Showing posts with label harga minyak. Show all posts
Showing posts with label harga minyak. Show all posts

May 9, 2011

Harga Minyak Turun May 2011

Betulke Harga Minyak Turun May 2011?

RM2.70 sebelum 5 May 2011, Harga Minyak dinaikkan menjadi RM2.90 untuk Ron 97. Umm, orang tak kaya pun pakai Ron 97 especially yang pentingkan kualiti untuk "long term" .


Harga Minyak Turun May 2011?

Umm, dalam mimpi kot. Rasanya ianya akan diturunkan bulan Oktober 2011 nanti, kan Nov 2011 mungkin General Election. Hik3...

July 16, 2010

Pengalaman Mengisi Minyak Sehari Sebelum Harga Minyak Naik

Bila saja mendengar perkhabaran harga minyak dari rakan dan selepas publish entry Harga Minyak Naik Lagi? | 16 July 2010, selepas isteri pulang kerja, makan-makan, dalam pukul 10 malam saya bergegas ke stesen minyak terdekat :

Pukul 10 Malam, tidakla berderet-deret seperti dulu

Tak pastila pula kenapa tak ramai sgt orang. Adakah sikap last minute rakyat Malaysia? Ataupun kenaikan yang tidak begitu besar? Ataupun berita lambat sampai? Sayapun kurang pasti, bagi saya kenaikan 5 sen untuk Ron 95 dan Ron 97 bakal diapungkan memberi kesan besar juga. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk isi full tank Kereta Myvi kami :

Tinggal Satu Bar, RM60+ Full tank kereta Myvi

Kami memang menggunakan Ron 97. Sebabnya boleh refer rujuk entry INI [ Ron 95 vs Ron 97 ] . Umm, selepas ini tiada lagi subsidi dan apungan terkawal, berapa la pula ya? Mungkin boleh cecah RM100+ untuk satu tank jika kami masih setia bersama Ron 97. Saya menggunakan Ron 97 salah satu sebabnya lagi adalah semasa saya bekerja sebagai pump attendant selepas habis SPM, orang yang pandu lori sendiri mengatakan kalau mahukan kereta tahan lama, sebaik-baiknya gunakan Ron 97. Alhamdulillah, sudah menggunakan Myvi ini sudah lebih 2 tahun dan masih belum ada masalah lagi setakat ini. Adakah patut curang selepas ini?

Pandangan peribadi, tiada hujan, tiada ribut, harga petrol dunia tidak dinaikkan, tetiba langkah yang lebih awal diambil oleh kerajaan. Rakyat yang menjadi mangsanya. Income tak naik mana, kos sara hidup makin meningkat, kita disuruh berjimat dan mengikat perut . Ohh , nak naik mudah, nak turunnya payah .

Apapun, kita doa-doakan yang terbaik selepas ini. Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan. Semoga janji akan berjaya dikota. Kami sebagai rakyat hanyakan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Fahamilah dan cuba dengari keluhan hati seorang rakyat. Election pun beberapa tahun lagi, saya masih terfikir-fikir patutkah saya pergi mengundi buat pertama kali?

Pengalaman Mengisi Minyak Malam tadi
Entry ditulis sudah hampir pukul 1 pagi
Minyak Naik, banyak lagi barang yang bakal naik nanti
Sama-samalah kita menanti

Kita bersama mengejar mimpi
Melongkah arus ke hadapan demi negara tercinta ini
Semoga kerajaan lebih prihatin di masa depan nanti
Kesabaran rakyat ada batasannya dan jangan sampai ianya meletup sukar dibendung lagi

P/s :Apa pula pandangan anda? Patutkah harga minyak dinaikkan dan subsidi untuk sesetengah barang dihapuskan?

P/s/s : Lepas ini agak-agak, harga tiket pengangkutan awam dinaikkan pula tak?

July 15, 2010

Harga Minyak Naik Lagi? | 16 July 2010

Mendapat perkhabaran dari seorang rakan sekerja dari sumber yang boleh dipercayai bahawa harga minyak akan naik lagi mulai esok ( 16 July 2010 ). Katanya kenaikan lebih kurang 5 sen seliter. betulke ya? buka berita surat khabar online, tiada lagi berita. Apapun, langkah berjaga-jaga, nak pergi isi minyak la skang. Better late than never , kemudian beratur panjangkan?

P/s : Kalau berita tak betul, tak rugi pun kan? Kalau betul, siapa pula yang rugi? Diri sendiri juga.

P/s/s : Jom pergi serang stesen minyak.Serbuuu!!

P/s 3 : Semua nak naik.Apa yang turun ya?

UPDATED

Berita ini telah disahkan seperti di Mstar : Harga MINYAK NAIK 5 SEN MULAI ESOK :

" RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.



"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik."

Harga Minyak Naik Lagi
Timingnya bagus sekali
Dekat nak puasa , dekat nak raya oh semakin susah hidup ini
Lepas ini, apa pula yang bakal naik lagi?
Related Posts with Thumbnails