November 15, 2009

Berkongsi Pengalaman : Masalah dengan Pinjaman Anda?

Di luah mati mak,ditelan mati ayah.Menjadi penjamin ataupun bila mengalami masalah kewangan,kadang-kadang kita lupa,alpa dan mengabaikan akan pinjaman yang kita buat dengan bank.Tak kiralah pinjaman peribadi, kereta, mahupun pinjaman perumahan.Bila sudah tidak keruan, mulalah menjadi kelam-kabut.Masalah untuk diselesaikan.Anda ada masalah dengan pinjaman anda?


Tak salah minta tolong bila bermasalahkan?

Inilah antara tips-tips yang boleh ku kongsi berdasarkan pengalamanku menjadi pegawai kutip hutang hampir dua tahun :

1)Jumpa pegawai yang mengendalikan pinjaman anda di bank tersebut dan buatlah ''proposal'' dengannya
-Saya bagi contoh pinjaman anda sudah 6 bulan tidak bayar.Bayaran sebulan adalah RM1,000 tapi anda mampu bayar RM800 je sebulan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
-Cubalah berbincang dan buat surat proposal.Byk yang boleh dilakukan sebenarnya.Anda boleh cuba untuk reschedule/restructure balik loan anda.Cuba minta turunkan interest kalau boleh,actually in on bank discretion.I pernah tolong customer I dan berjaya waive more than RM200K for one customer.I think that is one of my biggest achievement masatu.Next time citer pasal ni.
-Pegawai pinjaman ini pun manusia.Mereka pun ada hati dan perasaan.Matlamat mereka adalah loan dapat disettlekan secepat mungkin.Tak kirala apa caranya,kalau bincang elok-elok dan kena dengan caranya,memang tiada masalah.Masa di tempat kerja lama,saya berjaya reschedule/restructure/approvekan proposal  peminjam lebih dari 20 proposal sebulan.



2)Minta tolong dengan BNM atau lebih tepat lagi BNM Link(ditubuhkan pada tahun 2007)
-Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bnmlink adalah :
i)Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai sektor perbankan dan insurans di Malaysia;
ii)Pengguna produk dan perkhidmatan kewangan yang ingin mencari maklumat mengenai dasar dan garis panduan industri perbankan dan insurans;
iii)Menerima pertanyaan am dan aduan orang ramai dalam hal-hal yang berkaitan dengan sektor kewangan;
-Ini lebih tepat terutamanya bila proposal anda kena tolak bulat-bulat .Biasalah,bank biasanya akan demand higher daripada apa yang anda mampu.
-Tahukah anda,kelulusan proposal anda akan lebih lenient bila anda cc kan surat proposal anda kepada BNM ataupun buat aduan ke BNM bila proposal anda ''direject'' tanpa sebab yang munasabah?
-Surat aduan/cc proposal anda bolehlah dihantar ke sini :

Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 KL.

P/s :Tips selebihnya akan saya berikan sekiranya tips ini mendapat sambutan/ada lebih pertanyaan.Lagipun,tak best juga membaca panjang-panjang di hujung minggu ni kan?

4 comments:

  1. Salam Bro,

    Good Info,

    Ada soalan sikit nie:

    1. Pasal AKPK, macam-macam cerita saya dengar antaranya ada yang bagitahu sebelum tuh kena pegi kaunseling dulu (ada kata AKPK akan bagi brain wash dulu...kena basuh). Once you under AKPK you cannot making any loan? Betul tak?

    2.What happen kalau dalam tempoh maybe 1 or 2 yrs tersangkut maybe 2 atau 3bulan payment yang seharus dijelaskan under AKPK adakah agreement between financial institution void?

    3. Pasal bank rakyat pulak. Tak faham kenapa diaorang boleh accept loan application sekiranya blacklisted with other FIs tetapi tidak dengan Bank Rakyat. I mean if you blacklisted by bank rakyat due to NPL with bank rakyat. Kalau NPL with other FIs boleh pulak? Bank Rakyat sekarang although koperasi adakah ia juga under Bank Negara? Sebab tanya nie pasal diaorang ada system CCRIS.

    Itu sahaja...thanks for the information bro..much appreciate.

    Salam

    ReplyDelete
  2. elly,
    Thanks.

    JAI,
    Saya cuba jawab berdasarkan pengalaman saya.
    1)Dia bukan brainwash,dia kasi nasihat berguna.tak salah mencuba.percumaje.rasanya betul.Cam kawan I,kad kredit dia pun kena potong.tapi good news,u tak perlu nak worry pasal loan u.Furthermore,dia dpt reshedule dan interest creditcard dia dikurangkan.

    2)Yup.Void.dan FI tersebut ble ambil legal actions seterusnya.

    3)Yg ni tak pasti.Saya tak kerja bank rakyat.Rasanya,dia nak elakkan customer yg ada bad history.cam kita berniagala.Customer dah ada rekod buruk,kita nak berurusan lagi ke?

    Suggestion :Cpt2la settlekan dan berurusan.Jgn tunggu lama2..kadang2 kita pun tak sedar surat lawyer dan dah hampir nak bankrupt kerana bank akan hantar surat ke alamat pertama yg kita apply loan dulu.Mungkin dah berpindah etc...

    ReplyDelete
  3. Salam Bro,

    Thanks for the information.
    Kalau ada soalan lagi nanti gua tanyer lagi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails