Ketika entry ini ditulis ( Malam 25/3/10), hatiku meronta-ronta untuk mencari jalan penyelesaian selepas menerima sms itu. Cukup syahdu dan menusuk kalbu di sanubariku. Jiwa seorang manusia mana yang tidak dirobek hatinya apabila menerima sms itu.
Ini Soal Hati dan Perasaan
Inilah SMS yang kuterima itu sebelum aku pulang dari kerja. Sudahla hujan turun dengan lebatnya, semakin berdentum di jiwa ini. :
"Salam Abang, fikirkan pekerjaan atau perniagaan yang abas boleh jalankan.Contohnya macam homestay yang abang bagitahu baru ni tu. Buat la apa-apa pun yang nampak boleh pergi jauh.Abas mari fikir juga duduk dalam keadaan camni. Tiada permulaan untuk melakukan sesuatu.Abas buntu tak tahu apa yang perlu dilakukan.Fikirkanlah untuk masa depan abas. Abang sahaja harapan Abas sekarang"
Itulah sms yang kuterima daripada :
Adik Bongsuku, Abas
Tidak sangka, hebat juga adikku berkata-kata. Adik bongsuku ini umurnya 19 tahun, namun sayang Result SPM nya tidak berapa bagus dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana. Sekarang ini dia buat kerja kampung seperti menjadi pelayan gerai makan, ikut atok menoreh getah, dan macam-macam lagi. Yerlah, sampai bila dia mahu begitu kan?Sebagai abang sulung, aku rasa ini adalah tanggungjawabku juga. Sedih hatiku bila memikirkan kisah adikku yang seorang ini.
Selepas berbincang dengan adik perempuanku akan idea untuk adik bongsuku iaitu homestay, jual burger, dan gunting rambut, akhirnya kami memilih yang terbaik dengan minat ,kewanganku dan adikku adalah :
Membuka kedai Gunting Rambut
Adikku memang ada minat untuk mengunting rambut dan dia selalu guntingkan rambut rakan-rakan nya.Cuma masalahnya dia tidak ada kepakaran yang sepatutnya.Aku lontarkan idea ini dan inilah balasan dari adikku :
"Ok juga gitu Abang, lagi pun Abas memang minat juga gunting rambut ,tapi tak tahu dari mana nak mula.kalau boleh ,abang tolonglah research kan mana-mana kursus berkaitan gunting rambung dalam internet di Terengganu."
Jadi, disini aku ingin meminta pendapat dan bantuan korang. Sudah puas aku search internet namun tidak kutemui jawapan yang kucari.Kat mana ya boleh dapatkan kursus gunting rambut di Terengganu. Pasal bayaran tiada masalah.
Sms dihantar buatku tak keruan
Adik kesayangan dalam dilema
Jasa baik dan pandangan dari anda saya mohonkan
Terima Kasih dari saya tidak terhingga
Sms dihantar buatku tak keruan
Adik kesayangan dalam dilema
Jasa baik dan pandangan dari anda saya mohonkan
Terima Kasih dari saya tidak terhingga
P/s : Kadang-kadang bila kita sibuk dengan hal diri sendiri, insan terdekat pun kita boleh lupa. Mujurla adikku masih sudi hantar sms meluahkan masalahnya. Kalau anda di tempat saya , apa tindakan yang akan anda buat ye? Mana tahu saya boleh gunakan untuk membantu adik bongsu saya ini.
dni punya adik, dni applykan ke IKM... harap beliau mendapat kemahiran di sana.. sebab adik dni ada penyakit misteri yang tak sembuh2... ada gangguan.. Dugaan dari Allah.. beliau tak dapat belajar dengan baik.. setahun tak dapat sekolah..
ReplyDeleteuntuk adik encik, dni rasa kalau nak kursus gunting rambut mungkin permulaan boleh tanyakan di tempat gunting rambut sekitar tu.. sebab kawan dni dulu, dia buka kedai gunting rambut seterusnya buat apa2 tang rambut macam cuci, rebond, color pun lepas gi belajar kat tempat gunting rambut.. berjaya juga beliau.. walaupun kecil-kecilan, tapi setiap hari pasti ada pelanggan..
kalo spa-spa saya tau..hehe
ReplyDeletesalam G.T.Eyriqazz...G.T.E bole ke website ini...
ReplyDeletehttp://www.ypu.com.my/?pr_content=108
harap dpt membantu..
wassalam..
xpernah plak dengar kursus gunting rambut ni
ReplyDeletekena belajar kot dari tukang gunting mana2
try KEMAS terengganu, maybe ada kursus jd hairstrylist
ReplyDeleteaku setuju sgt dari 3pilihan tu, jadi tukang gunting rambut. tp make sure ada skil gunting rambut.homestay business mmg makan modal byk tp seasonal ikut musim mengawan.
bisnes bege, masalah persaingan dan sambutan ikut jumlah penduduk kt area meniaga dan org sukatak bege ko tu.
tahniah (coz ada mitivasi nk keje) n gud luck to your bro. cayalah abg sulung.
aku rasa setakat nk belajar gunting rambut, pegi jer kt mana2 kedai gunting. bgtau nk belajar. mesti ada yg sudi
betul la tu..masuk kursus mana2 dulu..cuba g tanya kt pejabat yayasan trg ke... sbb dulu mybro ambik kursus mlvk kt bandor kt. tp ye ambik wiring...
ReplyDeletelebih kurang jugak dgn situasiku tpi adikku perempuan
ReplyDeletedah try website giat mara?
klu tak slh ade jugak kursus2 sedemikian
aku pun tgh menserbe kursus tuk adiku tu jugak
tpi dia minat jahit menjahit
hmm..
dilema bukan bile kita dah lepas tpi adik2 yg bwh tak bape nak lepas dek kerana kongkongan kewangan.
suh la dia bekerja sementara di kedai gunting rambut untuk belajar.ada seorang kawan hubby eliss, dia nak jadi mekanik tapi dia tadak kepakaran, dia mintak kerja dengan cina mekanik, cina tu ajar dia sampai pandai.
ReplyDeletealhamdulillah..bagus ade abg cam ni...hari ni dia susah abg tolong...sok2 dia senang hope dia x lupakan jasa abg dia..
ReplyDeletebagus juga buka kedai gunting rambut.
ReplyDeletekat kedai tu sambil gunting boleh juga jual air @ jual prepaid.. tmbaj sikit bisnis...
kene g kursus la..kalu minat ada x per..
jgn sbb nak kejar duit, minat x der, nanti bisnes x jalan gak.. sgt rugi..
tu pendapat dr sumi...
Sumijelly.com
daku yg membaca pun tersentuh huhuhu nanges jab.Saya komen dulu, ti saya cari2kan ye, pastu saya dtg komen lagi ye Eyriqazz..mmg abang yg baik. Adiknya pun bagus terus berusaha utk majukan diri..
ReplyDeletekadang2 buat kerja macamni lagi membahagiakan diri... :P
ReplyDeletesalam incik eyriqazz
ReplyDeleteni ada info sikit
kot-kot boleh membantu
Bahagian Akademi Keusahawanan
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
21100 Kuala TerengganuTel : 09-6242424 Faks : 09-6248932
(u/p : Puan Zunaidah / Puan Zaidah / )
atau emel : nida@ypu.com.my
cuba tengok website dia
http://www.ypu.com.my/?pr_content=108
ada kursus mengunting rambut dalam bulan 4 ni...mana tau boleh masuk
doa yang terbaik untuk adik abg~amin
owh , xsure la .
ReplyDeletetakpe2..smoge berjaye ..
ermmm betul tu, masuk IKM jer senang... kat situ pun boleh pilih2 lagi kemahiran yang ada
ReplyDeleteInsya Allah dia akan berjaya
ReplyDeletebagus info cik nurul 2..stj sgt.eyriqazz leh la g tgk..mana2 yg baik..sgt sokong..
ReplyDeleteSalam eyriqazz...
ReplyDeleteRasanya kalau ada bakat semula jadi, tak perlu untuk ambil kursus. Abg ipar saya juga kerjanya gunting rambut tp setahu saya dia tak pernah belajar dr mana2 kursus kerana dia punya bakat semula jadi dan sekarang dia punya pelanggan tetap. Apa2 pun, bagi memantapkan lagi dan menambah keyakinan diri, eloklah kiranya hadiri kursus supaya dapat tambah pengetahuan. Moga adik anda berjaya dlm cita2nya itu.
.abg yang baek! =)
ReplyDelete.abg try g tnye yayasan tengganu ke
.giatmara ke
.ikm kerr
.rse ade kot
.papepun gudlak utk adik abg! :)
bro...selain IKM blh juga survey kat pusat giat mara or vokasional...byk menawarkan kursus2 sebegini....
ReplyDeletebro...saya ada idea yg masyuk tapi tak tahu lah sesuai ke tak untuk tempat adik bro tu sbb kalau dah byk rasanya tak sesuai lah..saya cadangkan buka kedai roti canai..modal rendah..bahan mentah pun murah..tapi untung memang lumayan..boleh buka pagi dan malam..
ReplyDeletelagipun buka kedai makan ni salah satu sumber diorang untung adalah melalui minuman..kos rendah tapi pelanggan bayar lebih..rokok pun boleh tahan untung gak...
kalau dah maju bleh buka cawangan lagi..pasal gunting rambut tu saya tak dapat nak tolong..sori..
just pendapat sekupang dari saya :)
fitrihadi.com
Salam semua...Maafkan tidak dapat membalas semua komen daripada anda...Terimakasih atas nasihat dan idea yang diberikan..saya hargainya...
ReplyDeleteTerimakasih dari saya
Semua idea bernas belaka
Terima Kasih tidak terhingga
Jasa anda saya ingat sampai bila-bila
Salam Bro Eriqazz.
ReplyDeleteTentang soalan bro di blog saya, saya email jawapan ke alamat email pada profile Eriqazz ya. Sebab di ruang komen ini tidak dibenarkan copy code.
Tentang post ini, saya cadangkan juga supaya baca buku Tukang Gunting Jutawan tulisan Razzi Armansur terbitan PTS.
bagus gak tu. tapi kena survey tpt tu dah ada kedai gunting rambut ke idak... market survey, harga, competitor.
ReplyDeleteTp ikut pengalaman aku kan... servis kena tiptop... letak value added seperti free teh @ kopi lepas gunting rambut kaa,
kalo adik ko serius, meh kita bincang sama2. aku pun skrg dok usha gak peluang busines baru
Rasanya kat PUNB pun ada kot... cuba search website Permodalan usahawan nasional berhad... good luck bro...
ReplyDeleteeny berada di tempat yg sama..
ReplyDeleteadik perempuan eny tidak minat utk belajar lagi..
eny tak tahu nak tolong mcm mana sbb kami jauh :(
if nak bukak kedai gunting rambut, better suruh dia kerja dulu dlm area tuh. cari pengalaman, if terus bukak kedai, bahaya. tak ada experience..
ReplyDeleteGunting rambut,gua setuju bro. Potensi untuk maju amat cerah kalau lokasi kurang saingan dan servis cantekk. Rasa-rasa IKM pun ok sebab kakak sedara gua sekarang kat terengganu boleh hidup dengan gunting rambut.Lepasan IKM.
ReplyDeleteGiat Mara..its better...
ReplyDelete:)