Bila saja mendengar perkhabaran harga minyak dari rakan dan selepas publish entry Harga Minyak Naik Lagi? | 16 July 2010, selepas isteri pulang kerja, makan-makan, dalam pukul 10 malam saya bergegas ke stesen minyak terdekat :
Pukul 10 Malam, tidakla berderet-deret seperti dulu
Tak pastila pula kenapa tak ramai sgt orang. Adakah sikap last minute rakyat Malaysia? Ataupun kenaikan yang tidak begitu besar? Ataupun berita lambat sampai? Sayapun kurang pasti, bagi saya kenaikan 5 sen untuk Ron 95 dan Ron 97 bakal diapungkan memberi kesan besar juga. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk isi full tank Kereta Myvi kami :
Tinggal Satu Bar, RM60+ Full tank kereta Myvi
Kami memang menggunakan Ron 97. Sebabnya boleh refer rujuk entry INI [ Ron 95 vs Ron 97 ] . Umm, selepas ini tiada lagi subsidi dan apungan terkawal, berapa la pula ya? Mungkin boleh cecah RM100+ untuk satu tank jika kami masih setia bersama Ron 97. Saya menggunakan Ron 97 salah satu sebabnya lagi adalah semasa saya bekerja sebagai pump attendant selepas habis SPM, orang yang pandu lori sendiri mengatakan kalau mahukan kereta tahan lama, sebaik-baiknya gunakan Ron 97. Alhamdulillah, sudah menggunakan Myvi ini sudah lebih 2 tahun dan masih belum ada masalah lagi setakat ini. Adakah patut curang selepas ini?
Pandangan peribadi, tiada hujan, tiada ribut, harga petrol dunia tidak dinaikkan, tetiba langkah yang lebih awal diambil oleh kerajaan. Rakyat yang menjadi mangsanya. Income tak naik mana, kos sara hidup makin meningkat, kita disuruh berjimat dan mengikat perut . Ohh , nak naik mudah, nak turunnya payah .
Apapun, kita doa-doakan yang terbaik selepas ini. Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan. Semoga janji akan berjaya dikota. Kami sebagai rakyat hanyakan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Fahamilah dan cuba dengari keluhan hati seorang rakyat. Election pun beberapa tahun lagi, saya masih terfikir-fikir patutkah saya pergi mengundi buat pertama kali?
Pengalaman Mengisi Minyak Malam tadi
Entry ditulis sudah hampir pukul 1 pagi
Minyak Naik, banyak lagi barang yang bakal naik nanti
Sama-samalah kita menanti
Kita bersama mengejar mimpi
Melongkah arus ke hadapan demi negara tercinta ini
Semoga kerajaan lebih prihatin di masa depan nanti
Kesabaran rakyat ada batasannya dan jangan sampai ianya meletup sukar dibendung lagi
P/s :Apa pula pandangan anda? Patutkah harga minyak dinaikkan dan subsidi untuk sesetengah barang dihapuskan?
P/s/s : Lepas ini agak-agak, harga tiket pengangkutan awam dinaikkan pula tak?
mengundi buat pertama kali?uishh..sama lah kita...hahahah
ReplyDeleteharga tiket mesti naik punya...
ReplyDeletefuh.. memang melampau.. time musim perayaan ni la nak naik myk la apa la.. gaji takat tu jek.. berat sebelah btul.
ReplyDeleteminyak naik mybe dari 2-3 sebab.satu darinya nak kurangkan subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan. tapi kesannya, melimpah2 kepada semua benda. mungkin kesinambungan daripada komen Dato' Sri Idris Jala yang ada mention pasal negara akan muflis kalu terus bagi subsidi..
ReplyDeletesaya pulak isi full tank tengah hari tadi?? Pandai kan?? Tak sanggup nak berator mlm tadi lepas dah lupe isi minyak smalam lepas balik keje
ReplyDeleteabes la duit aku isi minyak pas nie..
ReplyDeleteTak mustahil tiket pengangkutan awam dinaikkan lepas ni. Habis la kalau macam tu. Saya yang kerja jauh, gaji agak baik (konon2nya) pun terasa bebannya. Huhu...phew~ Kerajaan patutnya bagi hint2 dulu sebelum nak naikkan harga minyak. Takla rakyat terkezut sampai macam ni skali.
ReplyDeleteingt lagi time minyak naik 2 tahun lepas,penuh jer satu2 stesen minyak sbab ramai berebut nak isi minyak sblom harge naik..
ReplyDeletepapepun kite doakan yg terbaik untuk malaysia:)
belum pernah mengundi lagi??
ReplyDeleteaishhh....
muda benor la lagi eyriqazz ni ya, tapi nampak macam dah berjanggut...
mengundi tu kewajipan...
aduhhhh berat bro ! semua nye jatuh kat rakyat...kita bayar tax lagi, tol lagi,rege barang naik & terus naik...gaji dok takat tu...tak tau nk ikat perut macam mana lagi...
ReplyDeletefarhan af4 dah kurus
saya tak berapa kenapa kerajaan hentikan kajian tindakan sistem subsidi menggunakan MyKad. Saya tak faham kenapa MyKad yang kononnye sangat canggih tidak digunakan secara optimum. Pengurangan subsidi mcm ni tak beri kesan yang baik kepada rakyat. My fwen mmg dah dah declare takkan pegi vote next election lagi.
ReplyDeleteaduh. kete viva eyka dulu rm60 kalau full tank. ni naik lagi tak tahu la bpe.. haih
ReplyDelete@JMR :sudah 2 kali boleh mengundi..tapi tak yakin n tak tau mana nak pilih..both samaje rasanya..kepentingan peribadi diutamakan dari kepentingan rakyat
ReplyDelete@maslinamansor:harap2 tidakla..kesian kat adik saya yang masih belajar
@Suliana :setuju su..makin susahla nampaknya
@diana :mungkinkah?
@ScoTTisHioR:setuju n 100% agree with bro
@dbalkis:bijak2
ReplyDelete@zairie:duit eden pun.nasib baik eden pakai motor dan wife pakai kete
@aZLiNa aZiZ:biasalah..Malaysia Boleh
@farah:masatu dlm bas dari PD..memang nampak bersesak2..ada pula yang mengambil kesempatan,konon2nya minyak habis
@a kl citizen:belum pernah..dah layak dua kali...kewajipan cuma tak yakin dengan mana2 parti...
@mamashasha:rakyat bayar, boss joli...hik3...rakyat diutamakan untuk membayarla tu..
@Misz Sephia:mykad just tinggal mykad...sayapun masih belum decide nak mengundi or tidak next election
ReplyDelete@eykameow;eyka takpe,ada bf kaya...hik3..