Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

June 12, 2011

Isi Minyak di Tempat Sejuk Lebih Menguntungkan

On the way pulang dari Terengganu, sempatla singgah di R&R Genting Sempah untuk mengisi minyak. Umm, no choice, hanya ada Ron 95, dah nak sampaipun, so isilah RM20. Wahh, siap ada iklan tersendiri di stesen Minyak Petronas tu :


Isi Minyak di tempat sejuk, seperti di Genting Sempah lebih menguntungkan daripada tempat panas.

Yup, memang kelebihan isi minyak ketika sejuk coz lebih banyak cecair compare to gas yang dihasilkan. Extract skit dari Tips Mengisi Minyak :

" ISI PETROL PADA AWAL PAGI ATAU APABILA SUHU TANAH MASIH SEJUK
Semua stesen minyak menyimpan bekalan minyak di dalam tangki bawah tanah. Lagi sejuk suhu tanah, lagi padatlah minyak itu. Apabila suhu meningkat, petrol mengembang, jadi mengisi minyak pada waktu tengahari atau petang, seliter petrol yang anda isi itu tidaklah seliter dalam amaun sebenar. Dalam perniagaan petroleum, faktor tarikan graviti dan suhu adalah amat penting. Peningkatan suhu sebanyak 1 oC memberi kesan yang besar pada perniagaan"

P/s : Umm,  Petronas Catat Keuntungan Lebih Tinggi untuk tahun berakhir 31 March 2011 ni. Still wondering, Keuntungan meningkat, hasil untuk goverment pun bertambah tapi kenapa minyak asyik naik saja. Any idea?

December 8, 2010

Tips Dapat Anak Lelaki

Tercari-cari tips untuk mendapatkan anak lelaki, planning next year nak dapatkan adik untuk Alisya. Dah ada baby girl, kasi sepasang la pula kan? 

Mama : Alisya, Alisya nak Adik Boy ke Girl?
Alisya : Boyy....
Kompilasi Tips Untuk Mendapatkan Anak Lelaki dengan Bantuan Pakcik Google


More tips nak dapatkan Anak Lelaki kena tanya Sumijelly dan Kak Yanmie as kesemua anak-anak mereka Anak Lelaki. Sumi, Kak Yan, kasi la tips? Dah tanya Kak yan aritu, dia segan nak kasitau ...hik3, takper kak yan, all of us dah dewasa, bolehje sharing-sharing..E-mailkan kat saya pun takpe...

Fuhh, banyak juga step nak kena follow ni..Kalau saya je follow wife tak follow, jadi ke? Wifey mahukan Princess lagi, saya nak la Prince pulak...

P/s : Wish Me Luck....Anak lelaki or Perempuan, ianya anugerah Tuhan yang tidak terhingga, tak gitu?

June 16, 2010

Tips Menghadiri Temuduga

Salam dari Eyriqazz,


Kali ini ingin berkongsi Tips Menghadiri Temuduga disamping komen dan pendapat peribadi . Sebelum meneruskan kredit entry ini buat Abdul Aziz Yusof, Kumpulan Sumber Manusia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad.


tips menghadiri temuduga
Tips-Tips Menghadiri/Menghadapi TEmuduga

Tips-tipsnya adalah :

1) Persiapan Sebelum Menghadiri Temuduga
- Buat kajian berkenaan syarikat dan pekerjaan yang dipohon
- Berlatih untuk menjawab soalan yang bakal diajukan
- yakin dengan diri sendiri
- Penampilan diri yang sesuai

2)Tips Semasa Temuduga
- Berpakaian kemas
- Bersopan dalam komunikasi
- Jawab soalan dengan tenang dan yakin
-Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
-Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas, tapi padat
- Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
-Bertanya soalan yang berkaitan

3) Perkara-Perkara yang Perlu Dielakkan
-Terlupa membawa resume dan sijil-sijil berkaitan

Cara Berpakaian ketika menghadiri temuduga
-Berpakaian tidak sopan/selekeh/menjolok mata
-menjawab dengan jawapan yang meleret
-terlampau yakin
Elakkan semasa temuduga
- Bertanya terlalu kerap soal gaji

4) Kelemahan yang boleh dielakkan
- Terlalu memilih pekerjaan
- Mengharapkan gaji permulaan yang tinggi tanpa pengalaman yang mencukupi
- mudah putus asa
Harapan Majikan
5) Harapan Majikan
- Boleh berkomunikasi dengan baik (Communication Skills)
- Berdikari dan boleh dipercayai
- Menepati masa
-Belajar untuk mengutamakan perkara yang penting
-Menunjukkan inisiatif yang tinggi
- Pemikiran kreatif dan kritis
- terbuka menerima kritikan

Tak Lupa juga :
Pengalaman temuduga
Pengalaman Merupakan Guru Yang Terbaik

Menambah sedikit berdasarkan pengalaman peribadi :
- Mampu berkomunikasi dengan baik, jawapan yang diberikan dengan yakin, dan kemahiran bahasa inggeris (pertuturan dan penulisan)
- Antara soalan yang biasa ditanyakan adalah ( What is Your Strength and Weakness, What Do You See Yourself in 5 years time, Why do you think you are the best for this job, why you want to switch job, and etc)
- Pengalaman mematangkan dan memahirkan diri.Saya sendiri selepas hadiri almost 10 temuduga baru berjaya mendapatkan kerja saya yang pertama.
- Temuduga lebih sukar dari kerja yang bakal dilakukan apabila berjaya mendapatkan kerja tersebut as kita bersaing dengan ramai orang dan satu kesilapan kecil boleh menggagalkan peluang.
- Eye contact mesti dijaga. Cuba pandang mata mereka dan elakkan mengata perkara yang buruk tentang boss anda (jika bertukar kerja), terlampau yakin dan  menjawab tergagap-gagap. Biarlah menjawab tidak laju tapi terang dan jelas.

P/s : How about you, Share-sharekan la pengalaman anda pula?

May 21, 2010

Tips Untuk Mendapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang

Salam readers. Minggu lepas saya berkesempatan menghadiri Coffee With Nuffies session. Bolehla rujuk entry INI dan juga INI. Di sesi itu kami (Nuffnangers) berbual/sesi soal jawab dengan Nuffies dan salah seorang daripadanya adalah Sara (Ads Team) iaitu person yang incharge untuk letakkan Ads Nuffnang di blog bloggers.

Saya berjanji untuk kasi tips ini bila saya punya vote dah 100 kan? Saje je test korang, tak vote pun saya tetap akan revealkan, tapi kalau korang vote lagi saya senang hati dan bersemangat untuk revealkan tips-tips yang lain yang saya perolehi semasa sesi itu.

Blogging Tips | Tips untuk Mendapatkan Buffered Earning dari Nuffnang

Okla, straight to the point. Kali ni saya nak revealkan camna nak Mendapatkan Buffered Earning (BE) dari Nuffnang yang dikongsi dari Nuffies sendiri iaitu Robb , Sara , dan Xin Xian . Inilah tips-tipsnya :

1) Update Survey Nuffnang

- Inilah perkara yang paling utama yang dititikberatkan untuk mendapatkan Buffered Earning. BE ini diassignkan secara manual menggunakan sistem yang dijaga oleh Sara dan beberapa Nuffies yang lain , jadi kategori blog yang korang pilih akan menentukan BE yang akan diassignkan. Contohnya, tiga kategori yang korang pilih itu adalah Parenting , Food, dan Fashion dan main category adalah Parenting (i.e. Cam redmummy). Jadi, setiap kali Ads baru muncul ,kesesuaian Ads itu akan dipilih untuk diletakkan di blog. E.g. Mc Donals, sesuai untuk Food, Parenting, dan Personal (semua orang makan kan?) Cam blog eyriqazz ni, sesuaitak Kotex diletakkan sebagai Ads di blog? (ini Robb yang cakap, bukan saya yang cakap…). Selebihnya boleh rujuk entry Ini : Macam Anak Dara Tak Datang Tunang/ Tips Update Survey Nuffnang

2) Placement Of Ads

Maksud saya, lokasi Ads tu ditampal. Jangan pula letak di Sidebar, tapi letak Ads Nuffnang bawah sekali Sidebar anda . Susah nak nampak, kalau kita sendiri pun mahu ke iklankan ke sana? Jadi, pastikan Placement of Ads anda, senang di lihat dan mata terasa teruja untuk mengklikkannya.

3) Trafik-trafik

Sebenarnya tiada minimum requirement berapa unique visitors untuk mendapatkan buffered earning. First time saya mendapat buffered earning ketika uniques visitors kurang dari 300 sehari. Namun, rule of thumbs, the more visitors u have, the higher the chances for you to get better $$ buffered earning . Honestly, buffered earning tertinggi pernah saya dapat adalah RM150+…Some bloggers ada yang dapat RM300+ untuk satu buffered earning.

4) CTR Ratio for Previous Buffered/Metered Earning

The higher the ratio, the higher the chances for you to get buffered earning in the future. Ini kerana buffered anda itu di klik oleh ramai orang (genuine klik) dan sudah pasti menggembirakan Advertiser. Apa guna tampal iklan tapi tiada orang klik dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut pasal iklan itu? Lagi satu, Nuffnang ini dia adil juga, Ads yang baru akan diberikan priority kepada bloggers yang jarang dapat Buffered Earning jadi semua orang dapat merasa. Cam bulan ini, buffered earning eyriqazz agak perlahan ditambah dengan baru bertukar domain jadi Stats domain baru masih belum diupdatekan sepenuhnya di Sistem Nuffnang. Biasanya 2 bulan diambil untuk menganalisa average visitors ke blog anda.

Cukuplah dulu, Robb/Sara kalau ada informasi yang saya berikan tersilap, tolong perbetulkan ya?

Amcam, ok tak tips kali ini? Nak tahu Tips untuk mendapatkan Advertorial pula tak? Jangan risau, akan direvealkan juga nanti.

P/s : JIka anda rasa tips ini berguna buat anda, saya meminta pertolongan dan jasa baik anda untuk Undi saya for Guest Blogger for Project Alpha Season 3. Mudah saja, register ruumz, log in dan klik Like di Video saya. Bolehla register dan Vote di SINI.

InsyaAllah, jika saya berjaya@menang, jasa anda tidak akan dilupakan dan lebih banyak idea untuk kebaikan bloggers akan saya lontarkan kepada Nuffnang. Makan ramai-ramai lagi seronok dari makan sorang-sorang kan? Lagipun, apa salahnya kalau semua dapat buat Income dari blogging. Itulah salah satu motif saya berblog juga, win-win situation for all.

P/s/s :Terimakasih buat Carl Samsudin atas entry Eyriqazz.com . Tersentuh hatiku dan terus menjadi pembakar semangat untuk tidak menggantung raket bloggingku buat masa terdekat ini. Hik3…

April 28, 2010

Tips Untuk Mengingat/Menghafal 2 Benda Yang Berbeza

Salam dari Eyriqazz,

Ingin berkongsi tips yang dipelajari semasa menghadiri Course selama 2 hari. Mungkin ramai yang dah tahu pasal ini, apapun eyriqazz tetap akan nak kongsikan juga. Sharing Is Caring Rite?

By The Way, Cantik tak Twin Tower Dan Shark Di Tengah-tengah tu?

Itulah tulisan tangan Eyriqazz. Selalu kena kutuk ngan wife, tulisan tangan saya katanya mengalahkan doktor. Harap-Harap Alisya tak ikutla tulisan papa dia ni. 

Berbalik kepada tajuk, inilah tips yang diberikan untuk mengingat/Menghafal 10 Pair of Item/2 Benda Yang Berbeza .Ini tips pertama yang dipelajari di Course itu, tips selebihnya kalau ada masa akan diceritakan di entry lain seperti Tips Mengingat 20 Perkara Mengikut Susunannya dan Tips Membaca Dengan Lebih Pantas.

Tipsnya mudah saja iaitu link kan Item itu di dalam fikiran dengan gambar yang menarik ( Mental Picture). Lebih lucu dan lawak lebih bagus, Contohnya ini yang eyriqazz Linkkan untuk 10 Pair Benda Yang Berbeza Itu :

1) Twin Tower + Shark = Aquaria di KLCC. Dalam Aquaria ada Shark , dan Aquaria itu berada di KLCC@Twin Tower.
Ada rakan pula bayangkan Shark melompat di Twin Tower.
Ada pula yang bayangkan Shark makan Twin Tower.

2)Shopping Mall + Crane = Shopping Mall tengah dibaiki dengan Crane

3) Grass + Marker Pen = Eyriqazz melukis rumput dengan Marker Pen

4)Stick + Girl = Wanita Cantik tengah Main Hoki (kayu stick)
                    = Kawan punya imagination, isteri rotan Suami dengan kayu stik

5)Moon + Ink = Bulan yang ada mata dan mulut dengan bantuan Ink

6) Watermelon + Marketing = Bean Moreno tengah menjual Water Melon dengan penuh bersemangat

7)Newspaper + Car = Tertinggal surat khabar di dalam kereta

8)Bond + Beach = James Bond tengah berlari di pantai

9) Army + Radio = Askar tengah mendengar radio

10) Shirt + Egg = Birthday Party Zaman Kolej. Kawan kena lempar dengan telur.

Mudah je kan? Mungkin mudah tapi di dalam course itu, ada juga yang tidak dapat mengingati kesemuanya. Saya pun kalau tidak kerana pernah attend Course ni semasa sekolah dulu, mungkin tidak dapat mengingati kesemuanya.

P/s : Apa pula pandangan anda ? Mudah or Susah nak mengingati 10 Benda/Pair Yang berbeza ? How about 20 items? 

April 15, 2010

Trafik YoYo Minggu Ini

Trafik Yoyo Minggu Ini

Trafik Konsisten Pertama Kali beberapa Minggu yang lepas

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya ingin mulakan bahawa gambar print screen di atas bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang nak ditunjukkan pun, Unique visitors pun tak cecah 1,000 sehari. Entry ini ditulis untuk berkongsi pengalaman dan pendapat, mungkin boleh kita memperbaiki dan berkongsi pendapat satu sama lain.

Kenapa agak Yoyo pula minggu ini ? Minggu ini saya melakukan eksperimen sendiri lagi+sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan cuba mengamalkan tips-tips yang dibaca di laman blog/website yang  lain. Setakat ni eksperimen ini , bagi saya agak berjaya untuk diri sendiri (Ukur Baju Pada Badan Sendiri)

Jadi, inilah yang ingin saya kongsikan (salah silap harap maafi dan perbetulkan ya. Sedih juga kalau nanti dikata masih berhingus ada hati nak kasi tips + perasan bagus ) :


Sharing Is Caring

1) 7 April 2010, Hari Rabu minggu lepas. Minggu lepas, Alisya demam dan tak berapa sihat . Jadi, mood tak berapa stabil dan entry/penulisan pun terganggu. Lihatla penurunan dari 7 April itu + ditambah dengan weekend. Jadi, disini apa yang boleh saya kongsikan, mood memainkan peranan penting juga. Mood yang elok menghasilkan entry yang lebih berkualiti dan seterusnya menarik lebih minat untuk pembaca membacanya.

2) Penulisan yang tidak konsisten (ketika Yoyo menurun ke bawah). Cuba serasikan entry dengan gaya anda yang tersendiri dan anda yakini. Kalau boleh, cuba untuk tidak menulis entry yang anda tidak suka namun anda tulis semata-mata nak dapatkan hits yang tinggi ( I think u know what I mean).

3) Peningkatan dan nampak peningkatan ketara pada 13 April 2010. Apa rahsianya? Tiada rahsia cuma saya buat apa yang terdengar di HotFm iaitu tajuk yang panas dan sensasi, ditambah dengan berkongsi informasi yang lebih menarik .

4)Honestly, saya tidak pandai bermain dengan SEO (Search Engine Optimization)  . Hits dari SEO saya sehari terus-terang saya katakan kurang daripada 100 . Apa yang membantu saya adalah pertolongan rakan-rakan yang Exchange Link/link kan blog saya. Terima kasih rakan-rakan, kalau seorang menyumbang 10 hits dari blognya , 100 blog dah 1000 kan? Fikir-fikirkan. Jadi, siapa yang mahu Exchange Link dengan saya kasitaulah ya . Tak lupa juga yang dah link kan saya ,tapi saya belum link kan dia, informla juga. Sama-samala kita membantu kan?

5) Last but not least, fikirkan positif dan don't give up. Normal la Yoyo ni. Bila menulis kita kena listen to others too. If we want to attract visitors, we need to listen to their need as well. Saya selepas 7 bulan bergiat aktif ni, sudah nampak sedikit jalannya walaupun saya masih lagi bertatih untuk ke depan. Takpe, Sang kura-kura pun mampu kalahkan Sang Arnab andainya konsisten dan yakin dalam melakukan sesuatu kan?

Cukupla dulu, selebihnya kalau anda rasa entry ini membantu, bolehla singgah di Blogging Tips dari Saya yang diambil melalui pembacaan, pengalaman, dan Cilok Idea Orang especially Saudara Melromeo namun saya kupaskan semula dengan cara saya tersendiri agar pembaca selesa dengan cara saya.

P/s :

Trafik Yoyo minggu ini
Apapun aku puas hati
Peningkatan sudah nampak dari hari ke hari
Sama-samalah berusaha untuk kejayaaan nanti

P/s/s : Which one anda prefer? Trafik Yoyo atau trafik konsisten? Umm,bagi saya, saya masih gemarkan trafik konsisten. Namun, Yoyo pun teruja juga. Hik3....
P/s/s/s : Sampai sekarang tak pandai main Yoyo. Bestke main Yoyo ni ya?

April 10, 2010

Rahsia Sarapan Pagi

Apa Itu RahSia Sarapan PaGi? (Kredit Picture to Kosmo Online )

Antara kelebihan/Rahsia Bersarapan Waktu Pagi adalah :

1) INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

2)Membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

3)Memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

4)Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

Selebihnya, boleh tengok ENTRY INI

P/s :Nak bersarapan apa pagi ini ya? Kalau pekena Nasi Lemak On The Run Esso best juga ni.

March 29, 2010

Trafik Konsisten Pertama Kali

Salam dari eyriqazz. Minggu lepas, saya bereksperimentasi dengan blog saya sendiri. Saya kurangkan berblogwalking dan cuba letak entry yang lebih pelbagai bagi melihat potensi entry. Hasilnya, inilah yang berlaku :

Trafik Konsisten Pertama Kali

Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun perasan hebat. Lagipun, seperti anda tengok sendiri, mana hebatnya pun kan? Trafik harian pun kurang 550 unique sehari. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman peribadi, mungkin boleh membantu dan memberikan inspirasi kepada sesiapa yang mahu melihatnya dari sudut yang positif. Saya pun masih baru disini, jadi marilah sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman.

Minggu lepas eksperimen yang saya lakukan adalah :

1) Saya kurangkan berblogwalking . Saya cuba untuk melihat dan menilai potensi blog saya ini tanpa blogwalking . Saya mahu lihat berapa loyal reader tanpa blogwalking seperti biasa. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.

2)Entry yang pelbagai dan entry mencuba. Di sini saya dapat lihat di mana entry yang berpotensi untuk dikembangkan dan entry yang kurang diminati. Jadi, mudahlah untuk saya perbaiki mutu penulisan di kemudian hari.

3) Menulis sekurangnya 2 entry sehari. Ada perubahan di sini.

Jadi, tips yang saya ingin kongsi melalui pengalaman peribadi di sini adalah :

Blogging Tips

1) Pelbagaikan entry dan cubalah bereksperimen dengan entry anda. Lihat entry macam mana yang digemari dan kurang digemari. Gunakan Nuffnang Analytics dan juga Analytics yang lain untuk menilai potensi seperti Google Analytics, dan GetClicky Analytics.

2)Lebihkan entry di hujung minggu. Mungkin ramai yang cakap hujung minggu susah nak dapat hits kan?Inilah pertama kali hujung minggu saya hits berjaya menyaingi hits di hari biasa. Kenapa ye? Pandangan saya, hujung minggu tak ramai yang update blog jadi anda sudah ada kelebihan di sini. Blog anda lebih terserlah dan mudah untuk di terjah. Hujung minggu pun, mesti ada juga yang lepak di depan komputer kan?

3) Konsistensi dan jangan mudah mengalah. Biarlah anda dengan cara anda tersendiri dan perbaiki kelemahan diri.

4) Bermain dengan SEO (Search Engine Optimization ). Sayapun kurang arif dengan SEO ni namun saya sedang mencuba. Alhamdulillah, sekarang ni sudah nampak perubahan. Walaupun kata orang, blogspot agak susah untuk bermain dengan SEO, itu bukannya penghalang. Banyak tips dari Melromeo telah membantu saya dalam permainan SEO ini.

P/s : Apa pula pandangan anda? Mana yang anda suka, trafik konsisten ataupun trafik naik turun seperti yo-yo?

P/s/s : Ada sesiapa mahu menambah? Berkongsi tidak akan mengurangkan ilmu yang kita ada. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita perbetulkan niat.InsyaAllah, niat yang baik , akan baiklah balasannya.

P/s/s/s : Blogwalking seperti biasa akan diteruskan kembali.Blogwalking pun salah satu promosi berkesan untuk blog jika kena dengan caranya.

January 6, 2010

4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki

Aku bukanlah Mat Romeo mahupun Melromeo .Namun,aku ingin berkongsi tips ini melalui pengalaman dan juga pembacaanku.Aku pernah dikecewakan,aku pernah mengecewakan,dan aku juga pernah mendapat Cinta yang kuingini.


Hrithik Roshan pun ikut tipsku ini


1)Perbaiki Penampilan Diri

Cara berpakaian mestilah dijaga.Kalau baju pun tak bergosok dan berbau,wanita mana mahu berkenan?Lainlah anda anak jutawan ataupun Ahli Politik berpangkat datuk,Artis Cun pun senang nak dapat(opps,tersasul pula).Kebersihan juga penting,rambut,kuku,dan bau badan.Wanita tu kan lembut jiwanya,kalau kena dengan caranya jadi mudah sahaja.Yang penting kenalah usaha,jangan ingat jodoh akan bergolek begitu sahaja.


2)Perbaiki Tingkah Laku Anda
Perbaiki lah tingkah laku anda.Wanita amat tidak suka kepada lelaki yang panas baran termasuklah juga isteri sendiri.Pernah Isteri berkata,Abang sebelum kahwin takdelah panas baran camni.Akan kuperbaiki ini jua,janganlah ambil mereka ''As granted'' walaupun mereka isteri kita.Jiwa mereka begitu lembut dan berseni dan hargailah dia sebelum anda terlepas kannya.Satu lagi,wanita ni kebanyakannya suka shopping.Jadi kalau temani mereka bershopping,cubalah happy kan hati mereka.Hati mereka happy,jiwa pun mudah bertaut kan?

3)Yakin Kepada Diri Sendiri

Alahai,kalau tak yakin pada diri sendiri ,camne nak tackle awek kan?Belajarla untuk mengenali hati wanita,jangan takut untuk menegur jika hati sudah berkenan.Namun,biarlah kena dengan caranya.Kalau first time jumpa terus luahkan rasa cinta,agak-agak wanita akan menerima?Lainlah kalau anda sekacak Rosyam Nor, Fahrin Ahmad (opps,dia pun selalu dikecewakan) dan Tom Cruise.


4)Kenali Jiwa Wanita

Wanita itu pelbagai keletah dan perangai nya dan sukar dimengertikan jiwanya.Namun,kebanyakannya mempunyai ciri yang serupa.Wanita mahukan kasih sayang, perhatian (pandai-pandaila,wanita mudah tertarik dengan lelaki yang caring/prihatin), kesetiaan,dihormati, dihargai dan berikan ruang seadanya buat mereka.

Itu sahaja rasanya yang boleh saya kongsi.Kalau nak lebih lagi,bleh la tanya kat Saudara Melromeo.Dia tu memang Romeo Malaysia.Hehehe,Sorry Melz,hanya bergurau.

P/s : Cinta itu Indah andai kita pandai menghargainya.Amalkan ''give and take'' dalam percintaan.

P/s/s : Wanita itu berseni jiwanya.Kena dengan caranya,lembut la hatinya.Jangan mudah putus asa andai pernah dikecewakan.Kalau dah jodoh,tidak kemana.Kalau takde jodoh, berusaha setinggi mana pun tidak akan berupaya.

P/s/s/s :Ada sesiapa mahu tambah ?


January 5, 2010

8 Tips untuk Kuruskan Badan


Aku pun mahu jadi macam mereka

Inilah tips-tips nya yang di ambil daripada Reader's Digest keluaran Januari 2010.Tips ini diberikan oleh Dave Nuku dan Kristy Curtis (trainer untuk pasukan biru dan merah dalam rancangan ''The Biggest Loser Asia" .



1.Lakukannya secara perlahan-lahan namun lakukannya sekarang


2.Cari alternatif yang sihat ketika membeli-belah (i.e. susu rendah lemak)


3. Berfikiran Positif (Anda mampu melakukannya)

4. Tetapkan Matlamat dan tuliskan ia
-Contohnya,aku mahu kurangkan 10kg dan tulis di atas kertas dan ditampal di dinding)

5.Banyakkan minum air

6.Bersenam enam kali seminggu dan sejam setiap kali

7.Jauhkan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin

8.Dapatkan rehat yang mencukupi

P/s : Tahun ini aku benar-benar mahu kurangkan berat badan selepas ayahku beberapa kali masuk hospital /salah satu sebab kurang menjaga kesihatan.

P/s/s : Doa-doakan lah aku yer.Semoga berjaya kali ini dan tidak lagi seperti hangat-hangat tahi ayam.Kalau aku cakap dulu aku pelari jarak jauh dan antara atlet sekolah mesti ramai yg tak percayakan?

P/s/s/s :Jagalah kesihatan kita sebelum penyakit melanda.Beringat sebelum kena.Mencegah lebih baik daripada mengubati.Action is better than word.Aku akan buktikan yang aku mampu melakukannya

December 10, 2009

Congrats! You're an MBP Contributor!‏


I have been selected as MBP Contributor

I just received a very good news a few days ago from Puan Ros a.k.a. LittleMama (founder of MBP- MomBloggersPlanet) as I have been selected as MBP Contributor from more than 30 peoples that apply for it. Thanks Little Mama for choosen me as one of the MBP Contributor and give me the opportunity to share my views, thought, tips, and passion in life.It gave me a new platform for me to express myself and share with others the experience I gain in life.

I know,I know,it might sound weird that a guy want to be a contributor for a blog that specifically focus on a mother/mum but I take it on positive side as I think I can share the view from man/husband/father point of view so as we can have both side of the stories.Other than me, Ustaz Cahaya is the other male blogger than has been choosen as MBP Contributor.Congratz Ustaz Cahaya.

I'm still new with blogging world but I am not afraid to try a new things.I also do not afraid to join a blogging contest that offered a lot of attractive prizes.Winning or losing, at least I already try my best.Being a new blogger does not mean that you can't achieve what other/experience bloggers get from blogging such as :

1)Financial Reward ( i.e. Nuffnang )
-I already received My 1st Cheque from Nuffnang after two months registered with Nuffnang.

2)Win a Blogging Contest
-Nothing is impossible.If you did not try, you will never know what you have or luck you may get.I did not win many prizes/grand prizes via blogging but at least I already won a few prizes via blogging contest such as Project Alpha Contest (3rd and 4th Prize), Pimp My Broadband Contest (Consolidation Prize worth more than RM500), Premiere Screening ( Law of Abiding Citizen and 2012) and recently invitation to Mister Potato Fiesta 2009.

3)A platform to express yourself and get to know other bloggers

4)Your entry being one of the Most Popular Post ( i.e. in Innit )


As at 10pm 9/12/09

5)Other good and bad things from blogging.It is not always good and sweet.Sometimes you will received a bad comments or people try to let you down.Anyway,just ignore it and go with the positive attitude.

I also want to share a few tips for a new bloggers (from a new blogger) :

1)Be yourself.It is normal if your unique visitors go up and down every day.Write an entry that you know and like best .

2)Do not write your entry too long (forgive me again if this entry is too long) .People nowadays are quite busy with their life.Make it simple and easier to understand.One of the good examples is Kennysia (top blogger),he tend to put more interesting pictures in his blog + humour but with a lot of information and make people interested to read more.Yes,I know that my blog is still not interesting enough but at least I already try my best to gain more visitors to my blog(I only have less than 100 visitors in the first week since I registered with Nuffnang but it increase steadily from month to month).Thanks again to all the visitors especially a loyal readers.

3)If you are a Nuffnangers, do not forget a simple things such as update your survey accordingly i.e. :
-How often you update you blog (more often can attract more visitors unless you are a very good and popular blogger such as Kennysia.Look at Redmummy or BeautifulNara,I think they write more than 2 entries per day)
-Your group reader (It will be weird if you choose your blog reader is >50 years but the advertising company want to promote a baby product, latest handphone , Insurance, or new movies)

P/s : Do not afraid of trying.You will never know what you are capable of if you did not try it first.If you lose or people don't like your blog, at least you already try you best!!Good Luck to All.Sharing is Caring (Thanks to Melromeo as I extract this phrase from his blog)

December 8, 2009

Tips Bercinta


Yang mana satu,pilihan kalbu?

Bercinta itu banyak pasang surutnya
Buat insan bernama manusia
Tidak kira lelaki atau wanita
Bila bercinta ada yang tak ingat dunia
Dengar ini tips dari saya
Dari seorang suami dan insan biasa

Sesekali rasa cemburu tidak mengapa

Asalkan kena dengan caranya
Kepercayaan penting dalam perhubungan cinta
Tidak kira di mana sahaja

Rasa hormat terhadap pasangan tidak kurang pentingnya

Jangan sengaja mencari masalah dan kelemahan pasangan untuk menjatuhkannya
Perhubungan yang baik perlu memberi dan menerima
Bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk kepentingan bersama

Masing-masing mesti kompromi

Tidak bermakna tiada pendirian diri
Anda tetap boleh mempunyai rakan,kegemaran dan juga hobi
Itulah tanda cinta sejati

Penampilan diri mesti dijaga

Itulah dia persepsi pertama
Kata orang cinta pandang pertama
Bukti yang jelas dan lagi nyata

Ikhlas dan jangan malu untuk menjadi diri sendiri

Ingatlah pada jati diri
Andai berlagak dan kontrol sampai tak nampak gigi
Akhirnya akan menjerat diri (kantoi)

Gunakan ganti diri yang mesra untuk anda dan dia

Sayang dan abang apa salahnya
Lain dari yang lain sudah semestinya
Buat insan tersayang teristimewa

December 1, 2009

Hanis Zalikha - Thanks for the Tips




Selepas menulis entry Kennysia oh Kennysia dan teruja dengan income dia yang melebihi RM40 ribu sebulan(beserta dengan gambar cheque dia) , aku pun singgahla di blog-blog popular dan mencari tips-tips dari diorang.Antara tips yang menarik dan ingin ku kukongsi adalah dari entry : Hanis Zalikha - Tips menjadi blogger masyhur/Terkenal

Fuhh,memang mengancam tips-tips yang diberikan oleh Hanis Zalikha.Patutla blognya begitu popular dan tercalon di Nuffnang Awards.Syabaslah Hanis Zalikha, jangan lupa kongsi-kongsi tips lagi di lain masa ya.Antara tips-tips yang diberikan adalah :

1)Alamat blog senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy.
2)Tajuk blog mestilah hebat
3)Tajuk entry mengancam (Tips sama yang turut diberikan oleh BeautifulNara)
4)Isi entry setimpal dan bagus
5)Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar
6)Kosa kata yang luas atau dalam kata lain search engine (SEO)
7)Letakkan gambar yang menarik
8)Variasikan topik
9)Tema yang menarik , Simple but nice, cliche but true.
10)Selebihnya,boleh singgah sendiri di entry tersebut.Mmg bagus tips-tips yang diberikan ini.

P/s : Terima Kasih Hanis Zalikha for a great tips.Dah lama Hanis Zalikha tak menulis tips pasal blogging ni,harap-harap di masa depan, kasilah tips lagi ya?

November 26, 2009

Tanda-tanda Si Dia Jatuh Cinta

Cinta oh Cinta


Tanda pertama mudah sahaja
Susah lelapkan mata asyik teringat si dia
Mandi tak basah tidur pun tak lena
Ingatan kepada si dia susah dilupa

Perasaan hati mula berdebar
Berdegup kencang berjumpa si dia
Kelam kabut dan kadang-kadang menggeletar
Bila mata bertentang mata

Masa dulu buat-buat tak tahu
Sekarang pula asyik nak ambil tahu
Bertanya si rakan tak segan silu
Renungan si dia menyentuh kalbu

Hai geramnya asyik cemburu
Bila si dia berbual dengan orang yang lain
Mulalah rasa nak pergi melulu
Berbual sakan bukan main

Tidak tertahan menanggung rindu
Asyik terkenang wajah di dia
Ingatkan si dia dan tertunggu-tunggu
Bilalah lagi dapat menatap wajahnya

Bergayut di telefon adalah lumrah
Monyet lalu buat tak indah
Bayaran mahal buat tak kisah
Demi si dia berhabispun berhabislah

Hai,alahai citarasa berubah
Rock habis dah jadi jiwang pula
Lagu rock tak layan sudah
Lagu sentimental mencari inspirasi memikat si dia

Dulu selekeh sekarang bergaya
Penampilan dijaga menawan si dia
Dulu kosong mekap pun tak ada
Sekarang penuh untuk nampak mempesona

November 25, 2009

Unique Visitors vs Entry

Adakah ada korelasi antara unique visitor dan entry yang ditulis?Saya bukannya profesional/berpengalaman blogger.Saya hanya menulis blog secara aktif mulai September 09.Apapun,saya akan berkongsi pengalaman saya sepanjang 2 bulan terakhir untuk mengurai adakah ada korelasi antara unique visitor dan entry ditulis.Ini adalah 3 contoh unique visitor tertinggi untuk satu hari :

1) 7th Buffered Earning dari Nuffnang on 18 Nov 09 with 332 unique visitors



Komen : Unique visitor terbanyak dan pertama kali mencecah 300. Seperti kata Dyra kalau cakap pasal duit,kucing pun menoleh.Dan entry ni juga antara entryku yang menerima komen terbanyak.Jadi,apa lagi,kalau konspirasi dan teori ini benar,perbanyakkanlah entry pasal Nuffnang,duit,dan  sebagainya.

2)Artis Popular minta tandatanganku on 13 Nov 09 with 281 unique visitors



Kuat sungguh kuasa artis ye.Patutla http://beautifulnara.com dan Budiey bukan main popular lagi,walhal masa project Alpha,jumlah viewer di Youtube nak cecah 1 ribu pun susah.Mungkin kerana lambat loading.Inilah artis yang sempat berjumpa face to face selain daripada Anuar Zain, Salleh Yaakob, Dayang Nurfaizah, dan Bob AF.

3)Kisah Mat Salleh dan Penjual Rojak on 21 October 09 with 274 unique visitors




Komen : Yangni mungkin kerana menyentuh perasaan skit kot.Rakyat Malaysia kan rakyat yang peka .Tengoklah peminta sedekah,ada yang kaya.Ada yang kata hasil meminta sedekah mereka,melebihi RM3 ribu sebulan.Saya percaya kerana saya tengok bukan main byk orang sedekah selepas sembahyang Jumaat.

Jadi,adakah ada korelasi antara entry dan unique visitor/hits? Anda fikirkan lah sendiri.Apapun,ini bukannya faktor utama,banyak lagi faktor lain seperti referral,google search, hari (Redmummy  kata hits di hari minggu biasanya akan berkurangan).Apapun,tepuk dada,tanya selera.Rezeki ada di mana-mana,terpulanglah kepada kita untuk mencarinya.

P/s : Sesiapa yang ada tips berguna,kongsi-kongsila untuk kepentingan bersama.
Related Posts with Thumbnails