Showing posts with label bomba. Show all posts
Showing posts with label bomba. Show all posts

June 12, 2012

Kereta Terbakar - Bomba Bertindak Pantas

Semalam, semasa nak pergi makan malam, ada Kereta terbakar betul-betul di hadapan Condo eyriqazz. Api masih marak time tu :


Kata jiran-jiran, bukan Accident. Takkan orang khianat kot?

Masih marak. Terbakar

Bahan terasa sampai di tempat eyriqazz

Tak sampai 10 minit, bunyi siren Bomba. Wahh, pantas tindakan bomba :


Kereta terbakar Panggil Bomba
Bomba datang berlumba-lumba
Kagum dengan kerja bomba. Pantas mereka memadamkan api

Tak sampai 5 minit, api berjaya dipadamkan. Syabas dan Tahniah bomba, memang cekap!!

Wahh, Kusyuk Uncle ni memerhati

P.s : Teringat pula time Rumah Jiran Dimasuki Pencuri. Jiran Telefon polis, Polis kata, ambil gambar sendiri dan datang ke Balai Polis untuk buat laporan.... Umm, no Comment, mungkin terlalu banyak kes yang polis kena settlekan.

March 2, 2011

Pili Bomba Tenggelam Jalan Gombak

Gambar Pili Bomba Tenggelam di Jalan Gombak ini diambil pada 23/2/2011 lebih kurang pukul 6 petang. Umm, pelik dan Konfius :

Camne la Bomba nak menggunakannya nanti ya? Di manakah silapnya?
Pili Bomba oh Pili Bomba
Bersebelahan Jalan yang menjadi tumpuan
Kalau ada kebakaran, agak-agak camne Bomba Nak buka Pili Bomba ni ya?Pecahkan ia?

Entry ini ditulis untuk Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene . Umm, rasanya pihak bomba perlu wujudkan satu borang aduan online di laman webnya so senang orang nak report kes-kes camni, kan? Ehh, Bomba ada laman web tak?

March 1, 2011

Pengalaman Berkursus di Balai Bomba

Ingat senang ke jadi bomba ni? Hik3, baru sempat nak update entry ni. Bila dah pi kursus di Balai Bomba,Shah Alam Selangor  ni a few months ago barula lebih terasa betapa pentingnya Bomba bagi masyarakat. Actually, jadi bidan terjun, boss tak dpt pergi,so saya yang ganti.

Kecik-kecik dulu pernah bercita-cita nak jadi Ahli Bomba. Siap join Kadet Bomba dan Penyelamat masa sekolah menengah
Mula-mula...Pastu....
Camni cara menyembur yang betul
Api, kecil-kecil jadi kawan, dah besar jadi lawan
Semakin Marak semakin panas
Jom Semburrrr...
Kereta Bomba.Satu kereta bomba dan peralatannya almost cecah RM1 Juta

Banyak yang saya pelajari ketika berkursus di Balai Bomba ni, antaranya yang ingin dikongsi :

1) Pastikan kunci rumah diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan diambil. Pernah ada kes anak dan maid mati rentung di depan mata jiran-jiran kerana tidak dapat membuka pintu.
2) Didik anak-anak dan ajari mereka ilmu berkenaan kebakaran ini.
3) Seelok-eloknya, beli satu alat pemadam api di rumah. Sediakan payung sebelum hujan. Oh,saya pun belum beli lagi. Hik3..

Last but not least, senyum sejenak bila dengar ceramah Ketua Bomba tu, inilah yang pernah dikata oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tentang Bomba " Bomba, Tak Penting tapi Perlu" . Hik3, mungkin dia sekadar berseloroh timetu rasanya.

P/s : Secara peribadi, saya lebih mengkagumi anggota bomba dari anggota polis. Apa pula kata anda?
Related Posts with Thumbnails