Showing posts with label finance. Show all posts
Showing posts with label finance. Show all posts

August 13, 2012

Gen Y Banyak Berhutang - Di Mana Silapnya?


Pekerja Gen Y Banyak Berhutang - Personal Money Edisi Ogos 2012-
Gen Y - "generasi yang lahir pada tahun 80an sehingga awal 2000an- 
Yes, I'm one of them...

Anyway, di manakah Silapnya? Pandangan Saya mungkin ianya disebabkan :

1) Lifestyle is Not According to Income (Bak Kata Gusrina di SINI)
2) Gaji yang tidak setimpal dengan kos Sara Hidup semasa. I..e 5 tahun lepas gaji fresh grad around RM2K+ ,nowadays pun still RM2K+. Cukup ke?
3) Mudah dapat pinjaman i.e. Kredit Kad
4) Kos kahwin yang semakin tinggi, jadi Personal Loan sebagai ganti. Anak dah masuk 2 tiga, hutang Personal Loan belum habis lagi (tunjuk jari kat diri sendiri). - Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin -  

5) Kurang Bijak menguruskan Kewangan?

Apa pula pandangan anda? Gen Y Banyak Berhutang - Di Mana Silapnya?

March 17, 2012

Duit : Kawan Boleh Jadi Lawan

Hebat sungguh penangan duit. Kawan Boleh Jadi Lawan, Adik Beradik Boleh Putus Saudara,MakAyah tak mengaku anak, dan pelbagai lagi. Tersentuh hati ini bila membaca e-mail dari yang bermasalah itu rentetan dari entry : What Will You Do : Masalah dengan Pinjaman Peribadi dan Kad Kredit


Yup, Kawan/Sahabat Sejati Sukar dicari...
Tak percaya? Ujilah mereka dengan kesusahan anda, berapa ramai yang akan tampil untuk membantu?. U will know siapa Sahabat anda when u need them..
"Sahabat Ketawa Bersama Senang dicari, Sahabat Menangis Bersama Sukar Dicari"

Inilah balasan e-mailnya :

" Assallamualaikum,

Terima kasih pd tuan admin kerana memberi peluang pd saya melihat pendapat kawan2 semua.
Sebelum ni saya mmg takde masalah dgn kewangan
Semua ni terjadi bila saya menolong kawan saya yg sdg 'sesak' teramat sgt.
Kebetulan sy sdg buat renovation rumah baru saya.
Janjinya akan byr sepenuhnya bila sy selesai renovate rumah.
Sayangnya dia mungkir janji dan saya terpaksa gunakan kad kredit
Kalau nak cerita ttg simpanan, sy mmg ada menyimpan
Tapi mungkin dosa2 sy yg lalu (mungkin tak byr zakat atau kurang bersedekah) duit simpanan sy pun habis ditipu org jgk.
Nak refinance rumah pun tak boleh sbb nama dah 'tak cantik'
Apa lg yg saya mampu buat hanya berdoa dan mengamalkan zikirullah supaya sy tenang.
Moga tuhan akan memberi petunjuk pd sy untuk menyelesaikan masalah saya ini
Saya redha dgn apa yg jd..

Terima kasih sekali. Moga tuhan saja membalas jasa baik kalian semua
Wassallam"

Yup, Zakat Jangan Lupa. Juga, Hidupkan Untuk Memberi , dan InsyaAllah, hidup kita dipermudahkan especially dari urusan kewangan. Tips yang eyriqazz amalkan sejak mula bekerja until now, Alhamdulillah, jarang sekali eyriqazz dan keluarga mengalami masalah kewangan yang kritikal.  

Eyriqazz totally agree dengan Tips Menjadi Jutawan ini, the more we share, the more we will get..

Berhati-hatila juga dalam memberi pinjaman kepada rakan-rakan. Andainya ianya bakal membebankan kita, tolak la dengan cara yang baik. Kalau kita mampu, apa salahnya kalau rakan 'betul genuine' dan boleh dipercayai.

P/s : Pengalaman mematangkan kehidupan. Alhamdulillah, Ebook ini banyak membantu saya dalam menambah Side Income dan mengurangkan di bahagian Liabiliti. Thanks Bro....

March 2, 2012

What Will You Do : Masalah Dengan Penyewa Rumah

Assalamualaikum Readers,


Pengalaman menyewakan rumah pertama tidak semudah yang disangka. 3 bulan pertama, semuanya berjalan lancar. Masuk kali ini, bulan keempat sudah menampakkan ada masalah dengan penyewa rumah sekarang.Sudah ditapis sebelum ini, namun ianya tetap berlaku. Biasanya tak pernah lewat sebegini, tapi bulan ini, lain pula jadinya...

Loan rumah telahpun dipotong dari gaji RM1,200, namun sewa rumah belum lagi diterima dari penyewa bulan ini. Inilah jawapan yang saya terima apabila saya tanyakan lebih lanjut berkenaan "Bilakah Sewa Rumah dapat dibayar?"

Jawapan penyewa : Maaf Encik Eyriqazz. Saya sebenarnya belum dapat gaji. Sepatutnya dapat 28hb . Ada loan saya yang dah dua bulan dan bayar sekaligus tapi tak dapat dah jadi 3 bulan. Pening ni. Datuk tak sign lagi gaji , saya yang merana. Mungkin lepas ni saya cari kerja lain. Tadi i check lagi dengan finance belum sign dia orang cakap paling lewat 7hb March. Lagi pening macam2 commitment tak dapat bayar. Sekali lagi saya minta maaf,saya akan usahakan secepat mungkin.

P.s : Penyewa saya ini adalah seorang Manager bekerja di Oil & Gas, bangunan di KLCC....

Mungkin Ebook ini boleh membantu saya...InsyaAllah, akan saya cuba khatamkan secepat mungkin...

Anyway, sudah pasti saya pun turut menerima tempiasnya. Gaji dah dipotong dan bil-bil perlu dijelaskan juga. Lebih-lebih lagi dengan persiapan menanti kehadiran insan baru tak lama lagi. Jika anda di situasi saya :

What Will You Do?
Patutkah Dihantar Brader-Brader Ketak untuk Kutip Sewa?

August 20, 2010

Kelebihan AEON Kredit Kad

Memang berbaloi-baloi menggunakan AEON Kredit Kad. Banyak kelebihannya . Memang berbaloi saya Curang walaupun Kesetiaan ku Diuji beberapa bulan yang lepas. Selepas menggunakannya beberapa bulan, memang berpuas hati. Dan salah satu Kelebihan AEON Kredit Kad yang kami kecapi lagi adalah :

Dapat Redeem dengan Jusco Gift Voucher

Bulan ini redeem dpt RM190 Jusco Voucher. Ini redeem kali kedua or ketiga tahun ini rasanya. Before ni a few hundred juga rasanya. Dengan Kredit Kad AEON , matanya jadi berganda bila shopping di Jusco. Shopping di tempat lain still dpt point walaupun kurang skit. Before this, setahun pakai Maybank Credit Card nak dapatkan RM100 voucher pun susah. Tapi dengan AEON ni, tak sampai setahun dah lebih RM200 kami redeem voucher setakat ini.

Banyak lagi kelebihan kredit kad ini, bolehla refer sini [ Kelebihan AEON kredit kad ] . Rasanya ini antara kredit kad terbaik di Malaysia especially jika anda pengguna/pembeli setia di JUSCO.

Apapun, tepuk dada,tanya selera. Pesanan buat AEON kredit kad ,rasanya syarikat anda patut Advertise Kredit Kad ini di Nuffnang untuk menarik lebih ramai pengguna. Saya percaya tentu ramai yang akan lebih tertarik especially bila buat event dianjurkan sekali bersama Nuffnang juga. Belum cuba, belum tahukan? Sudah cuba, mahu cuba-cuba lagi.

P/s : Bolehla shopping baru raya untuk Alisya dan Mama nanti.

P/s/s : Apa pula kredit kad pilihan anda dan kenapa ianya menjadi pilihan? Manatau boleh dicuba di masa hadapan jika ianya bagus.

February 23, 2010

Kesetiaan Ku Diuji

Kenapa begini jadinya? Kusangkakan panas sehingga petang, namun hujan di tengah hari. Ohh, kesetiaan ku betul-betul diuji. Pilihan dan keputusan perlu ku buat. Di telan mati Mak, diluah mati ayah. Serba salah aku dibuatnya.Why,Why Me? Kenapa aku yang diuji sebegini?Ohh,susahnya :

Untukku membuat Keputusan

Pertemuanku dengan gadis cantik itu di sebuah Pasar Raya telah meruntun perasaan dan sanubariku. Adakah aku perlu curang? Aku begitu sayangkan mu,Sayang. Aku setia denganmu sejak dulu lagi dan aku tidak pernah beralih angin. Susah senang dilalui bersama dan dikau telah banyak menolongku terutamanya dalam kewangan. Tanpamu, mungkin susah untukku meneruskan sisa-sisa hidup yang penuh cabaran ini.

Namun, Iman ku semakin tergugat. Susah untuk kulupakan pelawaan yang begitu menarik itu. Once in a lifetime opportunity, susah untuk kulepaskan. Berbulan-bulan aku memikirkan pelawaan tersebut, dan agak susah untukku membuat keputusan, namun keputusan perlu dibuat. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Akhirnya, aku membuat keputusanku beberapa minggu yang lepas. Maafkan aku Sayang, aku terpaksa curang kepadamu walaupun telah bertahun-tahun aku setia kepadamu. Aku curang kepadamu demi :


AEON Credit Card

Maafkan ku Sayang (Maybank Credit Card), aku curang kepadamu.Tawaran AEON Kredit Kad begitu menarik dan sukar untuk kulepaskan. Sistem pointnya lebih menarik dan aku dan Isteri adalah pengguna setia JUSCO.Setiap tahun, tanpa kredit kadpun ,lebih RM100 voucher kami perolehi.Dengan kredit kad, jumlah ini akan menjadi berganda . Sedangkan dengan point mu, nak dapatkan voucher RM10 Pizza Hut pun dekat 3,000 point (RM3,000) perlu dibelanjakan . Dengan AEON tidak sampai 1,500 point (RM1,500 guna kad) aku sudah ble dapat voucher sebegitu. Aku terpaksa curang kepadamu namun jasamu tetap ku kenang.

Hik3, siapa yang terkena ya? Gadis cantik itu adalah promoter yang mempromosikan kredit kad di JUSCO itu.Hehehe, aku rasa aku membuat pilihan yang tepat. Sebagai pengguna ,kurasakan aku layak untuk memilih pilihan yang bersesuaian dengan citarasaku dan menjanjikan kegembiraan buatku.Isteriku suka benar shopping di Jusco dan memang selesa shopping disitu.Kemudahannya memang memuaskan.

P/s :Bukan aku saja yang curang. Isteriku juga ku pujuk untuk curang.Hasilnya, both of us adalah pengguna AEON Credit Card now. Bagi kami, "Kami Mesti Pilih".Baguske curang-curang ni ye?

P/s/s :Anda pula bagaimana? Kredit Kad apa pilihan anda?Kalau saya memilih JUSCO, apa pula pilihan anda?

P/s/s/s :Berhati-hati menggunakan kad kredit. Tersilap langkah, buruk padahnya. Honestly, kredit kad ini lebih by membawa keburukan daripada kebaikan tapi ianya bagaikan satu keperluan kini.Betultak?

October 27, 2009

Komenku Pasal Bajet 2010

Ramai orang sedang sibuk bercakap pasal Bajet 2010.Ni sedikit ringkasan menarik mengenai Bajet 2010 dari blog sharinginfoz :

Ringkasan Bajet 2010/Summary of Budget 2010

Aku taknak komen lebih pasal budgetni,hanya nak berkongsi + dan - untukku dan keluarga melalui Bujet 2010 ini :
  1. Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband (+RM500,ishh penting broadbandni,result Pimpmybroadband Digi bila nak kluar ye?)
  2. Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini (+ point untuk isteriku,tapi isteriku cakap susah nak buat pinjaman komputerni,banyak yang kena isi.Kalau tak,kenapa pinjaman komputer isteriku pakai pinjaman syarikatku?Hehehe...)
  3. Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. (-RM100, both aku dan isteri pakai satu kredit kad)
  4. Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun (+RM1,000)
  5. Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009(Dapat juga bonus isteriku,tahun lepas dah tak dpt)
Apa pandangan korang,Bajet tahun ni :


Cantik atau tak? (Ini adalah Ayam dan bukannya Anjing)

Umm,my wish list untuk Bajet 2011 nanti
  1.  Pelepasan Individu ke atas faedah pinjaman perumahan/kereta/peribadi. Menggalakkan orang ramai membeli kereta/rumah disamping keuntungan bank bertambah dan secara tidak langsung pendapatan cukai kerajaan turut bertambah
  2. Pelepasan Individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM15,000 (tak banyakpun,lebih kurang RM1,250 je sebulan.Dekat KL ni banyak tu cukup untuk bayar sewa/pinjaman rumah,bil air/elektrik,dan bil telefon.
  3. 10% servis caj restoran tertentu seperti di Pizza Hut dimansuhkan.
  4. Servis caj kredit kad dimansuhkan untuk kredit kad pertama.Kredit kad dah macam keperluan sekarang ni.
  5. Kadar faedah daripada kredit kad daripada 18% setahun diturunkan kepada <10% setahun kepada pengguna yang membayar sekurang-kurangnya minimum payment tanpa gagal selama >1tahun.Pengguna yang baik dan kurang berisiko patut mendapat faedah yang lebihkan?
  6. Harga rokok dinaikkan 100% (hehehe,sorry perokok,saya tak suka rokok.Sebab rokokla ayah saya kena tibi dan bermacam-macam penyakit lain lagi)
  7. Pelepasan Individu ke atas pemberian wang kepada ibubapa.Sekarang ni hanya untuk perubatan sahaja.
  8. Ada sesiapa yang nak tambah?
P/s : Bajet 2010 negara sudah dikeluarkan.Bajet 2010 keluarga dan diri sendiri sudah disiapkan ke?Rancanglah perbelanjaan dan simpanan anda.Gagal merancang adalah merancang untuk gagal)
Related Posts with Thumbnails