Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts

June 19, 2012

RM469.75 dari Telekom Malaysia

Balik dari bercuti di Pulau Pinang semalam,tengok ada satu cek bernilai RM469.75 dari Telekom Malaysia. Alhamdulillah, janji ditepati. Rebat dikembalikan oleh Telekom Malaysia ketika menggunakan Streamyx tahun lepas.



Tahniah buat SKMM yang pantas menyelesaikan kes saya 

Aduan yang sama turut diadukan tentang Maxis Broadband. Agak arrogant Customer Servis Maxis Broadband walaupun telah diadukan kepada SKMM. Tidak mahu mengaku kesilapan yang broadband yang diberikan tidak dapat menepati at least 70% dari kadar upload/download yang dijanjikan. Takper, they play with me, i will pertahankan hak saya sebagai seorang pengguna.

P.s : Action is Better than Word, asyik membebel-bebel tapi tidak berani bertindak, tidak berguna juga kan?

May 4, 2012

Terima Kasih SKMM : RM1,002.47 Rebat dari Telekom Malaysia

Rentetan dari entry Surat Cinta dari Telekom Malaysia dan Jawapan Balas Surat Cinta dari Telekom Malaysia, finally mendapat respons yang positif dan hasilnya :


 RM1,002.47 Rebat dari Telekom Malaysia

Alhamdulillah, memang pantas dan tuntas tindakan yang diambil oleh pihak SKMM dan juga Telekom Malaysia bila aduan diadukan kepada pihak yang sepatutnya. Menantikan jawapan balas dari Telekom ,asyik taichi ke sana ke mari. Report ke SKMM, within 1-2 month, problem solved.Puas hati. Jimat masa dan tenaga dari asyik di "taichikan ke sana ke mari"...

Instead of me paying, now i got better deal thanks to SKMM. Kalau anda ada masalah dengan broadband/Internet/telekomunikasi memang saya suggestkan adukan kepada SKMM jika tiada respons memuaskan dari service provider. Aduan bolehla diadukan di : http://aduan.skmm.gov.my/ ( Tips|Masalah Dengan Broadband Anda). 

P/s : Gunakanlah Hak Kita Sebagai Pengguna. Kita membayar dan sudah pasti mahukan ianya berbaloi dengan yang dibayar kan?

P/s/s : Put the problem aside, bila dah upgrade to Unifi ni, memang saya cukup berpuas hati. Tak banyak masalah, speed dan connection seperti yang dijanjikan. Keep up a good work Unifi...

May 1, 2012

Wireless Broadband Semput


Blogger tegar cam eyriqazz, wireless broadband amatlah penting especially bila time travel/balik kampung. Namun, agak sakit hati juga apabila servis yang diperolehi tidak seperti dijanjikan. I.e. broadband yang eyriqazz gunakan kini, semakin lama, semakin kurang memuaskan servisnya. Dah lebih setahun menggunakannya selepas kecewa dengan wireless broadband sebelum ini i.e. P1,Digi, dan juga Celcom.

Wondering, should i pay the full amount apabila servis tidak seperti dijanjikan dan kelajuannya agak semput @ kurang dari 50% seperti dijanjikan. Maybe, saya akan gunakan kuasa pengguna saya.. Wait for me, I need your help SKMM. 

P/s : Yup, aduan akan diadukan ke SKMM tak lama lagi. Dah quite fed up dengan servis yang tidak seperti dijanjikan.....

April 2, 2012

Yes Broadband : Minta Pandangan

Yes Broadband : Minta Pandangan

Saya telah menggunakan pelbagai Broadband untuk travel purpose i.e. P1, Celcom, Digi, dan terbaru Maxis Broadband(dah guna lebih setahun) dan apa yang boleh saya katakan, semuanya tidak memenuhi expectation saya. I.e. Maxis, coverage bagus, tapi speed quite slow especially kalau di kelantan or terengganu. Setakat normal browsing ok la...

Saya dah bertanyakan staff Yes Broadband time ni, tapi jawapan yang diberikan cam kurang memuaskan i.e. saya tanyakan in term of speed dan coverage. In term of coverage, staff Yes broadband mengatakan coverage tiada di Pahang (berbukit bukau) ,Sabah dan Sarawak.In term of speed, memang berbaloi-baloi katanya.

Anyone pernah guna Yes Broadband . Apa pandangan anda?Bagus tak untuk travel especially for me blogger tegar yang selalu travel dan memerlukan broadband yang memenuhi citarasa in term of coverage dan speed.

Sebarang pandangan amatla dihargai.

April 21, 2011

Broadband di Malaysia| Pengalaman Saya

Berkongsi Pengalaman, Broadband di Malaysia. Yup, broadband/internet amatlah penting especially buat blogger cam saya. Sebelum ini saya telah mencuba beberapa perkhidmatan broadband yang disediakan di Malaysia dan inilah pengalaman yang ingin dikongsi :


Subscribe 4 Desktop Modem dan juga Wiggy. Sempat try for 2 weeks. Cancel it. Kawasan rumah saya too congested dan ramai sangat pengguna P1 Wimax (Setapak, ramai student). Speed not up to my expectation dan seperti diinform, ianya bergantung kepada kawasan & bilangan pengguna di kawasan itu. Apapun, Customer Servicenya memang bagus. Pantas memberikan jawapan dan explanation.Pujian patut diberikan kerana Customer Servicenya honest dalam explain kenapa line slow etc.


Dapat free modem & Broadband Subscription selama 3 bulan masa menang contest yang dianjurkan bersama Nuffnang 2 tahun lepas. Umm, unluckily, masatu kawasan rumah saya bukan dalam kawasan coverage dan hanya boleh connect dengan Edge saja. Still, Customer Service memang bagus. Cepat dan pantas.



Sempat menggunakannya selama beberapa bulan. Subscribe to "Basic Plan" , RM68 sebulan. In term of coverage, memang terbaik. In term of speed, masih banyak yang boleh diperbaiki. Not up to my expectation dan seperti yang ditawarkan iaitu 512kbps, di banyak kawasan, the most i can get is around 100+kbps. In term of customer service, quite slow masatu. Respons agak lambat . Suggestion : Gunakanlah kemudahan twitter dan Facebook untuk berinteraksi dengan pengguna . Hope mutunya boleh diperbaiki in the future.
P/s ; Saya masih pengguna setia Celcom Postpaid phone but for broadband, umm, saya better pilih yang lebih memuaskan.


Teruja untuk subscribe bila nampak pakejnya agak berpatutan dan respons dari rakan yang pernah menggunakannya agak positif. Namun, main purpose mobile broadband untuk travel dan bila saya terjahi salah satu Storenya di KL Sentral dan coverage masih belum meluas, saya tak jadi untuk subscibe. One day mungkin.


Banyak komen negatif yang saya terima berkenaan Maxis Broadbandni dari rakan-rakan blogger. Namun, bila pertama kali mencuba Maxis Broadband ni pinjam adik ipar punya semasa di Ipoh, saya puas hati. So, saya subscribe to pakej RM48 sebulan/512Kbps . Till now masih menggunakannya untuk travel dan overall puas hati. Ipoh,Terengganu,Genting Highlands,Kelantan dan pelbagai lokasi lagi speednya up to my standard walaupun masih belum mencapai at least 70% dari speed yang ditawarkan.  Untuk travel, memang sangat berguna bagi saya wireless broadband ni. Congratz Maxis, anda berjaya mengubah persepsi negatif saya. Kata pepatah, belum cuba,belum tahukan?


Sudah lebih setahun saya subscribe dengan Blockbuster Deal, 1Mbps. Dulu-dulu memang ada problem dengan Streamyx ni. Namun sejak kemunculan pelbagai broadband di Malaysia ni, saya nampak banyak kesan positif. Line makin stabil, speed memuaskan, tiada cap dan memang saya berpuas hati .

Yess, dulu saya saya salah seorang yang kuat mengkritik Streamyx ni. Sampaikan 2 kali rasanya complaint saya adukan kepada SKMM(dapat rebat lagi) . But along the way dan mencuba pelbagai Broadband yang lain, I can say, Streamyx is the best for me.Banyak perubahan positif.  Happy with it dan tak sabar untuk bertukar kepada Unifi pula nanti. On the other notes, Customer Service quite slow dalam memberikan respons especially via email. Gunakanlah platform social media yang ada so lebih interaksi antara pengguna dan provider.

Overall, as pengguna , inilah cadangan dari saya buat semua Broadband Provider :

1) Improvekan on kualiti. Kalau janjikan 500kbps, tunaikanlah janji itu. Ini nak dapat separuh pun susah, tapi bayar tetap sama? Mana aci camni kan?Servis tak seperti dijanjikan tapi still kena bayar penuh. Win-Lose situation akan membuatkan pengguna beralih arah.
2) Cap/Limit . Umm, ni yang paling saya tak suka especially bila aktif menggunakan internet ni.
3) Free trial - Kasila at least sebulan untuk free trial so pengguna dapat menilai dengan lebih bijak. Masa di UK dulu, memang kasi free trial sehingga sebulan untuk internet .
4) Customer service - Banyak service provider yang masih belum menggunakan platform social media sepenuhnya. Gunakanlah ia, senang kami nak contact/complaint/giving feedback n etc.
5) Price - The lower, the better. Kos sara hidup makin meningkat, apa salahnya kalau kasi diskaun buat pengguna setia? Tak rugi pun kan?

Overall, saya boleh katakan, untuk mobile broadband, mostly ianya bergantung kepada kawasan/bilangan pengguna. Cam jalanraya la kan, lagi ramai, lagi congested. So, buatla pilihan dengan bijak.

P/s : Apa pula pandangan anda tentang Broadband di Malaysia? Apa service provider yang korang gunakan sekarang?

December 23, 2010

Maxis Broadband|Apa Pandangan Anda?

Semasa bercuti di Ipoh, saya meminjam Maxis Broadband dari adik ipar. Dia baruje subscribe dan ambil Football Modem dengan bayaran RM48 sebulan tanpa kontrak . Plannya bolehla terjah SINI . 2-3 hari menggunakannya ketika di Ipoh, rasanya boleh tahan juga speed dan kestabilan internetnya . Even di dalam keretapi pun still ada line/coverage untuk sesetengah kawasan :

Menggunakan Maxis Broadband di dalam keretapi
First Impression, Boleh tahan (suka juga dia punya Modem, bentuk Bola)
I'm thinking About it..Should i subscribe to Maxis Broadband?

Honestly, sekarangni saya masih mencari broadband terbaik for travelling purpose. Semestinya pilihan saya, stabil, coverage, dan speed menjadi faktor utama. Sebelum/ketika ini pernah mencuba P1 Wimax , Celcom Broadband, dan juga Digi Broadband but none met my expectation especially in term of coverage dan speed. Masing-masing ada Pro n Cons nya.

One of the main reason saya agak tak berani untuk mencuba Maxis Broadband coz of this feedback dari salah seorang bekas pengguna Maxis di entry INI. Thanks to Aus Melankolik :

Aus MeLankoLik said...


owh , incik eyriqazz...sy pengguna maxis broadband dulu .servis rasenye mmg tidak memuaskan..tapi dia akan bagi trial seminggu ,tapi dalam smggu tu mmg speed die akan laju tahap dewa punye..tapi mkn lame nnt , mkn slow . kdg2 dapat tapi nak bukak page makin slow.

kalau area kl , rasanye xsilap celcom dan P1 ok . mungkin p1 xramai lg pakai then coverage x meluas lagi sebbkan die terhad pade sesuatu tempat sbb tu speed die laju .kalau dari segi download usage ,maxis mmg xberbaloi , 3GB sbln pun dah kena bayar rm 98 compare dgn wiggy p1 5GB utk sbln kalau xsilap rm 49 .kalau nak line stabil rasanya celcom la kalau x silap .ok , itu je kot.

aku dah potong maxis broadband sbb charge die mcm x berbaloi dgn servis ada kat entri dulu ni.
Anyhow, sekarang ini dengan Competition yang semakin giat dari Broadband Provider, I am thinking untuk mencuba Maxis ataupun any Broadband yang lain yang memuaskan.

Apa pandangan anda tentang Maxis Broadband? Adakah ianya berbaloi untuk dicuba ? If not, what is ur suggestion?

April 12, 2010

No Strings Attached

NO Strings Attached catchynya bunyinya
Tiada komitmen itulah maknanya
Kali ini ingin bercerita
Pengalaman peribadi untuk dikongsi bersama

Saya sukakan perkara dan juga produk yang tiada komitmen/kontrak ( No Strings Attached ). Kenapa saya berkata sedemikian :

1) Saya pernah melanggani produk/servis gym terkemuka di Malaysia dengan bayaran RM150 sebulan dan kontrak minimum selama 12 bulan. Namun, kerana sebab tidak dapat dielakkan hanya dapat pergi beberapa kali sahaja dan minta di cancelkan selepas beberapa bulan namun tidak berjaya. Sudahla masatu tertipu dengan offer yang diberikan oleh Sales Officernya, lain yang dicakapkan, lain sebenarnya . Sehingga kini aku menyesali perkara ini dan duitku melayang begitu sahaja. RM150 X 12 sudah hampir RM2 ribu tu.

Strings/Contract attach tidak kusukai
Rasa macam ada niat tersembunyi
Bila ada masalah satu ketika nanti
Diri sendiri juga yang rugi

2) Aku belikan Simply Siti produk untuk Isteriku kerana isteri ku sukakan produknya dan No Strings Attached too. Rasa terikat dan tidak suka bila membeli kena ada kontrak lama-lama.

3) Hampir tertipu dengan skim melancong/menginap di hotel terkemuka berpakej bernilai puluhan  Ribu ringgit dengan bayaran bulanan dipotong dengan kredit kad. Mujurlah ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan National Consumer Complaint Centre yang berjaya menyelesaikan masalah dan tidak tertipu.Selepas itu, aku lebih sedar dan semakin tidak gemarkan 'Strings Attached'

4)Terus terang ku katakan, aku pelanggan Streamyx Broadband.Ambil yang paling murah. Masa subscribe dengan kontrak selama setahun beberapa tahun yang lepas agak berat hatiku untuk mengambilnya, namun itulah yang paling ku mampu ketika itu. Apabila Offer menarik daripada Streamyx iaitu Super Upgrade Deal dilancarkan, mula-mula tengok ,wauu menarik. Murah, bagus ni. Namun apabila kena kontrak 2 tahun untuk subscribenya , rasa cam tak ikhlas je offer yang ditawarkan. Kenapa perlu kontrak?Adakah takut Customer Lari ? Kenapa perlu takut kalau produk itu bagus.

5) Celcom Broadband yang ku pilih untuk  isteriku juga oleh kerana tiada kontrak dan ingin cuba dan lihat. Masatu, P1 Wimax memang dalam pilihan juga namun bila ada kontrak 12 bulan, aku batalkan niat. Namun, sekarang ni hati sudah berbelah bagi. Patutkah aku menukarkan Streamyx Combo ku ataupun Celcom Broadband ku dengan promosi terbaru P1 Wimax Broadband? Sebagai Pelanggan, rasanya aku deserve untuk mendapatkan yang terbaik kan? Kesetiaan mesti kena dengan cara dan tempatnya. Just wait and see dulu. Inilah promosi yang kumaksudkan itu :



Di tambah pula dengan Modem Wiggy Yang Cantik dan mengujakan Hati

Promosi Wiggy Terbaru mengujakan hati
Aku tertawan dan tertanya-tanya di dalam hati
Perlukah aku tukar kepada broadband ini?
Sekali pandang, nampak menarik dan tergoda hati

P/s :Anda tergoda tak?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

March 26, 2010

Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi?

Semalam, terbaca entry ini di Utusan Malaysia : Pakej jalur lebar baru lebih murah – Najib, ingin juga aku meluahkan pandangan peribadi.



Apa itu jalur lebar berkelajuan tinggi/High Speed Broadband (HSBB)?

Inilah yang ku jumpa jawapan selepas menGoogle dan terjumpa di Harimau Malaya :

HSBB ni mengunakan optik cable dan ianya terus kedalam rumah..ianya dipanggil fiber to the home..bermakna ianya direct terus ke TV atau monitor...sudah tentu gambarnya sharp kalau kita tengok IPTV dan dibandingkan dgn kita tengok astro atau tv 3.

Menarik juga, kan?

Antara info menarik di artikel Utusan tu adalah seperti berikut :



  1.  Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.


  2. Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.


  3. HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.


  4. Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.


  5. Pada fasa pertama mulai esok (25 March 2010) , kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.
Pandangan saya, nampak menarik, mengoogle lagi jumpalah pakej Unifi ni :

Fuhh, paling murah pun RM149.00 ?

Adushh, aku masih belum mampu lagi kot nak ambil pakej itu.60 GB Maximum Dowload, boleh tahan besarnya. Namun di masa depan siapa tahu kan?Mungkin masatu Income Nuffnang dah masyuk, bolehla aku upgrade Streamyx aku dan berblog/surf internet dengan lebih pantas dan tuntas.

Untuk info lebih lanjut pasal HSBB TM ni boleh rujuk entry Ariff Shah , menarik kupasan daripada dia :


P/s : Apa pula pandangan anda? Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi ni?

March 25, 2010

Celcom Broadband | Pilihanku Kini

Salam dari Eyriqazz. Ingatkah lagi anda dengan entry saya yang bertajuk Broadband Terbaik . Susulan dari entry dan respons di entry itu, eyriqazz telahpun melanggan dan mendaftarkan untuk isteri :
Broadband Basic Menjadi Pilihan

Inilah sebab mengapa Eyriqazz memilih Celcom Broadband untuk Isteri ( Broadband di rumah masih kekal dengan Streamyx buat masa ini ).

1) Testimonial daripada rakan bloggers di entry Broadband Terbaik seperti : 

Flygurl  -  saya pakai celcom broadband..ok je..nak kate laju sgt tu x lah.. tp sy puas hati la.. lagipun coverage celcom lebih luas berbanding yg lain. p1 wimax pulak- member yg pakai ckp mmg laju..tp tengok tempat jugak la..kalau kt kelantan mmg coverage x de lg.

Mohd Alimie - Setakat ni rasanya yang paling meluas liputannya Celcomlah..kawan guna kat Tumpat, ok je katanya..

Mimpi - Berdasarkan coverage maka Celcom yang terbaik antara keempat-empat pilihan kamu.
Customer service( call ) tidak sebagus P1 Wimax, tapi memang Celcom Broadband pilihan terbaik.


Ingat setiap broadband ada limit. Celcom setahu saya masih lagi 5G.
Maksudnya jika untuk penggunaan download memang tak berbaloi kerana 5G sangat sedikit.

Tanya penjual tentang cap/limit G ini. Biasanya penjual boradband takkan beritahu berkenaan limitation ini.

Daddy Zuki - Sy guna celcom. mmg line jammed sbb customers dia ramai esp at night. kena dc n rc. kalau nak laju guna la after subuh. tp pakej celcom ni la yg termurah. sy guna gov package, cuma rm50/bln. tp celcom ni ok sbb liputan dia luas esp di kelate n ganu. kalu dok klang valley guna apa2 pun ok. tepuk dada tengok wallet!
Dan ramai lagi dari rerakan bloggers yang lain. Terima Kasih ye. Komen anda membantu saya dalam membuat pilihan.








March 23, 2010

Tips | Masalah dengan Broadband Anda

Salam dari Eyriqazz. Santai dan gembira dengan entry hangit semalam Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit , kali ini saya ingin berkongsi tips dan pengalaman peribadi berkenaan cara menangani yang berkesan apabila mengalami masalah dengan broadband anda. 

Blogging Tips | Tangani Masalah Broadband Anda (Gambar Kredit to Pakcik Google)

Bagi seorang bloggers, internet/broadband line yang stabil sangatlah penting. Yerlah, ianya memudahkan kita mengupdate blog, dowload/upload gambar yang diletakkan di blog dan juga berblogwalking dengan lebih pantas dan berkesan.

Saya pun pernah mengalami situasi menghampakan dengan broadband saya ataupun dengan lebih tepat dengan line streamyx yang saya pakai sekarang. Dulu, ianya asyik disconnect, tersangat perlahan  mengalahkan siput, dan tak boleh online beberapa hari. Macam-macam alasan yang diberikan, kabel rosak, technician akan datang dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada tips kita. Inilah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah dengan broadband anda :

1) Semak Package yang anda beli/langgani (Macam saya ambil package Streamyx Combo yang paling murah iaitu Download Rate :384kbps, upload rate : 128kbps)

Bila anda perasan line anda dah tak betul, semak kadar dowload dan upload anda di internet. Boleh semak dengan menggunakan speedometer seperti di :


Kadar yang memuaskan adalah apabila anda berjaya memperolehi > 75% kadar download dan upload speed yang ditawarkan. Sekiranya kurang, maknanya, broadband anda ada masalah dan broadband provider tidak menunaikan janji yang dijanjikan.

2) Selepas itu, bolehla menghubungi Customer Service provider anda tidak kiralah Streamyx, Celcom, P1 Wimax, Digi, ataupun Maxis. Beri masa kepada mereka lebih kurang 2 minggu ke sebulan untuk menyelesaikannya.


3) Jika masalah anda masih tidak diselesaikan ataupun Service Provider ambil sikap acuh tidak acuh, inilah tindakan yang paling berkesan dan senjata yang saya telah gunakan yang saya rasakan sangat membuahkan hasil .

Buatla aduan anda di sini :


Adulah di website aduan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia seperti di atas. Percayalah, bila aduan diadukan kepada pihak yang lebih atasan, mereka akan lebih mengambil berat aduan kita dan akan cuba menyelesaikan secepat mungkin. Saya telah mencubanya 3 kali dan hasilnya :

1) Saya mendapat rebat keseluruhan melebihi RM300
2) Line Internet/Broadband saya telah stabil. Tiada lagi selalu disconnect dan kadar tidak menepati janji
3) Saya semakin berpuas hati dengan line saya sekarang dan saya rasa saya akan bagi peluang lagi kepada Streamyx kerana banyak perubahan telah berlaku sejak aduan saya dibuat.

Selebihnya, boleh la tengok dan rujuk entry ini : Streamyx oh Streamyx

P/s : Cubalah dan lihatlah hasilnya sendiri. Pengalaman peribadi dikongsi bersama, salah silap harap dimaafi ya.

P/s/s : Amcam, ok ker tips ni ? Banyak lagi personal tips yang mahu dikongsi, ada masa saya tulis lagi.

March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot

Potong, potong, potong, teruja betul bila tengok iklan P1 Wimax. Double meaning , mudah diingat dan menjadi sebutan sehingga ke Parlimen. Memang berkesan iklan yang dihasilkan oleh P1 Wimax sehinggakan Streamyx beberapa kali mengubah iklannya bagi menyaingi kehebatan iklan P1 Wimax  broadband tersebut.

Anda sudah potong? Saya sudah, masa kecil-kecil dulu.Hak3..

Kalau sebut pasal broadband, mesti ramai yang tahu dan teruja terutamanya bloggers.Tanpa broadband mana mungkin boleh berblog kan?Itulah kepentingan broadband. Tidak hairanlah, syarikat broadband terkemuka seperti Streamyx, P1 Wimax, Celcom, Digi, dan sebagainya semakin hebat mempromosikan produk mereka dengan idea-idea dan tawaran yang cukup lumayan dan tertarik.

Kita lupakan seketika pasal broadband ni. Kalau surf internet di mana tempat yang paling best nak surf internet @ My Favourite Surfing Spot. Tempat kegemaranku untuk surf internet, tidak lain dan tidak bukan adalah :

Ruang Tamu (kredit gambar kepada Pakcik Google yang hensem)

Kenapa ruang tamu menjadi pilihanku :

1)Santai. Sambil tengok tv, boleh surf internet. Sambil menyelam sambil minum air. Bestkan?

2)Persekitaran yang selesa. Sambil-sambil tu boleh perhatikan anak kalau anak tengah tidur di ruang tamu, tengok isteri memasak dan pandang ke luar sambil mencari idea untuk menulis.

3) Pantas. Lepasje surf internet,senang nak simpan laptop di dalam bilik sebelahnya.Jadi, takde isteri membebel kalau laptop terlupa disimpan.Hik3..

P/s :Anda pula bagaimana?

Namun, bagiku yang suka bercuti, balik kampung dan jalan-jalan, rasanya lebih mudah kalau ada modem yang  boleh dibawa ke mana-mana kan? Sambil surf-surf internet, ternampak satu modem yang cukup cantik dan menarik. Fuhh, tergoda aku dibuatnya. Nak tahu modem apa?Inilah dia :

P1 Wimax Wiggy

Fuhh, modem dari P1 Wimax ni memang cantik .Pernah pergi kedai dan lihat sendiri. Kecil ,ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Harap-harap bulan 4 nanti bila ada Project Alpha Blogging Contest Season 2', hadiah ini turut ditawarkan. Modem Special Edition Digi telahpun ku perolehi dengan Contest Nuffnang, P1 Wimax Wiggy bila lagi?

Satu pantun untuk P1 Wimax Wiggy :

P1 Wimax Wiggy cantik dan menawan
Hati tergoda aku ingin-inginkan
Sudah semestinya menjadi kegilaan
Potong, potong, potong menariknya iklan

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah sama-sama kita memeriahkan dan menonton Project Alpha Season 2 yang akan dilancarkan secara rasmi bulan April 2010 nanti. Sudah pasti hati kegembiraan dan tertawan dibuatnya. Boleh rujuk di link ini : http://www.projectalpha.com.my/

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

March 1, 2010

Broadband Terbaik

Salam semua. Entry kali ini eyriqazz ingin meminta pendapat daripada korang. Isteri eyriqazz nak subscribe internet/broadband yang boleh dibawa ke mana-mana especially bila time dia free kat sekolah/pergi bercuti/balik kampung. Kat rumah eyriqazz ada pakai Streamyx namun streamyx tak boleh bawa ke mana-mana.Susah juga.Namun rasanya buat masa sekarang, yang kat rumah kekal dengan Streamyx dulu kot kerana line dia dah makin stabil. Di sini ada beberapa yang eyriqazz tengah pertimbangkan ( 2nd line Internet untuk Isteri)



Eyriqazz pernah mencuba Digi Broadband selama 3 bulan sempena memenangi Pimp My Broadband Contest . Memang memuaskan, dan memang plan nak sambung line Digi tu.Cuma masalahnya, kawasan tempat tinggal eyriqazz bukan dalam kawasan liputan dan kena guna Edge dan hanya dpt less daripada 50% seperti yang dipromosikan.Kalau tak, memang eyriqazz dah ambil line ni.




Adik ipar pernah pakai, boleh tahan katanya.Saya pernah cuba dan pinjam masa bawa balik ke Terengganu dan Kelantan masa raya tahun lepas.Boleh access tapi cam tak berapa laju sangat.Mungkin kerana bukan kawasan liputan ataupun ramai orang pakai di kampung saya tu.Tak berani nak ckp, tapi ramai juga rakan yang pakai Celcom broadband.Ada yang kata bagus, ada yang kata tak, jadi tak pandai nak buat penilaian tersendiri.


Berminat juga dengan wiggy nya dan iklan ''Potong,potong,potongnya mengujakan''. Ramai juga kawan-kawan yang pakai P1 Wimax tapi sedih la bila pi tanya kat customer service di Jusco tadi katanya kampung di Terengganu dan Kelantan di luar kawasan liputan.Adehh, teruja juga tengok wiggy nya. Rakan kata p1 wimax pun boleh tahan juga dan customer service dia mantap.



Maxis, honestly, tak  tau mana pasal maxis ni.Tiada rakan yang menggunakan maxis broadband dan jarang dengar orang pakai maxis broadband.Namun, kalau memuaskan ingin juga try.

Jadi, kesimpulannya inilah yang saya dan isteri mahukan :

1)Modemnya boleh dibawa ke mana-mana dan boleh access walaupun kami balik Terengganu, Kelantan, pergi bercuti dan sebagainya.

2)Kawasan coverage meluas dan access yang stabil.

3)Customer Service yang bagus. Perkhidmatan memuaskan dan terbaik di pasaran.

P/s :Beringat sebelum kena.Jadi, sebelum melanggan inginlah dapatkan pandangan.Sudah cuba masuk forum dan search online namun macam-macam jawapan di luar sana.Jadi, pandangan korang rasanya lebih saya yakini. Komen terbaik dan boleh meyakinkan saya , saya mungkin akan terjah blognya.

P/s : Any suggestion rakan-rakan?Rasanya korang mesti lagi arif pasal ni kan?
Related Posts with Thumbnails