Showing posts with label kad kredit. Show all posts
Showing posts with label kad kredit. Show all posts

November 6, 2012

Kad Kredit - Keperluan atau Kehendak?




449 Muflis Kerana Kad Kredit!. Wow! Satu angka yang besar tu. Ramai yang dah terjerat dengan perangkap kad kredit. Walaupun kad kredit dikatakan membantu dalam beberapa aspek, tetapi sudah ramai yang terjerat. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan boleh menjerumus pemilik ke kancah hutang dan silap-silap haribulan, muflis!.
   
Kelebihan Menggunakan Kad Kredit?
Setiap orang mempunyai sebab yang berbeza untuk memohon kad kredit. Antara sebab utama penggunaan kad kredit adalah untuk:

  •  Modal perniagaan. Beli barang perniagaan menggunakan kad kredit dan bayar kemudian setelah balik modal.

Petikan komen dari artikel Awas Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit - mohdzulkifli.com

  • Booking hotel (untuk yang selalu travel atau outstation).
  • Beli barang yang harganya beribu-ribu.  
  • Shopping tidak kira berapa harga. Semua barang boleh dimiliki walaupun duit tiada di tangan :D.
  •  Isi minyak. Yang ni memang ada beberapa kad kredit yang kelebihannya memang khas untuk isi minyak.
  • Boleh kumpul mata ganjaran sambil berbelanja dan tebus dengan barang yang diminati.
  • Mendisiplinkan diri. “Aku ni boros, jadi aku guna kad kredit supaya boleh berdisiplin” kata seorang rakan saya. :D Oh, curious je saya dengar statement member saya ni. Hohoho..

Kekurangan Menggunakan Kad Kredit
  • Boros. Saya perhatikan, biasanya orang yang menggunakan kad kredit, tidak alert sangat dengan harga yang perlu dibayar. Pandang sekilas sahaja jumlah yang tertera di resit dan terus turunkan tandatangan. Kalau cukup bulan boleh bayar semua jumlah hutang kad kredit yang tertera di penyata memang bagus. Tapi kalau tak dapat bayar sepenuhnya, buat bayaran minimum sahaja, hutang  + interest = bertimbun-timbun hutang!. Teliti petikan dari WW-Bersama Irfan Khairi di Astro Awani di bawah ini:

  • Risiko menanggung hutang orang lain. Jika kad kredit jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, dicuri atau fraud kad kredit, pemilik kad kredit yang perlu membayar semua amount yang telah dibelanjakan. Pengalaman seorang rakan saya, beliau terpaksa membayar beribu-ribu ringgit kepada bank kerana hand bag nya dicuri dan pencuri tu swipe kad kreditnya.
  • Risiko muflis. Buktinya seperti yang tertera dalam keratan akhbar di atas.   




Kad Kredit - Keperluan atau Kehendak?
Jujurnya, saya sendiri pernah berkira-kira untuk memohon kad kredit. Masa tu rasa nak sangat memiliki N9. Tapi masa tu tak cukup duit nak beli. Datang pula flyers yang menawarkan pembayaran secara ansuran menggunakan kad kredit. 0% interest, katanya. Oh, terpengaruh sudah!.  

Lepas tu mulalah survey pakej kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank. Tapi akhirnya saya tak jadi mohon kad kredit. Sebab?. Saya sedar lepas saya mohon kad kredit tu, saya akan bergelar student dan duit yang saya terima setiap bulan juga tak banyak seperti ketika saya bekerja. Memikirkan tak nak dibelenggu hutang, maka saya tak mahu menggunakan kad kredit. Sekarang ni saya rasa saya membuat pilihan yang bijak iaitu tidak menggunakan kad kredit.

Ada juga terlintas difikiran saya, “Oh, sebelum ada kad kredit boleh lah cakap nak control penggunaan. Swipe bila betul-betul perlu sahaja. Tapi kalau kad tu dah ada kat tangan, boleh ke saya control?”. Saya ibaratkan kad kredit ni sama je macam duit. Ada duit dalam dompet tu, laju je duit tu keluar. Beli itu dan ini. Tapi bila tak ada duit, pandai pula fikir banyak-banyak kali sebelum beli barang. :D

Pilihan ditangan sendiri. Nak pilih berhutang atau tunai. Bagi yang tiada kad kredit, dah ramai pengguna kad kredit menasihatkan agar tidak memohon kad kredit. Tapi, jika bercadang untuk memohon kad kredit, pilihlah kad kredit yang memenuhi keperluan. Boleh ikut Tip-tip Memilih Kad Kredit ini agar dapat memilih kad kredit yang terbaik. Untuk pemegang kad kredit, boleh baca Tip-tip Untuk Mengurangkan Caj Kad Kredit. Moga kad kredit memberi manfaat kepada anda.     

Bagi saya, mohonlah kad kredit jika rasa betul-betul perlu. Kalau dah ada kad kredit, kenalah berdisiplin dalam menggunakannya. Selagi kad kredit digunakan secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak perlu risau dengan caj-caj tambahan kad kredit dan anda akan menjadi pengguna kad kredit yang bahagia, bukan pengguna kad kredit yang tertekan kerana banyak hutang dan akhirnya muflis.

Ada orang kata: “Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah.” Betul ke?


Apa pendapat anda?. Kad kredit ini keperluan atau kehendak?. Kongsi sama-sama pengalaman anda dan kad kredit di sini. Sharing is caring. :D


Artikel ini ditulis oleh Sya Isya, penulis utama di syaisya.com. Follow FB syaisya.com untuk update-update yang akan datang.  

October 5, 2012

Hidup Lebih Gembira Tanpa Kad Kredit


Alhamdulillah, dah lebih kurang setahun Eyriqazz Potong both Kad Kredit . Now, langsung tidak menggunakan kredit kad, just bayar jumlah yang masih tertunggak. My target to settlekan jumlah tertunggak lebih kurang RM7K by next year.

Kredit Kad | Ah Long yang Sangat Senyap. Sepanjang tempoh setahun ini, apa yang boleh saya katakan , Hidup Lebih gembira tanpa kredit kad dan :

# Kredit Kad bukannya satu keperluan. Ianya adalah Satu kehendak.

# My Financial Health semakin stabil dan better. Kenapa perlu 'kayakan' bank? Better kayakan diri sendiri.


# Yes, we can survive without credit Card.

# Hidup lebih gembira tanpa kredit kad. Hanya membeli barang yang kita rasakan mampu. Buat apa swipe kredit kad untuk kegembiraan masa pendek namun merana di masa hadapan?


P.s : Kad Kredit, Pemusnah Hidup Berpanjangan. Adakah kredit kad satu keperluan atau kehendak? Apa kata anda?
Related Posts with Thumbnails