July 30, 2012

Aku Sebiji Bola Sepak

Mengimbau kembali pengalaman di sekolah .Rasanya kali ni terdetik hati nak menulis mengenai pengalaman di sekolah.Sekolah la antara tempat paling menarik sepanjang hidup kita kan?Pernahkah anda semasa di sekolah disuruh menulis dan mengarang dengan tajuk yang diberi ''Aku Sebatang Pen,Aku Sebuah Kereta atau sebagainya".Memang bagus karangan seperti ini kerana ianya membuatkan kita berfikir,berimaginasi dan secara tidak langsung membantu meningkatkan daya kreatif seseorang.

Kalini aku ingin cuba mengimbau pengalaman ini dengan menulis satu nukilan yang bertajuk :

Aku Sebiji Bola Sepak

Namaku Mat Ball.Aku memang popular ,berjenama Adidas.Namun,disebalik kepopularanku ,tiada siapa yang tahu kesedihan hatiku.Korang ingat best sangat ke jadi bola ni?Ditendang ke sana kemari hanya dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam jaring.Selepas dijaringkan apa yang aku dapat?Ditendang2 lagi sesuka hati.

Kadang-kadang aku sendiri pun pelik.Bila ada pertandingan akulah benda yang paling penting tapi tiada siapa yang menghargaiku.Selalunya ada pemain terbaik, gol terpantas,gol terhebat,tapi tak pernah ku dengar bola terbaik games kali ini.

Kenapa ada 23 orang yang mengejar aku ke sana ke mari?Yang sorang tu pula ,kejar aku bukan main lagi dengan wiselnya tapi orang lain sibuk menendang,dia buat dekkjee....Aduss,terimakasih la abang referee,kurangla rasa kesakitan yang aku alami.

Namun,walaupun ditendang,aku tetap gembira kerana yang menendang aku antaranya :

Ronaldinho dan David Beckham,antara pemain bolasepak terunggul di dunia

Pedih,penat,sakit bila ditendang ke sana kemari.Namun,apa kan daya.Aku menjalankan tugasku sebaik mungkin.Ditelan mati mak,diluah mati ayah,aku tetap menjalankan tugasku dengan penuh dedikasi.Lagipun  bolasepak adalah antara permainan tertua dan paling popular di dunia dan aku perlu mengekalkannya.Harap-harap suatu hari nanti aku dapat masuk Guiness Book of Records sebagai bola yang paling berjasa di dunia.Namun,harapannya agak tipis kerana aku perlu bersaing dengan jutaan bola-bola lain yang cukup hebat.Namun,aku tetap yakin,dimana ada kemahuan,disitu ada jalankan?

Aku paling takut dengan sorang mamat ni.Walaupun di tak pernah tendang aku,aku tengok dia pun dah naik cuak.Nasib baiklah dia dah bersara sekarang ni. Tapi,kadang-kadang aku tetap merinduinya kerana kurasakan dia adalah yang terbaik antara yang terbaik.Siapa ye?Cuba teka?

Toyol ke ni?Bukanlah,ini pengadil terbaik sepanjang zaman.Kenaltak?

Tidak lama lagi,aku bakal bersara kerana khidmat ku sudah tidak diperlukan lagi.Sedih rasanya,habis Zarul Umbrella ,AE muncul pula.Apalah nasib yang bakal menimpaku?Dibuang ke dalam tong sampah atau dijadikan souvenir ?Itupun kalau ada pemain terkenal sudi menandatangi di badanku.Jika tidak?Lagipun,generasi baru bola yang lebih cantik dan hebat sudah muncul mengantikanku.

Apalah dayaku, Sudah dapat Gading Bertuah,tanduk sudah tidak berguna lagi.

P/s :Amcam,boleh dapat A+tak?

Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella (aci ke recycle entry lama? Hahahaha...Mood kedaun, saja memeriahkan contest rakan-rakan)...

18 comments:

  1. haha.. i remember writing "Aku Sebatang Pencil" =P

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak baca cerita macam ni...dulu punya la pening macamana nak gambarkan diri kita kalau menjadi sesuatu...tapi skang nak jadi ape2 pun boleh...tak sakit ke jadi bola kalau hari2 kena tendang? :)

    ReplyDelete
  3. aku plak teringat kat karangan 'aku sebatang pen'...
    hahaha...

    ReplyDelete
  4. kenal kenal. nama pengadil itu ialah perluigi collina =D

    (saya jwb tanpa menggunakan khidmat gugel. dh jwb dgn betul - confident gila neh haha. ada dpt hadiah tak? ;p)

    ReplyDelete
  5. tima kasih singgah blog Cik Cookie
    and A for your essei.*wink*

    p/s:jgn lupa klik Nuff Cik Cookie sbb Cik Cookie dah klik 10juta yg kamu.muachhh.

    ReplyDelete
  6. dulu, wat karangan tajuk "aku sebatang pen". tak dapat A pun, kecik ati. wahahaha

    ReplyDelete
  7. karangan autografi ka pa nma dia. xingat sudah

    ReplyDelete
  8. hoho..ada pertandingan plak ye..

    ReplyDelete
  9. hahaha..comelnye mat bola..sian dia... suruh dia retire la x yah jadi bola lagi... banyak bunyik lak... hohohoho

    ReplyDelete
  10. haha, wa wat entry emosi utk join contest ni

    ReplyDelete
  11. Hahah...siot je...mmg time skolah ada tulis karangan mcm ni..

    ReplyDelete
  12. Antara karangan yang kerap diminta guru tulis ketika dibangku sekolah dahulu.

    ReplyDelete
  13. dtg dr contest yg sama :)
    http://cikukika.blogspot.com/2012/08/karangan-sekolah-rendah.html

    ReplyDelete
  14. betul2 mengimbau kenangan di sekolah ni

    ReplyDelete
  15. ...kenangan disekolah rendah meme xleh lupo =)

    ReplyDelete
  16. Mmg ada karangan camni dalam seluruh sekolah Malaysia ni...heheh

    mood kedaun pun best citer ni...hahaa

    ReplyDelete
  17. alahai best la karangan awak! hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails