Showing posts with label financial planning. Show all posts
Showing posts with label financial planning. Show all posts

October 5, 2012

Hidup Lebih Gembira Tanpa Kad Kredit


Alhamdulillah, dah lebih kurang setahun Eyriqazz Potong both Kad Kredit . Now, langsung tidak menggunakan kredit kad, just bayar jumlah yang masih tertunggak. My target to settlekan jumlah tertunggak lebih kurang RM7K by next year.

Kredit Kad | Ah Long yang Sangat Senyap. Sepanjang tempoh setahun ini, apa yang boleh saya katakan , Hidup Lebih gembira tanpa kredit kad dan :

# Kredit Kad bukannya satu keperluan. Ianya adalah Satu kehendak.

# My Financial Health semakin stabil dan better. Kenapa perlu 'kayakan' bank? Better kayakan diri sendiri.


# Yes, we can survive without credit Card.

# Hidup lebih gembira tanpa kredit kad. Hanya membeli barang yang kita rasakan mampu. Buat apa swipe kredit kad untuk kegembiraan masa pendek namun merana di masa hadapan?


P.s : Kad Kredit, Pemusnah Hidup Berpanjangan. Adakah kredit kad satu keperluan atau kehendak? Apa kata anda?

March 2, 2012

What Will You Do : Masalah Dengan Penyewa Rumah

Assalamualaikum Readers,


Pengalaman menyewakan rumah pertama tidak semudah yang disangka. 3 bulan pertama, semuanya berjalan lancar. Masuk kali ini, bulan keempat sudah menampakkan ada masalah dengan penyewa rumah sekarang.Sudah ditapis sebelum ini, namun ianya tetap berlaku. Biasanya tak pernah lewat sebegini, tapi bulan ini, lain pula jadinya...

Loan rumah telahpun dipotong dari gaji RM1,200, namun sewa rumah belum lagi diterima dari penyewa bulan ini. Inilah jawapan yang saya terima apabila saya tanyakan lebih lanjut berkenaan "Bilakah Sewa Rumah dapat dibayar?"

Jawapan penyewa : Maaf Encik Eyriqazz. Saya sebenarnya belum dapat gaji. Sepatutnya dapat 28hb . Ada loan saya yang dah dua bulan dan bayar sekaligus tapi tak dapat dah jadi 3 bulan. Pening ni. Datuk tak sign lagi gaji , saya yang merana. Mungkin lepas ni saya cari kerja lain. Tadi i check lagi dengan finance belum sign dia orang cakap paling lewat 7hb March. Lagi pening macam2 commitment tak dapat bayar. Sekali lagi saya minta maaf,saya akan usahakan secepat mungkin.

P.s : Penyewa saya ini adalah seorang Manager bekerja di Oil & Gas, bangunan di KLCC....

Mungkin Ebook ini boleh membantu saya...InsyaAllah, akan saya cuba khatamkan secepat mungkin...

Anyway, sudah pasti saya pun turut menerima tempiasnya. Gaji dah dipotong dan bil-bil perlu dijelaskan juga. Lebih-lebih lagi dengan persiapan menanti kehadiran insan baru tak lama lagi. Jika anda di situasi saya :

What Will You Do?
Patutkah Dihantar Brader-Brader Ketak untuk Kutip Sewa?

December 31, 2011

Abang…Dah Potong Kan ???


Kalau Sifuku memilih antara Emas atau Saham? , Azam Tahun Baru ku pula, aku memilih antara menambahkan Aset dan mengurangkan Liabiliti. Yes, kredit kad, "My Silent Killer ataupun musuh dalam selimut " yang menimbunkan lagi amaun di liabiliti.  The temptation of Kredit kad terlalu menggiurkan .

So, Azam tahu baru, Satu kad telah pun digunting/potongkan , dan berazam untuk bayar dan cancelkan ianya secepat mungkin. Umm, better late than never kan?Dari mengkayakan bank yang sudah cukup kaya, better improve my financial health especially dengan kehadiran Insan Baru tahun depan.

P/s :  Hutang Emas dibawa belayar, Hutang Kredit kad memanjang tak habis bayar.Before it is too late, Say No to Credit Card.

P/s/s : Abang…Dah Potong Kan ???? Of Course.. Abang dah Potong Credit Card Abang yangni demi masa depan yang lebih gembira di masa hadapan....

September 14, 2010

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit | Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Alhamdulillah, berkat menabung untuk Puteri tersayang, Alisya, balik kampung haritu sempatlah check balik baki terkini dengan mak mertua. Buku akaun kami bagi mak mertua yang pegang supaya kami tidak akan gatal-gatal tangan untuk keluarkan duit Alisya bila ada emergency or perlukan wang segera. Faham-fahamla bila duduk di KL ni, macam-macam emergency yang akan timbul :

Akaun Tabung Haji Menjadi Pilihan Kami untuk Alisya
Takpe,Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Duit raya,duit pemberian untuk alisya, dan apa-apa saja duit yang orang berikan untuk alisya kami tidak pernah sentuh or gunakan untuk kegunaan peribadi. Kami masukkan semua ke akaun Alisya. Tiap-tiap bulan, kami akan masukkan RM100 ke akaun Alisya. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kami mahu tanamkan sikap rajin menabung dari kecil/bayi lagi.

Perancangan dari awal itu penting untuk kesenangan di kemudian hari. Campur duit raya dan duit yang akan kami berikan bulan ini, bolehla cecah RM3K hujung bulan ini. Rezeki Alisya, dan rezeki kami pun semakin mencurah dengan kehadiran Alisya.

Mungkin bila Alisya dah cukup 2 tahun dan financial pun dah semakin stabil, kami akan belikan Insurans + Pelaburan pula untuk alisya. Any suggestion mana-mana yang OK? Sekarang ni macam berminat untuk ambil Prudential BSN, tapi kalau ada yang lebih menarik apa salahnya kan ?

P/s : Biar sedikit tapi konsisten dari banyak tapi tidak konsisten/asyik keluar masuk. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan? Hik3, sayangkan anak, simpan-simpankan untuk masa depan yang lebih cemerlang di masa depan.

P/s/s :Apa pula pandangan anda?Pentingke menabung untuk anak-anak sejak dari kecil lagi?

October 19, 2009

Kisah Seorang Pengasuh

Di suatu petang yang hening dan sejuk, aku dikejutkan oleh panggilan telefon oleh isteriku.Isteriku memberitahuku ada seorang makcik/pengasuh rakan sekerja nya ingin bertanya pendapatku mengenai kes pembiayaan rumahnya yang sedang dalam proses untuk dilelong oleh salah sebuah bank terkemuka di Malaysia.Aku bagitahu isteriku supaya menelefon kembali di waktu malam.



Gambar sekadar hiasan

Malam itu pengasuh  itu telefon aku kembali.Aku tengah membeli barang di Carrefour.Beginilah lebih kurang perbualan kami :

Pengasuh : Makcik betul-betul nak minta tolong dengan anak ni. Tadi baruje Bank XYZ (nama dirahsiakan atas sebab yg tak dapat dielakkan)  telefon.Katanya Bank Negara dlm proses nak saman makcik kerana bayar tak cukup tiap-tiap bulan.


Aku       : Bank Negara saman?Pertama kali saya dengar ni.Setahu saya Bank Negara tak pernah nak saman orang yang berhutang dengan bank-bank di Malaysia.

Pengasuh : Entahlah anak.Pening kepala makcik.Tak tahulah camne makcik nak kata.Income kami kecil.Suami akak gaji tak sampai RM1 ribu.Anak akak dua orang.Makcik pula mengasuh dapatlah RM200 sebulan.Inilah rumah tempat kami berteduh.

Aku     : Makcik dah lama tak bayarke?


Pengasuh   :Makcik tiap-tiap bulan bayar.Tapi tak cukup.Makcik patut bayar RM180 sebulan tapi makcik bayar RM100 je.Makcik bukan taknak bayar,tapi itu jer yang kami mampu.Kalau makcik bayar lebih,tak makan la keluarga makcik.Tolongla anak,makcik betul-betul buntu ni.

Aku :Camni la makcik.Saya bolehla bagi nasihat setakat yang saya tahu.

Pengasuh : Apa dia nak?Cikgu Fauziah yang suruh telefon anak ni kerana dia cakap anak ni boleh tolong dan nasihatkan.

Aku :Camni la makcik,ini yang boleh saya nasihatkan :

1)Makcik jumpa dengan pegawai bank tu.Bincang elok-elok dan cuba restructure balik loan makcik/kurangkan interest loan tu.Makcik bukan tak byr cuma tak cukup.Makcik terangkan lah masalah makcik.Mungkin dia faham dan sanggup terima cadangan makcik.

2)Makcik pergilah AKPK.AKPK  boleh cuba berunding dengan bank makcik tu.Walaupun kes makcik dan ada legal action tapi case to case basis diorang boleh consider lagi.

3)Makcik pergilah BNM.Pergi ke LINK.Makcik minta nasihat diorang dan cakap masalah makcik.Disana diorang boleh bagi nasihat yang bagus.

Pengasuh : Terima kasih anak.Kalau makcik telefon lagi nanti pasal halni bolehker ?Besok makcik akan cuba pi Banktu dan AKPK.

Aku :Boleh makcik.Hari ini hari makcik,kalau sesama kita tak tolong-menolong susahla kan?

Pengasuh :Terima kasih nak.Patutla Cikgu Fauziah betul-betul suruh telefon anak.

Aku :Benda kecil je makcik.Nanti apa-apa perkembangan kasitulah saya.

Pengasuh :Baiklah anak.

P/s :Tak patut pegawai bank tersebut ugut makcik tersebut konon-kononya BNM nak saman.Tak baik buat camtu,kalau nak kejar 'target' pun janganlah keterlaluan.Ingatlah,Customer Come First!!

September 7, 2009

Prudential BSN Takaful

I am planning to buy an insurance as my company only cover for my medical until retirement.I think insurance is a very important tools nowadays to safeguard us in the future.I received the quotation from one of insurance agent fromPrudential BSN Takaful.This is the quotation she provided to me :


I think the quotation she provided to me is quite good.I intend to go for Proposed Monthly of RM200 but i want to reduce my lifetime limit to RM500k and increase saver for at least RM50 per month.I interested with Prudential BSN Takaful as it under Syariah and Prudential is one of the biggest and reputable insurance company in Malaysia.

However, i still need to meet her to discuss and query further regarding this product.As i quite busy this fasting month, i planning to meet her after Raya.This is a few question that i think i should ask her :

  1. Can i change the coverage?Let say from RM200 to RM150 or RM300 per month after a few years?
  2. Is this insurance only cover for hospitalization,critical illness, death and TPD?How about normal illness.E.g. i got cough or flu and i want to get an outpatient treatment from clinic?
  3. What happened if i cancel my insurance after a few years?Will i receive some of my money back or it consider hangus?
  4. What other pro n cons of buying this insurance?An honest insurance agent will tell you the pro and cons of their product.If there are no cons for their product,that means they are hiding something from you.

Anyway, I will buy this insurance for myself first.If i am happy with this product, I intend to buy it for my wife and kid.Some of my friend recommend me to buy Etiqa from Maybank as they are the leading insurance provider for Syariah Compliance Insurance Product.I still haven't survey with Etiqa yet.Any Etiqa agent to recommend?

Related Posts with Thumbnails