Salam dari Eyriqazz,
Ingin berkongsi tips yang dipelajari semasa menghadiri Course selama 2 hari. Mungkin ramai yang dah tahu pasal ini, apapun eyriqazz tetap akan nak kongsikan juga. Sharing Is Caring Rite?
By The Way, Cantik tak Twin Tower Dan Shark Di Tengah-tengah tu?
Itulah tulisan tangan Eyriqazz. Selalu kena kutuk ngan wife, tulisan tangan saya katanya mengalahkan doktor. Harap-Harap Alisya tak ikutla tulisan papa dia ni.
Berbalik kepada tajuk, inilah tips yang diberikan untuk mengingat/Menghafal 10 Pair of Item/2 Benda Yang Berbeza .Ini tips pertama yang dipelajari di Course itu, tips selebihnya kalau ada masa akan diceritakan di entry lain seperti Tips Mengingat 20 Perkara Mengikut Susunannya dan Tips Membaca Dengan Lebih Pantas.
Tipsnya mudah saja iaitu link kan Item itu di dalam fikiran dengan gambar yang menarik ( Mental Picture). Lebih lucu dan lawak lebih bagus, Contohnya ini yang eyriqazz Linkkan untuk 10 Pair Benda Yang Berbeza Itu :
1) Twin Tower + Shark = Aquaria di KLCC. Dalam Aquaria ada Shark , dan Aquaria itu berada di KLCC@Twin Tower.
Ada rakan pula bayangkan Shark melompat di Twin Tower.
Ada pula yang bayangkan Shark makan Twin Tower.
2)Shopping Mall + Crane = Shopping Mall tengah dibaiki dengan Crane
3) Grass + Marker Pen = Eyriqazz melukis rumput dengan Marker Pen
4)Stick + Girl = Wanita Cantik tengah Main Hoki (kayu stick)
= Kawan punya imagination, isteri rotan Suami dengan kayu stik
5)Moon + Ink = Bulan yang ada mata dan mulut dengan bantuan Ink
6) Watermelon + Marketing = Bean Moreno tengah menjual Water Melon dengan penuh bersemangat
7)Newspaper + Car = Tertinggal surat khabar di dalam kereta
8)Bond + Beach = James Bond tengah berlari di pantai
9) Army + Radio = Askar tengah mendengar radio
10) Shirt + Egg = Birthday Party Zaman Kolej. Kawan kena lempar dengan telur.
Mudah je kan? Mungkin mudah tapi di dalam course itu, ada juga yang tidak dapat mengingati kesemuanya. Saya pun kalau tidak kerana pernah attend Course ni semasa sekolah dulu, mungkin tidak dapat mengingati kesemuanya.
P/s : Apa pula pandangan anda ? Mudah or Susah nak mengingati 10 Benda/Pair Yang berbeza ? How about 20 items?