Showing posts with label haji dorani. Show all posts
Showing posts with label haji dorani. Show all posts

October 7, 2010

Say GoodBye To Haji Dorani Homestay

Selepas menikmati pengalaman menarik di Kampung Sungai Haji Dorani Homestay, tidur dengan nyenyak, akhirnya, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Homestay yang meninggalkan seribu satu kenangan manis buatku. Bangun pagi, lepas mandi terusje keluar melihat pemandangan pagi di sini :

Pemandangan Sunrise yang begitu cantik
Sungguh memukau dan menawan hati
Arnab-Arnab Peliharaan Ayah Tohid Sekeluarga
Padi yang baru ditanam beberapa hari
Jantung Pisang sayu untuk berpisah dengan kami
Coretan dari penghuni sebelum ini
Coretan terakhir saya buat Ayah/Mak Angkat yang baik hati
Berbual Mesra bagaikan Nenekku Sendiri. Katanya, Silalah datang lagi, Nenek sedia menanti. Sebak hatiku mendengarnya
Juadah Sarapan Pagi Yang Menambat hati, sudah lama tidak dijamu seenak sebegini
Kusyuk Spectre dan Victor mendengar Ayah Tohid bercerita
Bersama Ayah Tohid | Layanan mesra ,suasana kampung akan kusinggahi lagi di lain masa
Oh, Mampukah Dicari Suasana sebegini di Kota Raya KL?
Bergambar Kenangan Sebelum Pulang | One Of The Memory That I Will Never Forget

Selamat Tinggal Haji Dorani Homestay dari saya
Terasa sayu untuk meninggalkan kampung yang begitu aman damai dan selesa
Akan kusinggahi di lain masa bersama keluarga
Kenangan terindah akan mekar dari memori sepanjang masa

***To All my readers, appreaciate ur vote [Klik Sini]

October 6, 2010

Pengalaman Di Kampung Sungai Haji Dorani Homestay

Selepas lunch dan menikmati Scenery yang cantik dan mengujakan di Hutan Lipur Kanching, perjalanan MySelangorStory diteruskan dan destinasi seterusnya adalah Kampung Sungai Haji Dorani Homestay. One of the reason i joining mySelangorstory journey adalah untuk menikmati pengalaman di Homestay, sudah lama teruja dan ingin menikmati pengalaman di Homestay yang semakin hari semakin disebut-sebut oleh ramai orang.

Inilah Pengalaman Saya di Kampung Haji Dorani Homestay :









Introduction By Kak Ning ( One of the best Tour Guide I Ever Met)

Kami disambut dengan paluan kompang (ewah,ewah,macam nak kahwin pula)
Sambutan yang Meriah Sekali
Dipersembahkan tarian Kuda Kepang
Video Kuda Kepang
MySelangorStory Peserta pun mencuba sama
Persembahan Barongan juga (lebih kurang macam gaya budak nakal menghiburkan tetamu)
Video Persembahan Barongan

Selain daripada Kuda Kepang dan barongan aktiviti lain yang boleh disertai/dipilih adalah Memancing Ikan, Mengagau Ikan, Main Layang-layang, memancing Belut, Aktiviti di sawah padi daln lain lagi.Lebih lanjut bolehla singgah di official websitenya [ Haji Dorani Homestay ]

Akhirnya kami mengikut ibu/bapa angkat masing-masing untuk merasai hidup di homestay. Saya, Spectre, Fadli, dan Victor mengikut Pakcik/Bapa Tohid ke rumahnya yang bersebelahan dengan sawah padi.

Sekitar kawasan Rumah Ayah Tohid
Santai dan menenangkan fikiran berada di suasana kampung

Suasana di Sawah Padi

Sayang, ketika kami datang ketika musim baru menanam padi, kalau tidak boleh melihat sawah padi yang menghijau dan menguning. Oh, rupa-rupanya banyak filem/drama dilakonkan di sini dan diantaranya adalah Drama Epilog Syurga Cinta lakonan Adik Mia Sara Nasuha.

Melangkah kaki kanan, masih di Mood raya, dijamu kuih raya
Inilah bilik yang saya kongsi dengan Spectre

Dalam pukul 6 petang, kami dijemput makan tengah malam. Nyam,nyam, selera kampung yang nampak sedap dan lazat.
Sememangnya lazat, saya tambah nasi lagi. Sudah lama tidak merasa masakan sebegini. Kat KL, memang sukar dicari kesedapan ini.

Perut sudah kenyang, aktiviti petang, saya lepak-lepak di luar rumah dan berborak-borak dengan Encik Tohid dan Isterinya. Memang peramah mereka, seperti layanan ibu dan bapa sendiri. Pelbagai cerita dikongsi daripada pengalaman pelancong asing menikmati homestay, anak belajar, aktiviti lain di homestay ini dan pelbagai lagi.

Bersama Isteri Encik Tohid (gambar encik Tohid belum sempat ditransferkan lagi)

Pengalaman di Homestay yang begitu menarik sekali. Terhibur hati, tenang dengan suasana kampung dan sawah padi. InsyaAllah, akan kusinggahi lagi bawa anak dan bini nanti, bolehla terjah ke UPSI sekali, Universiti Isteri yang hanya 30 Minit dari Homestay Ini.

More information about Kampung Sungai Haji Dorani Homestay :


Pengalaman menguja di Homestay ini
Sungguh seronok dan gembira hati
Akan kusinggahi lagi suatu hari nanti
Makin teruja untuk terjah Homestay lagi

Terimakasih buat Tourism Selangor yang membawa kami ke sini. Juga buat wakil/penduduk kampung Dorani Homestay atas layanan yang begitu meriah sekali. Sungguh teruja dan rasa tidak mahu pulang ke kota ini.

P/s :Pernah mengalami pengalaman Homestay? Apa pengalaman anda pula?

P/s/s : Apa pandangan anda pasal Homestay ini?Adakah ianya sesuatu yang menyeronokkan dan percutian yang mesti dirasai?

*** Silalah Undi Saya untuk entry ini [ Klik Here]
Related Posts with Thumbnails