyDeletejoijoi80:kenala panjang2 skit..barula teruja...heheh..
ReplyDelete