Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

February 17, 2012

First Impression Blog Eyriqazz.Com


Semalam, saya ada ajukan soalan di Facebook Eyriqazz tentang First Impression Blog Eyriqazz.Com. Jom tengok antara komen-komen mereka :

1) Satu blog yang bermotivasi dan mengandungi banyak informasi...amacam? - Bean Moreno-
Komen : Umm, bermotivasi dan banyak informasi ke? Hik3...

2) Bila tengokkan header 1st time.... ingatkkan blog seorang cikgu atau pengajar.. - Hazman Fadzil- 
Komen : Betul-betul, Suami kepada seorang Cikgu...

3) 1st impression.." oh..tuan blog ni cikgu rupenye..and mesti die ni tak kawen lagi ni..Header die macam org berjiwa muda yang minat ala2 cter jepun..korea..and opkossss la ingatkan blog ni blog pompuan..sbb pk header tuh relate ngan pelakon2 atau artis jepun..hheheheee..sory eyriqaz..bile dah ikut blog eyriqaz..baru le tauu..rupenye seorang bapa kepada alisha...and..serius xsangka..yang blog eyriqaz sbnarnya banyak menceritakan kisah2 keluarga........(sory ye..sbb terpanjang lak tulis) - Naa MamaIqy-
Komen : Blog Perempuan? Yup, Parenting Blogger . Sometimes,walaupun mungkin orang kata blog kita ni membosankan, be urself is better....
-
4) mesti nak tumpang ikut trend berblog walaupun informasi agak sendu - Afiq Hakim-
Komen : Mula-mula memang camtu...

5) First impression saya tentang blog eyriqazz.com adalah sebuah blog sekadar cerita kehidupan peribadi saja tapi selepas lama saya berkenalan dengan eyriqazz.com rupa2nya ialah sebuah blog yang sarat dengan panduan berblog dan tips2 berblog yang sangat berguna pada saya tika itu sebagai seorang yang baru nak aktif berblog walaupun dah lama mendaftar diri dalam blog - Far East-
Komen : Sharing is Caring...Sayapun bermula dari hits sekitar bawah 10 orang sehari....

6) pemiliknya adalah seorang peminat cerita Jepun yang tegar atau pandai cakap Jepun dan paling tidak dia adalah hensem macam pelakon Jepun.-Salatul-
Komen : Tentu kecewakan bila tau hal sebenar? Hensem takde, manis je ader skit-skit...

7) a "GTOHOLIC"..when i looked at your header and same impression with your url. I bet you are the biggest fan of Onizuka sensei and Erika sensei..- Ich Heise-
Komen : Indeed...memang minat giler dekat Great Teacher Onizuka dan Great Teacher Fuyutsuki....

8) First impression saya tentang blog eyriqazz.com adalah ownernye seorang cikgu dan berlajar di jepun, rupanya jangkaan aku tersasar jauh... termasuk mukanya yang mula2 aku bayangkan -Bro Framestone-
Komen : Hak3, Indah khabar dari rupa kan bro?

9)  First impression saya tentang blog eyriqazz.com adalah ............... 

Blog Great Teacher Onizuka,
Macam2 citer ada...masam masam manis semanis gula melaka,
Background putih bersih je nampak...saya paling suka. - Ezna-

Komen : Macam2 ada?  Life Is Beautiful...

P/s : Apa pula 1st Impression anda tentang blog Eyriqazz.Com ini?


Persis blog negara asal kartun Doraemon dan kawannya Giant dan Sizuka,

July 14, 2011

Yup, Memang Boleh Buat Duit Dengan Blog

Betulke Boleh Buat Duit Dengan Blog? . Umm, Action is better than word, korang terjahila sendiri entry ini :




1) Yuyu Zulaikha - Blogger baru yang meningkat naik dengan begitu mendadak. Aura yang tersendiri, cam Cik Epal . Suka coretan doodlenya yang kreatif di entry nya. Keunikan sebeginilah yang penting dalam berblogging kan? - Entry eyriqazz sebelum ini

Saya sendiri pun memang kagum dengan Yuyu ni. Walaupun masih bergelar student,sudah konsisten buat 4 angka Income sebulan dengan berblogging. Other than her, rasanya antara student blogger yang buat konsisten Income sebulan antaranya Hanis Zalikha, Cik Epal dan the list goes on ( korang tambahla sendiri).
Yupp, kena caranya memang boleh buat dengan blog. Bak kata sifu saya, Melromeo : . 
Bloggers : EykaMeow

Anyway, saya suka dengan ayat ini. extract dari entry yuyu itu :

" Bila kita dapat tahu orang lain dapat rezeki, berdoalah untuk kebaikan dia dan berdoalah supaya dimurahkan rezeki kita, bukan dengan berdengki dan busuk hati" 

Tak perlu la nak dengki mendengki, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu? Apa salahnya sama-sama mencari rezeki? Kan ianya lebih baik dan menggembirakan?. 
** Tumpang gembira makan ramai rakan-rakan bloggers yang sudah berjaya mendapat Advertorial dari Nuffnang . Congratz guys...U all memang deserve it. 

P/s : Yuyu, bila nak belanja eyriqazz IKEA Meatballs? 

February 28, 2011

Je Jai di The Star | Asyik-Asyik Je Jai


Je Jai di The Star | Saya Jealouss (Credit Picture Here )

Dussh, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, dengan berblogging dapat masuk Newspaper. Dushh, jealousss dengan Je Jai. Lebih info bolehla terjah entry INI : MAS launches new Facebook application (which one Je Jai? )

P/s : Je Jai, blogger Jutawan in the making. Tak lama lagi dia bakal melamar Fasha Sandha. So, kalau next time jumpa dia, jangan lupa cepat-cepat minta autograph sebelum dia buat tak kenal rakan-rakan bloggernya. Hik3....

P/s/s : Asyik-asyik Je Jai, Asyik Je Jai. Hik3,pulangkan balik ayat dia ni semalam di event tu. "  dia cakap gak smlm 'kalau event, asyik2 eyriqazz, asyik2 eyriqazz' ahhaha skang ko leh balas balik, asik2 jejai jejai haha"

***Blogging is Fun..There are a lot of opportunities waiting for u..Grab it, enjoy it, tak gitu?

November 16, 2010

Kak Ina KL dan Starbucks


Kak Ina KL : Eyriqazz, Kita minum kat tempat lain je la, kak ina tak biasa minum tempat camni.

Eyriqazz : Xper kak ina, bukannya selalu. Eyriqazz blanje.

Kak Ina KL : Kak ina bukan takde duit . Tapi, better berjimat-jimat kan? Biar nampak tak bergaya, asalkan poket bergaya.(dalam poket sah riban-riban ni)

Eyriqazz :Ewah, Respekla Ina. Myself, Once in a while tak salah manjakan diri. Muda-muda ni la (25 tahun baru) nak merasa kan. Dah tua-tua nanti, deria rasa pun dah lain (tujukan khas buat Je Jai @ Klon P. Ramlee) . Jom kak ina.

Kak Ina KL : Apa2je lah. Rezeki jangan ditolak kan?Jom....Small Cup please....

Dialog asal telah diubah serba sedikit bagi menyedapkan rasa.

P/s : Contohila sikap kak ina KL. Biar nampak tak bergaya, asalkan poket bergaya.Respek Kak Ina KL, mampu hantar anak belajar oversea (UK) fully sponsor by Dia dan suami (anda mampu?). Berjimat-jimat untuk anak-anak baguskan? Jom sama-sama Order Kukis Kak Ina KL, saya dah order dua balang , anda bila lagi?

P/s/s : Awek Mat Salleh kat blakang asyik jeling-jeling @flirt ngan eyriqazz.Nampak gaya dia tak merasa lagi jurus Piring Terbang Cik Siti Wan Kembang. Huk3...Muekkss,perasaan....

*** Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Thanks Kak Ina KL . U teach me a lot .Not in blogging only, but in life too. Penat bodek ni, bila nak jemput makan di rumah?

August 12, 2010

Hidup Seorang Blogger | SEO Contest Dari Denaihati


Hidup Seorang Blogger. Best juga jadi seorang blogger ni kan walaupun hanya bergelar blogger Part Time @ Blogger Cap Ikan Ayam Goreng. Kehidupanku juga banyak berubah sejak aktif menjadi seorang blogger hampir setahun ini. Aku bukannya Blogger Tegar, namun sehari tak menulis/sentuh laptop rasa lain macam aja.Ataupun adakah aku sudah menjadi seorang blogger tegar?

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, BRO denaihati yang terkenal dengan tagline "Hidup Untuk Memberi " dengan bermurah hati menganjurkan CONTEST SEO HIDUP SEORANG BLOGGER dengan jumlah hadiah melebihi RM2,000. Sayapun tahu pasal Contest ini dari YanmieOnline .

Hajat di hati mahu joini juga contest menarik Hidup Seorang Blogger ini namun sayang, syarat tidak cukup kerana syarat minimum pagerank 2 dan saya punya pagerank masih lagi 0 sejak tukar domain sendiri. Dulu masa berblogspot sudah pagerank 3. Takpelah, lain kali boleh mencuba lagi kan?

Namun, bagi anda yang cukup syarat, join la, mana tahu ada rezeki anda. Berblogging ini best, macam-macam yang boleh diperolehi dan pengalaman yang mengujakan yang menjadikan kehidupan sebagai seorang insan dan seorang blogger lebih matang . Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau mahu join, Terjahla ENTRY INI

Hidup Seorang Blogger banyak dugaannya
Namun pahit dan manis kehidupan perlu diteruskan jua
Denaihati mahu memberi rugi tidak mengambil peluang yang ada
Duit raya, hadiah lumayan juga

P/s : Terimakasih Denaihati atas sumbangan yang diberikan untuk Mak Ngah saya . Betul la kata orang ,the more you give ,the more you will get. Tengokla rezeki Denaihati, semakin dia memberi, semakin mencurah-curah rezekinya. Teruskan usaha bro, semoga Allah murahkan rezeki bro selalu, berbahagia dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin....

July 14, 2010

Saya Bukan Blogger Popular | Saya Blogger Cap Ikan Ayam Goreng

Salam dari Eyriqazz,

Terpanggil untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh seseorang di entry dan website Nuffnang .Entry yang bertajuk : Nuffnang Sharing Session - Pak Li Kopitiam . Rasa agak kurang selesa juga bila persoalan sebegitu tidak terjawab dan membiarkannya berada dalam keadaan berteka-teki . Inilah soalan yang diajukan :

# curious Says:
July 5th, 2010 at 8:33 pm
how do you determine which blogger is “TOP” these days?
is it because they always attend nuffnang events?

Saya rasa mungkin pengomen ingin kepastian kenapa saya dipanggil untuk menjadi Guest Blogger untuk Sesi itu.Why Me dan bukannya orang lain ?  Oklah, biarlah saya yang menjawab persoalan tersebut. Honestly, Saya Bukannya Blogger Popular - Saya Hanyalah Blogger Cap Ikan Ayam Goreng. Masih baru ,mentah, dan banyak yang perlu dipelajari.

Saya dipanggil mungkin kerana lokasi tempat tersebut yang dekat dengan rumah saya (jalan kaki pun boleh sampai)  dan mungkin Nuffnang mahukan seseorang blogger baru  yang boleh berkongsi pengalaman berblogging buat blogger yang lain. Kelainan yang dicita dan mungkin saya lebih memahami perasaan dan pengalaman mereka kerana sayapun hampir sama dengan mereka yang hadir. Mostly blogger melayu, masih baru dan banyak persoalan di fikiran. 

Honestly, ramai lagi yang saya rasakan lebih layak. Saya ni hanyalah blogger picisan menumpang lalu dan berkongsi pengalaman peribadi. Bagi saya Nuffnangers melayu yang lebih layak adalah seperti Melromeo, Ceeramoon, Viruspadu, Sepet , ThePinkStellettos, Mat Gebu @ TiffinBiru , Kak Ina KL dan ramai lagi. Namun, kerana dipanggil dan saya memang sukakan Nuffnang, saya menyahut panggilan tersebut.

Kak Ina KL pun ada bertanya. Berapa hits eyriqazz sekarang? Nak kasitau terasa malu kerana hits suam-suam kuku dan biasa saja. Namun, Sharing Is Caring dan saya lihat pada sudut positif, saya kongsikan di sini hits saya untuk minggu lepas :
Saya Hanyalah Blogger Cap Ikan Ayam Goreng

Masih jauh untuk digelar top dan masih ramai bloggers-bloggers diluar sana yang lebih gempak dan menyerlah. Di dalam diam ataupun sudah bersuluh. Jadi, tepuk dada ,tanya selera. Saya bukannya Otai mahupun Sifu. JE JAI, hang punya hits lagi tinggi dari eden, eden yang sepatutnya panggil hang sifu. Hebat betul sekarang bermain SEO dan Sotong tu dah dimasak blom?

Saya hanyalah blogger biasa
Masih belajar dan berkongsi rahsia
Andai salah dan silap dari saya
Sepuluh tangan dan kaki maaf dipinta

Bersama-sama berblogging mencari kepuasan buat diri sendiri
Sharing Is Caring masih banyak yang perlu dipelajari
Saya berkongsi saya mempelajari andalah Inspirasi
Terima kasih semua, salah dan silap silalah teguri

Kita bersama mengejar mimpi
Mimpi Indah Mimpi Ngeri tolak tepi
Tentukan niat dan matlamat diri
InsyaAllah, akan tertunai apa yang dihajati

June 4, 2010

5 Entry Pilihan Hari Ini

5 Entry Pilihan GTO Hari Ini

- Seks + Membaca = Anugerah . Umm, guru di negeri halamanku. Setiap malam? Fuhh, mantap. Apapun, jika dilihat positif, positifla jadinya, dipandang negatif,negatifla jadinya. Apapun, pandangan peribadi, rasanya agak tidak sesuai dia kasi pandangan camtu sebagai seorang pendidik. Tepuk dada, tanya selera.

- Comel macam Iwan AF8? Tergelak juga bila tengok gambar tu.hik3, hilang skit rasa penat berblogwalking senyap-senyap di malam hari ni.

- Luahan hati seorang hati Isteri tentang bekas kekasih suami yang cuba menghubungi kembali suaminya. Beremosi namun rasanya boleh dibaca untuk pengajaran dan renungan bersama.

-Setiap orang ada pandangan mereka sendiri. Humility in Oneself, Respect for Others

5) Life
- Hidup ini tidak mudah. Harunginya dengan berhati-hati dan semangat yang kental.

P/s : Apa pula pilihan anda?

June 2, 2010

7 Entry Pilihan Hari Ini

7 Entry Pilihan GTO Hari Ini

- Penangan Isu Kasut Crocs. Isu yang dikupas cukup menarik namun ada yang salah sangka dan menuduh yang bukan-bukan sampaikan mengata penulis Kafir, tak sensitif dan pelbagai lagi. Rasanya elok baca terlebih dahulu dan barulah membuat penilaian. Pandangan peribadi, sampai sekarang saya tidak teruja dengan Kasut Crocs. 

-Congratz to rakan bloggerku. Sudah menjadi Puan. Maaf tidak dapat menghadiri majlis kahwin. Sibuk pindah randah namun cantik dengan tema kahwin warna Pinknya. Tapikan, kenapa cam lain je muka Puan Aina tu? Penat penangan malam pertama ke? Hik3, gurau je Aina.

- Tips yang begitu menarik dikongsi. Baruje plan nak buat next week. takpelah, the more the better kan?Nanti saya akan buat versi saya tapi isi kandungannya rasa lebih kurangje ngan entry ini.

- Oh lelaki kacak pun tidak menjadi idaman wanita ? Kenapa ya? Umm,terjahla sendiri.

- Kata orang , nak memikat suami kenalah dengan masakan, kan? Air tangan Isteri memang mujarab untuk melunturkan hati Si Suami. Saya akui , memang merindui masakan Isteri sepanjang masa terutamanya Mee Goreng, Ayam Masak Merah dan sebagainya

- Baru saja mengikuti perkembangan blog ini dan entrynya sebelum ini yang menjadi hangat di dunia blog (jika anda faham maksud saya) . Saya tidak mahu membuat andaian, cuma saya kagum dengan gayanya yang berani meluahkan pandangan/tidak anonymous dalam melontarkan pendapat. Setiap orang ada persepsi sendiri, dan blogger yang diterjahnya juga cukup saya kagumi/saya selalu baca juga . Bagi saya setiap insan dan bloggers ada ciri, kelebihan dan kekurangan masing-masing masing-masing. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Apapun, saya cuba untuk berpegang pada  prinsip " Humility in Oneself, Respect For Others" ( tagline departmentku juga)

- Betultu, selain usaha, doa perlu dipanjatkan juga. Moga-moga pintu rezeki kita semakin dibukakan oleh Yang Maha Esa. Usaha tangga kejayaan, doa yang berterusan, InsyaAllah, dimakbulkan Tuhan.

P/s : Apa pula entry pilihan anda hari ini ? Kongsi-kongsikanlah , boleh saya singgah sekali.

April 25, 2010

Tulis & Menang Ariffshah.com

Salam dari Eyriqazz,

Hari minggu biasanya hari Eyriqazz join Contest & Santai . Kalini ingin join Contest :


Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com & denaihati.com

Jadi, blog yang eyriqazz pilih dan ingin review/terjah tidak lain dan tidak bukan adalah :


1) Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka
Eyriqazz - Nama diambil sempena watak gabungan sebuah novel semasa di sekolah dahulu. Kusyuk membacanya, tapi maklumat penuh biarlah menjadi teka teki terlebih dahulu.
Great Teacher Onizuka - Kenapa saya pilih Great Teacher Onizuka?
Great = Cuba memperbaiki diri/cuba menjadi yang terbaik
Teacher = Teach Others and learn from others + my wife is a teacher . Onizuka = Suka sangat lakonan dia. Drama GTO antara drama paling kugemari. Sudah khatam lebih 3 kali.

Eyriqazz turut menjadi penulis jemputan di MombloggersPlanet dan InfoKami.

2) Motif Berblog

Faktor utama adalah Alisya. Aku ingin abadikan koleksi penulisan peribadi buat puteri tersayang . Faktor lain, berkongsi pengalaman,informasi,diari peribadi, mencari ilmu berguna di dunia blog, kenalan, dan juga Duit .

3) Kelebihan Blog Eyriqazz

Entahla, apa yang lebih ya? Blog ini masih baru dan sayapun baru je aktif berblog lebih kurang 7-8 bulan. Jadi, kelebihan itu biarlah pembaca sendiri yang menilainya. Cuma, saya suka mencipta kelainan dan cuba menulis mengikut rentak tersendiri. Antara segmen dan entry yang saya cuba serlahkan adalah :

i)Berpantun
ii)Terjah Blog Popular dan Blog Pembaca
iii)Contest (Saya memang minat Contest, telah memenangi a few of Blogging Contest worth RM7K+ )
iv)Tips Blogging Yang Dikitar Semula dan dari pengalaman sendiri
v)Berkongsi Pengalaman dan Informasi
vii ) Nuffnang ( I Love Nuffnang)
viii) Apa pula pandangan pembaca?

Apapun, saya sudah cukup gembira. Target saya untuk menambah at least 100 uniques visitors setiap bulan setakat ini tercapai. Tak lupa juga Followers. It goes hand in hand setakat ini. Namun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Bercita-cita mahu blog ini lebih dikenali dan mendapat tempat di hati pembaca. Ewahh.

4) Kekurangan Blog Eyriqazz

Banyak, antara yang saya temui dan cuba untuk perbaiki dan pelajari :
i) Template yang belum cukup menarik
ii) Teknik mengedit gambar bersama Photoshop ( bleh rekomenkan mana-mana tutorial yang bagus tak? ) dan juga cara membuat banner yang cun dan menawan hati.
iii) Teknik SEO (mungkin Ariffshah dan Kak Jie boleh kasi tunjuk ajar lagi)
iv) Teringin mahu bertukar ke Wordpress dan Domain Sendiri namun ilmu belum cukup didada. Tidak mahu terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat.
v) Sesetengah entry panjang dan membosankan. Hak3, bila dah mula syok menulis mulalah syok sendiri. Sedang cuba untuk memperbaikinya
vi) Masih belum cukup mesra dengan reader (faktor masa membataskan untuk menerjah kembali secepat mungkin pembaca terutamanya buat pengomen di blog)
vii) Andalah yang menilainya. Jadi, apa lagi.Komen-komenla ya?

5) Idola Eyriqazz di Dunia Blog : Kennysia, Redmummy, Melromeo, BangNara, TheEggYolks, LittleMama dan Ramai Lagi.


6) Apa Pandangan Positif pasal berblog ini ?

- Hobi yang bagus ,menarik, dan menguntungkan.
- Dapat mengenali ramai kenalan, join event, dan berkongsi informasi.
- Menajamkan minda dan fikiran
- Dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan lebih mudah disamping informasi berguna.

7) Pandangan Negatif pasal berblog ini ?

- Masa semakin kurang bersama keluarga. Selalu terfikir akan kejayaan Redmummy namun apa yang dia terpaksa lepaskan untuk itu seperti susah nak bercuti, masa rehat yang semakin kurang, dan sebagainya. Apapun, No Pain No Gain kan?
- Sesetengah pihak mengambil kesempatan  di atas berblog ini. Ada yang mengeluarkan Ebook untuk dijual tapi tak semuanya berguna/tidak sepadan dengan harganya. Ada yang bagus dan ada yang tak bagus . Ada juga yang Indah Khabar dari Rupa.
- Pandangan peribadi,  Rasa sangat tidak suka membaca blog itu bila blog terlampau banyak dengan iklan yang mengacau penglihatan untuk membaca walaupun blog itu memang best dan menawan. Tak salah letak iklan tapi bila terlampau mengacau membaca, rasa sangat tidak enak untuk membaca. Apapun, tepuk dada tanya selera. Lain padang, lain belalangkan?

Cukuplah dulu, last but not least terimalah serangkap pantun dariku :

Terjah/Review Blog Sendiri untuk Contest Ini
Untuk berkongsi Informasi dan memperbaiki diri
Komen anda saya nanti-nanti
Komen NEGATIF paling saya gemari untuk saya teruskan usaha ke depan meningkat mutu blog INI

Saya tahu Kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog Ariffshah.com

P/s : Tidak lupa juga, jika anda menyokong dan sukakan blog ini , jangan lupa Vote untuk saya di sini :

Related Posts with Thumbnails