Showing posts with label penulis jemputan. Show all posts
Showing posts with label penulis jemputan. Show all posts

November 22, 2012

Tourism Malaysia vs Tourism Singapore

Bila mencari DESTINASI PELANCONGAN hanya dihujung jari,memang memudahkan kita merancang perjalanan....yerp,sebelum memulakan percutian,haruslah survey-survey dulu kan.Baru berbaloi duit dan masa yang akan kita gunakan kelak.Tapi kadang-kadang laman sesawang yang disediakan tidak memenuhi kehendak kita.....but,let make a survey on the website!


Jika dibandingkan website Tourism Malaysia & Tourism Singapore,eca lebih sukakan website YourSingapore.com.


Tourism Singapore Website

Tourism Singapore (YourSingapore.com) ~
  • Semua maklumat lengkap sesuai untuk mereka yang ingin ke Singapore buat kali pertama.
  • Website yang lebih ringan dan kemas memudahkan pencarian sesuatu topic/perkara.
  • Penerangan yang jelas & terperinci.
  • Gambar juga kelihatan jelas & menarik hati.
Tourism Malaysia website

Tourism Malaysia (http://www.tourism.gov.my) ~

  • Website masih dalam peringkat percubaan (BETA)
  • Widget tidak tersusun dengan kemas.
  • Gambar agak kurang pada main page website.
  • Bahagian ‘Highlights’ sedikit menganggu pembacaan pada main page.

Website Tourism Malaysia masih boleh dibangunkan dengan lebih baik bagi memudahkan para pelancong mencari maklumat tentang destinasi pelancongan.Kini,maklumat Cuma dihujung jari,tak salah jika sedikit bajet dilaburkan untuk menghasilkan website yang lebih baik,berinfomasi dan menarik.

p/s :: Pernah terfikir tak,sawah padi terlentang luas itu mampu menjadi tarikan pelancong asing?!...pernah tak? Pernah tak?.

IKLAN :: Bercuti di Sabah,inginkan kereta untuk disewa..hubungi Azman Jiran (0198419306/0178317348).

Tentang Penulis : Eca Dwinky Asha . Blog : http://ecadwinkyasha.com

November 6, 2012

Kad Kredit - Keperluan atau Kehendak?




449 Muflis Kerana Kad Kredit!. Wow! Satu angka yang besar tu. Ramai yang dah terjerat dengan perangkap kad kredit. Walaupun kad kredit dikatakan membantu dalam beberapa aspek, tetapi sudah ramai yang terjerat. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan boleh menjerumus pemilik ke kancah hutang dan silap-silap haribulan, muflis!.
   
Kelebihan Menggunakan Kad Kredit?
Setiap orang mempunyai sebab yang berbeza untuk memohon kad kredit. Antara sebab utama penggunaan kad kredit adalah untuk:

  •  Modal perniagaan. Beli barang perniagaan menggunakan kad kredit dan bayar kemudian setelah balik modal.

Petikan komen dari artikel Awas Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit - mohdzulkifli.com

  • Booking hotel (untuk yang selalu travel atau outstation).
  • Beli barang yang harganya beribu-ribu.  
  • Shopping tidak kira berapa harga. Semua barang boleh dimiliki walaupun duit tiada di tangan :D.
  •  Isi minyak. Yang ni memang ada beberapa kad kredit yang kelebihannya memang khas untuk isi minyak.
  • Boleh kumpul mata ganjaran sambil berbelanja dan tebus dengan barang yang diminati.
  • Mendisiplinkan diri. “Aku ni boros, jadi aku guna kad kredit supaya boleh berdisiplin” kata seorang rakan saya. :D Oh, curious je saya dengar statement member saya ni. Hohoho..

Kekurangan Menggunakan Kad Kredit
  • Boros. Saya perhatikan, biasanya orang yang menggunakan kad kredit, tidak alert sangat dengan harga yang perlu dibayar. Pandang sekilas sahaja jumlah yang tertera di resit dan terus turunkan tandatangan. Kalau cukup bulan boleh bayar semua jumlah hutang kad kredit yang tertera di penyata memang bagus. Tapi kalau tak dapat bayar sepenuhnya, buat bayaran minimum sahaja, hutang  + interest = bertimbun-timbun hutang!. Teliti petikan dari WW-Bersama Irfan Khairi di Astro Awani di bawah ini:

  • Risiko menanggung hutang orang lain. Jika kad kredit jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, dicuri atau fraud kad kredit, pemilik kad kredit yang perlu membayar semua amount yang telah dibelanjakan. Pengalaman seorang rakan saya, beliau terpaksa membayar beribu-ribu ringgit kepada bank kerana hand bag nya dicuri dan pencuri tu swipe kad kreditnya.
  • Risiko muflis. Buktinya seperti yang tertera dalam keratan akhbar di atas.   




Kad Kredit - Keperluan atau Kehendak?
Jujurnya, saya sendiri pernah berkira-kira untuk memohon kad kredit. Masa tu rasa nak sangat memiliki N9. Tapi masa tu tak cukup duit nak beli. Datang pula flyers yang menawarkan pembayaran secara ansuran menggunakan kad kredit. 0% interest, katanya. Oh, terpengaruh sudah!.  

Lepas tu mulalah survey pakej kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank. Tapi akhirnya saya tak jadi mohon kad kredit. Sebab?. Saya sedar lepas saya mohon kad kredit tu, saya akan bergelar student dan duit yang saya terima setiap bulan juga tak banyak seperti ketika saya bekerja. Memikirkan tak nak dibelenggu hutang, maka saya tak mahu menggunakan kad kredit. Sekarang ni saya rasa saya membuat pilihan yang bijak iaitu tidak menggunakan kad kredit.

Ada juga terlintas difikiran saya, “Oh, sebelum ada kad kredit boleh lah cakap nak control penggunaan. Swipe bila betul-betul perlu sahaja. Tapi kalau kad tu dah ada kat tangan, boleh ke saya control?”. Saya ibaratkan kad kredit ni sama je macam duit. Ada duit dalam dompet tu, laju je duit tu keluar. Beli itu dan ini. Tapi bila tak ada duit, pandai pula fikir banyak-banyak kali sebelum beli barang. :D

Pilihan ditangan sendiri. Nak pilih berhutang atau tunai. Bagi yang tiada kad kredit, dah ramai pengguna kad kredit menasihatkan agar tidak memohon kad kredit. Tapi, jika bercadang untuk memohon kad kredit, pilihlah kad kredit yang memenuhi keperluan. Boleh ikut Tip-tip Memilih Kad Kredit ini agar dapat memilih kad kredit yang terbaik. Untuk pemegang kad kredit, boleh baca Tip-tip Untuk Mengurangkan Caj Kad Kredit. Moga kad kredit memberi manfaat kepada anda.     

Bagi saya, mohonlah kad kredit jika rasa betul-betul perlu. Kalau dah ada kad kredit, kenalah berdisiplin dalam menggunakannya. Selagi kad kredit digunakan secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak perlu risau dengan caj-caj tambahan kad kredit dan anda akan menjadi pengguna kad kredit yang bahagia, bukan pengguna kad kredit yang tertekan kerana banyak hutang dan akhirnya muflis.

Ada orang kata: “Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah.” Betul ke?


Apa pendapat anda?. Kad kredit ini keperluan atau kehendak?. Kongsi sama-sama pengalaman anda dan kad kredit di sini. Sharing is caring. :D


Artikel ini ditulis oleh Sya Isya, penulis utama di syaisya.com. Follow FB syaisya.com untuk update-update yang akan datang.  

October 9, 2012

Blog - Perlukah Ada Perancangan?

Assalamualaikum dan salam perkenalan, apabila kita bercerita dengan blog, ramai yang mula menulis blog disebabkan minat untuk menulis, minat untuk menjana pendapatan tambahan dan pelbagai lagi sebab dan dengan pelbagai sebab inilah yang membuatkan kita akan terus menulis dan mengemaskini artikel demi artikel setiap hari atau minggu atau bulan di blog kita.




Persoalan artikel kali ini, blog - Perlukah ada Perancangan? Mari sama-sama kita meluangkan masa sejenak untuk memikirkan persoalan ini, mungkin ramai yang menjawab perlu dan tidak kurang juga yang menjawab tidak perlu. 

Bahkan mungkin ada segelintir yang tidak mengendahkan pun persoalan ini kerana bagi mereka, ini hanyalah soalan yang tidak mempunyai hala tujuan. Walau apapun jawapan yang kita berikan, tiada yang salah untuk semua jawapan itu kerana setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. 




Begitu juga dengan persoalan yang dibangkitkan dalam artikel kali ini. Kata bijak pandai "Gagal merancang adalah merancang untuk gagal" dan saya pula ingin menambah, "Gagal untuk melaksanakan perancangan yang telah dirancang, itu juga menuju jalan kegagalan". Oleh yang demikian, perancangan semata-mata tidak akan memberikan kita apa-apa kesan kerana perancangan perlu dilaksanakan, barulah ianya akan membuahkan hasil.

Berbalik kepada konsep menguruskan blog, perlukah kita mempunyai perancangan untuk blog kita? Jika kita merancang untuk menjadi blogger profesional yang menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya, perancangan yang baik itu adalah sangat penting.



Meletakkan kayu pengukur

Jika kita ingin menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya, pasti kita ingin memastikan blog kita menjana pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan kehidupan kita. Sekiranya kita tidak merancang apa yang kita lakukan, lazimnya kita akan leka dan tidak sedar akan pencapaian yang kita kecapi kerana tiada kayu pengukur yang kita tetapkan. Berbeza apabila kita telah merancang untuk mencapai sesuatu dalam tempoh yang ditetapkan.



Contohnya kita merancang untuk mendapatkan pendapatan RM2880 sebulan daripada blog pertama kita dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pendapatan semasa blog kita semasa perancangan dibuat adalah RM280 sahaja sebulan. Jika kita tidak ada perancangan yang baik, pasti sukar untuk merealisasikan impian tersebut dalam tempoh 12 bulan sahaja, namun senario ini amat berbeza jika kita mempunyai perancangan yang teliti. Kita akan memastikan beberapa bulan pertama akan digunakan untuk menambah baik prestasi blog disamping menghadiri pelbagai majlis untuk berkenalan dengan lebih ramai orang disamping mempromosi blog kita. Walaupun kita melakukan kegiatan atas talian, namun promosi luar talian juga boleh digunakan untuk memastikan apa yang ingin kita capai dapat dicapai. Perancangan sebegini akan membolehkan kita meletak titik panduan atau rujukan untuk menilai prestasi kegiatan yang sedang dijalankan.



Perancangan bukan semata-mata untuk duit

Ramai juga yang seringkali menyalah anggap, blog tidak perlu perancangan kerana mereka bukan ingin menjana pendapatan melalui blog. Walaupun anda hanya ingin menulis, jika anda mempunyai perancangan yang baik, perjalanan blog anda akan lebih kemas dan teratur. Selain itu, dengan perancangan yang sesuai, tidak akan timbul soal ketiadaan idea untuk menulis, atau tiada mood untuk menulis, atau kebuntuan semasa sedang merangka artikel yang ingin diterbitkan. Sekiranya anda merancang artikel anda dengan baik, isu-isu seperti yang disenaraikan akan dapat diatasi dengan lebih mudah dan seringkali isu-isu seperti itu tidak akan timbul pun. Bagaimana untuk merancangan aktiviti penulisan blog anda? itu anda perlu fikir atau rujuk bahan-bahan bacaan yang sesuai. Pada permulaan, mungkin agak sukar untuk merancang sesuatu yang kita buat sebagai hobi dan lain-lain, tetapi apabila kita sudah mula merancang dan meletakkan titik rujukan dalam perancangan kita, hasil yang lebih baik akan kita perolehi.



Laksanakan Perancangan

Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel, perancangan bukanlah langkah akhir yang perlu kita lakukan, ianya merupakan langkah pertama dalam aktiviti penulisan blog kita. Langkah seterusnya adalah perlaksanaan perancangan tersebut. Walau bagaimana hebat pun perancangan yang telah direncanakan, jika tiada perlaksanaan, ianya ibarat sebuah kereta yang telah siap dibina tetapi tidak dipandu untuk menuju ke destinasi pilihan kita. Oleh yang demikian, jawapan untuk persoalan adakah perlu perancangan dalam menguruskan sesebuah blog itu? jawapan dari penulis adalah ianya sangat perlu jika kita ingin menambah baik atau meletakkan blog kita pada tahap yang lebih tinggi. Setiap pencapaian yang kita telah rancang, jika tidak mendatangkan hasil dari segi wang ringgit, pasti boleh memberikan kita hasil dari segi emosi dan kepuasan dengan kejayaan tersebut.




Tentang Penulis : Eizil.Com , fulltime programmer, part time designer dan blogger. Dialah yang menjadi tulang belakang dan insan di sebalik blog Denaihati.com dan bakal menjadi pemangkin Eyriqazz.com dalam proses bertukar kepada own hosting+domain (Sudah tiba masanya untuk berubah ke arah yang lebih positif).


July 16, 2012

Sesat Dekat Blog EYRIQAZZ Edisi NamiaCinta‏


Sebelum saya tulis panjang-panjang saya nak minta maaf sebab saya  memang tak reti nak tulis dekat blog orang jadi penulisan ini akan jadi versi blog saya lebih kurang macam tuh lah..

Saya jumpa blog ini pun baru jer lagi sebab selalu sangat nampak kawan-kawan tweet entry dari blog ini.. masa tuh saya buat tak tahu jer..satu hari tuh saya tweet tanya kat kawan-kawan kalau diorang ada kenalan  kerja dekat ********** jadi sorang kawan saya mantion nama tuan blog ini..
ambik masa satu hari jugak lah saya nak tanya kat tuan blog ini
ter lah dah lah segan tetiba nak mintak tolong pulak... tak apa orang kata 
malu bertanya akan sesat jalan lagi pun bukan kena bayar pun kan...

sejak tuh saya mula baca blog nieh makin lama makin best pulak...
memula ingat blog gegurl sekali blog lelaki kacak lah.. huhuhuh ...
dekat tweet pun jarang mantion nama sebab saya rasa tuan blog nieh 
macam sombong jer hahahaha jahatnya...

baru-baru ini saya jumpa tuan blog nieh dekat event nuffnang blogopolis 2012
edisi sakat pun bermula .. hahahaha memang teruk saya kena buli dengan tuan blog ini
"yuyu ada pembaca blog nak bergambar" suara tuan blog ini sikit punya lah kuat sampai  semua orang boleh dengar rasanya.. kalau yer pun cakap lah pelan-pelan tak lah saya  malu sangat...

ada satu part yang tuan blog ini kata yang dia nak block saya dari timeline dia sebab
suka sangat menyemak ... hahahaha sebab saya menyemak lah saya dapat tulis dekat blog yang
hebat ini... sebenarnya saya bukan menyemak cuma mencari peluang untuk meluas kan rangkaian 
sosial saya jer dan tak maksud apa-apa... 

kesimpulannya .. tuan blog ini tidak lah sombong seperti yang saya kata kan pada permulaan ayat
edisi sakat tuh tak bermaksud apa-apa sekadar gurau senda jer. takut juga saya kena marah
dengan peminat tuan blog ini....


nota: Aci lah kan saya tulis macam mana saya boleh sesat kat blog nieh...
nak berkongsi tips memang saya tak pandai... 


Tentang Penulis : Seorang Blogger yang Sangat Jiwang, nama blog pun ada nama Cinta. NamiaCinta diambil dari perkataan " Namun Inilah Aku versi Cinta" Hahahaha,reka sendiri...

Komen Eyriqazz : Namia terlupa korek telinga ni, Eyriqazz cakap wifey Eyriqazz yang selalu menyibuk di wall FB Eyriqazz, rasa nak block pun ada...Hahahaha,actually takut apa-apa rahsia terlepas cakap di sana...Hahahaha...

Pantun Buat Namia :

NamiaCinta jiwang orangnya
Fahrin Ahmad dikata pernah Jatuh Cinta
Bollywood dan Romantik Komedi filem ditontoni sentiasa
Almaklumla, dalam hati taman berbunga-bunga versi "Syurga Cinta"

July 13, 2012

Blogr.My - Jom Ping Entri di Sini

blogr.my - Halaman Utama Blog Malaysia.
blogr.my


blogr.my ? apa tu? Kalau anda seorang blogger dan mahukan sesuatu yang baru di dalam komuniti blogging, inilah peluang anda untuk mencuba blogr.my. Rasanya masih ramai yang belum tahu mengenai kewujudan laman komuniti dan  ping blog aggregator yang terbaru di Malaysia ni. Jadi meh nak cerita sikit mengenai blogr.my.

Mengikut info yang terdapat di laman web ini sendiri, ianya ditubuhkan pada 21/1/2012 (tak sampai setahun lagi) dan semenjak dari itu seramai 1160 bloggers telah berdaftar dan sebanyak 19,700 entri telah dikongsikan di sana.

Jika anda ke laman web ini, sememangnya mudah untuk anda melihat statistik-statistik secara live dipamerkan.

Yang menariknya di sini, entri-entri yang dikongsi akan dibahagikan kepada 12 saluran yang berbeza. Kiranya macamchannel di TV. Katakan anda berkongsi entri mengenai BlogShop anda, ianya akan secara automatik dikategorikan didalam saluran Blogerai. Saluran-saluran ini diperkenalkan dengan jenama yang tersendiri contohnya seperti saluran Amboi! khas untuk hiburan dan fesyen, Burrp! untuk reviu makanan, Kontest untuk anda mempromosikan sebarang contest online dan bermacam lagi saluran-saluran lain yang menarik. Ini akan memudahkan pembaca untuk memilih

saluran yang mereka minati.
blogr.my


Setiap saluran juga akan mempunyai Entri Tajaan yang dibuatkan khas untuk blogger ataupun orang ramai untuk mempromosikan entri/blog/produk mereka di dalam tempoh yang tertentu. Setakat ini, info mengenai pembelian ruangan itu masih belum ada. 

Sebagai contoh, di saluran Kontest, Cabaran Eyriqazz vs Denaihati telah dijadikan Entri Tajaan untuk saluran itu sehingga tamatnya cabaran SEO ini.
blogr.my


 Selain itu, setelah anda mendaftar, anda juga akan mempunyai profile yang tersendiri. Sebagai contoh, jika username anda adalah eyriqazz maka halaman profile anda untuk blogr.my adalah di http://blogr.my/profile/eyriqazz. Anda

boleh melihat pelbagai info di profile anda sendiri seperti, jumlah mata yang terkumpul (dengar cerita nanti kita
 boleh redeem hadiah menggunakan mata ini), jumlah pelawat, entri-entri yang telah dikongsi dan juga senarai blogger yang mendaftar di blogr.my menggunakan referral anda.
blogr.my


Jadi, apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang! Mudah sahaja, hanya daftar menggunakan Facebook atau Twitter danmasukkan username anda dan mulakan ping yang pertama! Nanti anda akan di greet oleh bot blogrMY di ruangan borak.

Owh ya, jika anda ingin maklumat lanjut mengenai blogr.my, anda boleh lawati halaman yang Soalan2 Lazim telah  disediakan. Semua persoalan anda akan terjawab di sana :)

June 14, 2012

Kembara Prihatin di Kampot; Phnom Penh, Cambodia

As Salam,

Apabila saya mendapat tahu Adam telah menjadi tetamu blog (guest blogger) Eyriqazz, saya pun apa lagi; terkinja kinja hendak mengikut jejak langkah dia (stalker tuh). Dengan muka tidak tahu malu, saya pun bertanya kepada Eyriqazz boleh tak sekira nya, saya menjadi tetamu blog yang pemes & fofular nih. Melihat kesungguhan saya menempek mecalonkan diri sendiri, akhirnye Eyriqazz pun bersetuju.

Pengenalan :
Saya seorang blogger kembara (travel blogger) empunya blog Globetrotter ber-URL kan http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/ . Kebanyakan entri saya adalah dalam Bahasa Inggeris, ianya berkenaan kembara saya menjelajah 5 benua dibumi Allah ini. Tujuan utama saya berblog adalah untuk berkongsi pengalaman, cerita, tip, bajet kembara dan sebagainya. Selain dari itu; pembaca juga boleh bertanya secara terus melalui email ke lilyriani@hotmail.com pada bila bila masa. Saya cuba akan menjawab semampu boleh.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah berkenaan kembara saya yang terkini mengikuti Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) ke Kampung Kes yang terletak di Kampot; Phnom Penh, bumi Cambodia. Objektif misi Kembara Prihatin ini adalah untuk membantu penduduk miskin beragama Islam di pendalaman Phnom Penh; aktiviti yang dijalankan adalah :

1. Kem Medik
2. Pembaikpulihan Masjid
3. Kelas Menjahit
4. Kelas Solat
5. Kelas Bahasa
6. Pembinaan telaga dan pam air

Dengan harapan misi ini dapat menolong penduduk kampung berdikari dan membantu kaum keluarga.


Kanak-Kanak Kampung Kes

Sepanjang beradanya saya disana, terdapat beberapa perkara yang saya amati;

1. Kurang kesedaran kebersihan
2. Kurang pemahamam kesihatan
3. Kurang bantuan dari segi wang ringgit atau barangan; dan akhir sekali
4. Kurang didikan pengetahuan seperti buku pembelajaran atau buka cerita di dalam bahasa Malaysia atau Inggeris

Air Kolah yang digunakan di Masjid

Kehadiran kami adalah untuk cuba sedaya upaya membantu penduduk Kampung Kes sepanjang kehadiran kami disana. Mereka yang turut membantu dalam misi ini terdiri daripada guru sekolah merangkap ahli PPIM, penuntut UNIKL dan juga UiTM serta doktor dari HUSM. Dengan itu, kami dengan berbesar hati mengharap bantuan yang sedikit ini dapat membuka peluang serta menolong penduduk keluar dari kemelut kemiskinan ini.


PPIM memasak lauk untuk Penduduk Tempatan

Selama ini, kembara saya ke segenap pelusuk negara adalah untuk melihat keindahan alam, kota-kota lama, adat dan adab masyarakat serta tidak lupa juga kesan peninggalan sejarah. Tapi atas pelawaan makcik saya, hati saya terbuka dan merasakan perlu adanya keseimbangan hidup dalam pemilihan tempat lawatan saya dimasa depan. Tak kan nak seronok-seronok saja kan. Setelah melihatan kedaifan mereka, terasa insaf untuk lebih menghargai kehidupan dan pemberian tuhan.

Sepatah kata mak cik saya…

Kepayang tumbuh di batu,
Tumbuh di hutan mencelah-celah,
Ketitir melompat jatuh ke pasir;
Yang di rancang belumlah tentu,
Kita di bawah perintah ALLAH,
TADBIR tak dapat mengatasi TAKDIR.

Wassalam.

June 13, 2012

Coklat Penyembuh Batuk‏

Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya blog Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka yang bermurah hati menjemput 5 bloggers bertuah dan membenarkan  menulis satu entry di blog eyriqazz.com.   .Oleh itu saya mengambil peluang ini untuk memaparkan entry saya berjudul "COKLAT PENYEMBUH BATUK"
Choklat Crunch
Mari kita makan coklat! Yeay...
Siapa di sini tak suka makan coklat? Rugilah kalau tak suka.
Coklat dihasilkan dari biji koko (Theobroma cacao) umumnya dijadikan sebagai pemberian hadiah atau bingkisan di majlis kelahiran, perkahwinan malah sambutan hari raya dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik.  Coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau perhatian, bahkan sebagai pernyataan I Love you.  Tapi saya sedang batuk.  Susah nak sebut perkataan tu... huk... huk... huk...

Saintis telah menemui penawar batuk yang effektif iaitu dengan memakan coklat supaya dapat menghentikan batuk yang berterusan.  Pada masa ini kebanyakan ubat-ubatan untuk mengawal gejala-gejala yang berasaskan penenang seperti ubat batuk mengandungi kodeina dan narkotik.  Penemuan penawar batuk itu dibuat adalah dari hasil kajian ke atas bahan peting dalam pembuatan coklat iaitu theobromine.  Bahan penting ini dikatakan mempunyai kesan lebih aktif untuk menghentikan serangan batuk kokol dan tiada kesan sampingan serta tidak mengantuk.

Theobromine bertindak dengan menghalang aktiviti saraf vagus yang menyebabkan batuk.  Menurut penyelidik Prof. Peter Barnes dari Imperial College London, sehingga kini tiada sebarang rawatan yang benar-benar efektif.  Sedangkan serangan batuk menurut beliau bukan sahaja menyakitkan tetapi juga memberi kesan kepada kualiti hidup.
dark chocolate

Kajian juga menunjukkan, coklat gelap (dark chocolate) boleh mengurangkan risiko serangan jantung atau strok sehingga 20 peratus.  Kesannya hanya dilihat pada orang yang sudah mempunyai tekanan darah tinggi.  Penyelidik di University of Adelaide mendapati bahawa coklat gelap mampu menurunkan tekanan darah/hipertensi.

Tapi janganlah makan pada jumlah yang banyak, kerana ianya tetap akan membahayakan lesihatan.  Coklat merupakan produk koko yang dicampurkan dengan lemak, tepung, gula untuk menghasilkan manisan yang padat.

Note:  Picture credit to Google search.



Tentang Penulis : ZaraAluwi (dua dari kiri) seorang Mama blogger yang peramah dan happy go lucky dan juga penulis novel yang telah menghasilkan pelbagai novel kekeluargaan/remaja. Suka tengok cover Novelnya yang bertajuk " Miss James Bond". 

P.s : Salah satu entri pilihan eyriqazz di blog ZaraAluwi adalah entri yang bertajuk " Biadapnya PATI ni!". Buah durian pun dicuri mereka...Pihak berkuasa, please take action...

June 12, 2012

Mari kita berkenalan dengan Mama AmanArief

Sebelum kita bercakap panjang lebar meh kita berkenal-kenal dulu. 
Mestilah nak tgok orangnya dulukan?

 
Inilah saya. Mama kepada sepasang anak. Gambar pertama anak sulung bernama Dalia Amana tapi panggilan manja Amana. Anak kedua anak lelaki bernama Amirul Arief. Panggilan manja Arief. Anak no 3? Belum tahu bila tapi sebelum umur 35 untuk cukupkan "Triple A" sekarang baru "Double A-Amana&Arief"

Tiada yang terlalu  istimewa untuk dikongsi bersama cuma saya nak bercerita tentang hobi saya. Cerita hobi? Haiiii macam budak-budak je kan? Tapi kalau hobi tue membawa hasil RM atau barang-barang berharga nak dengar tak? Ok meh kita tengok gambar sebagai bukti sahih nak?


No 2 tue saya! Alamak terbocor nama penuh..
Bukan IPAD tau saya dapat IPAD2.
Hadiah utama contest nie adalah pakej fotography worth RM1K
Tapi saya targer hadiah saguhati sahaja ..cash RM500!
I got it!!! Alhamdulilah
Stok susu Dutch Lady selama 6 bulan!! Yehaaa
Stok lampin Pet-Pet 3 bulan!!!

Macam mana dengan hobi saya? Boleh jadi sumber inspiasi tak? Saya baru serius tahun ini. Tapi saya cuma sertai mana-mana yang sempat sahaja. Saya nie masih newbie comper lagi sebagaimana saya masih newbie dalam blogger. Ramai lagi pro comper yang kini menjadi kawan maya yang pernah menang tv, kereta, cash money beribu-riban. Mereka semua sumber inspirasi saya... Nak follow cerita kemenangan saya boleh disini "BIG WINNING"

Tadi cerita hobi pertama..Meh kita cerita hobi kedua pulak nak?Hobi kedua nie jugak mendatangkan hasil dan penjimatan tau! Dengan hobi kedua nie saya berjaya menjimatkan hampir 70% barangan bayi! Boleh dikatakan untuk anak kedua saya tiada pembelanjaan dikeluarkan untuk shampoo, mandian, bedak..pendek kata barangan bayilah. Malah saya hadiahkan lagi kepada teman-teman. Sebab tue saya kategorikan anak kedua saya sebagai ANAK SPONSOR! Sebab tiada perbelanjaan di keluarkan dari poket kami suamisteri. Semuanya hadiah hehe.. 

Menulis!! Ya saya suka menulis. Tak sedar sejak bila saya suka menulis. Kalau tak suka menulis masakan punya belog. Betul tak? Untuk tulisan diatas nie saya tak dapat sebarang token, saya dihubungi oleh pihak magzine untuk menulis tentang tajuk yang diberi. Mungkin kerana sebelum tue saya banyak hantar tulisan pada majalah tersebut. Tetapi tulisan-tulisan yang lain saya dapat token/hadiah berupa barangan bayi. Ada barangan bayi yang saya tak guna & punya nilai saya jual pula di onlineshop saya di littlemummydaddy. Oh nak baca tulisan yang lain? Refer sini "my-wrinting-in-magzine"

Saya ada hobi ketiga iaitu sertai event... tapi saya rasa cukupla ye. Lagipun ini saya tumpang bercerita di sifu blogger saya. Kalau nak ikuti cerita-cerita saya yang "comel-comel" Jemputla jenguk belog saya yang saya kategorikan lebih kepada parenting belog.. Cerita anak-anak, cerita contest, cerita makan-makan, cerita tulisan saya dan serba-sedikit tentang kerja..

Fell free to visit my blog:

P.s Eyriqazz : Kagum dengan kesungguhan dan kejayaan penulis jemputan yang telah banyak memenangi Online/Offline Contest. Yup, dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh, InsyaAllah akan ada hasilnya dalam apa jua bidang yang diminati.

June 7, 2012

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Sg Besi

Penulis Jemputan : Mashimalo @ Jue Lee

Sempena kemenangan saya dalam contest yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz, saya telah diberi peluang untuk menulis entri bebas dalam beliau. Tajuk adalah suka hati. 

Kalau nak pomot belog sendiri, macam malu sebab belog sendiri adalah belog penulisan bebas. Ada kisah hari2 yang dilalui, ada cacatan saya tentang tempat atau destinasi percutian yang saya pernah jejak like, Brunei, Sabah, China, Singapore, Krabi, Cameron dan lain2, ada juga resipi2 ajaib masakan saya sejak berkahwin (ye la sejak berkahwin baru jejak dapor, so sesape yg tahu masak sebelum kawen jgn riso.. Lepas kawen sure magik, turun je dapor automatik reti masak) dan juga pengalaman yang saya lalui sebagai seorang ibu dan isteri.

Tapi untuk pembaca belog Eyriqazz saya ingin berkongsi sebuah restorant makanan China Muslim iaitu Mee Tarik Warisan Asli Sg Besi. 

Mee Tarik ni saya kenal masa saya pergi China tahun lepas. Saya sukakan mee nya sebab ianya fresh, kenyal dan yummy yummy. Mee tu akan ditarik bila kita order, maknanya ianya bebas dari asid borik T___T

Ni la die kedai mee tarik warisan di Sg Besi yang saya nak kenalkan dengan pembaca belog Eyriqazz.Tak susah nak carik kedai, dari Terminal Bandar Tasek Selatan tu pergi ke arah Pekan Sg Besi lama.

Masuk simpang yg depan balai polis tu, jalan je terus.

Sampai kat bangunan rumah kedai baru, nampak Speedmart 99, mee tarik ni kat building belakang Speed mart tu. Bersebelahan dengan Dome.

Antara menu2 yang ada di kedai mee tarik nii...

Harga memang mahai la, dalam RM8 sepinggan mee.. Tapi mee die memang banyak, portion makanan adalah besar. Tapi gerenti habes punye la...

Menu die tulis Cina hehe so tunjuk2 aje la.. Kalau tak paham, boleh tanya yang amek order. Dia akan rekemen menu yang best!
Ni saya amek gamba orang tu tengah tarik mee...

Memang sebijik macam kat Restoran Mee Tarik kat China yang saya pergi tu

In fact bila saya borak ngan tauke die, die kata memang ni branch yg dari China tu.

Owner die Chinese Muslim, tak pandai sangat cakap melayu. Saya cakap Mandarin ngan tauke tu, happy betul tauke tu dapat tau saya pandai cakap Mandarin.

Dapur yang bersih. Memang see tru dari cermin ni.. Memang bersih dapor die, so takde la ragu2 sangat kan..

Poster mee tarik besar terpampang di gerai..



Ni adalah daging kambeng peberet saya. Die marinate ngan rempah, pedas, masin sume ada.. Sedap sangat, kambeng die pun takde bau. Kat China hari2 saya makan ni hahahah.. Tak sangka boleh makan menu ni lagi kat Mesia dengan rasa yang sama. Tauke tu kata die memang guna rempah ratus yg die import dari China sana. So rempah asli la, patut la rasa tak lari.. And plus kambeng ni adalah kambing biri biri yang masih muda, patut lah sedap lemak berkrim!

Mee tarik hubby. Mee tarik die ada macam2 flavor tau, ada yg sup.. Ada yg berkuah ala gini. And lagi satu,  boleh pilih nak mee tu halus ke, kasar ke.. Boleh request...

Nasi dan tomato with telor. Ni pun sedap jugak...


Tak rugi!

Mesti ada yang bertanya, kedai ni ada sijil halal atau tidak.
Saya ada nampak sijil halal di gantung kat tepi cashier.
Untuk memberi jaminan saya tak berani tapi saya hanya berpandukan sijil itu saja.

Sama lah seperti saya makan di Restoran Chinese Muslim yang lain spt Chan Abdullah, ShangRin Lo...

Ini adalah entri saya berkenaan Mee Tarik di China, anda boleh tengok sendiri persamaan menunya...

P.s : Jom terjah Blog Mashimalo ini, banyak entri menarik dikongsikan di sana especially percutian dan makanan yang menguja...
Related Posts with Thumbnails