Showing posts with label financial tips. Show all posts
Showing posts with label financial tips. Show all posts

December 31, 2011

Abang…Dah Potong Kan ???


Kalau Sifuku memilih antara Emas atau Saham? , Azam Tahun Baru ku pula, aku memilih antara menambahkan Aset dan mengurangkan Liabiliti. Yes, kredit kad, "My Silent Killer ataupun musuh dalam selimut " yang menimbunkan lagi amaun di liabiliti.  The temptation of Kredit kad terlalu menggiurkan .

So, Azam tahu baru, Satu kad telah pun digunting/potongkan , dan berazam untuk bayar dan cancelkan ianya secepat mungkin. Umm, better late than never kan?Dari mengkayakan bank yang sudah cukup kaya, better improve my financial health especially dengan kehadiran Insan Baru tahun depan.

P/s :  Hutang Emas dibawa belayar, Hutang Kredit kad memanjang tak habis bayar.Before it is too late, Say No to Credit Card.

P/s/s : Abang…Dah Potong Kan ???? Of Course.. Abang dah Potong Credit Card Abang yangni demi masa depan yang lebih gembira di masa hadapan....

October 23, 2011

Rahsia Kekayaan Apek

"Berseluar Katok, Bersinglet, Berselipar Jepun Tapi Duit di Poket Kiri dan Kanan Berkepuk-kepuk"

Memang best layan buku ini,  hasil karangan Rohami Shafie dan Shahifol Arbi Ismail. Rahsia kejayaan Seorang Apek @ Ah Seng dicungkil melalui buku ini dan pelbagai tips menarik dikongsikan antaranya hutang dan kad kredit, skim cepat kaya, biar papa asal bergaya, Mentaliti subsidi, dengki dan iri hati (peniaga Melayu especially),Badan Sihat, Hasil Duit Banyak, Sediakan Payung Sebelum Hujan dan pelbagai lagi.

Memang saya rekomenkan buku ini kepada sesiapa saja. Memberikan Inspirasi dan membuatkan hati ini untuk cepat-cepat "Potong/Cancelkan 2 Kredit Kad saya" dan dapat menyimpan dengan lebih berkesan.

P/s : Sayapun dah jumpa Apek Kaya versi Melayu. Memang tengah berguru dengannya. Memang syok bila layan dan dengar pengalaman peribadi nya. Teruja untuk jadi Jutawan sepertinya .Siapakah yang saya maksudkan? Ummm, bolehla terjahi http://bit.ly/hZbv6I

April 30, 2010

I Love This Poem


Getting rich quick seems to be the latest craze
Among the young who are in the chase
To accumulate wealth in great haste
With the obsession to win the rat race

Share options, direct selling, whatever your taste
Instant experts will guide you through the maze
And help you achieve great wealth at a heady pace
Of course each one thinks he is the true ace

Before we all become to hazed
By the stories they tell to amaze
About the millionaire who lives in exclusive place
Driving the S Class Mercedes with a beaming face

Don’t forget those who invested in the wrong place
Through greed and reckless purchase
They lost everything in great disgrace
With regret that their trust was misplaced

True wealth is building a foundation phase by phase
Having genuine products that are highly praised
Constantly serving others better in every case
Building good character as your showcase

Adopting constant improvement as the catchphrase
True wealth is noble values we embrace
The joy of others that we help raise
And extending kindness as our true grace

Source : Poem by Dr Victor S L Tan in Personal Money Magazines, April 2010 Edition

November 15, 2009

Berkongsi Pengalaman : Masalah dengan Pinjaman Anda?

Di luah mati mak,ditelan mati ayah.Menjadi penjamin ataupun bila mengalami masalah kewangan,kadang-kadang kita lupa,alpa dan mengabaikan akan pinjaman yang kita buat dengan bank.Tak kiralah pinjaman peribadi, kereta, mahupun pinjaman perumahan.Bila sudah tidak keruan, mulalah menjadi kelam-kabut.Masalah untuk diselesaikan.Anda ada masalah dengan pinjaman anda?


Tak salah minta tolong bila bermasalahkan?

Inilah antara tips-tips yang boleh ku kongsi berdasarkan pengalamanku menjadi pegawai kutip hutang hampir dua tahun :

1)Jumpa pegawai yang mengendalikan pinjaman anda di bank tersebut dan buatlah ''proposal'' dengannya
-Saya bagi contoh pinjaman anda sudah 6 bulan tidak bayar.Bayaran sebulan adalah RM1,000 tapi anda mampu bayar RM800 je sebulan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
-Cubalah berbincang dan buat surat proposal.Byk yang boleh dilakukan sebenarnya.Anda boleh cuba untuk reschedule/restructure balik loan anda.Cuba minta turunkan interest kalau boleh,actually in on bank discretion.I pernah tolong customer I dan berjaya waive more than RM200K for one customer.I think that is one of my biggest achievement masatu.Next time citer pasal ni.
-Pegawai pinjaman ini pun manusia.Mereka pun ada hati dan perasaan.Matlamat mereka adalah loan dapat disettlekan secepat mungkin.Tak kirala apa caranya,kalau bincang elok-elok dan kena dengan caranya,memang tiada masalah.Masa di tempat kerja lama,saya berjaya reschedule/restructure/approvekan proposal  peminjam lebih dari 20 proposal sebulan.



2)Minta tolong dengan BNM atau lebih tepat lagi BNM Link(ditubuhkan pada tahun 2007)
-Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bnmlink adalah :
i)Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai sektor perbankan dan insurans di Malaysia;
ii)Pengguna produk dan perkhidmatan kewangan yang ingin mencari maklumat mengenai dasar dan garis panduan industri perbankan dan insurans;
iii)Menerima pertanyaan am dan aduan orang ramai dalam hal-hal yang berkaitan dengan sektor kewangan;
-Ini lebih tepat terutamanya bila proposal anda kena tolak bulat-bulat .Biasalah,bank biasanya akan demand higher daripada apa yang anda mampu.
-Tahukah anda,kelulusan proposal anda akan lebih lenient bila anda cc kan surat proposal anda kepada BNM ataupun buat aduan ke BNM bila proposal anda ''direject'' tanpa sebab yang munasabah?
-Surat aduan/cc proposal anda bolehlah dihantar ke sini :

Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 KL.

P/s :Tips selebihnya akan saya berikan sekiranya tips ini mendapat sambutan/ada lebih pertanyaan.Lagipun,tak best juga membaca panjang-panjang di hujung minggu ni kan?

October 13, 2009

Main Kutu

Papa,kalau sayang nak main kutu boleh tanya isteriku beberapa hari yang lepas. Main kutu?Kutu pun boleh dimainke?Rasanya ramai yang tahu apa itu main kutu kan?Kumpul duit secara beramai-ramai dan duit diterima mengikut giliran.Kena cabut undi dulu.


Marilah bermain kutu

Aku memang sokong isteriku nak main kutu kerana :
1)satu cara simpanan yang bagus (macam buat pinjaman utk yg terima awal dengan 0% interest)
2)dapat mengeratkan silaturahim
3)force saving utk yang dapat kemudian (takkan tak byrkan?)
4)tolong-menolong sesama rerakan,satu budaya yang sihat dan murni

Yang masih menjadi persoalan ku,kenapa main kutu ye?Kenapa tak dipanggil main kura-kura,skim simpanan bersama ke,atau skim tolong menolong.Aku rasalah nama ni diambil sempena main ku = kumpul,tu = ?? .Boleh anda tolong jawabkan?

Apapun,Syabasla kepada kaum wanita dan orang yang memperkenalkan permainan ni.Ianya dah byk menolong terutamanya utk orang-orang di kampung.

P/s :Teringat zaman kecil-kecil dulu.Ibuku jadi ketua kutu.Aku terkebil-kebil memikirkan kenapa nak bermain kutu?Dahlah susah nak tangkap,nak pi main pula dengan kututu.Bertuah kau kutu,sejahat-jahat ko, nama kau tetap popular dan membantu.

October 1, 2009

Pinjaman Peribadi

Pinjaman Peribadi.Tentu ada diantara anda yang pernah mempunyai pengalaman mendapatkan pinjaman peribadi ataupun tengah berkira-kira untuk membuat pinjaman peribadi.Yelah,kalau tak berhutang tak sahkan terutamanya bagi sesiapa yang sedang mengalami masalah kewangan seperti nak tolong saudara-mara, kahwin, nak beli rumah baru dan sebagainya.

Kalini,saya ingin berkongsi pengalaman saya berkenaan pinjaman peribadi ini supaya memudahkan dan menjadi panduan kepada anda yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi.Setakat ini saya sudah berjaya mendapatkan pinjaman peribadi dari lebih 3 bank terkemuka di Malaysia ini.

Disini saya ringkaskan mengenai pinjaman peribadi tersebut beserta kelebihan dan kekurangan supaya mudah untuk anda membuat perbandingan untuk memilih bank bagi membuat pinjaman peribadi.

1. UOB Bank
@Pinjaman sebanyak RM5,000.00.Pinjaman diambil untuk membayar tunggakan rumah mak di kampung.
Kelebihan :
-Tanpa penjamin
-Gaji bawah RM2,000.00 layak memohon (masatu tahun 2005,sekarang kurang pastila pula)
-Kelulusan yang cepat,kurang dari 2 minggu rasanya
Kekurangan :
-Kadar faedah yang tinggi.11.38% setahun pada kadar tetap
-Denda dikenakan sekiranya membuat pembayaran keseluruhan lebih awal dari tarikh matang
-Susah nak membuat pembayaran kerana tak banyak cawangan UOB di Malaysia.

2. OCBC Bank
@Pinjaman sebanyak RM12,000.00.Pinjaman diambil untuk perbelanjaan perkahwinan (hehehe,masatu duit simpanan manalah banyak sangat,jadi terpaksalah buat pinjaman peribadi)
Kelebihan :
-Kelulusan yang cepat,kurang dari 2 minggu rasanya
-Tiada denda dikenakan untuk pembayaran awal keseluruhan
Kekurangan :
-Kadar faedah yang tinggi.10.5% setahun pada kadar tetap
-Susah nak membuat pembayaran kerana tak banyak cawangan OCBC di Malaysia.

3.RHB Bank
@Pinjaman sebanyak RM7,000.00. Pinjaman juga diambil untuk belanja kahwin (Ingat senang ke nak kawin?Lelaki sekarang kalau takde at least RM25,000.00 susah juga nak uruskan perbelanjaan kahwin)
Kelebihan :
-Kelulusan yang cepat.Kadar faedah mengikut baki berkurang (12%,lebih kurang 7% kalau mengikut kadar tetap).Bermakna lagi byk kita bayar,lagi berkurangla faedah bulanan dan lagi cepat bayar habis)
-Tiada denda dikenakan untuk pembayaran awal keseluruhan
Kekurangan :
-kadar faedah bolehlah dikatakan masih tinggi

Jadi,kalau saya mana satu saya nak cadangkan ye?Anda fikirkanlah sendiri.Namun,bagi kakitangan kerajaan,badan berkanun, syarikat swasta(bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji) yg panel dengan bank yang bakal saya cadangkan ini,inilah antara yang terbaik untuk pinjaman peribadi.Bank mana ye?Cepatla cakap....

Jeng,jeng,jeng.....

Bank Rakyat,Bank pilihan Anda

Mengapa saya cadangkan bank ini ye?Inilah sebab-sebabnya :

-Pinjaman RM30,000.00 (untuk bayar semua pinjaman peribadi yang lain, kredit kad, dan rumah mak di kampung).
-Kadar faedah yang rendah.Kes saya saya dpt kurang dari 5.5% setahun.
-Bayaran sehingga 15 tahun
-Kelulusan yang cepat
-Bayaran melalui potongan gaji.Tak perlu risau nak pergi bank in tiap-tiap bulan ataupun terlewat bayar
-Dapat RM500 saham koperasi(ditolak dari pinjaman).Anda tentu tahu kan kadar dividen Bank Rakyat Malaysia secara puratanya 15% setahun.Tahun depan katanya Bank Rakyat ingin mendapatkan kelulusan menambah saham koperasi sebanyak RM2 billion lebih.Menarik bukan?Sekarang ni yg tgh ''queu'' untuk saham ini melebihi 50,000 orang.Nama saya mungkin ke 100 ribu ke atas.Tapi,mana tau tahun depan kalau ada rezeki dapat tambah lagi kan?
-Yang paling penting ,bayaran bulanan dah berkurang.Alhamdulillah,lega dan rezeki anak.

September 3, 2009

Personal Money, September 2009 Issue

How to say 'no' to your child while shopping
  1. Set expectation. Make it clear to them that no one is buying anything except the items on the shopping list.Set dates for when they can get gifts.
  2. Set rules. Explain that everyone has a budget.Explain that if you were to buy the toy for them, you may not have the money to pay for the parking fee.
  3. Offer alternatives.
  4. Be firm and consistent. If you give in to your children's requests all the time, you will never heard the end of it.Don't give in to your kids tantrum.You should never reward disruptive behaviour.If you reward the behaviour, your child will repeat the whole ordeal as they will learn that this is the way to get what they want.Children usually loose stem after five to 10 minutes.
Related Posts with Thumbnails