Showing posts with label isi minyak. Show all posts
Showing posts with label isi minyak. Show all posts

June 12, 2011

Isi Minyak di Tempat Sejuk Lebih Menguntungkan

On the way pulang dari Terengganu, sempatla singgah di R&R Genting Sempah untuk mengisi minyak. Umm, no choice, hanya ada Ron 95, dah nak sampaipun, so isilah RM20. Wahh, siap ada iklan tersendiri di stesen Minyak Petronas tu :


Isi Minyak di tempat sejuk, seperti di Genting Sempah lebih menguntungkan daripada tempat panas.

Yup, memang kelebihan isi minyak ketika sejuk coz lebih banyak cecair compare to gas yang dihasilkan. Extract skit dari Tips Mengisi Minyak :

ISI PETROL PADA AWAL PAGI ATAU APABILA SUHU TANAH MASIH SEJUK
Semua stesen minyak menyimpan bekalan minyak di dalam tangki bawah tanah. Lagi sejuk suhu tanah, lagi padatlah minyak itu. Apabila suhu meningkat, petrol mengembang, jadi mengisi minyak pada waktu tengahari atau petang, seliter petrol yang anda isi itu tidaklah seliter dalam amaun sebenar. Dalam perniagaan petroleum, faktor tarikan graviti dan suhu adalah amat penting. Peningkatan suhu sebanyak 1 oC memberi kesan yang besar pada perniagaan"

P/s : Umm,  Petronas Catat Keuntungan Lebih Tinggi untuk tahun berakhir 31 March 2011 ni. Still wondering, Keuntungan meningkat, hasil untuk goverment pun bertambah tapi kenapa minyak asyik naik saja. Any idea?

May 5, 2011

Harga Minyak @Petrol RON97 Naik, System Tetiba Down?

Harga Minyak @Petrol RON97 Naik lagi, sempatla mengisi minyak Ron 97 malam tadi. Yang hanginnya, tetiba sistem untuk Kredit Kad tetibaje down. Adakah disengajakan bagi mengaut untung lebih agar tak ramai membeli minyak sebelum kenaikan harga ?

Lengang je, Umm, dah ramai yang bertukar ke Ron 95 sejak ianya diperkenalkan. Pandai kan?
Ni komen rakan Facebook : Taktik naik 97 dulu, dh jauh jurang nanti naikkan 95 pulak. Hehe (Umm, no komen)
Umm, Sorry. Sistem Down. No Credit Card. Cash Can.

Dalam wallet ada dalam Rm70 je. Tak sempat nak singgah mesin ATM. So, isi je la RM50. Adakah kebetulan? Kalau dulu, minyak habis, sekarang ni sistem tiba-tiba down pula? Umm, wondering...

Shell Jalan Gombak diterjahi . Around 10Pm+

Semalam RM50, hari ini , jumlah liter yang sama sudah RM53.70. By end of the year, mungkin RM100?
Nak buat camne, " Government is Always rite, kan? "
Ohh, Adakah Sistem Down kerana ada Hantu Minyak?? Sempat saya tangkap gambar hantu minyak ni..

P/s : Saya mengisi minyak Ron 97 kerana dulu saya pernah bekerja sebagai Pump Attendant almost setahun. Selok belok minyak sedikit sebanyak saya ambil tahu, especially untuk penggunaan "Long Term". Simple said, Kalau hari-hari Makan Nasi Ayam vs Fast Food, yang mana lagi bagus untuk kesihatan?

July 16, 2010

Pengalaman Mengisi Minyak Sehari Sebelum Harga Minyak Naik

Bila saja mendengar perkhabaran harga minyak dari rakan dan selepas publish entry Harga Minyak Naik Lagi? | 16 July 2010, selepas isteri pulang kerja, makan-makan, dalam pukul 10 malam saya bergegas ke stesen minyak terdekat :

Pukul 10 Malam, tidakla berderet-deret seperti dulu

Tak pastila pula kenapa tak ramai sgt orang. Adakah sikap last minute rakyat Malaysia? Ataupun kenaikan yang tidak begitu besar? Ataupun berita lambat sampai? Sayapun kurang pasti, bagi saya kenaikan 5 sen untuk Ron 95 dan Ron 97 bakal diapungkan memberi kesan besar juga. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk isi full tank Kereta Myvi kami :

Tinggal Satu Bar, RM60+ Full tank kereta Myvi

Kami memang menggunakan Ron 97. Sebabnya boleh refer rujuk entry INI [ Ron 95 vs Ron 97 ] . Umm, selepas ini tiada lagi subsidi dan apungan terkawal, berapa la pula ya? Mungkin boleh cecah RM100+ untuk satu tank jika kami masih setia bersama Ron 97. Saya menggunakan Ron 97 salah satu sebabnya lagi adalah semasa saya bekerja sebagai pump attendant selepas habis SPM, orang yang pandu lori sendiri mengatakan kalau mahukan kereta tahan lama, sebaik-baiknya gunakan Ron 97. Alhamdulillah, sudah menggunakan Myvi ini sudah lebih 2 tahun dan masih belum ada masalah lagi setakat ini. Adakah patut curang selepas ini?

Pandangan peribadi, tiada hujan, tiada ribut, harga petrol dunia tidak dinaikkan, tetiba langkah yang lebih awal diambil oleh kerajaan. Rakyat yang menjadi mangsanya. Income tak naik mana, kos sara hidup makin meningkat, kita disuruh berjimat dan mengikat perut . Ohh , nak naik mudah, nak turunnya payah .

Apapun, kita doa-doakan yang terbaik selepas ini. Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan. Semoga janji akan berjaya dikota. Kami sebagai rakyat hanyakan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Fahamilah dan cuba dengari keluhan hati seorang rakyat. Election pun beberapa tahun lagi, saya masih terfikir-fikir patutkah saya pergi mengundi buat pertama kali?

Pengalaman Mengisi Minyak Malam tadi
Entry ditulis sudah hampir pukul 1 pagi
Minyak Naik, banyak lagi barang yang bakal naik nanti
Sama-samalah kita menanti

Kita bersama mengejar mimpi
Melongkah arus ke hadapan demi negara tercinta ini
Semoga kerajaan lebih prihatin di masa depan nanti
Kesabaran rakyat ada batasannya dan jangan sampai ianya meletup sukar dibendung lagi

P/s :Apa pula pandangan anda? Patutkah harga minyak dinaikkan dan subsidi untuk sesetengah barang dihapuskan?

P/s/s : Lepas ini agak-agak, harga tiket pengangkutan awam dinaikkan pula tak?
Related Posts with Thumbnails