October 27, 2009

Komenku Pasal Bajet 2010

Ramai orang sedang sibuk bercakap pasal Bajet 2010.Ni sedikit ringkasan menarik mengenai Bajet 2010 dari blog sharinginfoz :

Ringkasan Bajet 2010/Summary of Budget 2010

Aku taknak komen lebih pasal budgetni,hanya nak berkongsi + dan - untukku dan keluarga melalui Bujet 2010 ini :
  1. Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband (+RM500,ishh penting broadbandni,result Pimpmybroadband Digi bila nak kluar ye?)
  2. Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini (+ point untuk isteriku,tapi isteriku cakap susah nak buat pinjaman komputerni,banyak yang kena isi.Kalau tak,kenapa pinjaman komputer isteriku pakai pinjaman syarikatku?Hehehe...)
  3. Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. (-RM100, both aku dan isteri pakai satu kredit kad)
  4. Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun (+RM1,000)
  5. Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009(Dapat juga bonus isteriku,tahun lepas dah tak dpt)
Apa pandangan korang,Bajet tahun ni :


Cantik atau tak? (Ini adalah Ayam dan bukannya Anjing)

Umm,my wish list untuk Bajet 2011 nanti
  1.  Pelepasan Individu ke atas faedah pinjaman perumahan/kereta/peribadi. Menggalakkan orang ramai membeli kereta/rumah disamping keuntungan bank bertambah dan secara tidak langsung pendapatan cukai kerajaan turut bertambah
  2. Pelepasan Individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM15,000 (tak banyakpun,lebih kurang RM1,250 je sebulan.Dekat KL ni banyak tu cukup untuk bayar sewa/pinjaman rumah,bil air/elektrik,dan bil telefon.
  3. 10% servis caj restoran tertentu seperti di Pizza Hut dimansuhkan.
  4. Servis caj kredit kad dimansuhkan untuk kredit kad pertama.Kredit kad dah macam keperluan sekarang ni.
  5. Kadar faedah daripada kredit kad daripada 18% setahun diturunkan kepada <10% setahun kepada pengguna yang membayar sekurang-kurangnya minimum payment tanpa gagal selama >1tahun.Pengguna yang baik dan kurang berisiko patut mendapat faedah yang lebihkan?
  6. Harga rokok dinaikkan 100% (hehehe,sorry perokok,saya tak suka rokok.Sebab rokokla ayah saya kena tibi dan bermacam-macam penyakit lain lagi)
  7. Pelepasan Individu ke atas pemberian wang kepada ibubapa.Sekarang ni hanya untuk perubatan sahaja.
  8. Ada sesiapa yang nak tambah?
P/s : Bajet 2010 negara sudah dikeluarkan.Bajet 2010 keluarga dan diri sendiri sudah disiapkan ke?Rancanglah perbelanjaan dan simpanan anda.Gagal merancang adalah merancang untuk gagal)

7 comments:

  1. Hmmmmm, kalau ikutkan wish list rasanya bagus juga kalau kerajaan naikkan pelepasan untuk isteri sekarang ni RM3,000 bagilah RM10,000 ke at least bagi yang buat joint assessment dapat benefit... Satu lagi naikkan pelepasan untuk insurans / KWSP currently RM6,000 (bajet 2010 RM7,000 tapi untuk skim annuti) kepada say RM10,000.....

    ReplyDelete
  2. hai..

    ha..nk komen gak.heeee =)

    pasal PTPTN..yg mane akan bg free for those student yg get 1st class only.my lec pun ckp..ini tak adil.. tau tak nape?sb kalo kite kire la,bape ramai budak melayu dpt 1st class??fakulti kitorang (applied science) less than 10.igt senang ke nak dpt 1st class??kalo nak bg...bg j la btol2 at least student yg dapat 3pointer n above.cube imagine,each faculty berbeza tahap difficuty masing2..komform2 la student yg std dlm kos engineering,medic,applied science,pharmacy..tak dpt benefit ni.kite bleh nmpak yg score 1st class dr faculty yg tak bape nk susah..malas nak mention..tamau wat kontroversi..tp tu la..tak adil la bg kitorg yg std bermati2an..

    ini tak adil..kan3??

    apa pndapat awak plak???

    ReplyDelete
  3. Aku nak komen 1 je.berkenaan dengan perubatan kepada warga emas yang tidak berkemampuan. Klau korang tgk dunia luar,kejap2 ada jer warga emas mintak bantuan kewangan untuk membiyai perubatan itu ini, alangkah baiknya, bila dikenalpasti jer tak berkemampuan, pembiayaan perubatan sepenuhnya diberikan. Bukan takda yg membantu, cuma kita masih kurang. Masuk Tv3 baru cepat tindakan diambil pihak tertentu.

    ReplyDelete
  4. saya ade 1 masalah, dr dulu mmg xamik tau pasal bajet2 ke ape ke..lagi2 tang politik. tapi, sebenarnye tak bley gak..bajet kite kene tau. hak rakyat woo.

    jgn ikut style gwe :P hehehehe

    ReplyDelete
  5. sy setuju ngan akmar ramli tu...
    cam sy ni..student engineering...
    pointer pon 3 lebih skit jer...
    mcm xder harapan...
    patutnyer...bagi jer free sumer...
    lagipon..kite nak blajar..bukan membuang duit x tentu hala..huhu
    harp2 bajet 2011 nnt ptptn terus jadik biasiswa...hehe(^^)

    ReplyDelete
  6. aku terpanggil untuk membangkang Eddy dan akmar ramli. Betol la kerajaan buat tu. Lagipun kalau bagi banyak sangat kemudahan pada korang yang bergelar 'student' nie, lemau jadinya. Bukannya aku tak pernah jadi student. Asal dapat sejelepuk je, enjoy jer lebih. Baik bagi pada yang betol2 hebat.Walau apa pun, course nya,korang belajar la..score..bukan sebab course menjadi penghalang untuk 1st class.

    ReplyDelete
  7. memang ramai pelajar yg meminjam ptptn, tetapi bajet 2010 tidak memberi kebaikan kpd semua pelajar yg meminjam.kalau pelepasan bayaran balik hanya diberi kpd 1st sahaja, ini akan memyebabkan rasuah berlaku di IPTA DAN IPTS krn pelajar akan tersangat gila utk dapatkan 1st class.pelajar akan gila membaca yg akan menjejaskan kesihatan dgn tdk mempedulikan aktiviti-akitiviti lain yg bermanfaat dan mungkin juga pelajar sanggup mati utk dapatkan 1st class. pelajar akan gila membuat penipuan dlm peperiksaan.pelajar akan cuba utk memilih universiti dgn CGPA utk 1st class terendah cth 3.5.kalau seseong pelajar di sesetengah Universiti mendapat 3.65 iaitu tdk diiktiraf sbg 1st class,???? apa yg kan pelajar itu fikir krn tdk dapat biasiswa!!!!!!!!! ada universiti yg hanya perlu 3.5 utk 1st class dan ini tdk setara antara universiti. macam tu lebih baik utk tetapkan sahaja pelajar mendapat CGPA 3.50 dan ke atas utk biasiswa utk digantikan 1st class.!!!!!!! point satu lagi ialah 2nd class upper juga perlu diberi perhatian krn diskaun spt 50% utk ptptn juga perlu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi