Showing posts with label hanis zalikha. Show all posts
Showing posts with label hanis zalikha. Show all posts

September 18, 2012

Belajar dari Pengalaman Nani Rostam @ Ibu Hanis Zalikha


Semasa trip ke Legoland Malaysia, sempatla berbual-bual dengan Mama Hanis Zalikha @ Nani Rostam. Honestly, eyriqazz cukup kagum dengannya. Mampu membesarkan anak-anak yang boleh dikatakan semuanya pandai-pandai dan dari kecil sudah pandai cari rezeki sendiri.

Sempatla korek sedikit rahsia dan belajar dari pengalaman Nani Rostam. Sharing is Caring, ini antara yang ingin dikongsikan :

1) Financial Planning
- Kak Nani berkongsi pengalaman, dia bukannya asal dari keluarga berada dan kelulusan hanyalah SPM bekerja bank namun dia rajin mencari rezeki.Jual itu  dan ini, bersengkang mata mencari rezeki. Jangan Banyak Komplen kalau ianya tidak mengikut apa yang kita hendaki dan sekadar menunggu rezeki jatuh ke riba. Mencari rezeki kenalah rajin berusaha dan jangan mudah putus asa. Samalah juga buat Side Income dengan blog, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

2) Anak-Anak Bijak/Beauty with The Brain

Kak nani ada kongsikan, mendidik anak-anak amatlah penting bermula  dari dalam kandungan lagi. Pemakanan antara yang perlu dititikberatkan. Nutrien dan pemakanan yang berzat amatla penting dalam membesarkan anak-anak.

Tips Kecantikan Kak Nanirostam
3) Rahsia Cantik Jelita


Selain pemakanan, Kak Nani mengamalkan memakan kolagen JENAMA TOUJOURS SKIN . Kak nani ada jual. InsyaAllah, plan nak beli untuk Isteri juga .

4) Jangan Mudah Dipergunakan
- Sempat juga Kak Nani berkongsi serba sedikit tentang blog dia dan Hanis Zalikha. Hanis ada berpesan padanya i.e. jangan mudah dipergunakan i.e. mempromosikan produk/iklan di blog yang hanya menguntungkan advertiser saja. Perlu ada win-win situation. Kalau just nak free promotion but nothing given in return, unfair jugalah kepada blogger especially kalau blog yang memang establish dan banyak pengaruh cam blog Hanis Zalikha. Fuhh, kagum.

5) Rajin dan Jangan Mudah Putus Asa
- Kak Nani sendiri i.e. dalam berblog, she put an effort dalam menghasilkan entri yang terbaik, gambar yang berkualiti dan bukannya sekadar menumpang populariti Hanis Zalikha untuk diterima Advertiser. Semasa di Legoland Malaysia memang nampak kesungguhan Kak Nani mengambil gambar di tengah panas dan dia tak treat dirinya sebagai "Blogger Famous or Mama Blogger Hebat". Maintain biasa dan layan semua orang macam biasa. Yup, sikap rendah diri ini penting.

Ituje la dulu kot..Once again thanks Kak Nani Rostam atas perkongsian tips dan ilmu . Banyak yang boleh saya ambil dari pengalaman Kak Nani untuk terus maju ke hadapan. Dalam menuntut ilmu, tiada batasannya kan?

May 18, 2012

Keyword Panas di Eyriqazz.Com


Keyword Panas di Eyriqazz.Com seperti di Nuffnang Analytics

Semak-semak Analytics, fuhh, banyak juga keyword panas yang menerjah ke blog eyriqazz ni. Yup, being a bloggers, memang tak sah jengok-jengok dekat keyword yang menyinggah ke blog kan? List down 5 keyword paling hot di sejak kebelakangan ini :


Aura Fatin Liyana memang tak dapat disangkal lagi. One of the top Malaysian Blogger yang kini kerap muncul di kaca televisyen dan suratkhabar. Sekarang ni dengar khabar siap nak tubuhkan Kelab Peminat Fatin Liyana dan siap dah Ada Protege tu..Met Her Once dan Pernah juga  Serang Hendap dia ni...Hik3...

Hanis Zalikha, blogger popular jelita yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kini nampak dia muncul di kaca tv berlakon drama pula. Memang sweet orangnya dan sampaikan ada Jutawan Kacak yang menjadikan alasan membeli kuih muih ketika raya sebagai modal untuk mengorat si gadis Jelita ini. Meet her a few times, memang down to earth dan sentiasa menjadi tumpuan di mana-mana.


Melaka, Antara destinasi wajib setiap tahun. Alang-alang selalu singgah sana, apa salahnya compilekan dan entrykan Tempat Menarik di Melaka. Harap-harap dapatla membantu sesiapa yang ingin bercuti di Melaka.


Eyriqazz? WTFish?? Siapa dia ni? Protege William Hung ke? Inilah yang dikatakan penjenamaan/ Branding Blog . Terimakasih ya Semua.


Salah satu destinasi percutian yang pernah kami singgahi. Boleh tahan juga pengalaman di sini cuma tiket agak mahal sedikit di The Lost World Of Tambun ini. Maybe one day, boleh bawa lagi Isteri dan anak-anak ke sini.

Siapa cakap blog personal tidak mampu dapatkan keyword yang menarik yang sentiasa di cari ramai? Tepuk dada, tanya selera. Bila ada minat, InsyaAllah ianya akan datang. Myself, i'm totally don't know much about SEO, banyak belajar pasal SEO pun dari googling di Internet, bloggers di luar sana especially Denaihati dan YanmieOnline . Tak lupa juga, dari  Ebook SEO AriffShah 


P/s : Apa pula keyword panas di blog anda?

January 28, 2012

Hanis Zalikha dan Eyriqazz di NST

 Amboi...Muke Masuk Paper NST ye...Tahniah my bro...Kwan opis yang bagitau... Kalau x, x perasan juga... -Dari Adikku semalam-


Fuhh, punyalah excited..Tergigil-gigil mencari NST tapi ofis eyriqazz takde NST la pula. Dah subscribe The Star... Mesej sana,mesej sini nak tau apa kisahnya..Yerlah, kot-kot menang Kereta ke, cabutan bertuah ke...Rupanya :


Hanis Zalikha dan Eyriqazz di NST... Ehh, Kekasih Rozita Che Wan tak jadi pun ada, Nani Rostam, Tey Cindy, Kenwooi, Diese (meet her masa Coffee with Nuffies) dan ramai lagi...

Bukan setahun, mahu makan bertahun-tahun ni wajah riak ini..... Kih3...Yang buruk itu datangnya dari diri sendiri yaa...

P/s : Alamak, muka berminyak laa..Any recommendation pencuci muka terbaik ? Hihihihi.....

December 25, 2011

Majlis Kahwin Kakak Hanis Zalikha @ Liana Ezzana

Terimakasih buat Kak Nani Rostam dan Hanis Zalikha kerana menjemput kami sekeluarga ke kenduri kahwin kakak Hanis @ Liana Ezzana semalam. Majlis kenduri yang diadakan di rumah mereka di Shah Alam. Lebih kurang pukul 2+ petang,sampaila kami di sana.


Pengantin tengah makan beradat. Timing cantik dapat jumpa Pengantin Lelaki dan Perempuan

Sampai lewat skit. Meja AbangEnsem dah penuh, so carila meja lain. Berselera abangensem makan

Tak sempat breakfast dan lunch, apa lagi, Brunch terus la. Memang sedap lauk yang disediakan

Raja/Ratu Sehari tersenyum keriangan

Yieza, Inilah Sifuku, AbangEnsem @ Jutawan Hartanah berjaya

Seminar Hartanah yang dianjurkan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Tips dan informasi menarik, harga berpatutan, dan memang banyak membantu bagi sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang hartanah especially Newbie. Tak sabar pula rasanya kami untuk memiliki rumah ketiga. InsyaAllah, berkat tunjuk ajar sifuku, mungkin ianya akan menjadi kenyataan tak lama lagi.


Hanis Zalikha. Cantik dan Ayu sentiasa

Mencari-cari juga pakwe/kekasih Hanis Zalikha semalam tapi tak nampak la pula kelibatnya. Kalau tak, boleh ambil gambarnya sekali ,tentu ramai jejaka di luar sana yang menangis kekecewaan especially Mamat ni. Hik3..

Carl Samsudin . Long Time No See. Makin segak dan bergaya skang.
Bila pula tarikh gembira bro?
Jawapan : Tak cukup duit lagi laa broo...

Umm, Indeed. Zaman moden ini, memang besar Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin. Plus, adat resam yang perlu diikuti, dan memang setuju dengan entri ini : Perkahwinan Jahiliah Menggalakkan Maksiat

Haah, skangni nak kahwin kalau takde at least RM30K, bye-bye laa jawabnya. Cam eyriqazz, kahwin dah masuk 4 tahun, anak dah nak masuk 2, hutang kahwin masih lagi ada berpuluh-puluh ribu. 
Sweet je Pengantin . Bagai Pinang dibelah dua

Jom Pulang. AEON Bukit Tinggi destinasi seterusnya


Ole-Ole buat Alisya di bawa pulang

Once again, thanks Kak Nani Rostam dan Hanis Zalikha for inviting us. This is the beauty of blogging, persahabatan yang dibina di alam maya, berterusan di alam nyata. 

P/s : Agak-agak sekarangni kalau nak kahwin, berapa minimum yang diperlukan ya? Jejaka Jambu ni tengah menghitung budget bagi meminang Rozita Che Wan. hihihihi...

February 25, 2011

Jodoh Hanis Zalikha


Siapakah Jodoh Hanis Zalikha?

Adakah dengan Nabil Aizat Abdul Rahman? -Credit Picture Here -

Oh, jejaka di luar sana masih ada peluang, Nabil menafikan hubungan mereka :


Nabil Aizat Abdul Rahman said...



haha..lawak nama kena mention kat sini..kitorunk kawan baek je...xde makna nak gossip2.. (Entry Ini )


Jodoh Hanis Zalikha dengan siapa ya?

Umm, Okla...Inilah tilikan Pak Nujum Eyriqazz, rasanya Hanis Zalikha bakal bertemu Jodoh :


Menjadi Menantu Kak Ina KL

Hik3, sekadar bergurau. Selingan di Hari Jumaat, besok kan Cuti. Apapun, kalau menjadi kenyataan, apa salahnya kan Kak Ina? Bolehla Kak Ina KL buka kilang menjual Cookies join venture dengan bakal Besan @ Nani Rostam ,tak gitu?

P/s : Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kalau dah jodoh, jika masa zaman sekolah dulu boleh dikira berapa kali bertegur sapa, tiada yang menduga,akhirnya ke jinjang pelamin juga ( My Story, My Love, My Wife)

January 18, 2011

Raja Jesrina @ Kembar Hanis Zalikha

Fuhh, akhirnya Misteri Hanis Zalikha Look Alike terungkai. Thanks To Rynna @ One of Nuffies, inilah komen darinya :

AYW said...
kembar HZ namanya Raja Jesrina,client Nuffnang tuh :)
Haniz & Jesrina dua-dua cantik :)

Yup, both cantik. No wonder Shahrul Hairy, Chearmster dan Hamzah Ian Jatuh Cinta. Dengar cerita, sampaikan Klon Je Jai Fasha Sandha pun mahu masuk meminang? Googling punyala Googling, jumpala a few gambar yang nampak lebih iras dengan Hanis Zalikha :

Raja Jesrina @ Kembar Hanis Zalikha ( Credit Picture Here )
Kalau tengok dari dekat, memang nampak ada gaya cam hanis Zalikha ( Credit Picture Here )

Inilah informasi yang saya perolehi dengan bantuan Pakcik Google berkenaan Kembar Hanis Zalikha ini : 

Raja Jesrina Raja Arshad

Current:Digital Media Planner at GroupM Interaction - PT WPP
Past:Account Manager at Integricity Corporation, Designer at Integricity Corporation
Education:Kingston University, University of Kent 
Kredit Info Here

Bukan setakat cantik jelita tapi pandai. Beauty with the Brain, macam Hanis Zalikha . Kington University, masa belajar di UK, itu antara Universiti ternama di UK. Hope to see more of your appearance, Raja Jesrina in the Nuffnang future event, tentu ramai yang menanti kemunculannya nanti.

Gosip : Adakah Misi Klon Je Jai untuk meminang Raja Jesrina @ Kembar Hanis Zalikha akan berjaya? (Credit to Phreak-ID for the picture)

December 20, 2010

Hanis Zalikha lagi Popular dari Datuk Siti Nurhaliza

Eyriqazz dan Hanis Zalikha 2
Hanis Zalikha yang Hot dengan Eyriqazz yang Cool


Sebagai peminat setia Hanis Zalikha yang ke-7 teruja hati bila baca entry Harian Metro yang bertajuk Rungkai Misteri  di mana Hanis Zalikha lebih popular dari Datuk Siti Nurhaliza di engine carian google untuk tahun 2010. Wow, pencapaian yang memang Kebaboommm....

 Bolehla refer entry ini juga dari hanis Zalikha : According to Google, I am 2010 Fastest Rising People?! . Wah, memang popular la dia, Hanis...lebih popular kerana blog. Inilah kuasa Social Media/blog, semakin mendapat tempat di mana-mana.

Fuh,kalau dulu visitors 7-8 ribu, sekarang 16 ribu sehari? Fuhh,fuhh, terjahla aura hanis zalikha kat eyriqazz, tak dapat masuk paper, dapat visitors 5 ribu sehari pun sudah cukup teruja. Hik3, yerla,bukan mudah blog personal nak dapat hits camtu unless ........ Apapun, mmg respek dengan Hanis, walaupun popular, still jaga entrynya dan tak sombong,...

Psst,psst..One of the reason I stick with Nuffnang pun coz people like Hanis Zalikha, Beautifulnara, Redmummy dan ramai lagi. Tanpa Nuffnang, for sure saya tak boleh jumpa mereka ini. Dengan Nuffnang, banyak yang saya perolehi.

Tahniah again Hanis, nanti kita sama-sama muncul di Project Alpha Season 7 ya? Hak3, In ur dream Eyriqazz.Who the Hell is Eyriqazz?

P/s : Rakan seofis saya cakap, hanis zalikha boyfriend skangni tengah belajar di Germany, betulke? Abisla, ramaila jejaka Malaya yang menangis ......

December 4, 2010

Kisah Hanis Zalikha, Irine Nadia Marcello, dan Cik Epal

Salam weekend dari Eyriqazz,


Hari ini mahu bercerita kisah Hanis Zalikha, Irine Nadia Marcello, dan Cik Epal. Sudah a few entry saya buat pasal Hanis Zalikha, akhirnya Hanis Zalikha datang berkunjung dan mengomen  di entry :



Inilah komennya :
Hanis Zalikha said...

Aw Eyriqazz you're so sweet. Thanks for having me in your blog!
Nice to meet you and friends :)


Komen : Thanks Hanis Zalikha. Memang surprise kemunculan anda di event Nokia itu. N nice meeting u too.

Lebih teruja, entry yang sama turut menerima komen dari :
Irine Nadia Marcello (kredit picture to Irine Nadia )

Irine Nadia MaRceLLo said...


bro main jengket2 ehh time nak bgmbar ngn kak hanis nih :P

btw, tahun depan jmput2 la dtg umah irine kat melaka, sure dpt jmpe punye ;)


Komen : Hik3, memang saya lagi rendah dari Hanis Zalikha. Serius, jom geng-geng, kita pi serbu rumah irine tahun depan sambil minta dia belanja Ikan Bakar Umbai.
Cik Epal ( Kredit Picture to Cik Epal )

cik EPAL said...

wah wah wah hanis zalikha tu. hanis zalikha bagi komen lak tu =)

Komen : tuhla, memang teruja. Cik epal datang komen pun teruja juga. Bila mahu jumpa di event Nuffnang?

Seriously, 3 Dara Pingitan ini memang bloggers hot/popuar di dunia blogging ini. Ketiga-tiga mereka finalist untuk "Blog Personal Wanita Pilihan" . Yang membuatkan saya lebih kagum, ketiga-tiga mereka berplatformkan blogspot tanpa domain or hosting etc. Aura mereka begitu terserlah di persada blogging Malaysia ini.No wonder hits mereka mereka mantap dan masyukkk...Jealouss sehh...Hik3...

P/s : Hanis Zalikha sudah ku ketemui. Cik Epal dan Irine Nadia, bila pula boleh berjumpa dengan kamu berdua?

*** Tips untuk menjadi blogger Popular = Be Unique dan Carilah Aura anda tersendiri seperti mereka bertiga ini. 

P/s/s : Bila la agaknya Kennysia mahu datang mengomen entry ku ya?

December 3, 2010

Hanis Zalikha Yang Hot

TertunaiLah Hasrat di Hati. Akhirnya dapat juga Eyriqazz berjumpa/bergambar dengan :

Memang Cantik, Orang Kedua Tercantik pernah saya jumpa Selepas Isteri Saya

Thanks to Nuffnang dan Event Nokia Ovi Store , dapat berjumpa dengan Hanis Zalikha. Masa mula-mula tengah makan tu, cam tak percaya, tiba-tiba ada gadis cantik ni lalu tepi, saya siap tanya Michelle, Itu Hanis Zalikha kan? Michelle cakap ,yerlah, dia lah....

Dussh,tetiba pula kamera abis Bateri. Nasib baik ada MohdZaid Thanks gambar ini untuk MohdZaid, guna kamera dia. Thanks Zaid, dikaulah penyelamatku. 

Thanks Nuffnang, keranamu saya dapat berjumpa ramai bloggers popular dan mendapat ramai kawan bloggers.

P/s : Bila pula dapat Jumpa Irine Nadia Marcello, Nicole Kiss ,dan  ZackZukhairi  ya?

November 30, 2010

Anda popular sbb mempopularkan hanis zalikha| X terbaik pun...

 

Sang Anoymous Mengaum lagi . Kali ini di entry Aura Hanis Zalikha , inilah komennya : 

Anonymous said...


anda popular sbb mempopularkan hanis zalikha. x terbaik pun...

Terimakasih buat Sang Anon yang baik hati dan sudi mengomen. Bukan mudah nak suruh orang komen di entry..Ini jawapan saya:

Maafkan saya, 1st..saya tidak popular kerana mempopularkan hanis zalikha. Hanis Zalikha already popular either saya mempopularkannya or tak. 2ndly, saya tidak popular, dan tidak pernah mengatakan saya popular. Saya sedar diri saya sebagai blogger Cap Ikan Ayam Goreng ini. Menulis pun mengikut gerak hati diri sendiri.

Oh, yang x terbaik tu.u r rite,saya memang tidak terbaik. Ramai silent bloggers yang terbaik dan lebih baik di luar sana. Apapun, terimakasih sekali lagi. Dah lama tak menerima komen sebegini. 

P/s : Selamat Tinggal Dunia Blog. Eyriqazz mengundur diri dari persada blogging....


....................................................................

Hik3, In ur Dream Anonymous..Saya akan teruskan berblogging selagi saya selesa dengannya. One day ,siapa tahu? Maybe u boleh ambil alih pula? tak gitu?

*** Jangan mudah melatah, Anonymous ini bagaikan Si Api, lagi ditaruk minyak lagila disukai. Sejukkan dia dengan Air ( kata-kata yang menggoda, mana tau lembut hatinya dan menjadi loyal reader)...Be Cool ....


UPDATED -


Lagi-lagi komen anonymous :




Anonymous said...

dah xnak blogging? btul ke? jgn jdi mcm jk sudaa  ( Anon,bacalah habis entry saya ya...)

.....................................................................

November 12, 2010

Who The Hell Is Hanis Zalikha?

Who The Hell Is Hanis Zalikha?
Dussh, berani sungguh si Dia ini mencabar keimananku..

Ni yang buat eyriqazz marah ni. Kalau kata tak kenal Lisa Surihani boleh diterima lagi. Kalau tak kenal Klon P. Ramlee pun masih boleh terima lagi. Kalau tak kenal AC Mizal, ehh, AC di mana ya? dan boleh terima ke tak kena AC?

Tapi, bila kata tak kenal Hanis Zalikha, ni yang buat eyriqazz marah ni. Eyriqazz peminat no. 7 dia selepas ...... Carila sendiri, Who the Hell is Hanis Zalikha? Meh, nak tolong jawabkan, terjah sini,penat-penat je saya buat entry :


P/s : Tahniah buat Hanis Zalikha keluar Majalah Faces untuk " Top 10 Hottest Malaysian Blogger" . Bila pula turn saya nak kluar untuk  "Top 1 Million Not So Hot Malaysian Blogger? " 

P/s/s : Nantikan Penampilan Eyriqazz di Project Alpha Season 7 bersama Hanis Zalikha. Hak3, You Wish, Only in Your Dream Laa Eyriqazz...Who The Hell Is Eyriqazz?

August 9, 2010

Koleksi Cerita Seks Aku dan Hanis Zalikha


Dussh, Monster Pink  Mengganas Lagi. Walaupun Pink, dia semakin berleluasa di dunia blog. Kali ini, keyword yang muncul di Histats blog eyriqazz adalah :


Koleksi Cerita Seks Aku dan Hanis Zalikha

Dussh, sejak bila pula saya ada buat cerita seks dengan Hanis Zalikha ni ? JE JAI, janganlah gosipkan eden camni, tak baik tau. Eden tahu bro bakal menggantikan Beautifulnara di persada gosip Malaysia nanti. Hak3, sorry bro, saje menyakat bro. Makin seronok la menyakat bro sejak bro berjaya memikat Fasha Sandha sejak bro bertukar menjadi Monster Pink ni. Hik3 lagi.

Sorryla buat yang mencari itu, saya tidak dapat menunaikan permintaan itu. Hanis Zalikha begitu unggul, nama baik yang begitu mantap, dan menjadi idola ramai orang especially bloggers di luar sana termasuklah saya sendiri.

Tapi, untuk tidak menghampakan, saya ada koleksi Cerita Hanis Zalikha juga. Nak layan? Jom terjah :


P/s : Kagum dengan Hanis Zalikha. Beauty with the Brain. Dapat scholarship tapi Income berblogging pun sudah cukup tampung pelajarannya. Fuhh, patutla bermacam-macam keyword berkenaannya muncul di histatsku. Menjadi pujaan dan idola ramai orang.

P/s : Jom Pi Order Kuih Raya dengan Mak Hanis Zalikha nak ? Tentu sedap, Rabu ni dah nak ditutup ordernya. Jom2, sebelum terlambat.

April 29, 2010

Hanis Zalikha Wish Good Luck

Gembira dan teruja dihati ini, apabila buka twitter account :

Hanis Zalikha Wish Good Luck

Inilah yang di ucapkan olehnya kepada saya :


Teruja dan Gembira Rasanya

Kenapa Hanis Zalikha Wish Good Luck kat saya ? Hik3, Cubalah teka.

Gembira juga bila entry Resume Hanis Zalikha bersama Nuffnang mendapat balasan@ komen dari pemiliknya :


Terasa Entryku begitu Dihargai

Terasa puas hati bila masa terjahan, entry dan review yang dibuat dikomen balik oleh pemilik blog itu. Tidak kiralah komen positif ataupun negatif. Sebab itu terjahan yang eyriqazz lakukan dan janjikan selalu lambat kerana saya mahu memberikan komen dan feedback terbaik pasal blog itu bukan hanya tengok blog itu sekali dan terus kasi review. Rasa tidak puas hati bagi diri sendiri dan mungkin juga pemilik blog itu juga.

Hanis Zalikha Wish Good Luck pembakar semangat
Teruskan usaha untuk kejayaan
Komen membina komen menyengat
Akan ku praktikkan untuk masa depan

P/s : Semangat akan lebih berkobar-kobar andainya pembaca sudi untuk mengundi saya di sini :


Mudah sahaja, klik link itu, registerkan di sana ( Ruumz@ cam Facebook versi Malaysia)  dan Klik Button Like di Link saya ini. Lebih ramai yang vote, lebih tinggi peluang saya. Bila berjaya, akan lebih banyak idea yang akan saya berikan/lontarkan kepada Nuffnang untuk kebaikan bersama. Nanti saya buat entry pasal ini ya? Jadi sebelum itu, jangan lupa votekan saya.Baruje 19 vote ni, masih jauh ketinggalan dengan Peserta lain.

April 23, 2010

Resume Hanis Zalikha Bersama Nuffnang

Hanis Zalikha anggun menawan
Blogger kesayangan blogger pujaan
Mari kita tengok resume Hanis Zalikha bersama Nuffnang yang menarik dan tertawan
Jadikan inspirasi untuk ke depan

Inilah serba sedikit informasi dan gambar yang saya rasakan cukup menarik tentang resume Hanis Zalikha ini. Mana saya dapat? Nanti di akhir entry saya ceritakan.  Jom layan :

Hanis Zalikha sukakan kucing
Pernah tercalon untuk Malaysian Dream Girl (tahun berapa ya? )
Tetap Cantik dan Menawan walaupun Warnakan Rambut
Ini yang buat teringin nak pakai braces juga ni
Alisya, adik Hanis Zalikha ,sama nama dengan anakku
Adik-adik yang Comel (adakah mereka pun akan mengikut langkah kakak?)
Jadi Hantu Sekejap

Tak lupa juga, kalau nak promosikan blog, inilah cara promosi yang berkesan :

Menarik dan Catchy kan?
Memandang ke depan mencari 'Future Husband'

Ada sesiapa yang berani tackle? Hik3. Sebenarnya ini Resume Hanis Zalikha di Nuffnang. Untuk lebih lanjut dan lebih detail bolehlah tengok sendiri : Nuffnang Featured Blogger for the month of September 2008

Tak sangka, selepas hampir 2 tahun menjadi Featured Blogger Nuffnang for that month , sekarang Hanis Zalikha menjadi salah seorang 'anak emas' Nuffnang. Banyak Advertorial yang dia perolehi, itupun mungkin banyak yang dia tolak kerana faktor pelajaran. Tolak-tolak pun pernah terbaca di akhbar, RM3 ribu sebulan dalam tangan . Apa tidaknya, tengoklah sendiri hits di belog nya : http://inibelogsaya.blogspot.com

Average 4K+ pengunjung sehari

Itu pun update 2-3 hari sekali. Kalau update hari-hari? Rasanya, sah-sah cecah 10 ribu. Memang mengancam dan hebat. Oh ya, tawaran menjadi Featured Blogger Project Alpha Season 2 turut ditolaknya atas faktor pelajaran seperti yang pernah dibalas di mesej twitter saya.

Tahniah buat Hanis Zalikha. Masih belum puas lagi membaca entry pasalnya ? Bolehlah sambung baca entry ini pula :

P/s : Tentu best dan seronokkan kalau Hanis Zalikha tak reject jadi Featured Blogger Project Alpha Season 2 ? Tentu lebih meriah dan menarik untuk ditonton. At least, ada juga seorang blogger yang betul-betul saya kenal (dari jauh je), follow dan baca selalu.

P/s/s : Tidak impikan jadi Featured Blogger lagi.Masih jauh untuk ke situ. Dapat jadi Guest Blogger Project Alpha Season 3 pun jadi. Jadi, apa lagi. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi yang layak. Tidak susah pun, register sebagai ruumz  member (Macam Facebook juga,menarik) dan pilih dan klik Like di video saya.

Bolehla Undi saya di SINI kalau sudi. Kalau tak sudi, tak bolehla nak paksa. Kalau menang, InsyaAllah, hadiah akan saya kongsi-kongsi dengan buat Contest lagi.
Related Posts with Thumbnails