My First Love
Awak, awak sukakan saya ke? Pertanyaan si dia semasa sesi Prep Persekolahan petang itu betul-betul membuatkan jantungku berdegup kencang. Pertanyaan itu ku alihkan dan kutanyakan soalan yang sama kepadanya, “Awak pula, Awak sukakan Saya ke?”.
Oh, aku bertepuk sebelah tangan. Si dia hanya menganggapku sebagai kawan baik @ Teman Tapi Mesra tanpa ada sebarang ikatan. Entah mengapa, sejak mengenalinya lebih rapat dengannya, aku jatuh cinta padanya walaupun sebelum itu aku agak tidak menyukai perangainya kerana dia menolak mentah-mentah dan mengutuk rakan sekelasku kerana meluahkan perasaan hatinya (siap kata dia Joker, tak tahu malu n etc) .
Sampai si A yang meminatinya itu meluahkan perasaan hati kepadaku di suatu malam dan pengalaman pertama dia terlelap di katilku dan pertama kali aku tidur sekatil bersama. Sudahla begitu ,lelaki pula. Opss, tiada apa yang terjadi ya.I’m straight.
Hari-hari yang dilalui, aku pendamkan saja perasaanku selepas itu. Aku sedar siapa diriku. Anak orang miskin yang nak belanja makan pun tak mampu. Jika dibandingkan dengan si dia, puteri kesayangan anak keluarga berpangkat dan berdarjah. Bagai langit dengan bumi.
Pelbagai khabar tidak enak ku dengari pasalnya. Si dia kaki report, si dia gedik, si dia anak manja tiap-tiap minggu balik kampung dan sebagainya. Namun, kecantikannya dan bila cinta telah bertaut, semua itu ditolak tepi. No wonder people said, Cinta itu Buta, Mata dan Hati mudah dikaburi.
Si Dia jugalah sumber Inspirasi dalam belajar. Diakui aku ini lemah dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Selalu saja dapat 7 ataupun 8. Kalau dapat 6 memang bernasib baik sangat.Si dia jugalah yang mengajarku untuk maju dalam bahasa Inggeris dan keputusannya aku sendiri terkejut. Keputusan yang langsung aku tidak menjangkakan, A2 menjadi milikku. Seram sejuk dan aku hampir menitikkan air mata kegembiraan.
Terima kasih buat Si Dia. Imbas kembali. Si dia memang gadis kegemaran dan digilai ramai lelaki dan akulah yang selalu menjadi mangsanya. Ehh, nanti you tolong kim salam kat dia ya.Dushh, kenapa aku yang menjadi posmen?Why Me? Why Me?
Semakin hari, semakin sukar untuk ku melupakannya. Tidur tak lena, mandi for sure la basah (tipu la mandi tak basahkan? ) namun aku masih tidak berani untuk meluahkan perasaan hatiku. Takut dikecewakan kerna inilah kali pertama aku begitu menyukai seorang wanita dengan begitu mendalam. Adakah Cintaku akan berbalas?
-BERSAMBUNG-
jagan bagi peluang kat orang lain...
ReplyDeletemesti berbalas cinta awak!!!!
Tolong sambung...
slow2 tengok response die macam mana pulak..
ReplyDeletesebelum tanya, baik prepare awal2 dari sebarang kemungkinan..
sama ada mungkin dia menolak, atau menerima..
harap-harap berbalas.. sakit woo kena tolak.. uhuk
kaang2, yg berada di depan matalah yg jarang org nampak..kerana tak melihat dgn hati....
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteIni novel ke cerpen ke...pengalaman lalu?
hoh???buat cerpen la pulak..ihihi
ReplyDeletecinta pertama mane bley lupa bro! auw~
ReplyDeletesalam bro....sebab lu tulis artikel ni gua terus teringat first lov gua plk adeh.....mmg betul org ckp first luv ssh nak lupe....arggghhhhhh i miss her so much..
ReplyDeletecam kenal je pic tu?cik gincooo....
ReplyDeletebtol ker ni first love? ni dongeng ker apa ni??
ReplyDelete@maslinamansor:hik3,rasa malas pulak nak sambung
ReplyDelete@elmo blurb:berdasarkan pengalaman ke ni?
@n.a.j :setuju 100%
@iza:cubalah teka
@~ ReD ~:base on true story..nak sambungke tak ya?cam takde sambutan je..takyah sambung la kan?
@Mat Pintu :Cinta kedua,tiga,empat,lima,enam ,tujuh pun takble lupakan?hak3..cam pernah bercinta byk kalije..
ReplyDelete@perondajaketbiru74 :dia dah kahwin ke bro?
@Anonymous:hik3,gambar amik di google.tak pasti siapa punya
@e.l.i.s.s.m.i.e:hik3..true story la..citer siapa?biarlah rahsia
Cinta pertama memang tak boleh dilupakan. Tapi rasa macam pelik lak bila membaca kisah cinta pertama dari seorang lelaki. Hehe (selalu perempuan yang macam tu).
ReplyDeleteBtw, ni kisah sendiri ker atau nukilan semata2? =D
@Rabia Sensei :betul n setuju..ish,lelaki pun ada kisah mereka kan? Kisah siapa?hik3,cubalah teka..
ReplyDeleteWahhh..kontroversi nie..haruskah daku teruskan pembacaan cerita ini atau daku akan dihangit entah ke berapa kali..cehh..
ReplyDeletepengalaman sendiri ke? cepat lar sambung.....
ReplyDeletewahh misteri nak tau cerita seterusnye ngee
ReplyDeletehehe..best r cikgu. gambar tu pun populer :P
ReplyDeleteEkekeeee ... terkenang di masa dulu ... hatiku menjadi rindu ... heheheeee
ReplyDeleteisk2...konpius...pengalaman ke ape ni cekgu?
ReplyDeletesila la sambung dalam masa terdekat. A.S.A.P
plis...plisss
cinta pertame sukar dilupakan..
ReplyDeleteushh, sejak bila ada novel kat blog erriqaz nie?! huh cepat smbung! *excited
ReplyDeleteeh, macam lain plk yang dalam gambar tu bro.. apapun, tak sabar ni nak tunggu sambungannya.. jatung aku pula yang bedengup kencang.. :D
ReplyDeletepengalaman tang menolak org. haha
ReplyDeletekepada pemilik blog~ harap dapat menerima kritikan saya kalau x keberatan. Gaya penulisan awak ada satu masalah yang agak menonjol, iaitu pengunaan 'aku' atau 'ku' yang banyak. dalam karangan pendek ini awak menggunakan 20 kali ku atau aku. ini menjadikan buah tangan ini terlalu isolated dan menjauhi pembaca dan kadang-kadang menyebabkan jalan ceritanya tersangkut-sangkut. Apapun ini hanyalah pendapat peribadi. terima kasih dan salam.
ReplyDelete