Showing posts with label gila terjah. Show all posts
Showing posts with label gila terjah. Show all posts

May 10, 2010

Kenapa Anda Mahu Diterjah Eyriqazz

Salam dari Eyriqazz,

Monday Blues muncul lagi
Hari Isnin yang selalu tidak dinanti-nanti
Namun Eyriqazz mahu memberi
Terjahan Eyriqazz kepada yang bertuah kali ini

Berpuitis pula eyriqazz ni. Oklah, straight to the point. Kali ini eyriqazz ingin berikan sesuatu buat bloggers di luar sana terutamanya pembaca setia blog eyriqazz. Eyriqazz ingin menawarkan terjahan kepada bloggers di luar sana selepas menerjah kesemua yang dijanjikan sebelum ini (pemenang contest ).

Anda mahu? Jika mahu inilah yang perlu anda lakukan :

Awas, Anda Sedang Diperhatikan

1) Buat satu entry yang bertajuk " Kenapa Saya Mahu  Diterjah Eyriqazz"

2) Sertakan sekali satu link entry yang paling anda suka atau tak suka di blog Eyriqazz.

2) Selepas buat entry tinggalkan permalink di entry ini.


Itu saja, oh ya, eyriqazz taknak over promise. Jadi, eyriqazz cuma janjikan sekurang-kurangnya 4 blog akan diterjah dari semua  yang buat entry ini. Salah satu sebabnya, Eyriqazz ambil masa yang agak lama untuk menerjah + menulis entry terjah agar kualiti terjahan bertepatan dengan citarasa eyriqazz dan juga blogger yang diterjah.

Yang pasti, orang yang pertama yang menghantar entry akan pasti diterjah.

Sebelum terlupa, niat menerjah bukannya untuk menaikkan hits eyriqazz atau hits blog diterjah kerana hits blog eyriqazz pun suam-suam kuku saja .

Niat adalah untuk berkongsi pendapat akan blog anda yang mungkin boleh memberikan serba sedikit idea untuk memperbaiki mutu blog anda. Umm,anda sendiri yang menentukan mutu terjahan Eyriqazz dan bolehla rujuknya di SINI

Gila Terjah gelaran diberi
Aku terima dengan redha hati
Yang penting niat dihati
Untuk kebaikan bloggers yang diterjah dan diri sendiri

P/s :

Sebelum terlupa, eyriqazz masih berhutang terjah kepada :

1) SakiraLicious -done-
2) Bella -done-
3) MaslinaMansor  -done- (Pemenang Saguhati Contest Terjah Eyriqazz )
4) CoretanMayaku (Pemenang Saguhati Contest Terjah Eyriqazz )
5) Eqah Zaque Billetdoux (Pemenang Saguhati Contest Terjah Eyriqazz )
7) Ariff Amin (boleh kasi link? )

UPDATED

Permohonan untuk diterjah ditutup. So, my promise to all yang buat entry setakat 13 August 2010 , I will terjah All of You. Cuma cepat atau lambat aje. Maaf2kan la ya coz masa saya berblog ni agak suntuk juga. I will update the list soon .

List seterusnya :

1) Joegrimjow - Pemenang Contest hadiah birthday untuk Alisya-
2) Izzah Farhana -Pemenang Contest Kuiz BeautifulNara -
4) Ms J

April 19, 2010

Cik Lily Putih vs Si Gila TV

Salam nak demam dari Eyriqazz,

Kugagahi jua untuk menulis. Janji perlu ditunaikan. Kalau janji lama-lama, orang pun feed up dan menyampah. Saya paling benci orang yang tak tunaikan janji. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Hak3, tempias Si Anonymous singgah di entry. Biarkanlah dia dengan caranya, saya terima seadanya. Yang lepas biarlah lepaskan?

 
 Berbalik kepada tajuk utama. Entry Teratakarmo | Strategi DiSusun di Medan SEO (Search Engine Optimization) dan Contest RM10 Eyriqazz dirujuk. Siapakah yang menjadi mangsa terjahan kali ini? Inilah dia :

Cik Lily Putih tuan empunya diri
Sigilatv blog URL gah berdiri
Orangnya Comel Peramah Sekali
Sekali berborak tentu terhibur hati

Sebelum saya memulakan terjahan@review blog, maaf dipinta jika komen negatif yang diberikan tidak digemari. Niat saya hanya untuk memberikan pandangan peribadi agar mutu dapat diperbaiki .Salam silap harap maafi ya, jangan pula merajuk hati.

1)In Person, Cik Lily Putih Happy Go Lucky dan Peramah orangnya. Seronok berbual dengannya, petah bercakap dan tidak emosional. Sekali pandang ,teringat kat Minah Terjah di TV3. Siapa namanya, lupa la pulak.

2) Bertuah Cik Lily Putih, suami menyokong ke mana saja usaha berblog Cik Lily Putih. Bukan senang nak dapat tu. Cuba tanya bloggers di luar sana.

3)Salah seorang MBP Ambassador. Berat tugas tu. Saya jadi MBP Contributor pun bulan ni tak sempat lagi menulis entry di sana.Kesibukan dan faktor kesihatan anak menjadi faktor utama.Banyak entry auto publishje.

Komen yang agak - pula :

1)Honestly,saya lebih gemarkan Ciklilyputih.blogspot.com dari sigilatv.blogspot.com .Agak negatif bunyinya especially part gila tu. This is the first impression when people visit your blog jadi gunakan ia sebaik-baiknya. Apapun, lain padang lain belalang kan?

2)Font agak kecil dan sukar untuk dibaca especially bila template CikLilyPutih 3 column. Jadi,nampak agak berserabut dan memeningkan kepada terutama bagi saya yang menggunakan skrin laptop yang kecil. Pandangan saya tukar template seperti dilakukan oleh Kak Tash ataupun ubah font.

3) Gambar menarik dan cantik cuma agak kecil. Mungkin kerana tiga column. Jadi kelebihan gambar yang menarik gagal untuk diserlahkan.

4)Penulisan dan gaya bahasa sudah menarik. Cuma mungkin boleh variasikan lagi entry dan serlahkan kelebihan blog anda. Di situlah lebih mudah untuk orang singgah lagi.

Cukupla dulu, banyak-banyak marah pula Cik Lily Putih nanti. Last but not least serangkap pantun buat CikLilyPutih :

CikLilyPutih vs SiGilaTv tajuk diberi
Salah coretan harap maafi
Good Luck dan teruskan berblog masih banyak yang perlu diperbaiki
Sama-samalah kita berusaha untuk kebaikan bersama dan diri sendiri

P/s : Jom Terjah CikLilyPutih. Apa pula pandangan anda tentang CikLilyPutih?

P/s/s : Ingin pula menerjah blogger popular kembali. Siapakah pilihan anda ,silalah pilih akan kubuatkan satu terjahan di entry .

March 28, 2010

Ni Great Teacher Onizuka...atau giler terjah orang????

Akupun Sedang Di perhatikan!!

Semalam di tengah malam , sedang sibuk melayan jiwang dan baruje habis tengok drama Miah Oh Miah, buka dashboard blogspot, terima komen ini:


Nickname  Terbaru diberikan kepadaku

Hak3, terimakasih . Walaupun agak sedih sedikit, namun aku terima komen daripada dia. Lagipun, at least ,dia tak letak Anonymous ataupun mungkin dia bergurau sahaja. Kalau dia tak berguraupun, aku terima juga kerana itu pendapat dia.Jadi, sebagai penulis blog kenalah terima kan?

Tak bolehla nak harapkan orang memuji je kan tiap-tiap kali? Haahla, GTO (Giler Terjah Orang). Nickname baruni. Mungkin ayat nya pelik dan bunyinya agak negatif skit, tapi aku rasakan apa yang dia nak cakapkan, aku minat/suka terjah orang.

Apapun, saya masih ucapkan terimakasih kepada pengomen itu. Sebagai hadiah, ada masa nanti blog anda akan kuterjah juga. Hak3...

GTO, giler terjah orang status baru diberi
Aku terima dengan hati terbuka
Orang mengomen aku alukan dan ku bukakan hati
Pendapat ikhlas, terima kasih daripada saya.

P/s : Apapun, ianya tetap ku anggap respons membina dan tidak mematahkan semangatku untuk berblog. Aku tetap akan menerjah. Ada yang suka, ada yang tak suka, normal la tu kan?
Related Posts with Thumbnails