Papa,kalau sayang nak main kutu boleh tanya isteriku beberapa hari yang lepas. Main kutu?Kutu pun boleh dimainke?Rasanya ramai yang tahu apa itu main kutu kan?Kumpul duit secara beramai-ramai dan duit diterima mengikut giliran.Kena cabut undi dulu.
Marilah bermain kutu
Aku memang sokong isteriku nak main kutu kerana :
1)satu cara simpanan yang bagus (macam buat pinjaman utk yg terima awal dengan 0% interest)
2)dapat mengeratkan silaturahim
3)force saving utk yang dapat kemudian (takkan tak byrkan?)
4)tolong-menolong sesama rerakan,satu budaya yang sihat dan murni
Yang masih menjadi persoalan ku,kenapa main kutu ye?Kenapa tak dipanggil main kura-kura,skim simpanan bersama ke,atau skim tolong menolong.Aku rasalah nama ni diambil sempena main ku = kumpul,tu = ?? .Boleh anda tolong jawabkan?
Apapun,Syabasla kepada kaum wanita dan orang yang memperkenalkan permainan ni.Ianya dah byk menolong terutamanya utk orang-orang di kampung.
P/s :Teringat zaman kecil-kecil dulu.Ibuku jadi ketua kutu.Aku terkebil-kebil memikirkan kenapa nak bermain kutu?Dahlah susah nak tangkap,nak pi main pula dengan kututu.Bertuah kau kutu,sejahat-jahat ko, nama kau tetap popular dan membantu.