October 21, 2009

Kisah Mat Salleh dan Penjual Rojak

Hujung minggu yang lepas,aku ke Pasar Chow Kit,KL.Bawa mak,adik-adik , dan nenekku jalan-jalan dan membeli di sana.Inginku kongsi satu peristiwa yang berlaku di depan mataku di sana .


Gambar sekadar hiasan.Penjual rojak yang dimaksudkan tiada di dalam gambar ini

Beginilah lebih kurang perbualan antara penjual rojak dan mat salleh tersebut :

Mat Salleh : How much is it? (sambil menunjukkan kepada rojak tersebut)

Penjual Rojak : RM2 (sambil menunjuk-nunjukkan tgn yg bermaksud 2)


Mat Salleh : How about this mineral water?

Penjual Rojak :RM2 (sambil menunjukkan2 tgn)...

Yang buat aku nak marahnya,harga sebenar adalah RM1 utk setiap makanan/minuman tersebut kerana sebelum tu baruje ada org membeli makanan/minuman yg sama.Namun,walaupun tidak menyedari yang dirinya telah tertipu,Mat Salleh tersebut menghulurkan RM5 sambil mengucapkan ''Keep the Change".Hati aku betul-betul terguris melihat situasi tersebut.Mengapa perlu menipu dalam  meniaga?Memangla Mat Salleh tu mampu tapi perlukah ''mark up'' harga semata-mata dia Mat Salleh @ Orang Putih?

P/s : Jujurlah dalam perniagaan walaupun sekecil-kecil perniagaan.Jgn rosakkan mata pencarian orang lain dan peniaga lain yang terpaksa menerima tempiasnya kerana sikap segelintir peniaga yang tamak dan tidak jujur.Ingatlah,kesetiaan pelanggan amat penting dan Jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.

4 comments:

  1. for the mat salleh.. RM5 is a very small amount.. lol.. =P

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  2. benci betul dengan sikap manusia seperti itu. sentiasa mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada.

    kesempatan yang baik takpe juga. jangan kerana sedikit keuntungan sebabkan rezeki seumur hidup terpenjara.

    ReplyDelete
  3. tapi kan, even harga tiket bas (bas biasa)untuk mat salleh lain harganya. Aku ada tengok kat kertas senarai harga tiket untuk mat salleh mahal rm2++. Aku rasa rezeki dia x haram sebab dia x tetapkan harga setiap satu barang tu(xda senarai harga).Lain la klu dia letak papan menyatakan harga setiap barang RM1.

    Blogwalking + komen = melawat2 semula tu gembirakan saya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails