Showing posts with label lrt. Show all posts
Showing posts with label lrt. Show all posts

September 11, 2012

Idea Muncul dalam LRT

Dah lama tak naik LRT ke tempat kerja. Semalam berkesempatan la pergi-balik naik LRT. Umm, no wonder  Mamat ini sempat update blog di dalam LRT. Idea macam mencurah-curah bila melihat keletah orang ramai di dalam LRT.
Gambar pertama

Banyak awek-awek naik LRT. Bak kata AE dan Cimon, sambil naik LRT sambil ushar awek. Mata bertentang mata, cukupla menjadi penawar berdiri lama di dalam LRT. Hik3...

Gambar kedua

Most people yang saya perhatikan wajah kepenatan dan macam tidak begitu gembira pulang dari kerja. Inilah salah satu sebab saya harap one day saya dapat mengikut jejak langkah AE bersara pada umur XX dan buat apa yang saya suka, minat dan boleh spend more quality time with family.


Gambar 3

Satu improvement saya rasakan. Time peak pergi dan pulang kerja tidak sesardin seperti sebelumnya. Is it my lucky day? .Apapun kalau improvement utk ke arah kebaikan, congrats saya ucapkan....Yup, idea muncul di dalam LRT. 

P.s : Tentu Mamat ini lepas ini dah berhenti kerja pun buat-buat naik LRT nak ke tempat kerja lagi...Hik3....

January 15, 2012

Keseronakan Si Anak Dapat Naik LRT

Papa, Sya nak naik keretapi (Panggilan bagi LRT). Memang seronok betul Alisya bila dapat naik LRT. Senyum memanjang je sepanjang perjalanan. 

Mama, Bila LRT nak sampai ni?
Mama, banyaknya Kete...

Mama, Kita nak pi mana ni? KLCC?

Senyum-senyum

Mama,Mama, Alisya nak bawak LRT boleh?

Token LRT RapidKL
Tahniah buat MyRapidKL kerana feedback saya diambil pada sudut yang positif

Anak-anak memang suka naik LRT kan? Ala, macam kita kecil-kecil dulu la. Excited bila dapat naik bas, naik keretapi,etc....Entry tertunda sebulan, better late than neverkan?

P/s : Bila la agaknya public transport di Malaysia especially KL ni akan mencapai tahap yang memuaskan? 

December 18, 2011

Kau Ingat LRT ini Kau yang Punya ke?

Lokasi : LRT Taman Melati
Masa : lebih kurang 3pm, 17 December 2011
Tempat dituju : KLCC


Actually, ini rasanya kali kedua saya naik Putra LRT sejak dia memperkenalkan sistem token/coin tu. Yerlah, tunaikan hasrat anak teringin sangat nak naik LRT. Inilah lebih kurang perbualan kami :



Eyriqazz : Alamak, boleh guna machine je ke..Kaunter tak boleh beli tiket. Khas utk Touch n go n MyrapidCard. Info pasal MyrapidCard, Click Here

Eyriqazz : Umm, tak boleh beli tiket pergi balik ke?
Staff LRT : Tak boleh, single je. Memang machine tu camtu 

Eyriqazz : Umm, ni bukan menyenangkan, tapi lebih menyusahkan pengguna.
Staff LRT : Dah machine dia design camtu (suara dah semakin tinggi). Kalau tak suka, naik teksi je laa...Lebih mahal la, sanggup bayarke?.... (terus blah....)

Amboi, manis sungguh gaya bahasa. Saya jarang naik LRT, so salahke bertanya. Dan camni ke cara treat pengguna? Serius tak puas hati dengan caranya....


To make it worst, WTFish with the machine? Only accept coin, RM1 and RM2? Kat mana nak cari RM2?
Kalau time tu ada RM5 or RM10 je, camne? Ada machine tukar duitke?

Serius, sebagai pengguna saya keliru bila dia tukar sistem/machine ni. First, dahla tak boleh beli tiket pergi balik. 2nd, kaunter yang ada pekerja utk touch n go n myrapidcard je (special treatment due to???).... Then, accept RM1,coin and RM2 je? Umm, curious,curious....


Nasib baik time ni tak ramai orang...

Kaunter yang ada pekerja...Lengangje...Umm, what a waste of resources n waste our time to beli tiket dekat machine

Inilah coin/token yang dimaksudkan

Secara positifnya ,apa yang saya nampak, token ini akan menjimatkan kos operasi RapidKL, lebih senang diselenggarakan, mesra alam sekitar compare to tiket kertas,senang dibawa,dan kurang skit kerja pekerja di kaunter. 

Tapi, in term of implementation, banyak part perlu diperbaharui/dititikberatkan especially keselesaan pengguna yang memilih untuk tidak menggunakan Touch n Go & MyRapidCard especially bukannya pengguna tegar LRT macam saya, pelancong, etc.

Di LRT Taman Melati okla lagi coz tak busy. Check it out masa di KLCC :


Perghh, giler ramai beratur queue nak beli token. 
1st kalau ada pergi balik, kan dah lebih cepat?
2nd : Adakah penggunaaan machine sepenuhnya untuk token/tiket ini menguntungkan pengguna or RapidKL sahaja?
Serius, saya sedih...

Masa pulang dari KLCC, lebih kurang 15 minit nak beli token tu saja.Ada makcik-makcik tu saya perhatikan duduk di satu bucu bersila sambil menunggu anak-anak queue beli tiket rasanya.  Come on la RapidKL, time is precious. Don't waste our time.Takkan coz nak jaga touch n go n etc, pengguna yang guna token dianaktirikan?Mereka pun pengguna juga...

Serius, dahla KL ni dari dulu lagi problem dengan pengangkutan awam ,ditambah pula dengan hal-hal sebegini, memang sakit hati dibuatnya. Please,please, tell your staff to go for customer service course. Plus, sistem token tu perlukan pembaharuan. Saya sampai skang tak faham, kenapa tak boleh buat pergi balik? Bukankah ianya lebih menyenangkan pengguna especially time peak especially time pergi kerja/balik kerja?Adakah ini salah satu cara slowdownkan pengguna so takdelah LRT tu sentiasa pek macam sardin?Umm, entahla...

Entry ini akan saya forwardkan juga kepada RapidKL .

P/s : Kenapa saya suka complaint? Umm, salahke kalau untuk kebaikan bersama? Saya hanya mempertahankan hak Saya sebagai Seorang Pengguna [ Hak-Hak Pengguna] . Salah satu hak itu adalah, Hak untuk bersuara dan memberikan pandangan tentang isu pengguna. Umm, better cakap depan-depan dari cakap belakang-belakang pastu komplain "No Action Has Been Taken?". 

UPDATED 27 December 2011 - Jawapan Balas dari MyRapidKL

March 10, 2011

LRT oh LRT | Public Transport Masih Tidak Berubah

Dah lama tak naik public transport @ LRT. So, masa nak pi bangunan Maxis, KLCC saya ambil keputusan untuk naik LRT dari Taman Melati. Berubah angin sekali sekala plus teruja asyik promote gunakanlah public transport di Hotfm.

6+petang, wahh, smoothnya..Tak ramai pun orang
Kalau camni selalu ,bagus juga

Lain pula situasinya semasa perjalanan pulang dari KLCC ke Taman Melati :

Penuh sesak, oitt, aphal amik gambar aku ni?
Masing-masing buat hal masing masing. Apalah agaknya yang difikirkan oleh atok itu ya?

Umm, dah bertahun-tahun menetap di KL, public transport tetap sama. LRT dengan LRTnya, sentiasa sesak especially time ke tempat kerja dan pulang ke tempat kerja. Bas pula selalu tak punctual. KTM pula, asyik tergendala saja. Oh, di manakah janji-janji yang pernah dikata. Sekarang ni nak buat MRT pula yang menelan belanja berbillion2 dollar. Oh, bagai langit dengan bumi Public Transport Malaysia dan Singapura. Di manakah silapnya?

Naik kenderaan sendiri, minyak asyik naik pula. Public transport, belum memuaskan hati. Naik motor, risiko kemalangan tinggi juga. Oh, apakah pilihan yang ada?
Related Posts with Thumbnails