August 27, 2012

Pokok Kekuk Mengimbau Memori

Pokok Kekuk 

Orang Terengganu panggil pokok ini, pokok kekuk. Ada juga yang panggil pokok ceri. Tapi buahnya takdela sebesar buah ceri. Warna merah dan kuning apabila masak. Rasanya manis dan sedap. 


Pokok kekuk di hadapan rumah pakcik eyriqazz di kampung ini memang mengimbau memori. Dulu masa kecil-kecil, pokok ini tumbuh di belakang rumah eyriqazz. Tempat saya bermain dan panjat atap dari pokok ini. Memang layan bila diingatkan memori masa kecil-kecil.

Rasa teduh dan nyaman udara dengan adanya pokok di sekeliling

Di bandar KL, memang susah nak jumpa pokok ini. Kadang-kadang buahnya yang masih belum masak kami gunakan untuk dijadikan peluru pistol .Teringat pula cerita Upin dan Ipin.

Tersergam di depan rumah Pakcik di kampung

Memori masa kecil-kecil memang Indah kan? Lebih-lebih lagi kalau bergelar budak kampung. Panjat pokok, masuk hutan,main baruh, main games budak kampung, tangkap ikan, dan etc...

P.s : Apa pula memori anda ketika kecil?

18 comments:

  1. Semasa kecil dahulu suka makan buah ceri.

    ReplyDelete
  2. pokok kekuk yg sebelum makan kena gentel2 dulu tu kan? haha... bila makan byk nati gigi jadik kuning .. :D

    ReplyDelete
  3. sedap ni.dok masok g abis doh buah ni bdk2 cari.depan rumoh ada 2 3 pokok..teduh je letok pangkin bawah pokok ni..

    ReplyDelete
  4. Dulu kecik2 suka petik buah dia.. kalau kat kelantan kawan2 panggil poko cherry.. selalu gaduh ngan diaorang.. yelah pokok cherry lain..

    ReplyDelete
  5. ohh rindu pokok ceri belakang rumah arwah opah!

    ReplyDelete
  6. Pokok kekuk? comey nye name pokok...

    kekuk.. hhmmmm (^_^)

    ReplyDelete
  7. waktu aku kecil, aku menetap dekat tanah orang. tuan tanah ada tanam byk pokok buah. kadang2 aku ambik je, nanti2 baru mintak izin. rumah dekat dgn pokok kelapa. ada masa buah jatuh atas atap zinc dan atap bocor bila hujan....

    ReplyDelete
  8. memori aku masa kecik banyak sangat.. sebab masa kecik2 aku ni sangat nakal bro.. n selalu suka berkubang macam kerbau.. sebab tu aku ni pandai berenang kot.. hehhe.. masih ingat lagi.. sebelum pegi sekolah agama sempat lagi gi mandi sungai.. hehehe.. bila dah besar2 ni aku fikir balik memang lawak betu.. sampaikan kena kejar dengan mak aku pun ada.. hahaha

    ReplyDelete
  9. ni mcm pokok ceri burung kan. kalau buah kekuk tu mcm buah ceri tapi kena gelek-gelek bagi lembut dulu baru boleh makan, kalau tak kelat :p

    ReplyDelete
  10. biasa pokok nih.. rasa buah pun sedap :)

    ReplyDelete
  11. Kalau panjat pokok time kecik2x memang laju je sampai atas... kalau skang cuba panjat confirm mengah satu badan....

    ReplyDelete
  12. Gua kecik2 dulu suka main kawen2 sebab pengantin pompuannya ramai, boleh gua kawen banyak kali.

    ReplyDelete
  13. panjat pokok manggis yg tak banyak dahan...pas tu tak reti nak turun...hehehe

    ReplyDelete
  14. pokok ceri? memang best kalau buat tempat teduh... sedap je suasana...

    ReplyDelete
  15. saya budak bandar so bila balik kg nenek happy :)

    ReplyDelete
  16. memori saya lemas dalam parit..hehe. yang tu tak dapat nak dilupakan.hahaha

    ReplyDelete
  17. Memang ada... kecil2 dulu suka panjat pokok ni.. Dulu memang abah ada tanam pokok di halaman rumah..

    ReplyDelete
  18. dulu masa rumah lama dkt ampang ada pokok ceri. abg sy dgn kawan2 dia main lastik guna buah ceri muda.. kena dkt badan mmg tinggal bekas merah.. pedih tp skjap je..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi