Showing posts with label buat duit dengan blog. Show all posts
Showing posts with label buat duit dengan blog. Show all posts

September 22, 2012

Gembira Dapat Membantu : Cash Out Income dari Blog

Gembira bila melihat mesej dari rakan @ bekas rakan sekerja yang memperkenalkan Nuffnang kepada Eyriqazz :


Tahniah Bro...Bolehla bawa Anak-anak bercuti lagi ya?

Alhamdulillah, gembira bila dapat membantu rakan-rakan. Saya percaya, rezeki itu datang daripada Allah. Mana yang saya boleh rekomenkan kepada potential Advertiser etc, saya rekomenkan. Secara direct or indirect.Sama-sama mencari rezeki, Side Income, apa salahnya bantu menbantu, kan?.  Saya percaya Hidupkan Untuk Memberi, InsyaAllah, rezeki dimurahi dan minggu ini pun beberapa Advertorial diterima lagi. Alamak, dah dapat reminder : [Nuffnang Sponsored Post] Reminder for........

Tahniah juga buat rakan blogger @ Ketua Talibarut yang semakin murah rezeki dari Sponsored Post. Keep it up...


Ini yang buat hati semakin bersemangat untuk completekan my first Ebook untuk dikongsikan rahsia bersama....Mood rajin, kembalilahhh......

July 14, 2011

Yup, Memang Boleh Buat Duit Dengan Blog

Betulke Boleh Buat Duit Dengan Blog? . Umm, Action is better than word, korang terjahila sendiri entry ini :




1) Yuyu Zulaikha - Blogger baru yang meningkat naik dengan begitu mendadak. Aura yang tersendiri, cam Cik Epal . Suka coretan doodlenya yang kreatif di entry nya. Keunikan sebeginilah yang penting dalam berblogging kan? - Entry eyriqazz sebelum ini

Saya sendiri pun memang kagum dengan Yuyu ni. Walaupun masih bergelar student,sudah konsisten buat 4 angka Income sebulan dengan berblogging. Other than her, rasanya antara student blogger yang buat konsisten Income sebulan antaranya Hanis Zalikha, Cik Epal dan the list goes on ( korang tambahla sendiri).
Yupp, kena caranya memang boleh buat dengan blog. Bak kata sifu saya, Melromeo : . 
Bloggers : EykaMeow

Anyway, saya suka dengan ayat ini. extract dari entry yuyu itu :

" Bila kita dapat tahu orang lain dapat rezeki, berdoalah untuk kebaikan dia dan berdoalah supaya dimurahkan rezeki kita, bukan dengan berdengki dan busuk hati" 

Tak perlu la nak dengki mendengki, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu? Apa salahnya sama-sama mencari rezeki? Kan ianya lebih baik dan menggembirakan?. 
** Tumpang gembira makan ramai rakan-rakan bloggers yang sudah berjaya mendapat Advertorial dari Nuffnang . Congratz guys...U all memang deserve it. 

P/s : Yuyu, bila nak belanja eyriqazz IKEA Meatballs? 

July 7, 2011

Bolehke Buat Duit dengan Blog?

Bolehke buat duit dengan blog? Okla, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman peribadi dengan joini Contest SEO Buat duit dengan blog yang dianjurkan oleh saudara Faisal Abdullah dari http://2dayblogger.com . Actually,saya tak berapa pandai bak-bak SEO ni tapi saya cubakan diri.


Itulah cek pertama saya bersama Nuffnang, dua bulan selepas saya menyertai Nuffnang. Mula-mulatu memang agak skeptical, bolehke buat duit dengan bloggingni? Saya aktif berblogpun selepas berbulan-bulan saya tengok rakan saya aktif berblog, siap saya tanya, betulke boleh buat duit ni? Tak cayalah..One day, dia tunjukkan cek Nuffnang dia. Terus saja register Nuffnang dan sejak hari itu, yup, konsisten saya Cash Out tiap-tiap bulan. Mula-mula tu 2 angka, then go 3 angka, nasib baik ,merasalah 4 angka. Bergantung. Thanks buat Mr Jocko memperkenalkan nuffnang kepada saya.

Trafik? Tinggi ke trafik blog saya? Umm, nilah trafik masa mula-mula saya berblog :

Nak Cecah UV 100 sehari pun susah

Apapun, usaha tangga kejayaan kan? Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar rakan-rakan dan usaha berterusan, ianya semakin menampakkan hasil. UV semakin bertambah, dan Incomepun semakin bertambah. Duit hasil berblog pun semakin menampakkan hasil. Special thanks especially Melromeo, my sifu yang terlalu banyak berjasa dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dan hasilnya, 2011, saya sudah merasa konsisten Income 4 angka sebulan. On and off...

Jatuh dan bangun, adalah perkara normal bagi bloggers. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Begitulah juga dengan "Buat Duit dengan Blog". Usaha yang berterusan, keunikan dicari, dan kepuasan dalam menulis amatlah penting andainya mahu serius untuk buat side income dengan blogging. Jadi, sometimes saya kongsikan pengalaman peribadi :


Tips blogging ini adalah hasil pengalaman dan pembacaan dan juga cilok-cilok idea dari bloggers di luar sana. Not 100% purely mine la, tapi mostly saya olahkan dengan bahasa saya dan citarasa saya. Some of my favourite one dalam tips berblogging dan buat duit ini :

More, terjahi la SINI



Cara paling pantas untuk mendapatkan hits yang tinggi, rasanya one of it adalah dari SEO. Namun, tepuk dada,tanya selera. Kalau selesa, teruskan aja. Kalau kurang selesa, don't do it. Nanti memaksa diri dan kemanisan berblogging akan semakin hilang dari diri. Tipula kan kalau seorang blogger tidak mahu mendapatkan hits yang tinggi, buat duit dengan blog dengan lebih banyak dan lebih dikenali? No right and wrong answer dalam hal sebegini. Tengoklah pada http://2dayblogger.com  memang hebat dalam ber SEO, namun saya suka cara dia buat entry, coz ayatnya begitu disusun rapi, kemas dan tidaklah sekadar "Copy and Paste".


Alhamdulillah, myself, my main side income/buat duit dari blogging adalah dengan Nuffnang. Umm, walaupun kadang-kadang mendapat e-mail dari pengiklan luar untuk beralih, hati ini masih setia bersama Nuffnang. Kerana kemanisan berblogging yang saya kecapi dan kegembiraan bukan saja dari duit/income tapi dari hal lain seperti event yang menguja, hadiah yang mempesona, peluang berjumpa bloggers dan celebriti dan pelbagai lagi. Yup, dan Nuffnang mampu berikan ianya kepada saya. Apapun, lain padang, lain belalang kan? Citarasa berbeza, dan buatlah pilihan yang terbaik dengan citarasa kita.

Suka dan duka memang normal dalam berblogging, dalam memperolehi side income dan duit sampingan dengan berblogging especially for those yang bekerja full time dan juga sibuk dengan urusan keluarga. Kata pepatah, No Pain, No Gain. There are no easy way for a success and generate Consistent Income via blogging.


Actually, banyak cabang dan cara untuk buat duit dengan blog ini. Bak kata Kak Yanmie @ salah seorang sifu saya juga, nak or taknak saja. Usaha or taknak usaha juga. Rezeki takkan datang bergolek kalau kita tidak mengejar nya. Myself, faktor masa kadang-kadang membataskan other things yang boleh saya boleh buat side income dengan blogging i.e. direct advertorial/pay per post (mb sooner), joini contest mengancam, dan pelbagai lagi.

Tepuk dada, tanya selera, dan berusaha. Pandangan dan nasihat saya, mahu buat duit dengan blogging tidak mudah. Tidak la tersangat susah. First thing minat kena ada, cubalah tulis perkara yang paling kita minati dan selesa. The rest will come later. Hits naik sikit-sikit lebih bagus dari naik mendadak namun selepas itu kita hilang selera untuk menulis lagi.

Tak lupa juga, jangan kedekut untuk berkongsi dan memberi. Contoh terbaik, Denaihati , hidup untuk memberi. Semakin dia memberi, semakin murah rezekinya saya tengok. Jumpa dia face to face, memang sejuk mata memandang. Saya cuba follow "Hidup untuk Memberi" dan Alhamdulillah, it works on me...Buat duit dengan blog menjadi lebih mudah.

Finally, yupp, memang boleh Buat Duit dengan Blog tapi kenalah ada strategi dan caranya. Berguru biar beribu-ribu, belajar tiada sempadannya dan "Teaching and Learning" akan mematangkan kita untuk terus berjaya.

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog
Related Posts with Thumbnails