October 13, 2009

Main Kutu

Papa,kalau sayang nak main kutu boleh tanya isteriku beberapa hari yang lepas. Main kutu?Kutu pun boleh dimainke?Rasanya ramai yang tahu apa itu main kutu kan?Kumpul duit secara beramai-ramai dan duit diterima mengikut giliran.Kena cabut undi dulu.


Marilah bermain kutu

Aku memang sokong isteriku nak main kutu kerana :
1)satu cara simpanan yang bagus (macam buat pinjaman utk yg terima awal dengan 0% interest)
2)dapat mengeratkan silaturahim
3)force saving utk yang dapat kemudian (takkan tak byrkan?)
4)tolong-menolong sesama rerakan,satu budaya yang sihat dan murni

Yang masih menjadi persoalan ku,kenapa main kutu ye?Kenapa tak dipanggil main kura-kura,skim simpanan bersama ke,atau skim tolong menolong.Aku rasalah nama ni diambil sempena main ku = kumpul,tu = ?? .Boleh anda tolong jawabkan?

Apapun,Syabasla kepada kaum wanita dan orang yang memperkenalkan permainan ni.Ianya dah byk menolong terutamanya utk orang-orang di kampung.

P/s :Teringat zaman kecil-kecil dulu.Ibuku jadi ketua kutu.Aku terkebil-kebil memikirkan kenapa nak bermain kutu?Dahlah susah nak tangkap,nak pi main pula dengan kututu.Bertuah kau kutu,sejahat-jahat ko, nama kau tetap popular dan membantu.

6 comments:

  1. Saya pun dulu tak faham main kutu ni apa.. Sekarang walaupun dah faham saya tetap tak berani main kutu. Sebab ibu saya pernah ditipu kerana 'kutu' ini.. Sabar saja laaa..

    ReplyDelete
  2. siapalah agaknya pengasas budaya kutu ni kan bro?

    tapi ironinya, ia dapat membantu bagi mereka yang benar-benar serius dalam mewujudkan komuniti tersebut.

    catatan menarik ;)

    ReplyDelete
  3. thanks for the share! Nang this to unveil the hidden gems!

    ReplyDelete
  4. Rasanye...kena tukar nama la... Main kutu bunyi cam pelik jer...

    Btw... i've nanged your post on innit and also clicked on your ads here... ^^

    ReplyDelete
  5. salam.hi thanks cuz mninggalkan jejak d chatbox sy

    :-)

    ReplyDelete
  6. kumpul+tunai= kutu?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails