Showing posts with label special entry. Show all posts
Showing posts with label special entry. Show all posts

July 30, 2012

Aku Sebiji Bola Sepak

Mengimbau kembali pengalaman di sekolah .Rasanya kali ni terdetik hati nak menulis mengenai pengalaman di sekolah.Sekolah la antara tempat paling menarik sepanjang hidup kita kan?Pernahkah anda semasa di sekolah disuruh menulis dan mengarang dengan tajuk yang diberi ''Aku Sebatang Pen,Aku Sebuah Kereta atau sebagainya".Memang bagus karangan seperti ini kerana ianya membuatkan kita berfikir,berimaginasi dan secara tidak langsung membantu meningkatkan daya kreatif seseorang.

Kalini aku ingin cuba mengimbau pengalaman ini dengan menulis satu nukilan yang bertajuk :

Aku Sebiji Bola Sepak

Namaku Mat Ball.Aku memang popular ,berjenama Adidas.Namun,disebalik kepopularanku ,tiada siapa yang tahu kesedihan hatiku.Korang ingat best sangat ke jadi bola ni?Ditendang ke sana kemari hanya dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam jaring.Selepas dijaringkan apa yang aku dapat?Ditendang2 lagi sesuka hati.

Kadang-kadang aku sendiri pun pelik.Bila ada pertandingan akulah benda yang paling penting tapi tiada siapa yang menghargaiku.Selalunya ada pemain terbaik, gol terpantas,gol terhebat,tapi tak pernah ku dengar bola terbaik games kali ini.

Kenapa ada 23 orang yang mengejar aku ke sana ke mari?Yang sorang tu pula ,kejar aku bukan main lagi dengan wiselnya tapi orang lain sibuk menendang,dia buat dekkjee....Aduss,terimakasih la abang referee,kurangla rasa kesakitan yang aku alami.

Namun,walaupun ditendang,aku tetap gembira kerana yang menendang aku antaranya :

Ronaldinho dan David Beckham,antara pemain bolasepak terunggul di dunia

Pedih,penat,sakit bila ditendang ke sana kemari.Namun,apa kan daya.Aku menjalankan tugasku sebaik mungkin.Ditelan mati mak,diluah mati ayah,aku tetap menjalankan tugasku dengan penuh dedikasi.Lagipun  bolasepak adalah antara permainan tertua dan paling popular di dunia dan aku perlu mengekalkannya.Harap-harap suatu hari nanti aku dapat masuk Guiness Book of Records sebagai bola yang paling berjasa di dunia.Namun,harapannya agak tipis kerana aku perlu bersaing dengan jutaan bola-bola lain yang cukup hebat.Namun,aku tetap yakin,dimana ada kemahuan,disitu ada jalankan?

Aku paling takut dengan sorang mamat ni.Walaupun di tak pernah tendang aku,aku tengok dia pun dah naik cuak.Nasib baiklah dia dah bersara sekarang ni. Tapi,kadang-kadang aku tetap merinduinya kerana kurasakan dia adalah yang terbaik antara yang terbaik.Siapa ye?Cuba teka?

Toyol ke ni?Bukanlah,ini pengadil terbaik sepanjang zaman.Kenaltak?

Tidak lama lagi,aku bakal bersara kerana khidmat ku sudah tidak diperlukan lagi.Sedih rasanya,habis Zarul Umbrella ,AE muncul pula.Apalah nasib yang bakal menimpaku?Dibuang ke dalam tong sampah atau dijadikan souvenir ?Itupun kalau ada pemain terkenal sudi menandatangi di badanku.Jika tidak?Lagipun,generasi baru bola yang lebih cantik dan hebat sudah muncul mengantikanku.

Apalah dayaku, Sudah dapat Gading Bertuah,tanduk sudah tidak berguna lagi.

P/s :Amcam,boleh dapat A+tak?

Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella (aci ke recycle entry lama? Hahahaha...Mood kedaun, saja memeriahkan contest rakan-rakan)...

November 19, 2010

Happy Birthday Mak

Entry kali ini kutujukan khas untuk Ibuku.Harini birthday ibuku yang ke 49. Terdetik hatiku untuk menulis entry pasal ibuku bila membaca entry dari Cik Epal yang bertajuk Hargai Ibu Anda Sementara Dia Masih Hidup .Kadang-kadang kita mudah lupa.As the word goes, "U never know what u have until u lost it".I already lost my dad, mak,semoga umurmu panjang. Sebelum terlambat,inginku ucapkan :

happy birthday Pictures, Images and Photos
Happy Birthday Mak, U are the best Mum in the World

Walaupun aku tahu ibuku mungkin tak baca entry ni,aku tetap akan menulis.Yerla,ibuku mana pandai buka komputer dan internet ni.Bagiku yang penting,aku dapat coretkan apa yang aku tak mampu luahkan dengan kata-kata.

Ibuku dan Anakku,antara insan yang paling kusayangi

Besar pengorbanan seorang ibu.Dari kecil membesarkan ku sehingga la aku dewasa.Ingat lagi kata-kata ibuku kepada isteriku , "Man ni kuat nangis masa bayi/kecil,ayah kena bawa pusing naik motosikal satu kampung barulah senyap dan tertidur''.Sekarang bila aku dah mempunyai anak sendiri barulah aku faham apa yang ibuku maksudkan.Tidak mudah menjadi seorang ibu,patutlah Syurga di tapak kaki ibu.

Ibuku banyak bekorban untukku sekeluarga.Kami bolehla dikategorikan dalam keluarga susah namun ibuku sanggup korbankan segalanya demi kami sekeluarga. Ayam,durian,dan makan di luar adalah suatu yang ''luxury'' suatu ketika dahulu.Namun,ibuku masih berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak dan keperluan kami sekeluarga.

Ibuku juga bekerja sebagai pembantu rumah di bandar suatu ketika dulu.Kemas rumah,basuh baju,lap lantai dan sebagainya untuk mendapatkan sesuap nasi untuk kami sekeluarga.Aku sedar semasa kecil dan meningkat remaja,aku seorang anak yang nakal,degil dan suka memberontak.Lebih-lebih lagi bila aku tak dapat seperti apa yang rakanku dapat.Biasalah,jiwa remaja.Mudah tersentuh dan bergelora.Sebabtula kalau dilihatkan kebanyakan yang terlibat dengan Mat Rempit adalah golongan remaja.

Ibuku sanggup tak makan asalkan anak-anaknya dapat makan.Ibuku sanggup berhujan hantar anak-anak ke sekolah.Ibuku sanggup tebalkan muka pinjam duit dengan jiran-jiran dan keluarga terdekat demi membayar yuran pelajaranku.Ibuku sanggup lawan cakap ayahku semata-mata mahu aku dihantar ke sekolah terbaik (ayahku mahukan aku belajar di sekolah agama,ibuku mahukan aku pergi teknik,ternyata pilihan ibuku tepat).Kalau nak disebutkan selebihnya,sampai aku mati pun tak terhabis nak tulis pengorbanan ibuku.

Ibu,terimakasih kerana menjadi ibuku.Kaulah Ibu terbaik di dunia ini .Semoga ibu panjang umur dan berbahagia selalu.Happy Birthday , Mak...I Love U Forever....

**Recycle entry tahun lepas+some editing. Better than never kan?

P/s : Hargailah jasa Ibu Kita.Pengorbanan mereka terlalu besar.Biarlah mereka meniti usia tua mereka dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.Sebagai anak,cubalah sebaik mungkin untuk mengembirakannya. Kasih Ibu untuk anak tiada tolok bandingnya.

July 15, 2010

Terimakasih YanmieOnline | TerimaKasih SharingInfoz

Salam dari Eyriqazz,


Special entry ini saya dedicatedkan khas buat Saudari YanmieOnline @ Kak Yan dan juga saudara SharingInfoz @ Bro Nik.

Terimakasih YanmieOnline | TerimaKasih SharingInfoz

Firstly, ucapan terima kasih buat Kak Yan atas entry Terima kasih eyriqazz.com . Begitu tersentuh hati saya bila Kak Yan yang begitu saya kagumi dan saya singgahi hari-hari blognya dedicatedkan special entry buat saya. Yup, jangan pandang rendah pada kuasa backlink ini. Inilah salah satu promosi blog yang berkesan/cara untuk meningkat trafik ke blog anda. Bolehla refer entry saya sebelum ini : Tips Blogging | Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink . Myself, saya cuba sedaya upaya untuk membalas backlink sedaya upaya . Walaupun sekadar, thanks for Mr. X for this entry etc besar maknanya. Apapun, maaf jika sesiapa yang ada kasi backlink saya tidak kembalikan semula. Inform-informla ya? InsyaAllah, saya akan cuba return balik, cepat mahupun lambat.  

Keduanya, ucapan terimakasih buat saudara SharingInfoz atas entry Segmen Kenali Blogger : Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka . maaf, baru minggu lepas perasan entry ini atas masalah yang dialami dari pertengahan bulan May until Minggu lepas. Memang cukup berkesan entrynya dan boleh buat resume entry dia itu kasi kat __________ .Hik3, thanks bro.

Cukup teruja juga dengan some of the comment dari pembaca, antaranya :

Naz - rezeki dia mencurah curah bila dia berusaha:)

JMR - bro GTO mmg sempoi..mana2 event dia ada..gmbr aku ngn blogger, kebykannya dia ada..byk menang contest..pelik tp benar...

JAI - Memang bro eriyqazz mantop..beliaulah pencetus semangat gua untuk berblogging..wahh cantik sehh rumah baru nie bro..

Kenwooi  - i regard him as one of the famous bloggers =)

Fitrihadi.com - keunikan Eyriqazz adalah pantun dan lenggok bahasa dalam blog dia..ada style sendri..sebab tu dia boleh jadi blogger contoh.. dapat rasa dari ayat dia tu dia seorang bapa dan kawan yang baik hehe :)

Terima Kasih ya semua.

 Saudara Sharinginfoz ini memang saya sukai entrynya yang penuh berinformasi. Cuma, selalu menyinggah secara senyap. Terimakasih juga kerana rajin mengomen di entry saya. Teruskan usaha bro, dengan niche blog bro, ianya mampu pergi lebih jauh.

Terimakasih Yanmieonline dan Sharinginfoz dari saya
Anda memberi saya menerima
Saya cuba untuk membalas pula
Sharing is Caring, Win-win situation patut diamalkan sesama kita

P/s : Teruja tak bila ada bloggers/somebody dedicatedkan entry pasal kita?

P/s/s : Entah kenapa, semakin hari aku semakin jatuh cinta dengan entry-entry seorang Cikgu. Walaupun saya hanyalah Great Teacher Onizuka di alam maya, si dia ini , semakin lama semakin menyerlah di dunia blogging ini walaupun kelibatnya sukar kelihatan di alam nyata. Cikgu yang saya maksudkan itu adalah - DahliaJournal - Thanks Dahlia, banyak informasi dan tips saya pelajari dari anda. Teruskan berblog, anda mampu pergi lebih jauh.

April 3, 2010

Girl and the Ducky Baby Duck



Comelkan? (kredit picture to http://www.picfor.me/en/original/761848)

November 25, 2009

Ada apa dengan Cinta


Ada apa dengan cinta (Gambar kredit to http://www.mohdalhafiz.com/)


Bila bercinta Indah belaka
Bagai dunia kita yang punya
Bila clash lain la pula
Menangis terlolong tak ingat dunia
Cinta sejati tiada toloknya
Nak mendapatkannya susah juga
Indah khabar dari rupa
Sangkakan di bawa ke jinjang pelamin,rupanya buaya
Merajuk si dia dipujuk sahaja
Teddy bear atau bunga senjata biasa
Taktik lelaki sepanjang masa
Usah keliru usah gelana
Kalau dah jodoh tidak kemana
Ada pula sudah berpunya
Jumpa yang cantik dan menawan buat-buat lupa
Aku hanya mengingat sahaja
Akupun dulu pernah alpa
Cinta ditabur ku abaikan ia
Cinta yang tulus kubutakan mata
Hanya kerana aku dan dia punya ciri dan perwatakan yang serupa
Ku pohon maaf andai si dia membaca
Tiada niat untuk ku memaksa dan menduga
Dikau memang insan istimewa
Aku sahaja yang tidak pandai menghargainya
 Namun jangan pula kita lupa
Cinta yang Agung pada Pencipta
Ingatlah hidup ini hanya sementara
Buatlah baik berpada-pada
Agar kita diredhai yang Maha Esa

Unique Visitors vs Entry

Adakah ada korelasi antara unique visitor dan entry yang ditulis?Saya bukannya profesional/berpengalaman blogger.Saya hanya menulis blog secara aktif mulai September 09.Apapun,saya akan berkongsi pengalaman saya sepanjang 2 bulan terakhir untuk mengurai adakah ada korelasi antara unique visitor dan entry ditulis.Ini adalah 3 contoh unique visitor tertinggi untuk satu hari :

1) 7th Buffered Earning dari Nuffnang on 18 Nov 09 with 332 unique visitors



Komen : Unique visitor terbanyak dan pertama kali mencecah 300. Seperti kata Dyra kalau cakap pasal duit,kucing pun menoleh.Dan entry ni juga antara entryku yang menerima komen terbanyak.Jadi,apa lagi,kalau konspirasi dan teori ini benar,perbanyakkanlah entry pasal Nuffnang,duit,dan  sebagainya.

2)Artis Popular minta tandatanganku on 13 Nov 09 with 281 unique visitors



Kuat sungguh kuasa artis ye.Patutla http://beautifulnara.com dan Budiey bukan main popular lagi,walhal masa project Alpha,jumlah viewer di Youtube nak cecah 1 ribu pun susah.Mungkin kerana lambat loading.Inilah artis yang sempat berjumpa face to face selain daripada Anuar Zain, Salleh Yaakob, Dayang Nurfaizah, dan Bob AF.

3)Kisah Mat Salleh dan Penjual Rojak on 21 October 09 with 274 unique visitors




Komen : Yangni mungkin kerana menyentuh perasaan skit kot.Rakyat Malaysia kan rakyat yang peka .Tengoklah peminta sedekah,ada yang kaya.Ada yang kata hasil meminta sedekah mereka,melebihi RM3 ribu sebulan.Saya percaya kerana saya tengok bukan main byk orang sedekah selepas sembahyang Jumaat.

Jadi,adakah ada korelasi antara entry dan unique visitor/hits? Anda fikirkan lah sendiri.Apapun,ini bukannya faktor utama,banyak lagi faktor lain seperti referral,google search, hari (Redmummy  kata hits di hari minggu biasanya akan berkurangan).Apapun,tepuk dada,tanya selera.Rezeki ada di mana-mana,terpulanglah kepada kita untuk mencarinya.

P/s : Sesiapa yang ada tips berguna,kongsi-kongsila untuk kepentingan bersama.

November 23, 2009

Fikir-fikirkanlah...

Tertarik dengan entry Dunia Kita dah berubah dari Melromeo terlintas hatiku untuk berkongsi dan cuba untuk berpuisi seperti Melromeo.Maaf,nukilanku takdelah sehebat Melromeo namun aku cuba yang terbaik :



Life Is Beautiful

Hidup kita kiranya bertuah
Ada ibu dan juga ayah
Negara aman dan rezeki melimpah ruah
Namun,kenapa masih ada yang suka rasuah
Halal dan haram ramai dah tak kisah
Asalkan hidup senang dan tak susah

Anak remaja ramai dah tak takut mak ayah
Lepak,rempit, ikut sukalah
Polis dan pihak berkuasa cam tak kisah
Pandai cari masalah,pandai-pandai selesaikanlah
Dunia pun sudah berubah
Orang nasihat buat tak endah

"Selingan sekejap harap anda tak marah
Sepet dan Qery dah kahwin sudah
Kuingat betul,olok-olokje lah
Apapun aku masih ucapkan tahniah
Terimakasih Blogjoging dan Faizalazelan  reviewmu indah
Teruskan usaha jangan mudah mengalah
Alam Maya Saya ku ucapkan tahniah
Kerana anda belum mengalah
Teruskan berblog,blogmu menarik untuk disinggah

Terlampau banyak gejala rasuah
Asyik fikir hidup nak mudah
Ikan bilis dan ikan sepat ditangkap sudah
Ikan Jerung dan Arapaima amatlah payah
Bermacam cara dicuba sudah
Belum berjaya banyak sangat helah

Hidup ini tak lari dari masalah
Kena caranya jadilah mudah
Jangan asyik hidup bermadah
Paku sepih paku sepah
Namun,kita masih bertuah
Masih hidup dan masih gagah
Ucapkan syukur,ucapkan Alhamdulillah
Sebelum nyawa menyembah tanah

Fikir-Fikirkanlah...

November 7, 2009

Ahakz and the Gang

Tengah-tengah dok surf internet, terclick laa fotopages gambar-gambar lama.Teringat pula zaman di universiti dulu bila buka gambar-gambar lama.Betul kata orang,sekeping gambar membawa seribu makna.Ingin ku kongsi kan gambar benda-benda yang aku ambil semasa tengah boring dan tak dapat nak lelapkan mata di sana:


Cermin mata : Dulu aku pakai cermin mata khas untuk study.Untung belajar kat sana,cermin mata dapat subsidi,£200  kalau tak silap rasanya.Teddy bear dan medal :Teddy bear aku beli semasa di Carboot,medal kemenangan Manchester UKEC games (bola tampar).Setem : Setem UK ada yang 1st dan 2nd class,gambar Queen of England.


Duit £5.Kat UK duit £5 dah beli ble byk makanan.Yerla,Kit Kat baru 40 pence(sen), pisang 20 pence, set lunch £3.Tiket percuma wayang dan Keychain Bart Simpson :Dulu suka tgk citer the Simpson.Kelakar,antara favourite cartoon ku .


Loceng kecil  yang kubeli di Carboot (apa itu Carboot?,try google search).£5 voucher buku dan kad telefon di bilik di asrama university.Namanya pun dah mengancam, Anjing dan tulang.Tapi,kejap je pakai kad ni kerana masa di UK ambil line boleh call 1000 minit ke any number(including Malaysia) percuma.Mmg bergayut sampai habis baterila jawabnya.


Tempat letak handset, tiket wayang (tgk Hellboy) dan Student Card. Seronok tengok wayang di UK kerana seat dia luas.Aku lagi suka tgk wayang di Manchester kerana suasananya lebih menarik.


Kad fotostat, kad dobi dan Unirider Bas. Mudah,tak perlu nak masukkan syiling nak fotostat di perpustakaan universiti ataupun dobi universiti.Kad bas pun dijual sebulan.Murah dan memang berpatutan.Boleh pusing satu zon di Manchester.Nak pusing satu Manchester kena beli yang utk semua zon la.Perkhidmatan bas dia pun memang efisien,kalau kata sampai 1015 mmg 1015 la dia sampai.Tak perlu risau,tip top nya servis.Terharu aku tgk keadaan bas di Malaysia,dahler macam sardin,tak menepati waktu pula tu.

P/s : Masa itu emas.hargailah ia sebelum kita menyesali masa yang terbuang dengan sia-sia.

November 1, 2009

Bulan Baru,Semangat Baru

Pejam celik,pejam celik dah masuk bulan 11 tahun ini. 2 bulan lagi dah nak masuk tahun baru.Cepat kan masa berlalu sekarang ni kan?Apa yang menarik bulan ni ye?


Birthdayku yang ke.....Cepat2,siapa yang meneka paling cepat dan tepat(tarikh lahir/Umurku),akan kuberikan satu tiket Ice Skating bernilai RM20.Jadi,sesiapa yang nak hadiah ini,cpt2la kasi jawapan.


Birthday Ibuku.Mak,I Really Love U. U r the Best Mum in the World.


Anniversaryku yang ke-2.What i should give to my wife as a Present ye?Pakej Cruise di Putrajaya,Dinner di hotel,atau ada cadangan yang menarik?

P/s :Enjoy ur Life.Take every opportunity in life and do ur best for yourself,family and the world.Cabaran yang datang harunginya dengan tabah.Jangan mudah putus asa dan InsyaAllah,hidup kita dipermudahkan.Gud Luck!!

October 31, 2009

October 2009 Special Entry

This is my special Entry for October 2009 :


The Reddish Redmummy (Won 3rd Place for Project Alpha Blogging Contest Week 3)




 


















P/s :Among those entries,which one you think is my best entry and why?Leave your feedback if you want me to write something that you want/interested  ( I have a background working as ex-Recovery Officer in X Bank, father, husband, and normal people).Maybe I can share it in the next entry.

September 30, 2009

September 2009

This is my Special Entry for September 2009 :


Pimp My Broadband (Won 37th Prize, Digi Broadband Modem + 3 months subscription)






Related Posts with Thumbnails