Showing posts with label seo. Show all posts
Showing posts with label seo. Show all posts

August 12, 2010

Hidup Seorang Blogger | SEO Contest Dari Denaihati


Hidup Seorang Blogger. Best juga jadi seorang blogger ni kan walaupun hanya bergelar blogger Part Time @ Blogger Cap Ikan Ayam Goreng. Kehidupanku juga banyak berubah sejak aktif menjadi seorang blogger hampir setahun ini. Aku bukannya Blogger Tegar, namun sehari tak menulis/sentuh laptop rasa lain macam aja.Ataupun adakah aku sudah menjadi seorang blogger tegar?

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, BRO denaihati yang terkenal dengan tagline "Hidup Untuk Memberi " dengan bermurah hati menganjurkan CONTEST SEO HIDUP SEORANG BLOGGER dengan jumlah hadiah melebihi RM2,000. Sayapun tahu pasal Contest ini dari YanmieOnline .

Hajat di hati mahu joini juga contest menarik Hidup Seorang Blogger ini namun sayang, syarat tidak cukup kerana syarat minimum pagerank 2 dan saya punya pagerank masih lagi 0 sejak tukar domain sendiri. Dulu masa berblogspot sudah pagerank 3. Takpelah, lain kali boleh mencuba lagi kan?

Namun, bagi anda yang cukup syarat, join la, mana tahu ada rezeki anda. Berblogging ini best, macam-macam yang boleh diperolehi dan pengalaman yang mengujakan yang menjadikan kehidupan sebagai seorang insan dan seorang blogger lebih matang . Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau mahu join, Terjahla ENTRY INI

Hidup Seorang Blogger banyak dugaannya
Namun pahit dan manis kehidupan perlu diteruskan jua
Denaihati mahu memberi rugi tidak mengambil peluang yang ada
Duit raya, hadiah lumayan juga

P/s : Terimakasih Denaihati atas sumbangan yang diberikan untuk Mak Ngah saya . Betul la kata orang ,the more you give ,the more you will get. Tengokla rezeki Denaihati, semakin dia memberi, semakin mencurah-curah rezekinya. Teruskan usaha bro, semoga Allah murahkan rezeki bro selalu, berbahagia dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin....

April 25, 2010

Tulis & Menang Ariffshah.com

Salam dari Eyriqazz,

Hari minggu biasanya hari Eyriqazz join Contest & Santai . Kalini ingin join Contest :


Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com & denaihati.com

Jadi, blog yang eyriqazz pilih dan ingin review/terjah tidak lain dan tidak bukan adalah :


1) Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka
Eyriqazz - Nama diambil sempena watak gabungan sebuah novel semasa di sekolah dahulu. Kusyuk membacanya, tapi maklumat penuh biarlah menjadi teka teki terlebih dahulu.
Great Teacher Onizuka - Kenapa saya pilih Great Teacher Onizuka?
Great = Cuba memperbaiki diri/cuba menjadi yang terbaik
Teacher = Teach Others and learn from others + my wife is a teacher . Onizuka = Suka sangat lakonan dia. Drama GTO antara drama paling kugemari. Sudah khatam lebih 3 kali.

Eyriqazz turut menjadi penulis jemputan di MombloggersPlanet dan InfoKami.

2) Motif Berblog

Faktor utama adalah Alisya. Aku ingin abadikan koleksi penulisan peribadi buat puteri tersayang . Faktor lain, berkongsi pengalaman,informasi,diari peribadi, mencari ilmu berguna di dunia blog, kenalan, dan juga Duit .

3) Kelebihan Blog Eyriqazz

Entahla, apa yang lebih ya? Blog ini masih baru dan sayapun baru je aktif berblog lebih kurang 7-8 bulan. Jadi, kelebihan itu biarlah pembaca sendiri yang menilainya. Cuma, saya suka mencipta kelainan dan cuba menulis mengikut rentak tersendiri. Antara segmen dan entry yang saya cuba serlahkan adalah :

i)Berpantun
ii)Terjah Blog Popular dan Blog Pembaca
iii)Contest (Saya memang minat Contest, telah memenangi a few of Blogging Contest worth RM7K+ )
iv)Tips Blogging Yang Dikitar Semula dan dari pengalaman sendiri
v)Berkongsi Pengalaman dan Informasi
vii ) Nuffnang ( I Love Nuffnang)
viii) Apa pula pandangan pembaca?

Apapun, saya sudah cukup gembira. Target saya untuk menambah at least 100 uniques visitors setiap bulan setakat ini tercapai. Tak lupa juga Followers. It goes hand in hand setakat ini. Namun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Bercita-cita mahu blog ini lebih dikenali dan mendapat tempat di hati pembaca. Ewahh.

4) Kekurangan Blog Eyriqazz

Banyak, antara yang saya temui dan cuba untuk perbaiki dan pelajari :
i) Template yang belum cukup menarik
ii) Teknik mengedit gambar bersama Photoshop ( bleh rekomenkan mana-mana tutorial yang bagus tak? ) dan juga cara membuat banner yang cun dan menawan hati.
iii) Teknik SEO (mungkin Ariffshah dan Kak Jie boleh kasi tunjuk ajar lagi)
iv) Teringin mahu bertukar ke Wordpress dan Domain Sendiri namun ilmu belum cukup didada. Tidak mahu terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat.
v) Sesetengah entry panjang dan membosankan. Hak3, bila dah mula syok menulis mulalah syok sendiri. Sedang cuba untuk memperbaikinya
vi) Masih belum cukup mesra dengan reader (faktor masa membataskan untuk menerjah kembali secepat mungkin pembaca terutamanya buat pengomen di blog)
vii) Andalah yang menilainya. Jadi, apa lagi.Komen-komenla ya?

5) Idola Eyriqazz di Dunia Blog : Kennysia, Redmummy, Melromeo, BangNara, TheEggYolks, LittleMama dan Ramai Lagi.


6) Apa Pandangan Positif pasal berblog ini ?

- Hobi yang bagus ,menarik, dan menguntungkan.
- Dapat mengenali ramai kenalan, join event, dan berkongsi informasi.
- Menajamkan minda dan fikiran
- Dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan lebih mudah disamping informasi berguna.

7) Pandangan Negatif pasal berblog ini ?

- Masa semakin kurang bersama keluarga. Selalu terfikir akan kejayaan Redmummy namun apa yang dia terpaksa lepaskan untuk itu seperti susah nak bercuti, masa rehat yang semakin kurang, dan sebagainya. Apapun, No Pain No Gain kan?
- Sesetengah pihak mengambil kesempatan  di atas berblog ini. Ada yang mengeluarkan Ebook untuk dijual tapi tak semuanya berguna/tidak sepadan dengan harganya. Ada yang bagus dan ada yang tak bagus . Ada juga yang Indah Khabar dari Rupa.
- Pandangan peribadi,  Rasa sangat tidak suka membaca blog itu bila blog terlampau banyak dengan iklan yang mengacau penglihatan untuk membaca walaupun blog itu memang best dan menawan. Tak salah letak iklan tapi bila terlampau mengacau membaca, rasa sangat tidak enak untuk membaca. Apapun, tepuk dada tanya selera. Lain padang, lain belalangkan?

Cukuplah dulu, last but not least terimalah serangkap pantun dariku :

Terjah/Review Blog Sendiri untuk Contest Ini
Untuk berkongsi Informasi dan memperbaiki diri
Komen anda saya nanti-nanti
Komen NEGATIF paling saya gemari untuk saya teruskan usaha ke depan meningkat mutu blog INI

Saya tahu Kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog Ariffshah.com

P/s : Tidak lupa juga, jika anda menyokong dan sukakan blog ini , jangan lupa Vote untuk saya di sini :

April 13, 2010

Teratakarmo | Strategi DiSusun di Medan SEO (Search Engine Optimization)

Salam dari Eyriqazz,

Teratakarmo nama diberi
Dari Sarawak dia datang membawa diri
Kini seronok menyusun strategi
Strategi mantap, jerat dipasang mangsa apa yang terkena kali ini?

Sudah agak lama tidak menerjah disebabkan mood agak ke laut dan Alisya tidak berapa sihat. Semalam pun baru je balik dari Hospital.Alhamdulillah, semuanya ok. Jadi, tanpa membuang masa dan seperti dijanjikan di Entry Terjah | Teratakarmo Mengganas di Medan SEO dan Contest RM10 Eyriqazz , inilah terjahanku.


1)Teratakarmo Semakin mantap di Medan SEO

 Entry REKOD PERIBADI - VIEWERS 7040 UNIQUE 3577 SEMUA ANGKARA SEO DALAM 1 HARI turut dirujuk. Hebat,saya pun hits tertinggi pernah cecah sehari pun 2,000+ , itupun Penangan BeautifulNara. Komen peribadi melalui pembacaaan ( kalau salah tolong perbetulkan), kelebihan SEO ini disebabkan domain sendiri@.com, ketepatan masa menulis entry (lagi cepat lagi disukai Google, Yahoo, etc), tajuk sensasi dan menyengat, dan kandungan isi yang menarik. Jadi, cuba-cubalah mungkin ada rezeki anda pula.

2)JAI masih mencari rentak menulis yang sebenar
Honestly, aku nampak blognya masih belum lagi serasi dengan dirinya. Dia masih mencari rentak dalam menulis.Selain SEO, jika ditanya, blog JAI@teratakarmo pasal apa ya? Umm,aku pun susah juga untuk menjawabnya.

3)In Person, JAI memang Cool dan Happening Orangnya
Walaupun usia sudah hampir mencecah 50 tahun (hak3) dan Kak Ina KL kata dia ni garang, JAI cool dan talkative orangnya. Inilah part time tidak bergaji photographer ku. Dia mudah mesra dengan semua orang  sampaikan Redmummy dan BeautifulNara akan tertanya aku kalau JAI tiada. Bukan senang untuk diingati tu.

4)Template agak suram dan kurang menarik hati
Maaf JAI, aku perlu berterus-terang, inipun untuk kebaikan. Akunya template pun tak berapa menarik.hik3,tapi dalam proses transformasi tak lama lagi. Template memainkan peranan yang penting terutamanya untuk first time visitor, kalau agak suram ,agak-agak first time visitors mahu singgah lagi tak?

5) Widget-widget yang tidak perlu
Sorry lagi, pandangan peribadi, banyak widget di Sidebar yang tidak perlu rasanya. Memberatkan loading dan memeningkan kepala pembaca cam aku yang mata agak sepet  ni. Hak3, contohnya yang aku rasa tidak perlu adalah Google Translation, BLOGGER - PROJECT ALPHA SEASON 2, Widgeo Widget (Cik Epal pun dah buang), dan online watch.

6) Pandangan peribadi, mungkin JAI boleh bercerita tentang cara hidup orang Sarawak, gambar-gambar menarik di Sarawak, pengalaman hidup seorang bapa dan membesarkan anak-anak dan informasi kekeluargaan yang bagus dikongsi berdasarkan pengalaman peribadi.

Cukuplah dulu, Selebihnya bolehla Terjah di SINI . Terjahan dikongsi untuk sama-sama memperbaiki mutu dan kekurangan . Cik Lily Putih, you are my next target. Watch it and Be Prepared.Awas, Anda sedang diperhatikan.

P/s : Bertanya pembaca, ok ke segmen terjah saya ini ataupun agak ke Laut juga? Mungkin selepas menerjah kesemua pemenang yang dijanjikan, saya akan buat satu slot kepada sesiapa yang mahukan blognya diterjah tapi adalah syaratnya. Jangan risau, ianya tidak membebankan. Ok tak Idea ini?

April 1, 2010

Terjah | Teratakarmo Mengganas Di Medan SEO

Teratakarmo Nama blog diberi
Orangnya hensem Jambu Sekali
Kalau tak percaya boleh tengok bawah Ini
Sekali tengok terus tergoda hati


Teratakarmo Mengganas di Medan SEO


Inilah salah seorang pemenang Contest INI. Seperti dijanjikan dia ni akan diterjah. Namun, mood agak Ke Laut dan ke busy an melanda bila Alisya demam ni. Jadi, kasi korang sentap dulu dengan Amukan Teratakarmo. Dia akan diterjah juga (ni preview je dulu) . Jadi, inilah preview amukan dia :

Teruja tak Tengok ( Katanya Penangan Din Beramboi)

Setakat Pukul 10 Malam rasanya
Badrul Muhayat Kantoi di tempat pertama ( BeautifulNara pun kalah ni)

Cukupla dulu. Mood masih Ke Laut. Jadi, korang terjahla dulu Abang yang nampak muda ni. Umur dah 50 tahun tapi nampak macam 40 tahun kan? Hak3, jangan marah.

Terjah sini :

Janji akan tetap ditunaikan. Ini hanyalah selingan dulu. Nanti saya kasi pandangan peribadi camne  JAI boleh mengamuk di medan SEO ni dan cara untuk mengamuk juga melalui pembacaan dan pengalaman sendiri + pandangan peribadi pasal blog dia ni. Tunggu ya.

P/s : Amcam, teruja tak ? No wonder blog Entertainment mudah dpt hits ribu-ribu. Kalau anda berminat dan kena caranya, bukan setakat 1,000. 5 ribu pun boleh dalam tangan. Tengoklah bro JAI kita tu, itu baru beberapa entry camtu. Kalau ada 10 entry sebulan masyuk camtu?

Fikir-fikirkan lah...Tepuk dada tanya selera...

TERJAH TETAP TERJAH....

Awas, walaupun saya semakin kurang meninggalkan komen di blog anda, anda turut diperhatikan.

P/s :Sedang berfikir kekerapan untuk menerjah seminggu.Apa pandangan anda?Kalau saya menerjah 2-3 blog seminggu ok ke? Ataupun kerap sangat? Bercadang nak buat terjah dan publish di waktu malam, ok tak?

March 29, 2010

Trafik Konsisten Pertama Kali

Salam dari eyriqazz. Minggu lepas, saya bereksperimentasi dengan blog saya sendiri. Saya kurangkan berblogwalking dan cuba letak entry yang lebih pelbagai bagi melihat potensi entry. Hasilnya, inilah yang berlaku :

Trafik Konsisten Pertama Kali

Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun perasan hebat. Lagipun, seperti anda tengok sendiri, mana hebatnya pun kan? Trafik harian pun kurang 550 unique sehari. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman peribadi, mungkin boleh membantu dan memberikan inspirasi kepada sesiapa yang mahu melihatnya dari sudut yang positif. Saya pun masih baru disini, jadi marilah sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman.

Minggu lepas eksperimen yang saya lakukan adalah :

1) Saya kurangkan berblogwalking . Saya cuba untuk melihat dan menilai potensi blog saya ini tanpa blogwalking . Saya mahu lihat berapa loyal reader tanpa blogwalking seperti biasa. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.

2)Entry yang pelbagai dan entry mencuba. Di sini saya dapat lihat di mana entry yang berpotensi untuk dikembangkan dan entry yang kurang diminati. Jadi, mudahlah untuk saya perbaiki mutu penulisan di kemudian hari.

3) Menulis sekurangnya 2 entry sehari. Ada perubahan di sini.

Jadi, tips yang saya ingin kongsi melalui pengalaman peribadi di sini adalah :

Blogging Tips

1) Pelbagaikan entry dan cubalah bereksperimen dengan entry anda. Lihat entry macam mana yang digemari dan kurang digemari. Gunakan Nuffnang Analytics dan juga Analytics yang lain untuk menilai potensi seperti Google Analytics, dan GetClicky Analytics.

2)Lebihkan entry di hujung minggu. Mungkin ramai yang cakap hujung minggu susah nak dapat hits kan?Inilah pertama kali hujung minggu saya hits berjaya menyaingi hits di hari biasa. Kenapa ye? Pandangan saya, hujung minggu tak ramai yang update blog jadi anda sudah ada kelebihan di sini. Blog anda lebih terserlah dan mudah untuk di terjah. Hujung minggu pun, mesti ada juga yang lepak di depan komputer kan?

3) Konsistensi dan jangan mudah mengalah. Biarlah anda dengan cara anda tersendiri dan perbaiki kelemahan diri.

4) Bermain dengan SEO (Search Engine Optimization ). Sayapun kurang arif dengan SEO ni namun saya sedang mencuba. Alhamdulillah, sekarang ni sudah nampak perubahan. Walaupun kata orang, blogspot agak susah untuk bermain dengan SEO, itu bukannya penghalang. Banyak tips dari Melromeo telah membantu saya dalam permainan SEO ini.

P/s : Apa pula pandangan anda? Mana yang anda suka, trafik konsisten ataupun trafik naik turun seperti yo-yo?

P/s/s : Ada sesiapa mahu menambah? Berkongsi tidak akan mengurangkan ilmu yang kita ada. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita perbetulkan niat.InsyaAllah, niat yang baik , akan baiklah balasannya.

P/s/s/s : Blogwalking seperti biasa akan diteruskan kembali.Blogwalking pun salah satu promosi berkesan untuk blog jika kena dengan caranya.
Related Posts with Thumbnails