Showing posts with label ada apa dengan seo. Show all posts
Showing posts with label ada apa dengan seo. Show all posts

December 22, 2010

Tips Blogging | SEO Oh SEO

Last week, sempat berchatting ngan sifuku , Melromeo . Dia kasi tips on blogging .Tipsnya? SEO oh SEO (Search engine Optimization) ...Umm, saya berikan contoh seperti gambar bawah ini :

Before and After penggunaan entry "SEO yang Boom"
Setengah jam selepas entry dipublish , Aksi Panas 2 Beradik Hangatt di pasaran Eyriqazz.Com....

Oh, saya tidak pandai berSEO tapi kekadang saya mencuba juga. Cuba menjala, cuba mencari nasib dan mempelajari teknik SEO. Dush, tidak salah buat entry berSEO, namun sesuaikan dengan citarasa. I will do it if I like it and I feel I want to write it. Seimbangkan ia, itu pandangan saya. Lain padang,lain belalang.
Tadaa, tepuk dada tanya selera, nak menjala ikan, go to di mana banyak ikan, nak cari pembaca, cari topik pembaca ramai akan cari i.e. " Kemalangan di Cameroon Highlands, Keputusan/Live Final Piala Suzuki 2010, Keputusan Pilihan Raya,Gambar Kahwin Hanis Zalikha, Who the Hell is Eyriqazz ( hak2,perasan sendiri) dan pelbagai lagi" . Lalala, pembaca blog bukan dari kalangan bloggers saja. Ramai silent readers di luar sana yang menggunakan "Googling, Yahooing, or Binging" 

Setiap orang ada pandangan tersendiri pasal SEO ini. Mencari trafik,trafik mantap,trafik digger, Traffic hunter,giler trafik, wartawan sambilan dan pelbagai lagi. Positif dan juga negatif. Pesanan saya, tepuk dada, tanya selera. Tiada right or wrong answer dalam berSEO ini, setiap orang ada pandangan dan pendapat tersendiri kan? Soo...."Fikirlah Sendiri". For me, itu pilihan masing-masing, anda suka, anda baca,anda gembira, kalau sempat tinggalkan komen. Kalau tak suka, button X sedia menanti tanpa memaksa untuk kekal di sana.

Pada eyriqazz, asalkan diri sendiri selesa dan gembira , it is good enough.  Manusia akan selalu berkata-kata dan memberikan pandangan . Ambil yang jernih, buang yang keruh.  Tips berSEO? Google/Yahoo/Bing kan aje dan belajarlah dari  pelbagai sumber.Nak or taknak aje bak kata sifuku..Myself? Umm,still beginner dlm berSEO ni...


***Special thanks to Sifuku, Melromeo. Dulu hanya berangan-angan mahukan visitors riban-riban, Income riban-riban, namun sekarang, ianya bukannya satu lagi angan-angan kosong. Think Big, Thinking Outside the Box, Be Unique dan paling penting, Minatt & Usaha...The Rest will Come later....Sooner or Later..Trust me on that.

Promosi: Especially buat pengguna Nokia with Internet@Wifi Connection , dijemput Download Ovi App Eyriqazz.Com di sini. More informasi & tips akan dikongsi-kongsi. Mobile version di SINI

P/s : Normal entry pun boleh menjadi entry yang bagus dalam SEO. Good content akan mudah diindexkan/mendapat tempat oleh search engine, tak gitu? 
*** SEO oh SEO, pentingkah ia dalam berblogging ini?

August 25, 2010

Prestasi Trafik Terbaik Tahun Ini

Alhamdulillah, walaupun hasrat di hati tidak tertunai untuk mendapatkan 20K Unique visitor seminggu, namun saya gembira dengan prestasi terbaik saya ini setelah almost setahun berblog. 2 September 2010 nanti genaplah setahun saya berblog secara aktif. Saya kongsikan di sini, jika ada terdetik gaya berlagak di bulan puasa ini, maafkan saya, saya sekadar berkongsi keterujaan ini untuk dimemorikan di blog ini  :



TerimaKasih Buat Semua Pembaca

vs

Di Bulan Pertama Aktif Berblog Tahun Lepas

Alhamdulillah, sebelum ini sudah cukup teruja bila dapat 17K Seminggu , hopefully, tak lama lagi dapatla saya mencapai target saya 20K seminggu. Oh ya, maafkan saya juga, bak kata Kenwooi di Entrynya How To Suck At Blogging , salah satu pointnya adalah untuk Suck at blogging adalahBlog about blog traffic too frequently. " Maafkan saya ye jika nampak ke arah itu. Niat untuk berkongsi pengalaman dan idea yang mungkin boleh memberikan inspirasi/idea buat rakan-rakan bloggers di luar sana. 

Oklah, apa yang mahu saya katakan, tepuk dada, tanya selera. Everyone can do it (lebih dari ini pun sudah ramai silent bloggers yang sudah buktikannya) , cuma perlu yakin pada dri sendiri dan teruskan usaha. Saya ada kongsi-kongsikan juga Tips Blogging sepanjang almost setahun saya aktif berblog.

Last but not least, terimakasih pada semua pembaca. Tanpa anda , siapalah saya. Saya akan cuba memperbaiki mutu blog ini dan tegur-tegurkanlah saya ya ? Komen negatif pun saya terima dengan hati terbuka agar saya lebih membuka mata untuk ke hadapan.

P/s : Betul kata Sifuku, Melromeo , berblogging ini kalau kena caranya, ianya akan jadi lebih mudah. Tepuk dada , tanya selera. Sayapun banyak yang perlu dipelajari lagi. Jom sama-sama kita belajar dan bak kata Melz, "Sharing Is Caring", Sama-samalah Kita Berkongsi Pendapat dan Idea untuk kebaikan bersama.

P/s/s : Rasanya bila masa yang sesuai untuk Eyriqazz bersara dari dunia blogging ya? Any suggestion ? Kadang-kadang bila Mood Ke Laut, terfikir juga ke arah itu. Mungkin ku temui jawapan untuk "Misteri Kehilangan Cik Epal" nanti.

August 12, 2010

Pertama kali Trafik dapat 17K++ Seminggu

Salam dari Eyriqazz,


Baruje bangun sahur dan lepas makan terus menerjah laptop. Almaklumla semalam tidur awal kerana rasa macam nak demam dan tak sedap badan. Gosok-gosok mata macam tidak percaya bila lihat Stats dari Nuffnang untuk seminggu ending 11 August 2010 melebihi 17K. First time rasanya sepanjang berblog secara aktif almost setahun ini  :


Stats Dari Nuffnang, 17,884 untuk Seminggu
Entry ini bukannya untuk menunjuk-nunjuk, cuma ingin berkongsi kegembiraan dan berkongsi informasi yang mungkin boleh membantu rakan-rakan bloggers di luar sana. Jika dilihat dari sudut positif, positif la jadinya, jika dilihat dari sudut negatif, negatifla jadinya. Apapun, saya memohon maaf yang part negatif, yang buruk itu datangnya dari diri sendiri.


Alhamdulillah, sejak bertukar own domain, blog ini semakin mesra SEO (search engine optimization). More than 60% trafik yang datang ke blog ini datangnya dari search engine especially Google. Alhamdulillah, bulan August ini nampaknya semakin menampakkan peningkatan.

Google Impressions

Google Impression pun sudah semakin meningkat. Oh ya, apa maksudnya Impression tu ya? Saya pun kurang faham, cuma apa yang saya tahu makin tinggi impression makin bagus. Mungkin kena tanya Kak YanmieOnline untuk lebih details ni.

Jangan takut untuk bermain SEO tapi cuba sesuaikan dengan cara yang anda suka dan kena dengan niche entry dan gaya anda. Cuba selitkan pendapat dan juga pengalaman peribadi agar pembaca pun selesa membacanya. Pagerank 0 bukannya bermakna anda tidak boleh maju dengan SEO, sayapun masih di Pagerank 0 sejak bertukar domain ini.

Oklah, berkongsi tips pula, Inilah tips yang mahu saya kongsikan berkenaan bermain-main dengan SEO ini:

1) Bergurulah dengan guru dan belajarlah dari entry-entry dan tips mereka. Antara guru-guru yang mantap dalam SEO ini yang mahu saya rekomenkan adalah Melromeo, YanmieOnline Kak Jie, AriffShah, MyJazmanie, Kulanzsalleh, Cikgu Dahlia , JARD ,Mohd Zaid, Cik Min,  Beliamuda , Denaihati , JE JAI dan ramai lagi. Banyak guru-guru hebat di luar sana, selidiki cara mereka dan ambil ilmu untuk perbaiki blog anda.

2) Trial and Error - Belajar dari kesilapan. Lihat keyword yang popular di blog anda . Stand out from the crowd . Tidak semestinya entry berkisarkan artis ataupun isu semasa yang popular saja boleh menghasilkan keyword yang dicari-cari. Resepi masakan, restoran, makanan, nama orang juga boleh menjadi hits yang mengancam.

3) Sesuaikan dengan diri anda - Kepuasan diri mestilah diutamakan. Cuba tengok Kak Jie, dia terror bermain keyword tapi dia sesuaikan entry dengan dirinya dan selesa menggunakan. Saya masih belajar-belajar pasal ini dan akui byk kesilapan juga .

4) Jangan mudah putus asa dan rajin-rajinkan membaca especially Isu Semasa.

5) Jangan takut untuk bertukar own domain or hosting sendiri. Terbukti, ianya lebih mesra SEO .

Cukupla dulu, salah silap dan jika mahu menambah, sila-silakan. Berkongsi itu bagus, the more you share/give, the more you will get. Bolehla juga join SEO Contest dari Denaihati untuk "Challenge Urself di Medan SEO". Byk yang boleh dipelajari bila persaingan secara sihat ini.

P/s : Terimakasih buat semua pembaca yang menolong Mak Ngah Saya . Sumbangan dan entry dari anda banyak menolong. Alhamdulillah, selepas 3 hari almost RM2K sudah berjaya dikumpulkan. Plan asal nak balik minggu ni dan diberikan first sumbangan kepada Mak Ngah namun atas permintaan ibu saya, saya akan  pulang ke kampung minggu depan.

P/s/s : Alhamdulillah, rezeki berblog pun semakin meningkat. Betul kata pepatah, " The More You Give, The More you will get". Walaupun a few 'proposal' yang terpaksa saya tolak due to conflict of interest dan etc, namun saya gembira dengan apa yang saya perolehi kini.

April 13, 2010

Teratakarmo | Strategi DiSusun di Medan SEO (Search Engine Optimization)

Salam dari Eyriqazz,

Teratakarmo nama diberi
Dari Sarawak dia datang membawa diri
Kini seronok menyusun strategi
Strategi mantap, jerat dipasang mangsa apa yang terkena kali ini?

Sudah agak lama tidak menerjah disebabkan mood agak ke laut dan Alisya tidak berapa sihat. Semalam pun baru je balik dari Hospital.Alhamdulillah, semuanya ok. Jadi, tanpa membuang masa dan seperti dijanjikan di Entry Terjah | Teratakarmo Mengganas di Medan SEO dan Contest RM10 Eyriqazz , inilah terjahanku.


1)Teratakarmo Semakin mantap di Medan SEO

 Entry REKOD PERIBADI - VIEWERS 7040 UNIQUE 3577 SEMUA ANGKARA SEO DALAM 1 HARI turut dirujuk. Hebat,saya pun hits tertinggi pernah cecah sehari pun 2,000+ , itupun Penangan BeautifulNara. Komen peribadi melalui pembacaaan ( kalau salah tolong perbetulkan), kelebihan SEO ini disebabkan domain sendiri@.com, ketepatan masa menulis entry (lagi cepat lagi disukai Google, Yahoo, etc), tajuk sensasi dan menyengat, dan kandungan isi yang menarik. Jadi, cuba-cubalah mungkin ada rezeki anda pula.

2)JAI masih mencari rentak menulis yang sebenar
Honestly, aku nampak blognya masih belum lagi serasi dengan dirinya. Dia masih mencari rentak dalam menulis.Selain SEO, jika ditanya, blog JAI@teratakarmo pasal apa ya? Umm,aku pun susah juga untuk menjawabnya.

3)In Person, JAI memang Cool dan Happening Orangnya
Walaupun usia sudah hampir mencecah 50 tahun (hak3) dan Kak Ina KL kata dia ni garang, JAI cool dan talkative orangnya. Inilah part time tidak bergaji photographer ku. Dia mudah mesra dengan semua orang  sampaikan Redmummy dan BeautifulNara akan tertanya aku kalau JAI tiada. Bukan senang untuk diingati tu.

4)Template agak suram dan kurang menarik hati
Maaf JAI, aku perlu berterus-terang, inipun untuk kebaikan. Akunya template pun tak berapa menarik.hik3,tapi dalam proses transformasi tak lama lagi. Template memainkan peranan yang penting terutamanya untuk first time visitor, kalau agak suram ,agak-agak first time visitors mahu singgah lagi tak?

5) Widget-widget yang tidak perlu
Sorry lagi, pandangan peribadi, banyak widget di Sidebar yang tidak perlu rasanya. Memberatkan loading dan memeningkan kepala pembaca cam aku yang mata agak sepet  ni. Hak3, contohnya yang aku rasa tidak perlu adalah Google Translation, BLOGGER - PROJECT ALPHA SEASON 2, Widgeo Widget (Cik Epal pun dah buang), dan online watch.

6) Pandangan peribadi, mungkin JAI boleh bercerita tentang cara hidup orang Sarawak, gambar-gambar menarik di Sarawak, pengalaman hidup seorang bapa dan membesarkan anak-anak dan informasi kekeluargaan yang bagus dikongsi berdasarkan pengalaman peribadi.

Cukuplah dulu, Selebihnya bolehla Terjah di SINI . Terjahan dikongsi untuk sama-sama memperbaiki mutu dan kekurangan . Cik Lily Putih, you are my next target. Watch it and Be Prepared.Awas, Anda sedang diperhatikan.

P/s : Bertanya pembaca, ok ke segmen terjah saya ini ataupun agak ke Laut juga? Mungkin selepas menerjah kesemua pemenang yang dijanjikan, saya akan buat satu slot kepada sesiapa yang mahukan blognya diterjah tapi adalah syaratnya. Jangan risau, ianya tidak membebankan. Ok tak Idea ini?
Related Posts with Thumbnails