Showing posts with label broadband malaysia. Show all posts
Showing posts with label broadband malaysia. Show all posts

April 21, 2011

Broadband di Malaysia| Pengalaman Saya

Berkongsi Pengalaman, Broadband di Malaysia. Yup, broadband/internet amatlah penting especially buat blogger cam saya. Sebelum ini saya telah mencuba beberapa perkhidmatan broadband yang disediakan di Malaysia dan inilah pengalaman yang ingin dikongsi :


Subscribe 4 Desktop Modem dan juga Wiggy. Sempat try for 2 weeks. Cancel it. Kawasan rumah saya too congested dan ramai sangat pengguna P1 Wimax (Setapak, ramai student). Speed not up to my expectation dan seperti diinform, ianya bergantung kepada kawasan & bilangan pengguna di kawasan itu. Apapun, Customer Servicenya memang bagus. Pantas memberikan jawapan dan explanation.Pujian patut diberikan kerana Customer Servicenya honest dalam explain kenapa line slow etc.


Dapat free modem & Broadband Subscription selama 3 bulan masa menang contest yang dianjurkan bersama Nuffnang 2 tahun lepas. Umm, unluckily, masatu kawasan rumah saya bukan dalam kawasan coverage dan hanya boleh connect dengan Edge saja. Still, Customer Service memang bagus. Cepat dan pantas.



Sempat menggunakannya selama beberapa bulan. Subscribe to "Basic Plan" , RM68 sebulan. In term of coverage, memang terbaik. In term of speed, masih banyak yang boleh diperbaiki. Not up to my expectation dan seperti yang ditawarkan iaitu 512kbps, di banyak kawasan, the most i can get is around 100+kbps. In term of customer service, quite slow masatu. Respons agak lambat . Suggestion : Gunakanlah kemudahan twitter dan Facebook untuk berinteraksi dengan pengguna . Hope mutunya boleh diperbaiki in the future.
P/s ; Saya masih pengguna setia Celcom Postpaid phone but for broadband, umm, saya better pilih yang lebih memuaskan.


Teruja untuk subscribe bila nampak pakejnya agak berpatutan dan respons dari rakan yang pernah menggunakannya agak positif. Namun, main purpose mobile broadband untuk travel dan bila saya terjahi salah satu Storenya di KL Sentral dan coverage masih belum meluas, saya tak jadi untuk subscibe. One day mungkin.


Banyak komen negatif yang saya terima berkenaan Maxis Broadbandni dari rakan-rakan blogger. Namun, bila pertama kali mencuba Maxis Broadband ni pinjam adik ipar punya semasa di Ipoh, saya puas hati. So, saya subscribe to pakej RM48 sebulan/512Kbps . Till now masih menggunakannya untuk travel dan overall puas hati. Ipoh,Terengganu,Genting Highlands,Kelantan dan pelbagai lokasi lagi speednya up to my standard walaupun masih belum mencapai at least 70% dari speed yang ditawarkan.  Untuk travel, memang sangat berguna bagi saya wireless broadband ni. Congratz Maxis, anda berjaya mengubah persepsi negatif saya. Kata pepatah, belum cuba,belum tahukan?


Sudah lebih setahun saya subscribe dengan Blockbuster Deal, 1Mbps. Dulu-dulu memang ada problem dengan Streamyx ni. Namun sejak kemunculan pelbagai broadband di Malaysia ni, saya nampak banyak kesan positif. Line makin stabil, speed memuaskan, tiada cap dan memang saya berpuas hati .

Yess, dulu saya saya salah seorang yang kuat mengkritik Streamyx ni. Sampaikan 2 kali rasanya complaint saya adukan kepada SKMM(dapat rebat lagi) . But along the way dan mencuba pelbagai Broadband yang lain, I can say, Streamyx is the best for me.Banyak perubahan positif.  Happy with it dan tak sabar untuk bertukar kepada Unifi pula nanti. On the other notes, Customer Service quite slow dalam memberikan respons especially via email. Gunakanlah platform social media yang ada so lebih interaksi antara pengguna dan provider.

Overall, as pengguna , inilah cadangan dari saya buat semua Broadband Provider :

1) Improvekan on kualiti. Kalau janjikan 500kbps, tunaikanlah janji itu. Ini nak dapat separuh pun susah, tapi bayar tetap sama? Mana aci camni kan?Servis tak seperti dijanjikan tapi still kena bayar penuh. Win-Lose situation akan membuatkan pengguna beralih arah.
2) Cap/Limit . Umm, ni yang paling saya tak suka especially bila aktif menggunakan internet ni.
3) Free trial - Kasila at least sebulan untuk free trial so pengguna dapat menilai dengan lebih bijak. Masa di UK dulu, memang kasi free trial sehingga sebulan untuk internet .
4) Customer service - Banyak service provider yang masih belum menggunakan platform social media sepenuhnya. Gunakanlah ia, senang kami nak contact/complaint/giving feedback n etc.
5) Price - The lower, the better. Kos sara hidup makin meningkat, apa salahnya kalau kasi diskaun buat pengguna setia? Tak rugi pun kan?

Overall, saya boleh katakan, untuk mobile broadband, mostly ianya bergantung kepada kawasan/bilangan pengguna. Cam jalanraya la kan, lagi ramai, lagi congested. So, buatla pilihan dengan bijak.

P/s : Apa pula pandangan anda tentang Broadband di Malaysia? Apa service provider yang korang gunakan sekarang?

April 12, 2010

No Strings Attached

NO Strings Attached catchynya bunyinya
Tiada komitmen itulah maknanya
Kali ini ingin bercerita
Pengalaman peribadi untuk dikongsi bersama

Saya sukakan perkara dan juga produk yang tiada komitmen/kontrak ( No Strings Attached ). Kenapa saya berkata sedemikian :

1) Saya pernah melanggani produk/servis gym terkemuka di Malaysia dengan bayaran RM150 sebulan dan kontrak minimum selama 12 bulan. Namun, kerana sebab tidak dapat dielakkan hanya dapat pergi beberapa kali sahaja dan minta di cancelkan selepas beberapa bulan namun tidak berjaya. Sudahla masatu tertipu dengan offer yang diberikan oleh Sales Officernya, lain yang dicakapkan, lain sebenarnya . Sehingga kini aku menyesali perkara ini dan duitku melayang begitu sahaja. RM150 X 12 sudah hampir RM2 ribu tu.

Strings/Contract attach tidak kusukai
Rasa macam ada niat tersembunyi
Bila ada masalah satu ketika nanti
Diri sendiri juga yang rugi

2) Aku belikan Simply Siti produk untuk Isteriku kerana isteri ku sukakan produknya dan No Strings Attached too. Rasa terikat dan tidak suka bila membeli kena ada kontrak lama-lama.

3) Hampir tertipu dengan skim melancong/menginap di hotel terkemuka berpakej bernilai puluhan  Ribu ringgit dengan bayaran bulanan dipotong dengan kredit kad. Mujurlah ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan National Consumer Complaint Centre yang berjaya menyelesaikan masalah dan tidak tertipu.Selepas itu, aku lebih sedar dan semakin tidak gemarkan 'Strings Attached'

4)Terus terang ku katakan, aku pelanggan Streamyx Broadband.Ambil yang paling murah. Masa subscribe dengan kontrak selama setahun beberapa tahun yang lepas agak berat hatiku untuk mengambilnya, namun itulah yang paling ku mampu ketika itu. Apabila Offer menarik daripada Streamyx iaitu Super Upgrade Deal dilancarkan, mula-mula tengok ,wauu menarik. Murah, bagus ni. Namun apabila kena kontrak 2 tahun untuk subscribenya , rasa cam tak ikhlas je offer yang ditawarkan. Kenapa perlu kontrak?Adakah takut Customer Lari ? Kenapa perlu takut kalau produk itu bagus.

5) Celcom Broadband yang ku pilih untuk  isteriku juga oleh kerana tiada kontrak dan ingin cuba dan lihat. Masatu, P1 Wimax memang dalam pilihan juga namun bila ada kontrak 12 bulan, aku batalkan niat. Namun, sekarang ni hati sudah berbelah bagi. Patutkah aku menukarkan Streamyx Combo ku ataupun Celcom Broadband ku dengan promosi terbaru P1 Wimax Broadband? Sebagai Pelanggan, rasanya aku deserve untuk mendapatkan yang terbaik kan? Kesetiaan mesti kena dengan cara dan tempatnya. Just wait and see dulu. Inilah promosi yang kumaksudkan itu :



Di tambah pula dengan Modem Wiggy Yang Cantik dan mengujakan Hati

Promosi Wiggy Terbaru mengujakan hati
Aku tertawan dan tertanya-tanya di dalam hati
Perlukah aku tukar kepada broadband ini?
Sekali pandang, nampak menarik dan tergoda hati

P/s :Anda tergoda tak?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

March 26, 2010

Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi?

Semalam, terbaca entry ini di Utusan Malaysia : Pakej jalur lebar baru lebih murah – Najib, ingin juga aku meluahkan pandangan peribadi.



Apa itu jalur lebar berkelajuan tinggi/High Speed Broadband (HSBB)?

Inilah yang ku jumpa jawapan selepas menGoogle dan terjumpa di Harimau Malaya :

HSBB ni mengunakan optik cable dan ianya terus kedalam rumah..ianya dipanggil fiber to the home..bermakna ianya direct terus ke TV atau monitor...sudah tentu gambarnya sharp kalau kita tengok IPTV dan dibandingkan dgn kita tengok astro atau tv 3.

Menarik juga, kan?

Antara info menarik di artikel Utusan tu adalah seperti berikut :



  1.  Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.


  2. Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.


  3. HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.


  4. Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.


  5. Pada fasa pertama mulai esok (25 March 2010) , kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.
Pandangan saya, nampak menarik, mengoogle lagi jumpalah pakej Unifi ni :

Fuhh, paling murah pun RM149.00 ?

Adushh, aku masih belum mampu lagi kot nak ambil pakej itu.60 GB Maximum Dowload, boleh tahan besarnya. Namun di masa depan siapa tahu kan?Mungkin masatu Income Nuffnang dah masyuk, bolehla aku upgrade Streamyx aku dan berblog/surf internet dengan lebih pantas dan tuntas.

Untuk info lebih lanjut pasal HSBB TM ni boleh rujuk entry Ariff Shah , menarik kupasan daripada dia :


P/s : Apa pula pandangan anda? Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi ni?

March 25, 2010

Celcom Broadband | Pilihanku Kini

Salam dari Eyriqazz. Ingatkah lagi anda dengan entry saya yang bertajuk Broadband Terbaik . Susulan dari entry dan respons di entry itu, eyriqazz telahpun melanggan dan mendaftarkan untuk isteri :
Broadband Basic Menjadi Pilihan

Inilah sebab mengapa Eyriqazz memilih Celcom Broadband untuk Isteri ( Broadband di rumah masih kekal dengan Streamyx buat masa ini ).

1) Testimonial daripada rakan bloggers di entry Broadband Terbaik seperti : 

Flygurl  -  saya pakai celcom broadband..ok je..nak kate laju sgt tu x lah.. tp sy puas hati la.. lagipun coverage celcom lebih luas berbanding yg lain. p1 wimax pulak- member yg pakai ckp mmg laju..tp tengok tempat jugak la..kalau kt kelantan mmg coverage x de lg.

Mohd Alimie - Setakat ni rasanya yang paling meluas liputannya Celcomlah..kawan guna kat Tumpat, ok je katanya..

Mimpi - Berdasarkan coverage maka Celcom yang terbaik antara keempat-empat pilihan kamu.
Customer service( call ) tidak sebagus P1 Wimax, tapi memang Celcom Broadband pilihan terbaik.


Ingat setiap broadband ada limit. Celcom setahu saya masih lagi 5G.
Maksudnya jika untuk penggunaan download memang tak berbaloi kerana 5G sangat sedikit.

Tanya penjual tentang cap/limit G ini. Biasanya penjual boradband takkan beritahu berkenaan limitation ini.

Daddy ZukiSy guna celcom. mmg line jammed sbb customers dia ramai esp at night. kena dc n rc. kalau nak laju guna la after subuh. tp pakej celcom ni la yg termurah. sy guna gov package, cuma rm50/bln. tp celcom ni ok sbb liputan dia luas esp di kelate n ganu. kalu dok klang valley guna apa2 pun ok. tepuk dada tengok wallet!
Dan ramai lagi dari rerakan bloggers yang lain. Terima Kasih ye. Komen anda membantu saya dalam membuat pilihan.








Related Posts with Thumbnails