Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

November 5, 2012

Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Jealous juga bila tengok Pakcik Goyang yang sudah kerja sendiri. Bergiat aktif dalam Pelaburan Hartanah,ebook, seminar, etc dan mampu memperolehi income lebih dari kerja fulltimenya dulu disamping dapat luangkan lebih banyak masa dengan keluarga, anak-anak dan mengorat gadis-gadis genit berjogging.



Bila pula masanya untuk Eyriqazz?

Alihkan seketika kisah Pakcik Goyang yang memang dah kaya itu. Berkongsi pengalaman kisah Pakcik Eyriqazz, dari makan gaji jadi pemandu peribadi kepada orang kaya, dibuang kerja kerana sikap Isteri majikan yang keterlaluan, dan kini :

Berniaga kecil-kecilan Kuih Akok dan Bahulu
Berminat nak order sekitar Marang, Terengganu , silala hubungi : Mak Ta @ Pak Alang di 019-9231279

Mak eyriqazz cakap, sekarang hidup dan ekonomi pakcik eyriqazz lebih stabil. Kalau dulu kerja dengan orang, selalu kena bergadai bila kesempitan wang. Sekarang ini, jualan akok dan bahulu pakcik memang mendapat sambutan yang menggalakkan lebih-lebih lagi bukan mudah nak cari kuih bahulu dan akok yang "kembang cantik" dan masih lagi dimasak menggunakan cara tradisional menggunakan sabut kelapa. Kadang-kadang sehari boleh dapat dalam RM300-500. Lumayan juga kan?.

Makan gaji vs kerja sendiri, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bagi yang makan gaji dan ingin beralih ke kerja sendiri, tentu banyak yang bermain di fikiran i.e. bolehke untuk long term? Medical dan insurans camne? Anak-anak bini boleh ke makan nanti? Sebabtu sifu saya cakap, rancangla dengan teliti dan bina side income yang konsisten jika mahu beralih dan kerja sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya, kan?

P.s : Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri, mana yang lebih menguntungkan?

September 11, 2012

Idea Muncul dalam LRT

Dah lama tak naik LRT ke tempat kerja. Semalam berkesempatan la pergi-balik naik LRT. Umm, no wonder  Mamat ini sempat update blog di dalam LRT. Idea macam mencurah-curah bila melihat keletah orang ramai di dalam LRT.
Gambar pertama

Banyak awek-awek naik LRT. Bak kata AE dan Cimon, sambil naik LRT sambil ushar awek. Mata bertentang mata, cukupla menjadi penawar berdiri lama di dalam LRT. Hik3...

Gambar kedua

Most people yang saya perhatikan wajah kepenatan dan macam tidak begitu gembira pulang dari kerja. Inilah salah satu sebab saya harap one day saya dapat mengikut jejak langkah AE bersara pada umur XX dan buat apa yang saya suka, minat dan boleh spend more quality time with family.


Gambar 3

Satu improvement saya rasakan. Time peak pergi dan pulang kerja tidak sesardin seperti sebelumnya. Is it my lucky day? .Apapun kalau improvement utk ke arah kebaikan, congrats saya ucapkan....Yup, idea muncul di dalam LRT. 

P.s : Tentu Mamat ini lepas ini dah berhenti kerja pun buat-buat naik LRT nak ke tempat kerja lagi...Hik3....

August 27, 2012

Pokok Kekuk Mengimbau Memori

Pokok Kekuk 

Orang Terengganu panggil pokok ini, pokok kekuk. Ada juga yang panggil pokok ceri. Tapi buahnya takdela sebesar buah ceri. Warna merah dan kuning apabila masak. Rasanya manis dan sedap. 


Pokok kekuk di hadapan rumah pakcik eyriqazz di kampung ini memang mengimbau memori. Dulu masa kecil-kecil, pokok ini tumbuh di belakang rumah eyriqazz. Tempat saya bermain dan panjat atap dari pokok ini. Memang layan bila diingatkan memori masa kecil-kecil.

Rasa teduh dan nyaman udara dengan adanya pokok di sekeliling

Di bandar KL, memang susah nak jumpa pokok ini. Kadang-kadang buahnya yang masih belum masak kami gunakan untuk dijadikan peluru pistol .Teringat pula cerita Upin dan Ipin.

Tersergam di depan rumah Pakcik di kampung

Memori masa kecil-kecil memang Indah kan? Lebih-lebih lagi kalau bergelar budak kampung. Panjat pokok, masuk hutan,main baruh, main games budak kampung, tangkap ikan, dan etc...

P.s : Apa pula memori anda ketika kecil?

August 9, 2012

Pengalaman Berpuasa di Negara Orang

Flashback pengalaman hampir 10 tahun yang lalu. Zaman belajar di bumi UK. Merasala 3 tahun berpuasa di negeri orang. Biasalah, jadi student ,masak sendiri tu menjadi kebiasaan. Skangni terlebih rajin untuk masuk ke dapur ni....

Time gambar diambil ni, first time Eyriqazz dan Syed (bukan nama penuh sebenar) masak Nasi Ayam Sendiri. Punyalah beriya belajar cara nak masak nasi ayam dengan seorang senior yang terror masak tu. Teringat pula kat Video Nasi Ayam dari Youtubers Malaysia ni. Ehh, of course menjadi masak nasi ayam kali ini. First time pulak tu. Still boleh ingatla serba sedikit resepinya. Madu, bawang putih,bawang merah, marjerin etc..Timeni la mula meleleh air liur mengidam masakan mak dan masakan Malaysia. Penangan mengidam, tengoklah size badan sekarang (hahaha,alasann)... Nasib baik time tu blog masih belum popular, kalau tidak asyik menjeling je la tengok sana sini blog update pasal juadah berbuka puasa.


Memang nostalgia bila diingat kenangan ini .Ada masatu berbuka di dewan kuliah. Kalau time murah rezeki, ada Abang2 Postgraduate jemput berbuka puasa di rumah. Kalau malas, berbuka puasa di restoran luar je. Time sejuk2 berpuasa, cepat je rasa lapar. Tak boleh lupa makan biskut dalam dewan kuliah sambil student2 lain perhatikan. Hahahaha,memori terindah....

Inilah kisah saya, Apa pula pengalaman Puasa anda yang masih mekar dalam memori?

July 30, 2012

Aku Sebiji Bola Sepak

Mengimbau kembali pengalaman di sekolah .Rasanya kali ni terdetik hati nak menulis mengenai pengalaman di sekolah.Sekolah la antara tempat paling menarik sepanjang hidup kita kan?Pernahkah anda semasa di sekolah disuruh menulis dan mengarang dengan tajuk yang diberi ''Aku Sebatang Pen,Aku Sebuah Kereta atau sebagainya".Memang bagus karangan seperti ini kerana ianya membuatkan kita berfikir,berimaginasi dan secara tidak langsung membantu meningkatkan daya kreatif seseorang.

Kalini aku ingin cuba mengimbau pengalaman ini dengan menulis satu nukilan yang bertajuk :

Aku Sebiji Bola Sepak

Namaku Mat Ball.Aku memang popular ,berjenama Adidas.Namun,disebalik kepopularanku ,tiada siapa yang tahu kesedihan hatiku.Korang ingat best sangat ke jadi bola ni?Ditendang ke sana kemari hanya dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam jaring.Selepas dijaringkan apa yang aku dapat?Ditendang2 lagi sesuka hati.

Kadang-kadang aku sendiri pun pelik.Bila ada pertandingan akulah benda yang paling penting tapi tiada siapa yang menghargaiku.Selalunya ada pemain terbaik, gol terpantas,gol terhebat,tapi tak pernah ku dengar bola terbaik games kali ini.

Kenapa ada 23 orang yang mengejar aku ke sana ke mari?Yang sorang tu pula ,kejar aku bukan main lagi dengan wiselnya tapi orang lain sibuk menendang,dia buat dekkjee....Aduss,terimakasih la abang referee,kurangla rasa kesakitan yang aku alami.

Namun,walaupun ditendang,aku tetap gembira kerana yang menendang aku antaranya :

Ronaldinho dan David Beckham,antara pemain bolasepak terunggul di dunia

Pedih,penat,sakit bila ditendang ke sana kemari.Namun,apa kan daya.Aku menjalankan tugasku sebaik mungkin.Ditelan mati mak,diluah mati ayah,aku tetap menjalankan tugasku dengan penuh dedikasi.Lagipun  bolasepak adalah antara permainan tertua dan paling popular di dunia dan aku perlu mengekalkannya.Harap-harap suatu hari nanti aku dapat masuk Guiness Book of Records sebagai bola yang paling berjasa di dunia.Namun,harapannya agak tipis kerana aku perlu bersaing dengan jutaan bola-bola lain yang cukup hebat.Namun,aku tetap yakin,dimana ada kemahuan,disitu ada jalankan?

Aku paling takut dengan sorang mamat ni.Walaupun di tak pernah tendang aku,aku tengok dia pun dah naik cuak.Nasib baiklah dia dah bersara sekarang ni. Tapi,kadang-kadang aku tetap merinduinya kerana kurasakan dia adalah yang terbaik antara yang terbaik.Siapa ye?Cuba teka?

Toyol ke ni?Bukanlah,ini pengadil terbaik sepanjang zaman.Kenaltak?

Tidak lama lagi,aku bakal bersara kerana khidmat ku sudah tidak diperlukan lagi.Sedih rasanya,habis Zarul Umbrella ,AE muncul pula.Apalah nasib yang bakal menimpaku?Dibuang ke dalam tong sampah atau dijadikan souvenir ?Itupun kalau ada pemain terkenal sudi menandatangi di badanku.Jika tidak?Lagipun,generasi baru bola yang lebih cantik dan hebat sudah muncul mengantikanku.

Apalah dayaku, Sudah dapat Gading Bertuah,tanduk sudah tidak berguna lagi.

P/s :Amcam,boleh dapat A+tak?

Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella (aci ke recycle entry lama? Hahahaha...Mood kedaun, saja memeriahkan contest rakan-rakan)...

July 7, 2012

Kanak-Kanak itu Buat Hatiku Tersentuh

Merdunya suara itu. Dari mana datangnya? Itulah yang bermain-main di fikiran ketika singgah mencari buku di MPH AEON Wangsa Maju semalam. Kaget, ketika si Ayah sibuk mencari buku, si Anak :

Sedang membaca Al-Quran di suatu sudut

Honestly, ini kali pertama eyriqazz melihat situasi sebegini. Memang tersentuh hati ini. Tunjuk jari dekat diri sendiri, sudah berapa lama tidak membaca Al-Quran? 


Si Kakak dan Si Adik masih kusyuk, tidak perasan yang Eyriqazz tengah ambil gambar mereka

Kanak-Kanak itu Buat Hatiku Tersentuh. Pandai si Ayah & Mamanya mendidik anak-anak. Terasa tamparan di pipi bila Si Isteri menegur, "Papa  terlalu manjakan Alisya". Umm, terus eyriqazz beli buku " Ibu Kool, Bapa Hot".... Ehh, silappp... "Ibu Kool, Bapa Hebat"

P.s : Tidak mudah rupanya menjadi Seorang Bapa/Ibu......

May 21, 2012

Tiada Lama, Tiada Baru


Oh, Serius rindu detik sebegini. Ternanti-nanti nak habiskan filem di Compact kamera untuk dicuci. Yerla, sebelum digital kamera menggantikan. Yup, tiada lama, tiada baru. Setiap sesuatu ada Pro & Cons nya. I.e. sejak gunakan digital kamera, rasa dah kurang teruja nak cuci gambar dan albumkan. Boleh dikira rasanya berapa kali sempat cuci gambar guna digital kamera dan albumkan ia. Kalau compact kamera, dah habis, confirm teruja nak terus pergi cuci kan?

P/s : Yang lama tak semestinya tidak bagus, Yang baru tidak semestinya lebih baik.... 

May 11, 2012

Tak Semua Mat Motor Itu Mat Rempit


Balik kerja sebentar tadi, macam biasa merempit pulang dengan Motosikal Lagenda Yamaha 115CC yang sudah berjasa kepadaku sejak mula saya bekerja tahun 2005 lagi. Besar jasanya motosikal ku itu. 

Dipendekkan cerita, tetiba aku terasa seakan diiekori seorang Mat Rempit. Semakin saya lajukan motosikal, semakin laju pula dia mengejar.. Adussh, takkan nak ragut eden kot? Eden ni bukannya ada duit mana pun...Cuak, takut, hati ini mula berdebar-debar....

Finally, Mat Rempit yang kusangkakan itu, berjaya memotongku dan menunjukkan Jari WTF nya...Ehh, bukan-bukan...Dia menunjukkan tangannya ke arah tayar motosikal ku...

Adusshh, patutla cam tak bermaya memecut .Rupa-rupanya motosikal ku tayar pancit. Dahla time dia potong itu betul-betul di depan Kedai Motosikal Yamaha di Jalan Genting Klang. Alhamdulillah, tak perlula mengheret jauh..

Moral of the story, jangan mudah membuat perception negatif ke arah orang lain. Dan tak semua Mat Motor itu Mat Rempit walaupun ada antaranya yang turut memegang title Mat i.e. Mat Joe .

P/s : Life is Beautiful. Gembirakan hati dan Insan tersayang...Kalau masa terluang, bantu gembirakan hati penulis blog ini juga ---> http://bit.ly/I5h6Rw

April 9, 2012

Bolehke Bayi Bawah 8 Hari Naik KapalTerbang AirAsia?

Jawapan di AirAsia website AskAirAsia : Boleh, dengan syarat dapatkan surat daripada doktor dan Sign Limited Liability Statement..

So, dengan konfidennya eyriqazz bookingkan dan beli dulu tiket untuk Eyriqazz dan Isteri sementara menanti pendaftaran nama anak dan pada masa yang sama dapatkan surat daripada doktor di APSH. Tarikh pulang ke Kelantan 11 April 2012, 6 hari usia Muhammad Izzat Azim.

So, petang tadi, perasaan cam kurang yakin.Pergi tanyakan sendiri di Kaunter AirAsia KL Central..

Jawapan Staff di Kaunter AirAsia KL Central : Sorry, memang tak boleh naik kapalterbang bayi bawah 8 hari. Gegendang telinga boleh pecah dengan pressurenya.Tak puas hati lagi, semasa drive, eyriqazz minta tanyakan di Twitter AskAirAsia :

Sila pastikan usia anak anda 9 hari ke atas
Thanks AzuanZahdi

Untuk Malaysia Airlines bolehla check entri ini : Had Umur Bayi Baru Lahir untuk Naik Kapal Terbang

To cut the story short, burnla tiket kapalterbang untuk Isteri dan terpaksa eyriqazz belikan tiket keretapi untuk Isteri pulang malam besok naik ngan baby. Eyriqazz balik seorang dengan kapalterbang hari rabu malam tu.

Saya memang pengguna setia AirAsia dan berpuas hati selama ini. Namun agak kecewa bila jawapan yang diberikan agak berbeza di laman web dan juga di twitter.Kalau di website awal-awal dah cakap confirm tak boleh naik, takdelah saya kerugian beberapa ratus ringgit . Part of it, memang kena blame diri sendiri juga la tak cek betul-betul sebelum booking. Main reason coz nak cepat nak booking tiket + kemudahan Internet yang kurang stabil di APSH dan juga harga masih lagi boleh dikatakan agak murah time bookingtu i.e. RM240 untuk dua orang walaupun perjalanan kurang dari seminggu je lagi dari time booking tu...

Need to be more careful in future..Lesson learn, better safe than sorry..Biar lambat asal selamat...

Buat AirAsia, harap-harap dapat perbetulkan kekeliruan di website juga supaya tiada pengguna yang alami situasi macam saya in future. Biasalah, kehadiran Insan baru ni banyak perkara nak kena settlekan dan kadang-kadang kesilapan sebegin tak dapat dielakkan....

March 2, 2012

Cinta Pertama Memang Sukar Dilupa

Masihkan Ingat akan Cinta Pertama Anda? Yup, rasanya bagi most of us, Cinta Pertama antara cinta yang paling sukar dilupa, tak kiralah apa kesudahannya. Teringat lagi time berdating dengan Isteri dulu,inilah antara yang terpacul di mulut :

Eyriqazz : Boleh tanya apa saja..Tapi, don't ask about my first love...Bla,bla,bla......(terkeluar nama my first love)
Isteri : Apa?? Dia???? (Air mata mula jatuh bercucuran....).. Nasib baik jiwa romeoku masih menebal, dapat juga kupujuk Isteriku di ketika itu...

Teringat akan Cinta Pertama apabila melihat video ini :

Cinta Kita Di Sini Saja?



Pandangan dan Impression Saya Bila Melihat Video Ini :

1) Ini cinta pertama gadis itu. Bukan main lagi menangis dan tidak keruan dibuatnya.
2) Cinta Luar Biasa memang sukar dicari....
3) Usah ditangisi pada yang tak sudi. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor... Maybe  U deserve someone better...Yup, Myself found someone better, My Wife...

5) Lebih mudah untuk menyayangi dari membenci. Ambil yang jernih, buang yang keruh.


Apa pula pandangan anda?

February 19, 2012

Saya Masih Setia Bersama AC Milan

Dua tiga kucing berlari
Cepatnya masa berlalu pergi
Dulu aktif, kini semakin berisi
Kini kejar Alisya pun sudah terasa mengah diri ini
Eyriqazz, Paolo Maldini, dan AC Milan masih setia sehingga kini
Pengalaman manis di bumi obersi
Rindu-rindu nak main bola macam ni lagi
Tapi,laratkah lagi nak kejar bola ke sana ke mari?

Bila tengok gambar dari Oh Media ini
Kenangan lama mengimbau kembali
Kenangan manis dan pahit bergelar pelajar di bumi Obersi
Namun, AC Milan tetap di hati...
Kredit Last Picture to Facebook Oh Media

P/s : Gambar pertama, cuba teka yang mana satu eyriqazz?

December 17, 2011

Bila Terlebih "Perasan Popular"

Pagi tadi, pergi beli breakfast kat Danau Kota. Beli nasi lemak, boleh tahan juga ramainya orang kat situ pagi tadi. Masa tengah sibuk memilih lauk untuk Nasi lemak, terperasan la nampak banyak mata yang memerhati dan berbisik-bisik. 

Umm, curious. Kenapa mereka pandang-pandang, jeling-jeling. Oohh, mungkin dia kenal eden kot blog kot. Hik3, terlebih perasan pulak dan terflasback entri bulan lepas : Famous ke Blog Suamiku? . Umm, biarkanlah diorang nak menjeling-jeling, mungkin diorang segan nak tegur kot. Hik3, perasan seorang diri lagi.

Balikje rumah, tengokla cermin. Aduhaiii, no wonder la mereka pandang-pandang, jeling-jeling, dan berbisik-bisik. Huk3, kat mana nak sorok muka ni?



Eden Pakai Baju Terbalik Rupanya...Kih,kih,kih...Malu-malu..

P/s : Berpijaklah di bumi yang nyata. Inilah jadinya Bila Perasan "Popular" kan? Huwa,huwa, huwa, ketawakan diri sendiri....

March 1, 2011

Pengalaman Berkursus di Balai Bomba

Ingat senang ke jadi bomba ni? Hik3, baru sempat nak update entry ni. Bila dah pi kursus di Balai Bomba,Shah Alam Selangor  ni a few months ago barula lebih terasa betapa pentingnya Bomba bagi masyarakat. Actually, jadi bidan terjun, boss tak dpt pergi,so saya yang ganti.

Kecik-kecik dulu pernah bercita-cita nak jadi Ahli Bomba. Siap join Kadet Bomba dan Penyelamat masa sekolah menengah
Mula-mula...Pastu....
Camni cara menyembur yang betul
Api, kecil-kecil jadi kawan, dah besar jadi lawan
Semakin Marak semakin panas
Jom Semburrrr...
Kereta Bomba.Satu kereta bomba dan peralatannya almost cecah RM1 Juta

Banyak yang saya pelajari ketika berkursus di Balai Bomba ni, antaranya yang ingin dikongsi :

1) Pastikan kunci rumah diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan diambil. Pernah ada kes anak dan maid mati rentung di depan mata jiran-jiran kerana tidak dapat membuka pintu.
2) Didik anak-anak dan ajari mereka ilmu berkenaan kebakaran ini.
3) Seelok-eloknya, beli satu alat pemadam api di rumah. Sediakan payung sebelum hujan. Oh,saya pun belum beli lagi. Hik3..

Last but not least, senyum sejenak bila dengar ceramah Ketua Bomba tu, inilah yang pernah dikata oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tentang Bomba " Bomba, Tak Penting tapi Perlu" . Hik3, mungkin dia sekadar berseloroh timetu rasanya.

P/s : Secara peribadi, saya lebih mengkagumi anggota bomba dari anggota polis. Apa pula kata anda?

October 7, 2010

Say GoodBye To Haji Dorani Homestay

Selepas menikmati pengalaman menarik di Kampung Sungai Haji Dorani Homestay, tidur dengan nyenyak, akhirnya, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Homestay yang meninggalkan seribu satu kenangan manis buatku. Bangun pagi, lepas mandi terusje keluar melihat pemandangan pagi di sini :

Pemandangan Sunrise yang begitu cantik
Sungguh memukau dan menawan hati
Arnab-Arnab Peliharaan Ayah Tohid Sekeluarga
Padi yang baru ditanam beberapa hari
Jantung Pisang sayu untuk berpisah dengan kami
Coretan dari penghuni sebelum ini
Coretan terakhir saya buat Ayah/Mak Angkat yang baik hati
Berbual Mesra bagaikan Nenekku Sendiri. Katanya, Silalah datang lagi, Nenek sedia menanti. Sebak hatiku mendengarnya
Juadah Sarapan Pagi Yang Menambat hati, sudah lama tidak dijamu seenak sebegini
Kusyuk Spectre dan Victor mendengar Ayah Tohid bercerita
Bersama Ayah Tohid | Layanan mesra ,suasana kampung akan kusinggahi lagi di lain masa
Oh, Mampukah Dicari Suasana sebegini di Kota Raya KL?
Bergambar Kenangan Sebelum Pulang | One Of The Memory That I Will Never Forget

Selamat Tinggal Haji Dorani Homestay dari saya
Terasa sayu untuk meninggalkan kampung yang begitu aman damai dan selesa
Akan kusinggahi di lain masa bersama keluarga
Kenangan terindah akan mekar dari memori sepanjang masa

***To All my readers, appreaciate ur vote [Klik Sini]

October 6, 2010

Pengalaman Di Kampung Sungai Haji Dorani Homestay

Selepas lunch dan menikmati Scenery yang cantik dan mengujakan di Hutan Lipur Kanching, perjalanan MySelangorStory diteruskan dan destinasi seterusnya adalah Kampung Sungai Haji Dorani Homestay. One of the reason i joining mySelangorstory journey adalah untuk menikmati pengalaman di Homestay, sudah lama teruja dan ingin menikmati pengalaman di Homestay yang semakin hari semakin disebut-sebut oleh ramai orang.

Inilah Pengalaman Saya di Kampung Haji Dorani Homestay :









Introduction By Kak Ning ( One of the best Tour Guide I Ever Met)

Kami disambut dengan paluan kompang (ewah,ewah,macam nak kahwin pula)
Sambutan yang Meriah Sekali
Dipersembahkan tarian Kuda Kepang
Video Kuda Kepang
MySelangorStory Peserta pun mencuba sama
Persembahan Barongan juga (lebih kurang macam gaya budak nakal menghiburkan tetamu)
Video Persembahan Barongan

Selain daripada Kuda Kepang dan barongan aktiviti lain yang boleh disertai/dipilih adalah Memancing Ikan, Mengagau Ikan, Main Layang-layang, memancing Belut, Aktiviti di sawah padi daln lain lagi.Lebih lanjut bolehla singgah di official websitenya [ Haji Dorani Homestay ]

Akhirnya kami mengikut ibu/bapa angkat masing-masing untuk merasai hidup di homestay. Saya, Spectre, Fadli, dan Victor mengikut Pakcik/Bapa Tohid ke rumahnya yang bersebelahan dengan sawah padi.

Sekitar kawasan Rumah Ayah Tohid
Santai dan menenangkan fikiran berada di suasana kampung

Suasana di Sawah Padi

Sayang, ketika kami datang ketika musim baru menanam padi, kalau tidak boleh melihat sawah padi yang menghijau dan menguning. Oh, rupa-rupanya banyak filem/drama dilakonkan di sini dan diantaranya adalah Drama Epilog Syurga Cinta lakonan Adik Mia Sara Nasuha.

Melangkah kaki kanan, masih di Mood raya, dijamu kuih raya
Inilah bilik yang saya kongsi dengan Spectre

Dalam pukul 6 petang, kami dijemput makan tengah malam. Nyam,nyam, selera kampung yang nampak sedap dan lazat.
Sememangnya lazat, saya tambah nasi lagi. Sudah lama tidak merasa masakan sebegini. Kat KL, memang sukar dicari kesedapan ini.

Perut sudah kenyang, aktiviti petang, saya lepak-lepak di luar rumah dan berborak-borak dengan Encik Tohid dan Isterinya. Memang peramah mereka, seperti layanan ibu dan bapa sendiri. Pelbagai cerita dikongsi daripada pengalaman pelancong asing menikmati homestay, anak belajar, aktiviti lain di homestay ini dan pelbagai lagi.

Bersama Isteri Encik Tohid (gambar encik Tohid belum sempat ditransferkan lagi)

Pengalaman di Homestay yang begitu menarik sekali. Terhibur hati, tenang dengan suasana kampung dan sawah padi. InsyaAllah, akan kusinggahi lagi bawa anak dan bini nanti, bolehla terjah ke UPSI sekali, Universiti Isteri yang hanya 30 Minit dari Homestay Ini.

More information about Kampung Sungai Haji Dorani Homestay :


Pengalaman menguja di Homestay ini
Sungguh seronok dan gembira hati
Akan kusinggahi lagi suatu hari nanti
Makin teruja untuk terjah Homestay lagi

Terimakasih buat Tourism Selangor yang membawa kami ke sini. Juga buat wakil/penduduk kampung Dorani Homestay atas layanan yang begitu meriah sekali. Sungguh teruja dan rasa tidak mahu pulang ke kota ini.

P/s :Pernah mengalami pengalaman Homestay? Apa pengalaman anda pula?

P/s/s : Apa pandangan anda pasal Homestay ini?Adakah ianya sesuatu yang menyeronokkan dan percutian yang mesti dirasai?

*** Silalah Undi Saya untuk entry ini [ Klik Here]
Related Posts with Thumbnails