October 26, 2009

Project Alpha - BeautifulNara Terlampau

Project Alpha dah memasuki minggu keenam rasanya.Rasanya tidak perlulah saya memperkenalkan lagi kepada anda semua apa itu Project Alpha.Sekadar poster sudah cukup rasanya diperkenalkan di sini :

Project Alpha - Mempersembahkan penulis blog terkenal di Malaysia

Nukilan saya sebelum ini semuanya dalam bahasa Inggeris (minggu ke 3-5 iaitu The Reddish Redmummy , Project Alpha - The Cheerful Jojo Struys dan Project Alpha : The Favourites Part  ). Namun kali ini saya ingin mencipta satu kelainan.

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009, saya akan menulis nukilan berkenaan Project Alpha di dalam Bahasa Melayu.Jadi,saya akan cuba untuk cuba menulis dalam Bahasa Melayu yang terbaik yang mampu saya lakukan. Sebab lain adalah kerana sepanjang minggu pertama sehingga ketiga,hanya seorang yang berjaya memenangi hadiah menulis berkaitan Project Alpha ini yang menulis dalam Bahasa Melayu.Jadi,saya ingin mencuba nasib saya pula kali ni.Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.

Kali ini saya akan menulis berkenaan BeautifulNara atau lebih tepat lagi secebis ulasan berkenaan BeautifulNara sepanjang ianya ditayangkan di Youtube dan http://www.hitz.fm/ .Saya akan turut selitkan soalan-soalan berbentuk kontroversi/gosip bersempena dengan tema blog BeautifulNara iaitu gosip/perkembangan artis terkini. Jadi,apa tunggu lagi?Saksikanlah ulasan saya berkenaan Beautiful Nara :

Episod 1


Jojo melawat BeautifulNara dirumahnya di Sungai Buloh.Cantik betul rumah BeautifulNara.Kalau anda nak tahu,rumah ini dibeli menggunakan pendapatan nya berblog di BeautifulNara.Berbaloi-baloi (Hehehe,Ini hanyalah tafsiran dan gosip yang direka oleh saya sendiri sahaja).Jangan marah ye Abang Nara?Nara diambil didalam bahasa Korea yang bermasuk negara.Jadi Beautifulnara bermaksud negara yang cantik.


Di sinilah tempat BeautifulNara menulis blognya.Katanya dia menulis blog nya di waktu malam (pukul 10 malam ke atas). Bukan mudah untuk berjaya,kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan?Seperti kata ayah BeautifulNara,kadang-kadang BeautifulNara pukul 2 pagi pun belum tidur lagi menulis di blog nya.Syabas di atas komitmennya untuk pembacanya.Agak-agak kalau BeautifulNara langsung tidak mengemaskinikan blognya selama sebulan,adakah pelawat blognya akan masih setia dengannya?


Tips berguna daripada BeautifulNara untuk menjadi penulis blog yang berjaya dan terkenal : 1)Tulisla apa yang anda ingin tulis 2)Jangan terlalu skema dengan penulisan anda (tak marahke Utusan nanti bila nama Utusan disebut-sebut?) 3) Buatlah blog anda itu seronok untuk dibaca dan menarik .Apa yang seronok dibaca dan menarik selain menulis pasal gosip artis ya? Politik?Tak berminat.Peribadi?Dah ramai dah.Ekonomi?Bosan.Jadi apa ya?Seperti kata Bang Bil ''Lu Fikirlah Sendiri"

Episod 2

Terkejut Jojo Struys apabila diberitahu bahawa blog BeautifulNara mencecah 2.5 juta pengunjung bulan lepas.Banyak tu,lebih kurang 83,000 sehari.Saya sebulan nak cecah sebanyak itu pun susah.Inilah kuasa artis di Malaysia.Ramai pembaca yang meminati gosip/perkembangan artis.Agak-agak kalau keluar gosip mengenai kisah BeautifulNara terlampau atau BeautifulNara bakal kahwin dua sekaligus,mampu ke ianya mencapai bilangan pengunjung sehebat ini?Fikir-fikirkanlah...


Tahukah anda Abang Nara tidak begitu meminati kerjanya sekarang sebagai seorang akauntan?Jadi ,apa lagi ,nanti bila Abg Nara dah bersedia nak menjadi penulis blog sepenuh masa,bolehla minta Abang Nara cadangkan anda mengambil jawatannya sekarang.Mahu-mahu gaji akauntan pun RM5 ribu ++...Abang Nara,hasil pendapatan penulisan blog Abang Nara boleh kalahkan Redmummy tak?


Lagi Tips dari Beautifulnara : 1)Pastikan blog anda unik.Pilihla nama yang bersesuaian. 2)Tulisla di waktu malam (Nanti-nanti Abang Nara/Nazuwan dah kahwin senang ke nak menulis di waktu malam.Malam Jumaat macam mana?Ada ''entry tak''?)

Episod 3

Tergelak Jojo Struys bila ayah Abang Nara memberitahu bahawa Abang Nara begitu minat membaca.Sampaikan sambil makan pun membaca.Bagus tu,membaca itu jambatan ilmu.Tapi,apa yang Abang Nara baca semasa makan ya?URTV,Mangga,Hai ataupun Aksi?

Episod 4

Walaupun bertudung Jojo Struys tetap cantik dan menawan.Sesi cara-cara memakai tudung bersama kakak BeautifulNara.Untung kakak BeautifulNara,dapat publisiti yang begitu meriah.Namun,sampai sekarang saya masih belum tahu alamat blog kakak BeautifulNara.Ada sesiapa yang tahu?Bolehla berkongsi.Ingin juga saya kunjungi.

Episod 5

BeautifulNara(Nazuwan) meminati Scha Al-Yahya.Fazlin (BeautifulNara teman wanita) meminati Fahrin Ahmad.Adakah mereka akan turut bermasam-muka dan memutuskan hubungan sekiranya Fahrin dan Scha berpisah sepertimana semasa Fahrin dan Linda Onn berpisah?Adakah BeautifulNara akan menutup blognya sekiranya mereka berpisah?Tepuk dada,tanyalah selera.Hanya BeautifulNara yang mampu menjawabnya.

Episod 6

"Budiey,saya cabar kamu",itulah kata-kata BeautifulNara apabila diberitahu oleh Jojo Struys yang Project Alpha akan menemukan mereka .Maklumlah,untuk menambahkan kontroversi mereka perlulah ditemukan.Mereka kan pesaing hebat di dunia blog.Adakah pertemuan mereka sehebat gosip antara Aznil Haji Nawawi dan Azwan Ali?Ataupun mampukah ianya mengecapi respons pembaca sehebat gosip Fasha Sandha dan Nora Danish?Marilah kita sama-sama menyaksikannya.
 

Episod 7


BeautifulNara dan Budiey dicabar untuk bertanding sesama mereka.Agaknya siapa yang menang ya?Di samping itu,agak pelik juga kenapa pengunjung (views) yang menyaksikan BeautifulNara di Youtube tidak sebanyak pengunjung sehari di BeautifulNara ataupun Budiey?Adakah pembaca lebih suka membaca gosip artis itu sendiri dan bukannya penulis gosip atau blog tersebut?Ataupun talian internet terlalu perlahan dah susah nak 'loading'? Ada sesiapa yang mampu menjawabnya?

Episod 8 (Episod buatan sendiri)

Kalau di minggu ketiga pertandingan Project Alpha saya mencadangkan menukar kepada Red Daddy nama blog saya,mungkin kali ini saya rasakan nama yang boleh mempopularkan blog saya kepada 'BeautifulDaddy'(Auuuw/kontroversi gitu) .Apapun,pesanan dari saya,cubalah Adidas Action 3,anda pasti puas hati!!

Pesanan kepada pembacaku/Nuffnangers.Marilah sertai pertandingan menulis blog Project Alpha.Masih ada 2 minggu lagi rasanya.Macam mana nak sertai?Lawatla laman web ini http://www.nuffnang.com.my/projectalpha .Hadiahnya memang mengancam dan memuaskan.Saya sudah merasainya,anda bila lagi?Belum cuba belum tahukan?Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Menutup nukilan ini, terimalah dua rangkap pantun daripada saya :


Beautifulnara nama diberi,

Gosip terkini hiburan sensasi,
Pengunjung ramai riuh sekali,
Abang Nara, penulisanmu dihargai.

Beutifulnara terlampau nukilan hari ini,

Project Alpha hebat sekali,
Di lain masa berjumpa lagi,
Salah dan silap harap maafi.

P/s : Tajuk sengaja dikontroversikan kerana mengikut nasihat yang diberikan oleh BeautifulNara (tajuk hendaklah 'catchy' dan menarik untuk orang membacanya)

22 comments:

  1. haha.banyak betul gosip yang dibuat dalam entri nie. nice one. thanks ya ^_^

    ReplyDelete
  2. http://lorongsetia8.com/

    link blog kak Nara :)

    ReplyDelete
  3. wahhh congrats!!!!!! menang lagi week four!!

    ReplyDelete
  4. wahh..bangnara dtg sini..sure got high traffic..

    ReplyDelete
  5. he3.
    Memang nampak menarik hadiah dari nuffnang tu
    (^_^)

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat akak yg masih jahil dlm dunia blogging ni kan Kalau nk blogging :
    1. kena set matlamat utk apa - peribadi, for making money , just for fun etc. Setengah org more pd peribadi cam akak ni, buat kenangan tuk anak cucu. My hubby's friend just passed away due to lung cancer, wife dia kata nasib baik masa arwah hidup arwah ada blog at least boleh buat lepas rindu.
    2. U mesti kena ada aura gak cam Mawi tu, sbb mostly so far pd akak personally kebanyakan blog biasa je cuma topik dia je yg buat org suka nk baca dan aura blogger tu sendiri, sebab kdg tu ada yg blog yg lebih baik dari yg top 10 tu tp still org tak minat baca. As Redmummy said Sirman lg dulu buat blog tp Redmummy yg meletup, tu sebab aura dia tu.
    3. Mostly blogger remaja mmg suka pada topik2 cam si Nara tu and Redmummy b'coz she still young, beautiful n stylish .Cam redmummy tu agak nya kalau dia dah berusia U ingat still org nk baca ke atau MAC still nk offer for Personal Shopper.
    4. Agaknya kalau Tun Dr Mahathir boleh dicalunkan for Project Alpha akak rasa blog CheDet mesti boleh kalahkan blogger singapore tu kan.

    P/s Nanti akak nk link blog ye

    ReplyDelete
  7. Aku tak punya apa yang nk dicoretkan. Tapi aku enjoy membaca. Gud job...teruskan..takpa, nanti aku belikan diri aku sendiri adidas 3. Ahhahahah. Korang nk pesan pun boleh, aku charge double. Kuang kuang kuang.

    ReplyDelete
  8. add oil beautiful daddy!!
    good luck!

    ReplyDelete
  9. salam...ehehhe, dah tau ek my blog.

    tahniah mari kita naikkan blog kita lawan Beautifulnara!

    ReplyDelete
  10. untung tul tuan punya blog...
    beautifulnara dtg melawat...
    pas nie sure pelawat mencanak2 yek..
    hahaha...
    salam kenal dr sumijelly..

    ReplyDelete
  11. wow..first comment from beautifulnara. how luck are you dude..thanks for leave me msg. im newbie. please teach me ya~

    nice entry. sure no ppl boring with that

    ReplyDelete
  12. s'takat abgnara dtg melawat tapi dia x promote blog nie, x kan ler traffic nak naik huhu..come2 exchnge link (^.^)

    ReplyDelete
  13. W/pun saya tak tgk Project Alpha di TV (ni kes kn rebut TV dgn anak2 dulu!! >_<) Nasib baik ada ulang tayang kat nuff!! Happening betul le Abg Nara tu..

    Kak Nara pun ikut interprame gak..masyuk la pas nih..

    Buat GTO owner : Saya suka baca blog anda!! >_<

    ReplyDelete
  14. For those who read his blog, this is a definitely one stop centre for them to view all the episode with your description as well.

    As for me, I am not reader of his blog. But, I can only say the post is clear, complete and whats make people come to here is your own comments in each video clips.

    ReplyDelete
  15. Good review i think.
    without having to watch d video u've describe it with only photos. and plus with ur own 'selitan' comments which is funny.. :)

    ReplyDelete
  16. menarik betul hadiah-hadian yang ditawarkan eg..
    semoga apa ia lebih membuatkan peminat cikgu tertarik dengan blog cikgu..

    ReplyDelete
  17. untuk mencapat matlamat kita hendaklah sentiasa bersungguh dan berusaha keras...
    walaupun dunia blog ini nampak senang tapi untuk mencapai kejayaan ia perlu kepada kemahiran dan kekreatifan seseorang..
    syabas cikgu diatas blog yang mantap ini..
    saya baru jer belajar dunia blog..
    kalau ada yang kurang ajarkan saya..

    ReplyDelete
  18. bestnya dapat hadiah dari nuffnang kan...

    ReplyDelete
  19. hai,
    nice conclusion about Kak Nara.
    I only know about him last 2 weeks in Singapore, by his real name... Wan.

    Dat time, sy xsdar angin ribut khabar berite pun Kak Nara ni = a guy.
    hahaha~ bdw, let me know u one secret.

    Beside his 'hot gossiping' attitude, he's totally a generous guy & yg paling penting, he did..respect an elders so much.

    Eventhogh he soooooo famous (me myself br tau hits die berjuta from ur post ni), but he so down to earth, approch me & my mum first + offer some help. nice kan?

    hihihihi~

    *bleh tambah panjangkan posting En.Cikgu ek! sy xsmpat lg puji die kat blog saye =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails