Showing posts with label pandangan anda. Show all posts
Showing posts with label pandangan anda. Show all posts

March 2, 2012

What Will You Do : Masalah Dengan Penyewa Rumah

Assalamualaikum Readers,


Pengalaman menyewakan rumah pertama tidak semudah yang disangka. 3 bulan pertama, semuanya berjalan lancar. Masuk kali ini, bulan keempat sudah menampakkan ada masalah dengan penyewa rumah sekarang.Sudah ditapis sebelum ini, namun ianya tetap berlaku. Biasanya tak pernah lewat sebegini, tapi bulan ini, lain pula jadinya...

Loan rumah telahpun dipotong dari gaji RM1,200, namun sewa rumah belum lagi diterima dari penyewa bulan ini. Inilah jawapan yang saya terima apabila saya tanyakan lebih lanjut berkenaan "Bilakah Sewa Rumah dapat dibayar?"

Jawapan penyewa : Maaf Encik Eyriqazz. Saya sebenarnya belum dapat gaji. Sepatutnya dapat 28hb . Ada loan saya yang dah dua bulan dan bayar sekaligus tapi tak dapat dah jadi 3 bulan. Pening ni. Datuk tak sign lagi gaji , saya yang merana. Mungkin lepas ni saya cari kerja lain. Tadi i check lagi dengan finance belum sign dia orang cakap paling lewat 7hb March. Lagi pening macam2 commitment tak dapat bayar. Sekali lagi saya minta maaf,saya akan usahakan secepat mungkin.

P.s : Penyewa saya ini adalah seorang Manager bekerja di Oil & Gas, bangunan di KLCC....

Mungkin Ebook ini boleh membantu saya...InsyaAllah, akan saya cuba khatamkan secepat mungkin...

Anyway, sudah pasti saya pun turut menerima tempiasnya. Gaji dah dipotong dan bil-bil perlu dijelaskan juga. Lebih-lebih lagi dengan persiapan menanti kehadiran insan baru tak lama lagi. Jika anda di situasi saya :

What Will You Do?
Patutkah Dihantar Brader-Brader Ketak untuk Kutip Sewa?

December 23, 2010

Maxis Broadband|Apa Pandangan Anda?

Semasa bercuti di Ipoh, saya meminjam Maxis Broadband dari adik ipar. Dia baruje subscribe dan ambil Football Modem dengan bayaran RM48 sebulan tanpa kontrak . Plannya bolehla terjah SINI . 2-3 hari menggunakannya ketika di Ipoh, rasanya boleh tahan juga speed dan kestabilan internetnya . Even di dalam keretapi pun still ada line/coverage untuk sesetengah kawasan :

Menggunakan Maxis Broadband di dalam keretapi
First Impression, Boleh tahan (suka juga dia punya Modem, bentuk Bola)
I'm thinking About it..Should i subscribe to Maxis Broadband?

Honestly, sekarangni saya masih mencari broadband terbaik for travelling purpose. Semestinya pilihan saya, stabil, coverage, dan speed menjadi faktor utama. Sebelum/ketika ini pernah mencuba P1 Wimax , Celcom Broadband, dan juga Digi Broadband but none met my expectation especially in term of coverage dan speed. Masing-masing ada Pro n Cons nya.

One of the main reason saya agak tak berani untuk mencuba Maxis Broadband coz of this feedback dari salah seorang bekas pengguna Maxis di entry INI. Thanks to Aus Melankolik :

Aus MeLankoLik said...


owh , incik eyriqazz...sy pengguna maxis broadband dulu .servis rasenye mmg tidak memuaskan..tapi dia akan bagi trial seminggu ,tapi dalam smggu tu mmg speed die akan laju tahap dewa punye..tapi mkn lame nnt , mkn slow . kdg2 dapat tapi nak bukak page makin slow.

kalau area kl , rasanye xsilap celcom dan P1 ok . mungkin p1 xramai lg pakai then coverage x meluas lagi sebbkan die terhad pade sesuatu tempat sbb tu speed die laju .kalau dari segi download usage ,maxis mmg xberbaloi , 3GB sbln pun dah kena bayar rm 98 compare dgn wiggy p1 5GB utk sbln kalau xsilap rm 49 .kalau nak line stabil rasanya celcom la kalau x silap .ok , itu je kot.

aku dah potong maxis broadband sbb charge die mcm x berbaloi dgn servis ada kat entri dulu ni.
Anyhow, sekarang ini dengan Competition yang semakin giat dari Broadband Provider, I am thinking untuk mencuba Maxis ataupun any Broadband yang lain yang memuaskan.

Apa pandangan anda tentang Maxis Broadband? Adakah ianya berbaloi untuk dicuba ? If not, what is ur suggestion?

May 9, 2010

Patutkah Telur Penyu Dijual di Kedai Makan/Restoran?

Salam dari Eyriqazz,

Entry yang agak tergesa-gesa kerana hendak pergi 1Superkids Event (pukul 12 tgh hari ketika entry ini ditulis). Apakah pandangan anda :

Patutkah TeluR Penyu Dijual di Kedai Makan/Restoran?

Penyu semakin hari semakin berkurangan dan diambang kepupusan namun kedai makan masih menyediakan telur penyu.

1)Adakah ianya patut?
2)Apakah tindakan pihak berkuasa?
3)Anda suka telur penyu? Saya pernah cuba sekali, masin dan tak langsung tak sedap.Selepas kesedaran,itulah kali pertama dan kali terakhir saya mencuba telur penyu.
4)Apa pandangan anda pula?

P/s :Gambar diambil ketika saya singgah lunch di salah sebuah kedai makan di KL semalam. Kalau sempat later saya revealkan detailsnya.
Related Posts with Thumbnails