Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

April 8, 2010

Menjejaki Jutawan Senyap


Sungguh teruja bila membaca dan mendapat inspirasi melalui pembacaan. Contohnya buku ini, aku suka sangat-sangat . Tengok tajuknya pun sudah teruja. Inilah dia yang di maksud-maksudkan:

Menjejaki JutAwan Senyap dari Dr. Rusly Bin Abdullah@Chef Li

Memang best buku ini, betul-betul mengujakan dan memotivasikan diri. Sekali baca ingin membacanya berkali-kali (saya sudah membacanya hampir 3 kali) sehinggakan saya membeli satu lagi koleksi buku daripada Dr. Rusly. Yang itu nanti lain kali saya bercerita. Antara part yang mengujakan dan menarik yang cukup ku gemari adalah pantun-pantunnya di awal tajuk. Inilah Contoh pantun-pantunnya (maaf Dr. Rusly, letak sini tanpa kebenaran, namun niat untuk berkongsi).

Diam Menangis si Ibu Penyu
Diam bertelur menyambung zuriat
ReZeki Tuhan bagi yang mampu
Senyap berbudi mampu berzakat
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan jasa
Jika hendak dikenang orang
Banyak berfikir banyak berusaha
Hanya Jauhari mengenal manikam
Dapat membeza kilauan cahaya
Seperti api kuat mencengkam
Semangat orang yang ingin berjaya

Pandangan peribadi, buku ini memang best. Cerita-cerita peribadi dan pengalaman orang lain dan jutawan senyap yang antaranya ibu tunggal, peniaga pasar malam, pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia bergolok bergadai dan tiada wang sesen, dan sebagainya.

Mereka menongkah arus dan dugaan dengan semangat yang kental dan akhirnya mereka bergelar Jutawan Senyap . Chef Li menjejaki mereka melalui kursus yang dianjurkannya di samping pengalamannya sendiri yang berhenti bekerja sebagai seorang pegawai bank untuk mencapai cita-cita.Akhirnya, bolehla dikatakan Chef Li pun salah seorang yang bergelar Jutawan senyap.

Jadi, apa tunggu lagi? Buku ini memang memotivasikan, harganya pun masa saya beli beberapa tahun lepas hanyalah RM17.Sekarang ni rasanya harganya tak jauh berubah. Motivasi sebeginilah yang menjadi pendorong saya untuk terus berjaya .

P/s : Dah lama tak baca Novel Ahadiah Akasyah. Hak3, jiwang seh. Suka gila novel Lagenda Budak Setan.Kisah Kasyah dan Ayu.Bila Novel Farisya Ayu ku akan bersambung ya?. Oh ya, ada sebarang buku motivasi yang best yang menarik? Rekomen-rekomenkan lah, nanti bila ada diskaun sale untuk syarikat saya, boleh beli buku lagi.

December 29, 2009

Aisya Sofea - Yang Sebenarnya

Semasa di Johor aritu,sempatlah singgah di MPH.Sempatlah beli beberapa jenis buku.Beli ni pun sempena promosi MPH+syarikatku dapat diskaun sehingga 40% untuk pembelian buku ,maksimum pembelian sehingga RM400.Inilah buku yang ku beli :


Aisya Sofea - Yang Sebenarnya dan 100 Esei Inspirasi & Motivasi untuk Pelajar

Inilah masanya sempat untuk aku nak membeli buku bila ada diskaun camni.Aku memang suka baca buku-buku inspirasi dan esei-esei pendek.Santai dan menenangkan fikiran.Novel ni pula aku beli kerana saja nak membaca novel.Dah lama tak baca novel,lagipun tajuknya itu menarik hatiku dan novel ini mendapat jualan antara 10 novel terlaris di MPH Johor Bahru.

Sebelum ni,novel-novel cinta ni memang aku tak brapa nak layan mana.Tiada masa.Tapi kalau Novel Cinta Ahadiah Akasyah memang aku suka benar,contohnya Lagenda Budak Setan 1 dan 2,berkali-kali aku baca.Pilot Cafe pun best juga.

Inilah sinopsis cerita Aisya Sofea -Yang Sebenarnya yang membuatkan aku membeli novel ini :

"TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

Lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya! "

Agak-agaknya bila la sempat aku baca buku-buku ini ya?

P/s :Ada sebarang cadangan untuk buku-buku lain yang menarik?Time camni la masa yang sesuai untuk membeli.
Related Posts with Thumbnails