March 27, 2010

My Date Night

Hujung minggu yang indah. Seronoknya cuti kan? Tenang dan lapang. Ingin berkongsi pengalaman berkenaan 'My Date Night' ataupun Malam Janji Temu/Dating Saya.

Tersipu Malu dan Tersenyum Seorang Diri Ingatkan Kisah Ini

Inilah kisah Pengalaman Dating Yang Paling Saya Ingati dan tidak dapat dilupakan . Pengalaman ini berlaku semasa saya belum kahwin lagi dengan Isteri saya. Peristiwa ini berlaku di bulan puasa selepas saya baru menamatkan pelajaran dan masih mencari kerja. Saya orang Terengganu dan Isteri saya orang Kelantan.Jadi , saya kadang-kadang pergi ke Kelantan untuk bertemu Isteri dan bermalam beberapa malam di Hotel di Kelantan.

Oh ya, emak mertua saya ni memang tidak berapa sukakan 'dating-dating' ini. Jadi, pada pertemuan kali itu, ibu mertuaku menyuruh adik iparku menemani Isteriku ketika berdating. Fuhh, siap pasang bodyguard tu. Bulan puasa pula tu. Apapun, sayangkan Isteri, kuturutkan sahaja.

Jadi, sepanjang pertemuan itu adik iparku menemani kami untuk jalan-jalan di Bandar Kelantan (siap jadi personal driver) kerana masa itu aku kurang mahir lagi bawa kereta, jalan-jalan di Pasaraya, beli makanan di Bazaar Ramadhan dan berbuka puasa di Restoran.Adik iparku aku tupun menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Bila diingat-ingatkan balik, tergelak aku sorang-sorang. Namun, mujurlah adik iparku itu 'sporting' dan tidak banyak kerenah .

Di malam sebelum Isteriku pulang bersama adik iparku, sempat juga aku bergurau " Lain Kali Bawa Mama dengan Abah pula Ya" .Hik3, bergurau sahaja.

Apa pula pengalaman anda? Entry ini ditulis untuk melayakkan Nuffnang Special Screening – Date Night yang membolehkan menonton Premiere Screening secara percuma. Tengok sinopsis nya cam best, itu yang aku teruja nak tengok filem ini. Jadi, rakan-rakan Glitterati Nuffnangers, jom la join sama. Mana tau ,ada rezeki boleh kita berjumpa di sana.
poster

15 comments:

  1. alamak adik ipar kacau daun arrr. hehe.

    btw nice entry. saya punya dah siap dah, tapi kasi naik esok lah. if we're lucky enough jumpa di sana ye!

    ReplyDelete
  2. best la kalu dapat date malam2 ni... hehehhe.... aku nak masuk gak.. tapi malas nak taip entry... just blogwalking je... mencari kenalan

    ReplyDelete
  3. goodluck! dni nak join tapi.. kalau layak tak dapat pergi.. jauh.. dni di kelantan.. tempat incik berdting dulu. hik3

    ReplyDelete
  4. saya pun baru je berdating semula ngn hubby tanpa si kecik kacau daun..mmg best terkenangkan zaman2 mude2 dulu (hehe..mcm le cik dah tue benor)

    ReplyDelete
  5. bro....apa nk buat kan nk kuar kene bwk bodyguard...dr tak dapat jumpa baikla begitu.....mujurlah bodyguard pun sporting...owhh special n3 for nuffnang...all the best bro kalau dpt leh dating lagi....

    ReplyDelete
  6. ahaaa
    entah bile bleh tiket free ni pon xtau

    ReplyDelete
  7. sy pun siap ada bodyguard dulu. padahal masa tu kami dah tunang pun. semua adik2 sy nak ikut kami berdating ke Pantai Tujuh, Tumpat. hehehe

    ReplyDelete
  8. waa menarik..camne nak join? buat entry je ke?

    ReplyDelete
  9. memang saat yang sukar dilupakan....

    ReplyDelete
  10. nasib baik adik ipar sporting...
    kalau tak... kecoh gak yer... :)

    ReplyDelete
  11. haha...kene teman gak ke? msti klaka...

    ReplyDelete
  12. salam...akak pun dah buatlah N3 ni..nak mengenangkan kisah lama.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails