Showing posts with label terimakasih. Show all posts
Showing posts with label terimakasih. Show all posts

May 17, 2011

Terima Kasih Mama Zharfan


Terima Kasih Mama Zharfan. Tak sangka, ada juga Ole-Ole dari UK buat kami sekeluarga. Bukan main lagi gembira hati Isteri, bungkusan ini saya ambil pada Hari Guru. Baju yang Cantik buat Alisya, Fridge Magnet, Sepit rambut untuk Alisya dan juga undangan Majlis Birthday anak Mama Zharfan. InsyaAllah, ada kelapangan, kami akan pergi. Lagipun tak jauh dari rumah. Isteripun memang 'admire' Mama Zharfan ni. Selalu stalk blog Mama Zharfan hari-hari.

Inilah salah satu kegembiraan berblog. Dapat tambahkan kenalan /Networking. So buat Mama Zharfan, be cool dan teruskan berblogging ya. Ala, pasal BE tu jangan dikisahkan sangat. Teruskan menulis dan suatu hari nanti, ianya akan datang kepadamu. Ewahh, macam pandai je. Memandai aderla.. Hik3...

Last but not least, thanks again Mama Zharfan.

July 15, 2010

Terimakasih YanmieOnline | TerimaKasih SharingInfoz

Salam dari Eyriqazz,


Special entry ini saya dedicatedkan khas buat Saudari YanmieOnline @ Kak Yan dan juga saudara SharingInfoz @ Bro Nik.

Terimakasih YanmieOnline | TerimaKasih SharingInfoz

Firstly, ucapan terima kasih buat Kak Yan atas entry Terima kasih eyriqazz.com . Begitu tersentuh hati saya bila Kak Yan yang begitu saya kagumi dan saya singgahi hari-hari blognya dedicatedkan special entry buat saya. Yup, jangan pandang rendah pada kuasa backlink ini. Inilah salah satu promosi blog yang berkesan/cara untuk meningkat trafik ke blog anda. Bolehla refer entry saya sebelum ini : Tips Blogging | Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink . Myself, saya cuba sedaya upaya untuk membalas backlink sedaya upaya . Walaupun sekadar, thanks for Mr. X for this entry etc besar maknanya. Apapun, maaf jika sesiapa yang ada kasi backlink saya tidak kembalikan semula. Inform-informla ya? InsyaAllah, saya akan cuba return balik, cepat mahupun lambat.  

Keduanya, ucapan terimakasih buat saudara SharingInfoz atas entry Segmen Kenali Blogger : Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka . maaf, baru minggu lepas perasan entry ini atas masalah yang dialami dari pertengahan bulan May until Minggu lepas. Memang cukup berkesan entrynya dan boleh buat resume entry dia itu kasi kat __________ .Hik3, thanks bro.

Cukup teruja juga dengan some of the comment dari pembaca, antaranya :

Naz - rezeki dia mencurah curah bila dia berusaha:)

JMR - bro GTO mmg sempoi..mana2 event dia ada..gmbr aku ngn blogger, kebykannya dia ada..byk menang contest..pelik tp benar...

JAI - Memang bro eriyqazz mantop..beliaulah pencetus semangat gua untuk berblogging..wahh cantik sehh rumah baru nie bro..

Kenwooi  - i regard him as one of the famous bloggers =)

Fitrihadi.com - keunikan Eyriqazz adalah pantun dan lenggok bahasa dalam blog dia..ada style sendri..sebab tu dia boleh jadi blogger contoh.. dapat rasa dari ayat dia tu dia seorang bapa dan kawan yang baik hehe :)

Terima Kasih ya semua.

 Saudara Sharinginfoz ini memang saya sukai entrynya yang penuh berinformasi. Cuma, selalu menyinggah secara senyap. Terimakasih juga kerana rajin mengomen di entry saya. Teruskan usaha bro, dengan niche blog bro, ianya mampu pergi lebih jauh.

Terimakasih Yanmieonline dan Sharinginfoz dari saya
Anda memberi saya menerima
Saya cuba untuk membalas pula
Sharing is Caring, Win-win situation patut diamalkan sesama kita

P/s : Teruja tak bila ada bloggers/somebody dedicatedkan entry pasal kita?

P/s/s : Entah kenapa, semakin hari aku semakin jatuh cinta dengan entry-entry seorang Cikgu. Walaupun saya hanyalah Great Teacher Onizuka di alam maya, si dia ini , semakin lama semakin menyerlah di dunia blogging ini walaupun kelibatnya sukar kelihatan di alam nyata. Cikgu yang saya maksudkan itu adalah - DahliaJournal - Thanks Dahlia, banyak informasi dan tips saya pelajari dari anda. Teruskan berblog, anda mampu pergi lebih jauh.

April 19, 2010

Terimakasih Anonymous | Most Malay Blogger Sucks???

Salam dari eyriqazz. Entry Rahsia Seks Celebriti Hollywood dirujuk. Ingin berkongsi komen dan mengucapkan :

Terimakasih Buat Anonymous ( Kredit gambar kepada Google)

Inilah komen dari Anonymous itu :

Garbage...u only need moar traffics from search engine by using sexy, sex, seks keyword...this post is utter garbage written by cheap malay blogger...That's why most malay blogger sucks, because they all relied on cheap tricks to get more traffics...

GTFO eyriqazz

dan

WTF? Comment moderation? Pls approve my comments and answer it, if u have balls

Inilah jawapan balas saya :

Anonymous : Siapa yang tiada telur ni ya? Kuat mengaum, tapi letak anonymous...It is ur choice...i don't write about seks only..I wrote about everything that happened in my life...

Just be urself n write what u like...If u don't like it , just go..to increase my traffic?even i did not write about sex,my traffic is almost the same..I can show u the stats if u want..
Most malay blogger sucks?What an insulted?I never insult any bloggers ,malay,chinese or even indian...


P/s : Action is better than word...mengaum bagaikan harimau tapi letak anonymous...apapun...no hard feeling..thanks for the comment and really appreaciate it...


Enjoy blogging n don't judge people so easily with one entry...


Good Luck Anonymous..

dan juga :

Anonymous :oh , one more thing..i wrote about seks a few post already and my seo did not come from there..I can show u my traffic from seo for the past+current month if u like to know..It is not about seks,it is about what u wrote..furthermore i am not good with seo,event i wrote about sex,my entry will be at 1,000+ pages in google,yahoo, or etc...


Anyway, enjoy ur comment...I trust it is sincere from ur heart..If u have a problem..maybe u need to see a doctor....take care and don't be too emotional..it is not good to ur heart..u might get heart attack in the future...


Anyhow,just let me know ur blog url so i can give my point of view as well..No worries..i tak simpan dendam dalam hati..what goes around comes around.

Ingin juga menambah  di sini :


Feedback lagi dari Saya

1)That's why most malay blogger sucks, because they all relied on cheap tricks to get more traffics...Sangat tidak suka dengan ayat ini. Most =  more than 50%. Jangan kerana entry dan silap saya, bloggers lain dipersalahkan sama. Ramai bloggers melayu yang bagus di luar sana. Saya sedar,saya hanyalah bloggers biasa, menulis mengikut gerak hati dan apa yang mahu diluahkan. Tak elok bermain dengan emosi melampau dan isu perkauman.

2)Tidak guna nak bergaduh kawan. Dunia bloggers ni tak besar mana. Pusing-pusing ke situ juga. Apa yang buruk, datangnya dari saya. Yang baik itu datangnya dari Pencipta. Lagipun,bila bergaduh ni both akan kalah, yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.

3)Terima kasih sekali lagi. Menyedarkan saya akan  berblogging ini. Normal la, apa yang ditulis mesti ada orang yang tak suka. Saya terima seadanya, mana boleh memaksa orang sukakan. Yang penting bagi saya perbetulkan niat, walau apa yang orang nak kata, saya sedar apa hasrat saya. Akan saya cuba perbaiki mutu penulisan saya.

4)Jangan mudah menilai seseorang dan menuding jari. Lihat diri sendiri terlebih dahulu .We are not perfect.Saya pun sama. Tidak lari dari membuat silap. Salah silap harap maafi.

Last but not least, satu pantun buat Anonymous :

Anonymous komenmu kuhargai
Komen membina kuterima ku bukakan hati
Yang buruk itu datangnya dari diri sendiri
Salah silap harap Maafi
Teruskan usaha perbaiki diri
Agar kemajuan dapat diperolehi

P/s : Teruja tak bila dapat komen sebegini?Saya teruja, at least dia ada tempat dan platform untuk meluahkan emosi. Kurang skit rasa berceramuk di hati.

March 28, 2010

Ni Great Teacher Onizuka...atau giler terjah orang????

Akupun Sedang Di perhatikan!!

Semalam di tengah malam , sedang sibuk melayan jiwang dan baruje habis tengok drama Miah Oh Miah, buka dashboard blogspot, terima komen ini:


Nickname  Terbaru diberikan kepadaku

Hak3, terimakasih . Walaupun agak sedih sedikit, namun aku terima komen daripada dia. Lagipun, at least ,dia tak letak Anonymous ataupun mungkin dia bergurau sahaja. Kalau dia tak berguraupun, aku terima juga kerana itu pendapat dia.Jadi, sebagai penulis blog kenalah terima kan?

Tak bolehla nak harapkan orang memuji je kan tiap-tiap kali? Haahla, GTO (Giler Terjah Orang). Nickname baruni. Mungkin ayat nya pelik dan bunyinya agak negatif skit, tapi aku rasakan apa yang dia nak cakapkan, aku minat/suka terjah orang.

Apapun, saya masih ucapkan terimakasih kepada pengomen itu. Sebagai hadiah, ada masa nanti blog anda akan kuterjah juga. Hak3...

GTO, giler terjah orang status baru diberi
Aku terima dengan hati terbuka
Orang mengomen aku alukan dan ku bukakan hati
Pendapat ikhlas, terima kasih daripada saya.

P/s : Apapun, ianya tetap ku anggap respons membina dan tidak mematahkan semangatku untuk berblog. Aku tetap akan menerjah. Ada yang suka, ada yang tak suka, normal la tu kan?

March 25, 2010

Finalist Contest Terjah Eyriqazz

Salam dari Eyriqazz. Entry Contest Terjah Eyriqazz dirujuk .Susah juga untuk memilih pemenang, mungkin minggu depan eyriqazz akan umumkan pemenang. Sebelum umumkan pemenang, eyriqazz ingin mengacah/menghadiah serangkap pantun buat :

11 Finalist Contest Eyriqazz

Tahniah buat semua finalist, pemenang akan saya pilih dari 11 Finalist ini . Entry ini saya umumkan 6 dulu. Lagi 5, entry yang akan datang . Jadi dengarkan la ye?

Fathiha Zainal nama diberi
Super Junior Eyriqazz comelnya diri
Orangnya cantik menarik sekali
Sudah berpunya belum, tanyalah empunya diri

Tifa finalist yang kedua
Orangnya cantik sudah berkahwin ya
MBP Committee tugas diamanahkan buatnya
Orangnya berdedikasi sudah semestinya

Everything Beautiful cantiknya taglinenya
Kyuubi_85 itulah dia
Blognya sempoi pandai berkata-kata
Usia muda bukan penghalang buatnya

Sakiralicious transformasinya ku kagumi
Template blog menarik aku jealous hati
Buat diri ini tertambat di sini
Inginku singgah hari-hari

Aus orangnya hensem sekali
Menjadi sebutan gadis-gadis dan juga Si Eni
Melankolik maknanya masih ku mencari
Sebutannya unik mungkin itu nickname bekas kekasih yang beri

Asphaq warna hijau menjadi pilihanmu
Header berseni blogger baru
Sekejap pelajar, sekejap blogger apa maksudmu
Ingin juga aku tahu

P/s :Susah juga untuk memilih pemenangnya ya?. Ini pun sudah di shortlistkan separuh. Mesti kalau Contest yang beratus-ratus orang join tu lagi susah kan? Bangga sekejap apabila pernah menang blogging Contest.

P/s/s : Apa pandangan anda? Agak-agak siapa yang patut saya pilih ya?5 finalist seterusnya akan diumumkan kemudian. 

March 23, 2010

Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti

Aku Gembira Sangat

Alhamdulillah, aku menerima panggilan telefon yang begitu mengembirakan hatiku pagi tadi. Berbaloi, penat lelah dan semangatku berblog kini semakin membuahkan hasil. Terimakasih kepada semua yang menyokong tidak kira siapa anda.

InsyaAllah, sekiranya ianya menjadi kenyataan , akan ku khabarkan kembali nanti. Kasitau sekarang pun, kalau tak jadi malu juga kan? Bak kata pepatah, ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Walaupun aku tidak menjadi sang penyu yang bertelur ratusan dan senyap, aku teruja untuk menyampaikan khabar gembira ini terutama buat pembaca blogku.

Yang pasti, ianya bukan entry hangit. Saat yang ku tunggu kian tiba. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan? At least, ada yang sedar akan kewujudanku di dunia blog ini. Semoga rezeki terus datang kepadaku.

Terimakasih dari Saya
Buat anda wahai pembaca
Tanpa anda, tawaran sebegitu mungkin tidak ku terima
Sokongan anda, saya hargai dan ganjarannya InsyaAllah akan dikongsi bersama
Dengan Contest lagi di lain masa
Dengan hadiah yang lebih mempesona

P/s : Agak-agak apa berita gembira itu ya? Siapa mahu jadi Nujum Pak Belalang, silalah teka.
Related Posts with Thumbnails