Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

March 30, 2012

Dugaan dalam Bercinta




Adakah Mamat Ini yang menjadi Insan Ketiga di antara Cinta Mereka sebelum INI?
Atau , ianya Lebih daripada Itu Lagi?
Warning : Don't Scan This QR CODE!!
Girlz, kalau anda di Situasi INI apakah yang anda akan lakukan?
Lipstik di tengkuk Insan tersayang...

Yup, memang besar dugaan dalam bercinta. Lebih menduga apabila terjadi di depan mata. Ada pula yang cuba menjadi batu api memburukkan cerita. Kadang-kadang, apa yang kita nampak mungkin :


Tidak Seperti Dikata or Dilihat di depan Mata - Credit Picture HERE-

Pengalaman saya i.e. sebelum mengajar untuk berterus terang dan juga percaya dalam perhubungan dan panggilan telefon menjernihkan keadaan.



31 March adalah tarikh yang Istimewa. You Can Cash out your Nuffnang Earning dan  Hati Lebih Senang untuk Telefon Insan Tersayang.... Yup, Don't Wait to Make That Call .Mungkin ianya boleh jernihkan keadaan dan ianya tidak seburuk disangkakan...
Anyway, apakah yang terjadi dalam Kisah Ini?

Apa yang anda akan lakukan jika anda di Situasi INI?

March 16, 2012

Tips Malam Jumaat : Cinta Sebenarnya Tidak Buta





 
Malam Jumaat Tiba lagi
Sangat Istimewa disebut-sebut sudah semesti
Apa yang Istimewanya tepuk dada tanyalah Hati
Menjadi sebut-sebutan suami dan Isteri
 

Cinta Pertama Sukar Dilupa. Jika tidak, masakan Isteri sendiripun Mahu Dikoyak dan Dibakar Gambar Itu. Oh, hebatkan Penangan Cinta Pertama?.

Samalah juga bila kita tengok video sebelum INI . Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran . Adakah dia dikecewakan kekasih hatinya? Adakah ini cinta pertamanya ? Apakah yang terjadi? Etc,etc... Inilah sambungannya :


Pengalaman Cinta Pertama memang sukar dilupa. Perit, benci dan pelbagai lagi yang bermain di fikiran. Mungkin ini juga yang bermain di fikiran gadis itu. Pengalaman sendiri, sampaikan walaupun sudah putus bertahun-tahun dan sudah melanjutkan pelajaran ke Oversea, masih teringat-ingat Cinta Pertama.


 
Handset pertama menemukan saya dengan :
 
My True Love : My Wife...Yup, Cinta Sebenarnya Tidak Buta

One of the reason panggilan dibuat kepada Isteri (time tu belum lagi couple) adalah panggilan phone yang sangat murah dari UK ke Malaysia dan dia antara orang terakhir yang saya telefon kalau ikutkan list rakan-rakan masa di Sekolah Menengah. Bayar bil bulanan dan dapat panggilan lebih kurang 1,500 minit ke any number termasukla panggilan oversea. Murahkan? Bertitik tolak dari situ, cinta mula bertaut walaupun kami di zaman sekolah sekelas, boleh dikira berapa kali kami pernah bercakap... Yup, saya temui Cinta saya dan now dia sudah menjadi Isteriku yang sah.... Yup, Itulah antara panggilan yang tidak akan saya lupakan....I never regret making that call...


Bercakap pasal panggilan telefon, sometimes i regret for not calling that someone. One of them adalah Mr Az (bekas kawan baik saya). Dia pernah bercinta dengan Isteri saya (di zaman sekolah) dan saya tidak sempat memberitahunya hal sebenar sehinggalah kami kahwin. Mungkin until now dia menganggap saya perampas/sorok hal sebenar kerana panggilan or mesej saya selepas saya berkahwin tidak pernah berbalas... I'm Sorry Bro, Jodoh dan Pertemuan di Tangan Tuhan.
 

Anyhow, Cinta Sebenarnya Tidak Buta tapi kita yang membutakan hati kita untuk menerima kenyataan dan cuba untuk menjernihkan keadaan. Kadang-kadang, keegoan memusnahkan Persahabatan/Percintaan yang sudah terjalin bertahun-tahun lamanya.... Yup, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... That's Life... Tapi, jika anda masih berpeluang :


Dont wait to Make that Call. After all, it costs almost nothing. 

March 2, 2012

Cinta Pertama Memang Sukar Dilupa

Masihkan Ingat akan Cinta Pertama Anda? Yup, rasanya bagi most of us, Cinta Pertama antara cinta yang paling sukar dilupa, tak kiralah apa kesudahannya. Teringat lagi time berdating dengan Isteri dulu,inilah antara yang terpacul di mulut :

Eyriqazz : Boleh tanya apa saja..Tapi, don't ask about my first love...Bla,bla,bla......(terkeluar nama my first love)
Isteri : Apa?? Dia???? (Air mata mula jatuh bercucuran....).. Nasib baik jiwa romeoku masih menebal, dapat juga kupujuk Isteriku di ketika itu...

Teringat akan Cinta Pertama apabila melihat video ini :

Cinta Kita Di Sini Saja?



Pandangan dan Impression Saya Bila Melihat Video Ini :

1) Ini cinta pertama gadis itu. Bukan main lagi menangis dan tidak keruan dibuatnya.
2) Cinta Luar Biasa memang sukar dicari....
3) Usah ditangisi pada yang tak sudi. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor... Maybe  U deserve someone better...Yup, Myself found someone better, My Wife...

5) Lebih mudah untuk menyayangi dari membenci. Ambil yang jernih, buang yang keruh.


Apa pula pandangan anda?

February 28, 2012

Memang Tak Ada Lelaki Sehebat Aku


Kesetiaanku Diuji Lagi. Lafaz-lafaz cinta dari gadis itu membuatkan hatiku tidak keruan. Cantik,memang cantik Orangya. Ohh, Patutkah Aku Curang? Ohh, Ku tahu, memang tak ada lelaki Sehebat aku. Hensem tiada,manis dan kata-kata yang mampu melembutkan hati wanita di luar sana, mungkin ada...

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Isteri yang setia padaku


Maaf, Cintaku Hanya Untuk Isteriku....

P/s : Memang Tak Ada Lelaki Sehebat Aku, tapi yang lebih hebat ramai di luar sana.... Entri ini sama dengan entri-entri sebelum INI...

January 3, 2011

Cinta Luar Biasa

Teaser - Cinta Luar Biasa

Hik3, kasi hangat skit. Entry Cinta Luar Biasa akan dipublishkan minggu ini. Pandangan anda, cerita apakah yang mahu eyriqazz ceritakan dari tajuk/gambar ini ini (cerita ini ada kaitan dengan gambar ini) ? Dussh, ada hadiah, 1 X 5 GTO Pointz untuk yang dapat memberikan tekaan yang paling hampir/tepat.

July 21, 2010

My First Love | Part 2


” Fyza, yuran kelas 2 minggu lagi saya bayar ye? Duit biasiswa belum masuk lagi”. “oh, tak perlu bayar, Si Dia telah bayarkan kesemuanya untuk awak” balas si Fyza. Tersentuh hatiku dan semakin terasa sayangku padanya, sanggup dia membayar yuran kelas dalam diam tanpa memberitahuku terlebih dahulu.

“Awak, kenapa awak bayarkan Yuran kelas saya? ”. “Anggaplah itu sebagai tanda persahabatan kita, awak janganla risau ya? Saya tahu masalah awak dan saya tak mahu awak dibelenggu masalah kewangan yang mungkin boleh mengganggu pelajaran awak. Awak pelajar Cemerlang, Cikgu-cikgu selalu puji awak dan saya mahu awak teruskan kecemerlangan awak itu.”
” Sebab itu saya suka dan seronok berkawan dengan awak, Awak lain dari yang lain dan awak tidak menilai saya seperti ramai rakan-rakan kita yang lain. Saya sedar perangai saya ramai rakan yang kurang menyukai, namun awak terima seadanya. ” Tersentuh hatiku mendengar kata-katanya dan perasaan cintaku padanya semakin menebal di sanubari. Namun, ku sedar siapa diri ini.
Si Dia datang dari keluarga berada/berdarjat namun kedua ibu bapa dia telah berpisah dan dia dijaga oleh Ibunya. Ayahnya kahwin lain , dan sebab itulah dia ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh Ibunya. Oh, besar sungguh pengorbanan seorang Ibu.


Di suatu hari, aku melihat dia berbual dengan seorang gadis. Cukup Comel juga gadis itu dan keayuaan gadis itu ala-ala gadis kampung membuatku teringat janjiku dengan seorang rakan. Dia mencabarku untuk mencari seorang adik angkat. Adussh, berangkat-angkat pula. Namun, janji perlu dikotakan. 2 tiga hari selepas itu, aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada Si Dia tentang hasrat hatiku .
Aku : Awak, Siapa gadis yang awak berbual 2 hari lepas?
Dia : Oh, itu junior satu Dorm dengan saya. Ann namanya. Kenapa, minatke?

Aku : Umm, saya berkenan dengan keletahnya. Bolehkah awak sampaikan hajat saya untuk mengambilnya menjadi adik angkat saya?
Dia : Adik angkat ke Ehemm,ehemmm......Mula-mula adik angkat, pastu...Huh,lelaki,...Menyampah...

Aku : Ehh, kesitu pula dia ni....Nak tolong ke taknak tolong ni?
Dia : Oklah,Oklah..Nanti saya tanyakan..Tapi tak janji tau..

Eh,dia jealous ke? Tak sangka sayang juga dia kat aku ya. Hak3, perasan diriku seorang diri.
Si dia berlalu pergi dan lenggang lengguk jalannya mencuit hatiku. Aku terhibur namun ku suka . Kalau dah suka, Si Dia berjalan macam Itik Sekati pun masih cantik kan?

Adakah Si Ann akan menerima permintaanku. Adakah cabaran rakanku @ Fadil mampu ku balas? Saya memang pantang dicabar lebih-lebih lagi bila cabaran itu cuba untuk memperkecilkanku dan seakan mengejek. Oh, Si Ann pun tak kurang juga cantiknya. Namun, hatiku masih sukakan Si Dia.


Si Dia Mencuit hatiku
Lenggang lengguk, wajahnya dirindu-rindu
Siang dan malam terkenang selalu
Adakah aku sudah terkena Panahan Cintamu?

-BERSAMBUNG-

P/s : Entry ini adalah entry Sambungan My First Love.

P/s/s : Jangan Lupa Singgah di Entry Pilihan Eyriqazz Hari Ini

July 20, 2010

My First Love

My First Love

Awak, awak sukakan saya ke? Pertanyaan si dia semasa sesi Prep Persekolahan petang itu betul-betul membuatkan jantungku berdegup kencang. Pertanyaan itu ku alihkan dan kutanyakan soalan yang sama kepadanya, “Awak pula, Awak sukakan Saya ke?”.

Oh, aku bertepuk sebelah tangan. Si dia hanya menganggapku sebagai kawan baik @ Teman Tapi Mesra tanpa ada sebarang ikatan. Entah mengapa, sejak mengenalinya lebih rapat dengannya, aku jatuh cinta padanya walaupun sebelum itu aku agak tidak menyukai perangainya kerana dia menolak mentah-mentah dan mengutuk rakan sekelasku kerana meluahkan perasaan hatinya (siap kata dia Joker, tak tahu malu n etc) .

Sampai si A yang meminatinya itu meluahkan perasaan hati kepadaku di suatu malam dan pengalaman pertama dia terlelap di katilku dan pertama kali aku tidur sekatil bersama. Sudahla begitu ,lelaki pula. Opss, tiada apa yang terjadi ya.I’m straight.

Hari-hari yang dilalui, aku pendamkan saja perasaanku selepas itu. Aku sedar siapa diriku. Anak orang miskin yang nak belanja makan pun tak mampu. Jika dibandingkan dengan si dia, puteri kesayangan anak keluarga berpangkat dan berdarjah. Bagai langit dengan bumi.

Pelbagai khabar tidak enak ku dengari pasalnya. Si dia kaki report, si dia gedik, si dia anak manja tiap-tiap minggu balik kampung dan sebagainya. Namun, kecantikannya dan bila cinta telah bertaut, semua itu ditolak tepi. No wonder people said, Cinta itu Buta, Mata dan Hati mudah dikaburi.

Si Dia jugalah sumber Inspirasi dalam belajar. Diakui aku ini lemah dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Selalu saja dapat 7 ataupun 8. Kalau dapat 6 memang bernasib baik sangat.Si dia jugalah yang mengajarku untuk maju dalam bahasa Inggeris dan keputusannya aku sendiri terkejut. Keputusan yang langsung aku tidak menjangkakan, A2 menjadi milikku. Seram sejuk dan aku hampir menitikkan air mata kegembiraan.

Terima kasih buat Si Dia. Imbas kembali. Si dia memang gadis kegemaran dan digilai ramai lelaki dan akulah yang selalu menjadi mangsanya. Ehh, nanti you tolong kim salam kat dia ya.Dushh, kenapa aku yang menjadi posmen?Why Me? Why Me?

Semakin hari, semakin sukar untuk ku melupakannya. Tidur tak lena, mandi for sure la basah (tipu la mandi tak basahkan? ) namun aku masih tidak berani untuk meluahkan perasaan hatiku. Takut dikecewakan kerna inilah kali pertama aku begitu menyukai seorang wanita dengan begitu mendalam. Adakah Cintaku akan berbalas?


-BERSAMBUNG-

January 6, 2010

4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki

Aku bukanlah Mat Romeo mahupun Melromeo .Namun,aku ingin berkongsi tips ini melalui pengalaman dan juga pembacaanku.Aku pernah dikecewakan,aku pernah mengecewakan,dan aku juga pernah mendapat Cinta yang kuingini.


Hrithik Roshan pun ikut tipsku ini


1)Perbaiki Penampilan Diri

Cara berpakaian mestilah dijaga.Kalau baju pun tak bergosok dan berbau,wanita mana mahu berkenan?Lainlah anda anak jutawan ataupun Ahli Politik berpangkat datuk,Artis Cun pun senang nak dapat(opps,tersasul pula).Kebersihan juga penting,rambut,kuku,dan bau badan.Wanita tu kan lembut jiwanya,kalau kena dengan caranya jadi mudah sahaja.Yang penting kenalah usaha,jangan ingat jodoh akan bergolek begitu sahaja.


2)Perbaiki Tingkah Laku Anda
Perbaiki lah tingkah laku anda.Wanita amat tidak suka kepada lelaki yang panas baran termasuklah juga isteri sendiri.Pernah Isteri berkata,Abang sebelum kahwin takdelah panas baran camni.Akan kuperbaiki ini jua,janganlah ambil mereka ''As granted'' walaupun mereka isteri kita.Jiwa mereka begitu lembut dan berseni dan hargailah dia sebelum anda terlepas kannya.Satu lagi,wanita ni kebanyakannya suka shopping.Jadi kalau temani mereka bershopping,cubalah happy kan hati mereka.Hati mereka happy,jiwa pun mudah bertaut kan?

3)Yakin Kepada Diri Sendiri

Alahai,kalau tak yakin pada diri sendiri ,camne nak tackle awek kan?Belajarla untuk mengenali hati wanita,jangan takut untuk menegur jika hati sudah berkenan.Namun,biarlah kena dengan caranya.Kalau first time jumpa terus luahkan rasa cinta,agak-agak wanita akan menerima?Lainlah kalau anda sekacak Rosyam Nor, Fahrin Ahmad (opps,dia pun selalu dikecewakan) dan Tom Cruise.


4)Kenali Jiwa Wanita

Wanita itu pelbagai keletah dan perangai nya dan sukar dimengertikan jiwanya.Namun,kebanyakannya mempunyai ciri yang serupa.Wanita mahukan kasih sayang, perhatian (pandai-pandaila,wanita mudah tertarik dengan lelaki yang caring/prihatin), kesetiaan,dihormati, dihargai dan berikan ruang seadanya buat mereka.

Itu sahaja rasanya yang boleh saya kongsi.Kalau nak lebih lagi,bleh la tanya kat Saudara Melromeo.Dia tu memang Romeo Malaysia.Hehehe,Sorry Melz,hanya bergurau.

P/s : Cinta itu Indah andai kita pandai menghargainya.Amalkan ''give and take'' dalam percintaan.

P/s/s : Wanita itu berseni jiwanya.Kena dengan caranya,lembut la hatinya.Jangan mudah putus asa andai pernah dikecewakan.Kalau dah jodoh,tidak kemana.Kalau takde jodoh, berusaha setinggi mana pun tidak akan berupaya.

P/s/s/s :Ada sesiapa mahu tambah ?


December 8, 2009

Tips Bercinta


Yang mana satu,pilihan kalbu?

Bercinta itu banyak pasang surutnya
Buat insan bernama manusia
Tidak kira lelaki atau wanita
Bila bercinta ada yang tak ingat dunia
Dengar ini tips dari saya
Dari seorang suami dan insan biasa

Sesekali rasa cemburu tidak mengapa

Asalkan kena dengan caranya
Kepercayaan penting dalam perhubungan cinta
Tidak kira di mana sahaja

Rasa hormat terhadap pasangan tidak kurang pentingnya

Jangan sengaja mencari masalah dan kelemahan pasangan untuk menjatuhkannya
Perhubungan yang baik perlu memberi dan menerima
Bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk kepentingan bersama

Masing-masing mesti kompromi

Tidak bermakna tiada pendirian diri
Anda tetap boleh mempunyai rakan,kegemaran dan juga hobi
Itulah tanda cinta sejati

Penampilan diri mesti dijaga

Itulah dia persepsi pertama
Kata orang cinta pandang pertama
Bukti yang jelas dan lagi nyata

Ikhlas dan jangan malu untuk menjadi diri sendiri

Ingatlah pada jati diri
Andai berlagak dan kontrol sampai tak nampak gigi
Akhirnya akan menjerat diri (kantoi)

Gunakan ganti diri yang mesra untuk anda dan dia

Sayang dan abang apa salahnya
Lain dari yang lain sudah semestinya
Buat insan tersayang teristimewa

November 26, 2009

Tanda-tanda Si Dia Jatuh Cinta

Cinta oh Cinta


Tanda pertama mudah sahaja
Susah lelapkan mata asyik teringat si dia
Mandi tak basah tidur pun tak lena
Ingatan kepada si dia susah dilupa

Perasaan hati mula berdebar
Berdegup kencang berjumpa si dia
Kelam kabut dan kadang-kadang menggeletar
Bila mata bertentang mata

Masa dulu buat-buat tak tahu
Sekarang pula asyik nak ambil tahu
Bertanya si rakan tak segan silu
Renungan si dia menyentuh kalbu

Hai geramnya asyik cemburu
Bila si dia berbual dengan orang yang lain
Mulalah rasa nak pergi melulu
Berbual sakan bukan main

Tidak tertahan menanggung rindu
Asyik terkenang wajah di dia
Ingatkan si dia dan tertunggu-tunggu
Bilalah lagi dapat menatap wajahnya

Bergayut di telefon adalah lumrah
Monyet lalu buat tak indah
Bayaran mahal buat tak kisah
Demi si dia berhabispun berhabislah

Hai,alahai citarasa berubah
Rock habis dah jadi jiwang pula
Lagu rock tak layan sudah
Lagu sentimental mencari inspirasi memikat si dia

Dulu selekeh sekarang bergaya
Penampilan dijaga menawan si dia
Dulu kosong mekap pun tak ada
Sekarang penuh untuk nampak mempesona

November 25, 2009

Ada apa dengan Cinta


Ada apa dengan cinta (Gambar kredit to http://www.mohdalhafiz.com/)


Bila bercinta Indah belaka
Bagai dunia kita yang punya
Bila clash lain la pula
Menangis terlolong tak ingat dunia
Cinta sejati tiada toloknya
Nak mendapatkannya susah juga
Indah khabar dari rupa
Sangkakan di bawa ke jinjang pelamin,rupanya buaya
Merajuk si dia dipujuk sahaja
Teddy bear atau bunga senjata biasa
Taktik lelaki sepanjang masa
Usah keliru usah gelana
Kalau dah jodoh tidak kemana
Ada pula sudah berpunya
Jumpa yang cantik dan menawan buat-buat lupa
Aku hanya mengingat sahaja
Akupun dulu pernah alpa
Cinta ditabur ku abaikan ia
Cinta yang tulus kubutakan mata
Hanya kerana aku dan dia punya ciri dan perwatakan yang serupa
Ku pohon maaf andai si dia membaca
Tiada niat untuk ku memaksa dan menduga
Dikau memang insan istimewa
Aku sahaja yang tidak pandai menghargainya
 Namun jangan pula kita lupa
Cinta yang Agung pada Pencipta
Ingatlah hidup ini hanya sementara
Buatlah baik berpada-pada
Agar kita diredhai yang Maha Esa
Related Posts with Thumbnails