March 26, 2010

Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi?

Semalam, terbaca entry ini di Utusan Malaysia : Pakej jalur lebar baru lebih murah – Najib, ingin juga aku meluahkan pandangan peribadi.



Apa itu jalur lebar berkelajuan tinggi/High Speed Broadband (HSBB)?

Inilah yang ku jumpa jawapan selepas menGoogle dan terjumpa di Harimau Malaya :

HSBB ni mengunakan optik cable dan ianya terus kedalam rumah..ianya dipanggil fiber to the home..bermakna ianya direct terus ke TV atau monitor...sudah tentu gambarnya sharp kalau kita tengok IPTV dan dibandingkan dgn kita tengok astro atau tv 3.

Menarik juga, kan?

Antara info menarik di artikel Utusan tu adalah seperti berikut :



  1.  Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.


  2. Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.


  3. HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.


  4. Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.


  5. Pada fasa pertama mulai esok (25 March 2010) , kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.
Pandangan saya, nampak menarik, mengoogle lagi jumpalah pakej Unifi ni :

Fuhh, paling murah pun RM149.00 ?

Adushh, aku masih belum mampu lagi kot nak ambil pakej itu.60 GB Maximum Dowload, boleh tahan besarnya. Namun di masa depan siapa tahu kan?Mungkin masatu Income Nuffnang dah masyuk, bolehla aku upgrade Streamyx aku dan berblog/surf internet dengan lebih pantas dan tuntas.

Untuk info lebih lanjut pasal HSBB TM ni boleh rujuk entry Ariff Shah , menarik kupasan daripada dia :


P/s : Apa pula pandangan anda? Bestke Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM/Unifi ni?

14 comments:

  1. dni pakai celcom broadband pakej student je. dah rasa okay walopon kekadang ia meroyan. tapi ok la.. asal leh guna. huhu..

    ReplyDelete
  2. anything yg boleh menpercepatkan surf internet mmg dianggap sbg berita terbaik buat kaki on9.. waaaaa... best!

    ReplyDelete
  3. macam best tapi tak mampu la nak bayar banyak tu bulan2.asteruk lagik.haihh..tu bukan utk yang berpendapatan rendah tapi sederhana aku rasa :P

    ReplyDelete
  4. Semoga TM success n delivered. 149 tu bundle triple play, data voice, video. speed data pon bukan calang2.

    eyriqazz you dok mana? kalau bandar mahkota cheras mcm i ni mungkin belum lagi bleh apply

    ReplyDelete
  5. lorr..ingatkan free.at last kena bayar gak. ceh.. baik guna broadband yg berleluasa skrg ni.huhu..

    ReplyDelete
  6. berukband bila plak ni nak naiktaraf??? huhuhu

    ReplyDelete
  7. kan best kalo berukband nih laju gila!

    ReplyDelete
  8. hi eyriqazz, sy telah bg award utk awak..

    feel free to accept ya:)

    really find your blog is fantastic

    http://bamyuyu.blogspot.com/2010/03/top-blogger-2010.html

    ReplyDelete
  9. laju memang laju, tapi mahal sangat lah!

    ReplyDelete
  10. dulu pakai celcom broadband tapi line x elok la pulak..
    skrg ok pakai maxis..

    ReplyDelete
  11. ooh, kat dubai memang pakai mcm tu. so time hujan or storm, takdelah siaran hilang2 macma pakai setelite dish tu.

    ReplyDelete
  12. ALL THE BEST to TM..
    even saya kerja dengan TM pun kalau org tanye HSBB apa.. hanya tahu jalur lebar berkelajuan tinggi [translate BM] memalukan je kan.. hahaha

    ReplyDelete
  13. harap2 cepat la projek ni
    sampai bila nak 4mb je kan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails