Ianya tidaklah semudah yang disangkakan
Disini aku ingin berkongsi sedikit tips menghadiri temuduga yang aku perolehi dari buku yang diterbitkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,Kementerian Sumber Malaysia.Antara tips-tipsnya :
- Persediaan yang rapi bagi memastikan anda bersedia dari segi aspek fizikal dan mental.
- Keserasian. Ianya terjalan apabila calon dapat memenuhi kehendak panel temuduga manakala panel temuduga selesa berkomunikasi dengan calon
- 5 minit pertama adalah saat yang paling penting kerana masa inilah kebiasaanya akan dipergunakan oleh panel temuduga untuk mengenalpasti kesesuaian anda untuk diambil bekerja untuk syarikat tersebut.
- Faktor yang dititikberatkan oleh majikan : sikap positif keatas pekerjaan, kebolehan berkomunikasi dengan baik secara tulisan dan percakapan, kebolehan untuk berhubung di pelbagai peringkat dan jawatan, yakin , fleksibel, motivasi yang tinggi, berkeupayaan untuk memimpin (leadership skill), boleh bekerja secara berkumpulan.
- Selidik tentang latar belakang syarikat
- Menepati waktu.
- Pastikan kod etika berpakaian seperti warna pakaian,jenis pakaian, jenis tali leher dan sebagainya
- Cara yang betul untuk mengucapkan selamat bertemu dan bersalaman dengan panel temuduga : i) bangun dan berdiri tegak,kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga ii) berikan senyuman ringkas yang menarik
- Bawa sesalinan ''resume'' semasa menghadiri temuduga.
- Bertentang mata secara berhadapan di dalam setiap sesi temuduga.Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel temuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling.
- Perkara-perkara yang tidak baik dan tidak patut berhubung pergerakan badan yang boleh mengagalkan sesi temuduga : jawapan secara bersahaja ''Aah dan sebagainya, berpeluh secara berlebihan, menggoyangkan kaki, bermain dengan pensil sambil mengaju-ngajukan tangan, menggunakan slang ketika menjawab soalan,dan memotong percakapan panel temuduga.
- Mengutarakan soalan yang berkualiti.
- Terangkan mengenai diri anda (tell me about urself) : jangan cerita mengenai kehidupan anda,berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu.
- Kelemahan anda : beri jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus/positif seperti ; Saya kadangkala kurang sabar tetapi ia membuatkan saya bekerja lebih baik,.
- Konflik dengan majikan terdahulu atau pensyarah anda . Awas,jangan termasuk dlm perangkap ini.Sekiranya ada,terangkan dengan cara yang positif
- Kenapa anda (Why You?) .Terangkan tentang sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.
P/s : Last but not least, Good Luck for those that will attend the interview.Be cool,prepare and confident with yourself.Passing the interview is more difficult than doing the job itself.
0 comments:
Post a Comment