Petangtu, aku dan isteri sedang sibuk nak mengemas barang kerana kami bercadang dalam pukul 5 petang kami akan gerak pulang ke Kelantan.Yerlah,tahun ni raya kedua di Kelantan pula.Sedang sibuk-sibuk mengemas,gtommm,tiba-tiba bunyi cam kereta dilanggar di depan rumahku.Bergegas aku ke sana dan inilah hasilnya :
Tak puas hati aku pun bergegasler ke depan rumah dan inilah kereta yang melanggar keretaku :
Aduhai,dahlah nak cepat ,tetiba kereta yang di 'parking' depan rumah pun ble kena langgar.Akupun,pergilah jumpa pemandu kereta tu.Budak lagi,baru 19 tahun.Dia datang melawat tunang/gf dia yg juga jiran di belakang rumah aku.Yang bawa kereta tu budak laki,katanya dia langgar kereta aku coz cuba nak mengelak kereta dari depan dia.Walahai,akupun tanyalah dia camne nak settle ni.Aku amik IC dia dan amik gambar IC dia.Diapun kata sorrylah bang,saya ble byr RM50 je skang,balance later laa ye?Aku pun ckp okler,tapi brapa nak byr ni?Dia kata maksimum bleh byr RM150 je.Aduhh,ble ke baiki kereta aku tu ngan RM150 je?Naik angin juga aku dibuatnya ditambah pula tunang dia tu kurang ajar skittt...Yg laki tu okje,yg pompuan tu pulak keluar sibuk membebel.Yg abang parking depan rumah ni kenapa?Aduhhh,dah rumah aku,ikut suka aku laa nak parking depan rumah pun.Lagipun nama pun raya,sure tak muat nak sumbat semua kereta dlm rumah.Takkan itu pun tak faham-faham?Harap muka je cantik tapi perangai mengalahkan Minah Senget.
Nak dipendekkan cerita,aku malas nak gaduh aku suruh adik aku settlekan hal ni kemudian coz aku nak cepat balik Kelantan.Dia janji dia akan byr balik RM100 lepas kereta aku dah dibaiki.Takpelah,aku pun malas nak bertekak time bulan baik ni,aku ckp settle kemudian.Aku amik no. telefon dia dan aku suruh adik aku ckp baik-baik kat budak tu.Kebetulan timetu,pakcik aku pun ade same,sempat laa dia sound, "Adik,kereta kebal pun muat lalu jln ni,Mercs pun dah byk lalu,tak pernah pun kena langgar,dah buat salah tu ngakujelah,jgn nak cipta alasan pulak''.
P/s :Kepada pemilik kenderaan tu,lain kali beringat-ingatlah bawa kereta.Kepada Si Minah kecoh tu,jagalah keperibadian anda,hidup berjiran hendaklah bertolak ansur.Jgn asyik nak menuding jari kat org sahaja.
0 comments:
Post a Comment