Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

March 25, 2011

Tips Blogging | Denaihati Rajin Berkongsi & Memberi


Dah lama tak berkongsi blogging tips. Kali ini, eyriqazz ingin kongsikan blogging tips yang diambil dari blog Denaihati . Honestly said, ini antara blog yang menjadi rujukan eyriqazz untuk meningkatkan prestasi dalam meningkatkan lagi mutu berblogging. Ini antara 3 entry kegemaran eyriqazz di Denaihati.Com :

- Kalau mahu lebih maju dalam SEO (Search Engine Optimization), kenalah kena dengan caranya . Tips yang begitu berkesan. Walaupun eyriqazz dah semakin jarang bermain dengan SEO, tips ini memang bagus untuk diapplikasikan.

- Ingat mudahke nak menulis blog peribadi? Rasanya di malaysia ni, blog peribadi adalah blog yang paling banyak. The more, mean competition lagi tinggi. So, kenalah cari identiti dan cara yang betul untuk kehadapan.

3) 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu (Dah kasi tajuk,pandai2 la cari ya di Denaihati.Com, bila usaha,rasa lebih puas,kan? )
- Perkongsian yang begitu menarik dari Ariffshah.Com . Bukan mudah menjadi seorang blogger ini dan entry ini betul-betul memberikan motivasi. Must read entry especially untuk blogger baru.

P/s : Belajarla dengan guru, dan carilah guru yang terbaik.Samalah juga dalam berblogging ini jika anda mahu terus ke hadapan. Denaihati adalah salah satu guru berblogging yang saya cadangkan. The rest bolehla terjah [ Blogging Tips|Guru oh Guru]

February 28, 2011

Jangan Tabur Racun Dalam Rezeki Sendiri


Semalam saya menerima satu DM di twitter yang begitu memberikan kesan ke atas diri ini . Inilah bunyinya :

"No prob cuma ingat pesanku yang hina ini, jgn tabur racun dlm rezeki sendiri, kita dah tolong, pandai2lah jg nama baik"

Yes, she already help me a lot. Seorang blogger yang begitu ku kagumi yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, dan pelbagai lagi. Begitu berkesan sekali kata-katanya. Yup, we are human being and sometimes we make a mistake and we didn't realize it. InsyaAllah akan ku cuba perbaiki diri ini. It takes a long time to build a reputation but it can be ruined in just a few second.

Thanks again and honestly said, berkat tunjuk ajarnya , Income berbloggingku untuk 3 bulan tahun ini lebih baik dari Income sepanjang setahun 2010. Thanks again, InsyaAllah, jasa baikmu tidak akan kulupakan.

Buat pembaca juga, if i make a mistake or apa yang anda tidak gemari, tegur-teguri la ya. Akan saya cuba perbaiki.Manusia tidak lari dari membuat kesilapan, kan? 


Thanks Again Redmummy . Anda memang Inspirasi saya dalam berblogging

P/s : Kadang-kadang, kita begitu seronok memakan daging manusia dalam sedar/tak sedar. Ianya tidak bagus untuk kesihatan dan akhirnya ianya memakan diri sendiri. Perbaiki diri, tingkatkan prestasi. Dengki mendengki/mengumpat ini tidak membawa ke mana-mana. Diri sendiri yang akan merana akhirnya. Renung-renungkan (ditujukan buat diri sendiri juga...)

February 1, 2011

Think.Discover.Inspire

Think.Discover.Inspire

Think, Discover, Inspire ( Berfikir, Menemui Jawapan , dan Inspirasi). Berapa ramai yang mampu lakukannya? Easy said that done right? Begitulah dalam kehidupan ini. 

Perception also matters, i.e. kalau jari telunjuk pen di atas dipotong, apa yang akan jadi? Sudah pasti jadi simbol 4 dirty word tu kan? Oh, berfikir itu mudah tapi dalam memotivasikan others is not easy. That's y many people can be a followers but not many people can be a leader. Oh, i think saya masih dalam kategori followers. 

P/s : Berfikirlah dalam membuat sesuatu. Kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. It take a  lot of time to build credibility but a small mistake will make u loss it. Nahh, honestly , saya sendiri pun sudah hilang kepercayaan kepada some of people yang saya kagumi sebelum ini.

*** Kenapa bangsa sendiri suka sangat tikam sesama sendiri? Tak bolehke kalau masing-masing mencari rezeki dan berjaya sama-sama?

January 19, 2011

Mutiara Kata|Tips Kejayaan

Jika Anda Merancang Untuk Setahun Semailah Padi
Jika Anda Merancang Untuk Sedekad, Tanamlah Pokok
Dan Jika Anda Merancang Untuk Sepanjang Hayat , Tuntutla Ilmu

Kredit to Buku Rahsia Kekayaan Apek " Berseluar Katok, Bersinglet, Berselipar Jepun Tapi Duit di Poket Kiri dan Kanan Berkepuk-kepuk' (Excited to finish this book)

P/s : Apa pula kata anda?

July 24, 2010

Life ain't dat serious!

Life ain't dat serious!


Thanks Kak Ros forwardkan this picture. Life is Beautiful. Enjoy it too the fullest.

P/s :  
Bak Kata Kak Jie , Hidup Biar Sedap
Bak Kata Denaihati , Hidup Untuk Memberi
Bak Kata ***, Hidup Biar Mantap
Bak kata Eyriqazz, Hidup untuk Dinikmati

Enjoy Your Weekenddd...
Don't Take Life Soo Serrioousssllyyy.... 

April 29, 2010

Hanis Zalikha Wish Good Luck

Gembira dan teruja dihati ini, apabila buka twitter account :

Hanis Zalikha Wish Good Luck

Inilah yang di ucapkan olehnya kepada saya :


Teruja dan Gembira Rasanya

Kenapa Hanis Zalikha Wish Good Luck kat saya ? Hik3, Cubalah teka.

Gembira juga bila entry Resume Hanis Zalikha bersama Nuffnang mendapat balasan@ komen dari pemiliknya :


Terasa Entryku begitu Dihargai

Terasa puas hati bila masa terjahan, entry dan review yang dibuat dikomen balik oleh pemilik blog itu. Tidak kiralah komen positif ataupun negatif. Sebab itu terjahan yang eyriqazz lakukan dan janjikan selalu lambat kerana saya mahu memberikan komen dan feedback terbaik pasal blog itu bukan hanya tengok blog itu sekali dan terus kasi review. Rasa tidak puas hati bagi diri sendiri dan mungkin juga pemilik blog itu juga.

Hanis Zalikha Wish Good Luck pembakar semangat
Teruskan usaha untuk kejayaan
Komen membina komen menyengat
Akan ku praktikkan untuk masa depan

P/s : Semangat akan lebih berkobar-kobar andainya pembaca sudi untuk mengundi saya di sini :


Mudah sahaja, klik link itu, registerkan di sana ( Ruumz@ cam Facebook versi Malaysia)  dan Klik Button Like di Link saya ini. Lebih ramai yang vote, lebih tinggi peluang saya. Bila berjaya, akan lebih banyak idea yang akan saya berikan/lontarkan kepada Nuffnang untuk kebaikan bersama. Nanti saya buat entry pasal ini ya? Jadi sebelum itu, jangan lupa votekan saya.Baruje 19 vote ni, masih jauh ketinggalan dengan Peserta lain.

April 8, 2010

Menjejaki Jutawan Senyap


Sungguh teruja bila membaca dan mendapat inspirasi melalui pembacaan. Contohnya buku ini, aku suka sangat-sangat . Tengok tajuknya pun sudah teruja. Inilah dia yang di maksud-maksudkan:

Menjejaki JutAwan Senyap dari Dr. Rusly Bin Abdullah@Chef Li

Memang best buku ini, betul-betul mengujakan dan memotivasikan diri. Sekali baca ingin membacanya berkali-kali (saya sudah membacanya hampir 3 kali) sehinggakan saya membeli satu lagi koleksi buku daripada Dr. Rusly. Yang itu nanti lain kali saya bercerita. Antara part yang mengujakan dan menarik yang cukup ku gemari adalah pantun-pantunnya di awal tajuk. Inilah Contoh pantun-pantunnya (maaf Dr. Rusly, letak sini tanpa kebenaran, namun niat untuk berkongsi).

Diam Menangis si Ibu Penyu
Diam bertelur menyambung zuriat
ReZeki Tuhan bagi yang mampu
Senyap berbudi mampu berzakat
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan jasa
Jika hendak dikenang orang
Banyak berfikir banyak berusaha
Hanya Jauhari mengenal manikam
Dapat membeza kilauan cahaya
Seperti api kuat mencengkam
Semangat orang yang ingin berjaya

Pandangan peribadi, buku ini memang best. Cerita-cerita peribadi dan pengalaman orang lain dan jutawan senyap yang antaranya ibu tunggal, peniaga pasar malam, pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia bergolok bergadai dan tiada wang sesen, dan sebagainya.

Mereka menongkah arus dan dugaan dengan semangat yang kental dan akhirnya mereka bergelar Jutawan Senyap . Chef Li menjejaki mereka melalui kursus yang dianjurkannya di samping pengalamannya sendiri yang berhenti bekerja sebagai seorang pegawai bank untuk mencapai cita-cita.Akhirnya, bolehla dikatakan Chef Li pun salah seorang yang bergelar Jutawan senyap.

Jadi, apa tunggu lagi? Buku ini memang memotivasikan, harganya pun masa saya beli beberapa tahun lepas hanyalah RM17.Sekarang ni rasanya harganya tak jauh berubah. Motivasi sebeginilah yang menjadi pendorong saya untuk terus berjaya .

P/s : Dah lama tak baca Novel Ahadiah Akasyah. Hak3, jiwang seh. Suka gila novel Lagenda Budak Setan.Kisah Kasyah dan Ayu.Bila Novel Farisya Ayu ku akan bersambung ya?. Oh ya, ada sebarang buku motivasi yang best yang menarik? Rekomen-rekomenkan lah, nanti bila ada diskaun sale untuk syarikat saya, boleh beli buku lagi.

March 25, 2010

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang ( Kredit gambar kepada Pakcik Hensem )

Tahukah anda apa maksud dengan pepatah melayu di atas?. Maksudnya adalah "Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya" .  Apa kaitannya dengan diri kita ? Pepatah ini membawa makna yang positif dan menyuruh kita berfikiran positif demi mencapai hasrat dan cita-cita yang kita inginkan.

Ingin juga saya berkongsi pengalaman dan pendapat peribadi mengenai perkara ini. Satu pengalaman untuk dikongsi bolehla baca entry ini :


Kali ini, sekali lagi saya ingin menyentuh berkenaan blogging. Berblogging ni bukannya mudahkan? Bagi bloggers yang mencari pendapatan sampingan tidak kiralah melalui Nuffnang ataupun Advertising Company yang lain, hits dan bilangan pengunjung adalah amat penting bagi menambahkan pendapatan.

Disini, saya ingin berkongsi pendapat melalui pengalaman dan pembacaan membaca di internet dan juga blog-blog popular yang lain seperti Melromeo, Kak Jie, Abang Nara, Ariff Shah,Cik Epal, Kak Ina KL dan ramai lagi yang bersesuaian dengan tajuk entry ini . Inilah dia :

1) Yakin dan Percaya Pada Diri Sendiri

2) Ukur Baju Pada Badan Sendiri - Lain orang lain caranya, macam saya sendiri, walaupun hits saya sebulan naik tidaklah begitu ketara, namun saya sudah cukup puas hati kerana lain orang lain caranya. Tidak perlu nak bandingkan dengan mereka yang popular (bukannya saya ya,contohnya Melz dan lain-lain ) dan cuba menjadi seperti mereka dengan pantas , kalau kena caranya tidak ke mana. Biar lambat tapi gembira dari cepat tapi tersungkur di tengah jalan (hangat-hangat tahi Ayam)

3) Usaha yang berterusan dan konsisten

4)Perbaiki kelemahan diri - Bertanya pendapat rakan-rakan dan memperbaiki kekurangan dan gaya penulisan. Sebab itu saya buat segmen terjah, salah satu untuk memberi pendapat dari sudut pembaca.

5) Belajar dari Kesilapan dan Tidak Mudah Berputus Asa

6) Pilih strategi yang terbaik dan kena dengan cara kita. Jangan terlampau mengikut kata dan pendapat orang, sesuaikan dengan cara kita. Kalau terlalu asyik dibuai mimpi, susah jugakan?

7) Cipta Kelainan yang membuatkan Orang Tergoda dan Ingat dengan Anda

Serangkap pantun buat semua :

Gengam Bara Apa Biar Sampai Jadi Arang
Bersusah dahulu bersenang kemudian
Lain padang, lain belalang
Usaha dan semangat yang kental akan ada habuan

Fikir-fikirkan....

P/s : Berani ke anda gengam bara api? Cakap lebih mudah dari mengotakannya kan? Tepuk dada, tanya selera. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

P/s/s : Apa pula pandangan Anda? Adakah berblogging satu perkara yang mudah?
Related Posts with Thumbnails