Showing posts with label lost world of tambun. Show all posts
Showing posts with label lost world of tambun. Show all posts

May 18, 2012

Keyword Panas di Eyriqazz.Com


Keyword Panas di Eyriqazz.Com seperti di Nuffnang Analytics

Semak-semak Analytics, fuhh, banyak juga keyword panas yang menerjah ke blog eyriqazz ni. Yup, being a bloggers, memang tak sah jengok-jengok dekat keyword yang menyinggah ke blog kan? List down 5 keyword paling hot di sejak kebelakangan ini :


Aura Fatin Liyana memang tak dapat disangkal lagi. One of the top Malaysian Blogger yang kini kerap muncul di kaca televisyen dan suratkhabar. Sekarang ni dengar khabar siap nak tubuhkan Kelab Peminat Fatin Liyana dan siap dah Ada Protege tu..Met Her Once dan Pernah juga  Serang Hendap dia ni...Hik3...

Hanis Zalikha, blogger popular jelita yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kini nampak dia muncul di kaca tv berlakon drama pula. Memang sweet orangnya dan sampaikan ada Jutawan Kacak yang menjadikan alasan membeli kuih muih ketika raya sebagai modal untuk mengorat si gadis Jelita ini. Meet her a few times, memang down to earth dan sentiasa menjadi tumpuan di mana-mana.


Melaka, Antara destinasi wajib setiap tahun. Alang-alang selalu singgah sana, apa salahnya compilekan dan entrykan Tempat Menarik di Melaka. Harap-harap dapatla membantu sesiapa yang ingin bercuti di Melaka.


Eyriqazz? WTFish?? Siapa dia ni? Protege William Hung ke? Inilah yang dikatakan penjenamaan/ Branding Blog . Terimakasih ya Semua.


Salah satu destinasi percutian yang pernah kami singgahi. Boleh tahan juga pengalaman di sini cuma tiket agak mahal sedikit di The Lost World Of Tambun ini. Maybe one day, boleh bawa lagi Isteri dan anak-anak ke sini.

Siapa cakap blog personal tidak mampu dapatkan keyword yang menarik yang sentiasa di cari ramai? Tepuk dada, tanya selera. Bila ada minat, InsyaAllah ianya akan datang. Myself, i'm totally don't know much about SEO, banyak belajar pasal SEO pun dari googling di Internet, bloggers di luar sana especially Denaihati dan YanmieOnline . Tak lupa juga, dari  Ebook SEO AriffShah 


P/s : Apa pula keyword panas di blog anda?

May 26, 2011

Pemenang Fridge Magnet Lost World Of Tambun


Pemenang Fridge Magnet Lost World Of Tambun jatuh kepada :


Tahniah diucapkan. As usual, emailkan alamat,nama dan no. telefon ke iman1237@hotmail.com untuk urusan penghantaran hadiah.

P/s : More Contest/Give Away Coming Soon. 

May 22, 2011

Small Give Away | Fridge Magnet Lost World Of Tambun

Small Give Away |Fridge Magnet Lost World Of Tambun

Umm, ada satu je....So, kali ini pemenang akan diberikan kepada pengomen terbaik/constructive feedback entry ini : Nuffnang Hypp TV Blogger's Party

P/s : Ada a few items yang akan di give awaykan dalam masa terdekat juga i.e. 3 Keychain Lost World of Tambun, Sekotak Lost World Ipoh White Coffee dan ........ Alhamdulillah, murah rezeki bulan ni....

May 3, 2011

Percutian di Lost World Of Tambun

Finally, last weekend sempat juga kami terjahi Lost World of Tambun. Dah lama Isteri merengek mahu ke sini. Special thanks for P&N for partly sponsored trip ( Minyak &tol) .
Lost World Of Tambun|Sunway City Ipoh
Penuh orang, nak parking pun susah time weekend camni
Jom terjah Lost World of Tambun
Harga tiket ke Lost World Of Tambun, RM38 dewasa,RM32 kanak-kanak, below 90cm free

Umm,mahalnya untuk kanak-kanak kan? Biasanya lain-lain tempat separuh harga dari dewasa. 


Jom Mandi dan Basah-Basah. Bukan Main Seronok lagi Alisya

Hik3, kanak-kanak Ribena beraksi. Bestt woo main gelongsor
Ala-ala Jacuzzi dan Hot Spring. Berendam la sampai lebam-lebam
Cantik viewnya, mengadap gunung ke? Luas tapi tak banyak sangat tempat untuk diterjahi. Tak macam Sunway Lagoon
Ada Gua, boleh naik keretapi,naik angsa macam zaman couple-couple, tengok harimau (tiger show tunggu je jai sampai sini) dan pelbagi lagi


Memang meriah dan ramai orang..Mandi manda
Santaikan diri di hujung minggu
Ala-ala funfair pun ada
Bukan main seronok lagi Alisya mandi manda
Lost World Of Tambun, dalam memori

Overall , okla terjahi Lost World of Tambun ni. Some suggestion buat Sunway City :

1) Harga tiket dikurangkan especially utk kanak-kanak. RM32, too expensive, plus tak byk permainan di dalam tu.
2) Loker. Umm, RM10. Mahal. Plus sama harga yang boleh guna banyak kali or sekali. First come first serve. Tiket dah mahal, nak sewa loker kena bayar lagi? Patutnya, sekali kanla aje.Untung tu penting, tapi kepuasan pelanggan pun penting juga.

Percutian sebegini memang menyeronokkan. Melegakan minda dan dapat kurangkan stress. Tepuk dada, tanya poket....
Related Posts with Thumbnails